
"Ini pelik.Bagaimana Selir Feixi bisa mengenali mu dan memanggilmu?"tanya Emeranda sambil tersenyum.
'Wah bagaimana dia bisa menangkap Selir Feixi?Aku sendiri menyuruh pengawal mencarinya tapi tidak dijumpai.Bagimana dia tahu tentang diriku?'detik hati Kaisar Xiang Jingli yang sedang menyorok berdekatan.
"Oh mungkin kerana dia pernah mendengar namaku dari orang lain"kata Dong'e Lu cuba lari dari masalah ini.
"Mengapa dengan Selir Feixi Yang Mulia Permaisuri?"tanya salah seorang pejabat tinggi kerajaan.
"Oh,dia merupakan salah seorang yang berada di pasukan pemberontak"kata Emeranda.
"Bagaimana Yang Mulia Permaisuri tahu bahwa dia seorang pemberontak?"tanya Dong'e Lu memancing agar semua pejabat tinggi kerajaan yang lain turut bertanya.
"Mudah sahaja kerana dia melakukan percubaan membunuh di kerajaan"kata Emeranda.
"Kalau Permaisuri di sini makna nya yang cuba ia bunuh pastinya Kaisara.Jadi lebih baik Yang Mulia jujur sahaja.Apakah Yang Mulia masih sihat ataupun sudah sekarat?"tanya Dong'e Lu kepada Permaisuri Emeranda.
"Kenapa pejabat tinggi Dong'e Lu banyak bertanya apabila ianya berkaitan dengan Yang Mulia Kaisar.
"Hamba hanya bertanya kerana Yang Mulia Kaisar tidak muncul-muncul dan katanya ada percubaan membunuh di istana."kata Dong'e Lu sambil tersenyum.
"Oh,hanya mengkhawatirkan keadaan Yang Mulia Kaisar.Saya hanya tiba tiba curiga.Maaf."kata Permaisuri Emeranda sambil menunduk sedikit tanda permohonan maafnya.
"Baiklah,kita teruskan perbincangan kita pada hari ini.Apa masih ada masalah lainnya?"tanya Permaisuri Emeranda sambil duduk kembali.
"Kita masih mempunyai beberapa penduduk yang tidak mempunyai bekalan makanan yang cukup dan tidak mampu bekerja kerana tidak mendapat pendidikan yang cukup ketika muda."kata salah satu petinggi kerajaan.
"Itu salah mereka sendiri kerana tidak berusaha untuk mendapatkan pelajaran dan makanan sendiri"kata pejabat tinggi Dong'e Lu.
__ADS_1
"Oh,kalau begitu serahkan mereka padakuĀ sahaja."kata Permaisuri Emeranda setelah selesai memikirkannya.
"Permaisuri akan berbuat apa kepada mereka?"tanya pejabat tinggi tadi.
"Nama mu apa?Aku kurang tahu nama kalian.Tolong nyatakan nama dan tugas kalian"kata Permaisuri Emeranda.
"Nama hamba Gong Xiya.Hamba bertugas untuk hal ehwal rakyat."Kata pejabat tinggi tadi.
Yang lain turut memperkenalkan diri.
"Baiklah,Gong Xiya,saya akan mengambil mereka untuk bekerja denganku.Jikalau mereka mempunyai anak,aku turut akan memberikan mereka pelajaran agar kelak mereka dapat bekerja."kata Permaisuri Emeranda.
Jenderal Xu yang mendengar tersenyum.Nampaknya anak kesayangannya dapat membuat pilihan dengan lebih tepat.
"Seperti yang saya fikirkan,anda hanya bisa meberikan cadangan untuk keluar dari masalah ini tetapi yang akan membuat pilihan ialah Yang Mulia Kaisar."kata Dong'e Lu.
"Yang Mulia Permaisuri tidak perlu lagi mendengar masalah kecil ini.Yang Mulia Kaisar tidak akan pernah mendengar akan hal ini."sambung Dong'e Lu.
"Dia hanya memikirkan masalah negara sepeti kedamaian,permusuhan dan lain lain"kata Dong'e Lu.
"Oh,begitu."balas Permaisuri Emeranda pendek sambil tersenyum.
"Permaisuri harap anda mahu mendengar masalah dari hamba."kata Sue Ran yang memegang tanggungjawab untuk menyediakan makanan kepada warga istana seperti kaisar,prajurit,dayang dan permaisuri sendiri.
"Mengapa kamu terlalu sungkan begitu?Silahkan terus mengatakan masalah anda"kata Permaisuri Emeranda.
"Terima kasih,selalunya Yang Mulia Kaisar tidak akan mendengarkan masalah ini.Sebenarnya hal ini telah ku ketahui lama cuma tidak berkesempatan untuk melapor.Sebenarnya bahan bahan mentah seperti daging,sayur dan ayam akan jadi rosak dan yang mana masih elok pula pasti akan mengandungi racun,Racun ini katanya dapat melemahkan tubuh seseorang atau membunuhnya secara perlahan jadi kami selalunya harus membeli bahan baharu."terang Sue Ran takut.
__ADS_1
" Oh apa kamu berjaya menangkap pelakunya? "tanya Permaisuri Emeranda.
" Oh saya hanya mempunyai beberapa bukti dan mencurigai beberapa orang"kata Sue Ran lagi.
'Ternyata hal yang ku anggap remeh malah merupakan hal yang akan membuat kemudaratan kepada aku' detik hati Kaisar menyesal dengan pikirannya dahulu.
" Jangan risau. Pengawal bawakannya kemari" kata Permaisuri Emeranda.
Bruk!!
Kini ada dua orang dayang yang membantu Sue Ran menyediakan makanan di dapur.
"Yang Mulia Permaisuri bukan saya yang membuat masalah tersebut tetapi dia!" kata dayang tersebut sambil menatap seorang lagi.
"Eh kamu yang meletakkan racun tersebut ke dalam makanan mereka!" kata seorang lagi.
"Racun? Racun apaan? Saya memanggil kalian kesini kerana makanan yang kalian masak itu selalu mendapat kritikan katanya tidak lazat" kata Permaisuri Emeranda.
"Eh?" kedua pelayan tadi kebingungan.
"Katakan sekali lagi racun apaan" kata Permaisuri Emeranda.
"Mungkin Yang Mulia salah dengar. Kami tidak berkata apa apa." dalih salah seorang dari mereka.
"Bagaimana kalian boleh cuba memperbodohi kami?Aku sendiri tidak pernah membicarakan hal ini dengan sesiapa!" kata Sue Ran.
"Bertenanglah. Kalian bisa tidak katakan racun apa dan siapa dalangnya!? Hukuman kalian akan ku ringankan dan keluarga kalian akan aku selamatkan" kata Permaisuri Emeranda sambil tersenyum.
__ADS_1
"Itu ialah Racun Hitam. Dalang nya ialah tuan Dong'e Lu. Racun Hitam ini akan membunuh orang dalam diam. Kami tidak mahu memberontak tetapi keluarga kami telah ditangkap nya" kata salah seorang dayang tersebut.
Semua pejabat tinggi yang berada tergamam melihat Permaisuri Emeranda yang berdiri dihadapan mereka. Setahu mereka Permaisuri seorang yang bodoh dan manja.