
Namaku Khairul Syah, seorang rakyat jelata yang tinggal di sebuah kerajaan besar bernama Numsyah. Aku dibesarkan disebuah keluarga kecil dan miskin. Ketika aku berusia 8 tahun rumahku diserang oleh bandit. Semua ahli keluargaku dibunuh...
Ketika aku berusia 15 tahun aku menyertai latihan kesatria muda. Dan dalam masa 3 tahun, aku menjadi salah satu kesatria terbaik dalam latihan tersebut. Ketika aku berusia 18 tahun. Aku diturunkan di medan perang untuk pertama kalinya, ketika itu aku masih seorang Kesatria muda.
Didalam pertempuran itu aku bersama 100 kesatria muda yang lain menghadapi pasukan musuh yang berjumlah 500 orang. Pasukan kami dipimpin oleh seorang kesatria muda yang dilantik sebagai ketua kesatria muda bernama John. Dia merupakan ketua yang hebat dan bijaksana, ketika perang bermula, dia dengan tenang mengatur strategi dan memberi semangat kepada kami. Dalam pertempuran tersebut kami berhasil mengalahkan musuh....
Walau bagaimanapun kami menerima kerugian sebesar 64 orang dalam pertempuran pertama... Itu merupakan pertempuran yang mengerikan.
__ADS_1
Dalam masa 2 tahun, pasukan kami dihantar sebanyak 38 kali di medan perang. Walaupun jumlah tersebut tergolong sikit. Tetapi aku merasakan seperti terlalu lama di medan perang... Ketika aku berusia 21 tahun aku diangkat menjadi kesatria Resmi.. Itu tergolong lama agar kami menjadi kesatria Resmi... Padahal sudah sekitar 200+ kesatria muda yang tewas dalam waktu 2 tahun ini...
Pada pertempuran aku yang ke-42, aku bersama pasukanku yang berjumlah 500 kesatria menghadapi 1,000 Kesatria musuh. Dan siapa sangka, pertempuran kali ini mengambil masa 8 hari lamanya.. Dan dihari yang kelapan ketika pasukan kami tinggal 284 orang. Tiba-tiba pasukan musuh melepaskan beratus-ratus tembakan meriam kearah kami.. Dan mengenai kami, banyak pasukan kami yang gugur. Aku pingsan akibat pendarahan di kepala. Ketika aku sedar... John bersama temanku yang lain, sudah tewas....
Aku melihat mayat mereka... Aku merasa sangat sedih.... Aku merasa sangat marah... Lalu para musuh menghampiriku dengan berhati-hati... Aku dengan cepat menarik pedangku dan dengan tanpa sedar... Menebas mereka dengan cepat dan pergi mengarah ke pasukan musuh... Aku melampiaskan amarahku dan menebas mereka satu persatu... Darah mengalir dan mengenai pakaian dan wajahku... Dan ketika itulah aku dipanggil sebagai "Sang Pedang Iblis"...
Aku menangis dan meratapi nasibku.. dan keesokkan harinya, aku dihantar ke istana kerajaan dan menghadap raja... ketika aku berada di hadapan raja, aku dapat mengetahui kalau dia ialah raja yang akan melakukan apa sahaja demi meraih kemenangan... Lalu sang raja berkata "Dengan ini, saya akan menobatkan Khairul Syah sebagai baron kerana telah berjaya menghadapi 1000 pasukan kerajaan Barvaros seorang diri dengan berani dan saya akan memberikan sebuah wilayah kecil kepada kamu!"... Semua orang di istana menepuk tangan dengan gembira tanpa mereka ketahui penderitaan dan kesedihan di dalam hatiku...
__ADS_1
Lalu sang raja berkata "sebagai hadiah dariku, aku akan memberi kau 3 hal yang kau inginkan!" ketika itu ramai bangsawan yang diam dan mencuba mendengar apa yang ku inginkan.. Mereka menatapku dengan mata yang sangat penasaran... Aku pun berkata "yang mulia, izinkan saya bertanya" lalu sang raja berkata "apa itu?" aku pun menjawab "apakah wilayah yang akan tuanku berikan kepadaku?" lalu sang raja menunjukkan senyuman yang mengerikan dan berkata "wilayah dibahagian utara kerajaan kita!" lalu aku terkejut dan semua bangsawan ketawa...
Wilayah utara di kerajaan ini sangatlah tandus dan hanya sedikit tumbuhan di wilayah tersebut.. Banyak krisis kelaparan dan kemiskinan disana... Apakah yang mulia raja ingin aku mati?... Lalu sang raja berkata "sebutkan hadiah yang kau inginkan!" lalu aku pun berfikir... Selepas berfikir beberapa minit aku pun berkata "baiklah yang mulia, hal pertama yang ku inginkan adalah, izinkan aku menubuhkan pasukanku sendiri yang akan melindungi wilayah tersebut dan diriku" lalu sang raja berkata "baiklah, lalu apa hadiah kedua yang kamu inginkan?"..
Aku menjawab "hal kedua yang ku inginkan adalah, izinkan aku membawa pedang John" lalu sang raja berkata "baiklah, yang terakhir?" aku pun berkata "izinkan aku membawa makanan dan minuman dengan jumlah penduduk di wilayah tersebut" dan sang raja berkata "baiklah"...
Selepas beberapa hari akupun dihantar ke wilayah tersebut..
__ADS_1