
Dia melakukan tugasnya dengan sangat cepat padahal itu seperti segunung kertas diberikan.. Lalu selepas itu dia selesai melakukan tugas tersebut.. Sang guru mengambil tugasnya dan menilai apakah itu betul atau salah.. Tetapi sang guru berkata bahawa dari 300 kertas hanya 48 kertas yang salah.. Tetapi itu cukup hebat... Tunggu sekejap... bagaimana guru ini mampu membaca 300 kertas tersebut dengan cepat?.. Lalu sang guru berkata kepadaku "Tuanku, inilah dia perniaga muda tersebut!" lalu tiba-tiba sang peniaga muda tersebut berdiri..
Dia berkata "Guru, kenapa guru bagi saya tugas sebanyak ini?" lalu sang guru menjawab "itu kerana kamu dapat melakukannya tugas dengan cepat, selepas ini kau harus melakukan 400 kertas pula!" lalu sang perniaga muda menunjukkan ekspresi yang sedih dan kecewa.. Lalu sang perniaga muda melihat kearah ku.. Dia berkata "siapa gerangan orang yang berpakaian kemas ini?" lalu sang guru marah dan berkata "Kaisara, jaga ucapan kamu dihadapan tuanku!".. Aku rasa macam pernah dengar perkataan yang sama ini di kelas lain...
Lalu sang perniaga muda menjawab "Jadi dia Baron mukim ini ya!" dia menunjukkan wajah yang terkejut.. Lalu dia tiba-tiba berubah sikap dari yang sebelum ini berisik menjadi gadis yang sopan.. Cara dia berdiri pun berubah.. Dia sekarang seperti seorang putri bangsawan.. Lalu dia berkata "Tuanku, ada urusan apa kamu kemari?" lagi-lagi perkataan ini... Tetapi kali ini nada suaranya sedikit lembut.. lalu aku menjawab "aku datang kemari untuk melihat akademi yang baru dibuka dan aku juga ingin mencari para murid berbakat" lalu gadis ini berkata "jika anda ingin murid yang berbakat, maka ambillah aku!" lalu aku bertanya "memangnya apa kehebatan kamu dalam berniaga dan bernegosiasi?" lalu dia menjawab "itu kerana dari semua perniaga muda disini, hanya saya sahaja yang mampu menandingi kemampuan guru" lalu aku melihat ke arah sang guru.. Sang guru menunjukkan senyuman yang sangat mengerikan... Kelihatannya dia sedang marah akibat mendengar perkataan gadis tersebut..
Lalu sang guru berkata "jika Kaisara memang mampu menandingi kemampuan guru, mari kita lawan siapa yang hebat!".. Lalu Kaisara menjawab "dengan segala hormatnya, saya terima tantangan guru" dia berkata dengan nada yang sopan tetapi kedengaran sombong... Jadi patutlah sang guru mengatakan bahawa gadis ini berbakat tetapi mempunyai kepercayaan diri yang tinggi serta sombong.. Lalu mereka berdua bertarung untuk menyelesaikan masalah perniagaan yang diberikan di dalam 500 kertas...
__ADS_1
Lalu semua perniaga muda datang kemari untuk menonton pertarungan mereka berdua... Lalu mereka berdua menyelesaikan masalah ini dengan cepat.. Mereka berdua melakukannya dengan tekun dan fokus.. Selepas beberapa minit.. Mereka berdua berhasil menyelesaikan tugasan masalah yang diberikan.. dan lalu para guru yang lain yang akan menanda tugasan mereka berdua.. Selepas beberapa jam menanda.. akhirnya keputusan keluar..
(GURU)
JUMLAH KERTAS: 500
KERTAS YANG BETUL: 440
__ADS_1
(KAISARA)
JUMLAH KERTAS: 500
KERTAS YANG BETUL: 420
KERTAS YANG SALAH: 80
__ADS_1
Dan akhirnya pemenangnya ialah guru... selepas itu sang guru berkata "inilah akibat kerana telah menentang aku, hahahaha!" sang guru ketawa dengan bangga... Lalu Kaisara menjawab "Guru hanya beruntung kerana soalannya senang!" lalu sang guru berkata "mana mungkin, soalan yang diberikan kepada kita ialah sama!" lalu mereka berdebat.. Lalu aku mencela perdebatan mereka dan berkata "minggu depan aku ingin menghantar seorang utusan negosiasi ke wilayah sekitar untuk mendapat bekalan, jadi aku ingin menghantar 1 orang yang ahli perniagaan dan negosiasi" lalu tiba-tiba sang guru dan Kaisara berkata "saya,saya,saya pilih saya tuanku" dengan serentak..
Walaupun mereka kadang kala berdebat tetapi mereka sangatlah akrab ya.. Selepas itu aku pun pergi ke kelas berpedang.. Disana terdapat Riduan yang menjadi guru disana... Disini terdapat sekitar 80+ orang kesatria pengawal yang sedang dilatih.. aku tidak terkejut kerana tahun lalu hanya 30+ orang sahaja yang mendaftar menjadi kesatria..