Permaisuri Handalan

Permaisuri Handalan
Bertemu dengan Pahlawan


__ADS_3

"Baiklah itu sahaja untuk hari ini"kata Permaisuri Emeranda kepada rakan sepasukannya.


"Kak Emy,aku ada pertanyaan"kata Xi Rinza sambil mengangkat tangannya.


"Ya,apa itu?"kata Permaisuri Emeranda.


"Bagaimana kita akan ke sana untuk mengikuti kaisar?"tanya Xi Rinza masih belum faham sepenuhnya akan rancangan ini.


"Baiklah,kita akan berpecah kepada 4 kumpulan.Kumpulan satu tugasnya menjaga kaisar sepanjang perjalanan nya ke kota tersebut.Pasukan kedua pula menyamar sebagai pengawal kaisar dan akan melindungi kaisar dari jarak dekat.Kumpulan ketiga perlu menjaga keadaan istana.Laporkan kepada kumpulan keempat kalau-kalau ada sebarang pergerakan yang mencurigakan.Manakala kumpulan keempat,mereka perlu tetap tinggal di markas dan meneruskan penyamaran kedai kita ini agar dapat menghindari masalah yang tidak diinginkan."terang Permaisuri Emeranda sekali lagi.


"Oh baru aku faham.Bagaimana kita akan menentukan kumpulan?"tanya Xi Rinza lagi.


"Kita akan menentukan dengan cabutan undi.Hehehehe,bergurau sahaja.Kita akan menentukan mengikut kehandalan masing-masing."kata Permaisuri Emeranda sambil memikirkan sesuatu.


'Kita masih kekosongan beberapa ahli.Aku akan keluar untuk 3 hari ini mencari mereka yang terpilih"kata Permaisuri Emeranda.

__ADS_1


"Baiklah,kami akan menyusun strategi"kata Xiao Ba.


Keesokan harinya....


"Long Mian apa kamu masih ingat dengan 5 serangkai?"tanya Permaisuri Emeranda kepada teman rapatnya itu.


"Apakah kamu mahu mengundang mereka ke pasukan kita?"tanya Long Mian teruja.


"Ya"jawab Permaisuri Emeranda sambil tersenyum.


"Itu tidak usah difikirkan dulu.Sekarang kita hanya perlu mencari mereka bertiga dahulu dan berkumpul seperti sebelumnya."kata Permaisuri Emeranda.


Mereka meneruskan perjalanan mereka ke tempat mereka membesar dahulu.Setibanya mereka disana,siapa sangka pencarian mereka kali ini sangat mudah.


"Eh,apa kah kalian ini Long Mian dan Emeranda?"tanya seorang pemuda di antara kumpulan itu.

__ADS_1


"Ya,apakah kalian sihat?"tanya Long Mian sambil menitiskan air mata.Sungguh pertemuan kali ini membuat mereka menangis.Setelah lebih dari 10 tahun berpisah akhirnya mereka dapat bersua muka.


"Gong Yexi,Ming Chu,Choi Han.Kalian tidak merindukan aku?"tanya Permaisuri Emeranda sambil mengelap air matanya.Walaupun mereka hanya bersahabat selama lima tahun.Itulah persahabatan yang paling diingati nya.


'Pasti Permaisuri Emeranda gembira dapat bertemu sahabat lamanya.Aku dapat merasakan kesedihan dan kegembiraanya itu'detik Permaisuri Emeranda sambil memengang dadanya.


"Eh,kamu masih ingat lagi nama kami"kata Choi Han.


Mereka berbual panjang mengingat kembali zaman zaman pertemanan mereka.Mereka berlima menggelarkan diri mereka 5 Serangkai.Mereka banyak membantu penduduk desa mereka dan membanteras penjahat yang sering datang ke desa mereka untuk merampok dan sebagainya.Permaisuri Emeranda terpaksa meninggalkan desa mereka sewaktu usianya 7 tahun manakala Long Mian pula ketika berusia 13 tahun.Mereka berbual dan Permaisuri Emeranda mengambil kesempatan ini untuk berbicara tentang perkara yang sebenar.Mengikut cerita mereka,selepas pemergian Permaisuri Emeranda dan Long Mian,mereka tidak meneruskan lagi aktiviti yang sering dilakukan oleh Gen 5 Serangkai.


Jadi Permaisuri Emeranda menawarkan mereka kesempatan untuk menyertai The Dark Pheonix.Mereka pada asalnya bersetuju tetapi tiba-tiba mereka teringatkan keadaan desa mereka.Permaisuri Emeranda berjanji bahwa desa mereka akan dilindungi oleh beberapa tentera Rise The Guardian.


Keesokan harinya, mereka berangkat dan meneruskan misi mencari ahli seni beladiri yang lain.


"Emy, kamu mahu ahli seni beladiri wanita atau lelaki?"tanya Choi Han.

__ADS_1


" Mana-mana sahaja. Di pasukan sebelum ini sudah ramai perempuan. Kalau mahu meramaikan lagi boleh sahaja"kata Permaisuri Emeranda sambil tertawa.


__ADS_2