
Selepas aku bersama putri Aina berbual-bual dengan mesranya.. Aku berjanji dengan putri Aina kembali kembali hidup selepas peperangan.. Keesokan harinya, kami semua bersiap di benteng pertahanan.. Semua pasukanku sudah bersiap.. Aku bersama pasukan infantri berada di paling hadapan.. Ketika ini pasukan infantriku berjumlah terdiri daripada 140+ kesatria yang terdiri dari 1 pasukan besar yang mempunyai 3 pasukan dibawahnya... Kami mulai bersiap-siap untuk menghadapi serangan musuh.. Sebelum terjadi peperangan aku memberitahu pasukanku 10 aturan perangku iaitu..
1.Jangan lari dari medan perang tanpa perintahkan.
2.Jangan merosakkan jasad musuh.
3.Jangan membunuh kanak-kanak.
4.Jangan membunuh wanita.
5.Jangan membunuh orang tua yang tidak mampu bertarung.
6.Jangan membunuh orang yang sakit.
__ADS_1
7.Jangan membunuh haiwan ternakan musuh seperti kuda, unta, lembu, kambing dan lain-lain.
8.Jangan memutuskan bekalan makanan dan minuman musuh.
9.Jangan menghancurkan harta awam.
10.Jangan membunuh musuh yang telah menyerah.
Selepas beberapa jam menunggu.. Tiba-tiba terdengar bunyi yang amat keras di hadapan kami semua dan tiba-tiba muncul beberapa anak panah yang berapi menghala ke arah kami semua.. Aku langsung menjerit "Para Kesatriaku, angkat perisai kamu semua!" lalu semua pasukanku mengangkat perisainya keatas kepala.. Dan semua serangan panah tersebut jatuh kearah kami semua.. Walaupun kami dibantu dengan perisai.. Tetapi suhu yang diberikan anak panah yang berapi tersebut sangatlah tinggi yang membuatkan perisaiku hampir ditembusi.. Beberapa pasukanku ada yang tewas akibat serangan tersebut.. Aku memerintahkan semuanya untuk bertahan sehingga serangan panah tersebut berhenti..
Tiba-tiba muncul segerombolan pasukan musuh yang sangat besar mengarah kearah kami.. Mereka sangatlah ramai dan mempunyai tubuh yang tinggi besar.. Aku bertanya kepada Riduan "Riduan, berapa banyak pasukan musuh dihadapan kita?" lalu Riduan menjawab "sekitar 800 orang tuanku!"
__ADS_1
Lalu aku menjerit "Para kesatriaku,formasi bertahan!" lalu pasukan kami membuat formasi bertahan.. Oh ya jika ingin tahu, ini ialah kedudukan unit kami..
Lalu akhirnya pasukan musuh menuju kearah kami... Mereka langsung menyerang kami dengan ganas.. Aku langsung melayangkan pedangku kearah musuh.. Aku menebas dan menikam musuhku dengan cepat.. Lalu ada beberapa musuhku mencuba untuk menyerangku dari belakang tetapi Riduan dengan cepat menahan serangan tersebut dan langsung menebas kepala musuh tersebut.. Pasukan memanahku membantu memberi serangan kearah musuh.. Unit meriam hanya dibenarkan menembak musuh yang berjarak jauh dari benteng sahaja..
Pasukan musuh mulai melepaskan tembakan panah kearah kami lagi.. Aku menjerit "Bertahanlah kesatriaku, selagi kau bisa bertahan maka bertahanlah!" lalu salah satu panah tersebut mengenai bahu kiri ku.. Itu sangatlah panas dan menyakitkan.. Tetapi aku langsung menarik panah tersebut dan meneruskan pertempuran... Ada salah satu musuh yang mempunyai kemampuan yang hebat.. Dia dengan mudah membelah kesatriaku dengan menggunakan kapaknya..
Dia melihatku dan langsung mengarah kearah ku. Dia melayangkan kapaknya ke arah leherku dan mencuba untuk memenggalku tetapi dengan cepat aku bergerak kebelakang agar dapat menghindar tetapi serangan dia hampir mengenai leherku.. Dia mempunyai kekuatan dan kecepatan yang tinggi.. Lalu dia tiba-tiba berkata "apakah kamu Baron di wilayah ini?" lalu aku membalas "Ya, aku Baron Khairul Syah, siapa kau pula?" lalu dia membalas "aku ialah Kapten kesatria Barvaros, aku diberi misi untuk membunuh orang-orang yang kuat di kerajaan musuh!"
Lalu aku bertanya "apakah aku kelihatan orang yang kuat di matamu?" lalu dia membalas "Ya, mana mungkin orang lemah mampu untuk menghindari seranganku!".. Padahal leherku hampir terputus dari badanku.. Lalu dia bertanya "Khairul sang pedang iblis, aku pernah bertemu dengan kau dahulu, apakah kamu ingat?" lalu aku menjawab "tidak, sudah banyak orang yang aku hadapi, aku tidak boleh mengingat semuanya" lalu dia membalas "aku ialah Hunter Head, orang yang dulu kau tebas dan hampir membuat badanku terbelah dahulu!"
Lalu dia berkata lagi "Bekas luka yang membentang dari bahu hingga dadaku ini ialah bekas luka yang kau berikan ke aku dahulu, rasa sakitnya masih terasa sampai ke hari ini" lalu aku bertanya "jadi, apakah kau ingin membalas dendam?" lalu dia membalas "tidak, sebagai seorang kesatria, aku harus menerima kekalahanku yang dahulu, tetapi sekarang, aku ingin mencabar kau bertarung!" lalu aku bertanya "pertarungan apa itu?" lalu dia membalas "mari kita lawan pertarungan hidup dan mati diantara kita!" lalu dia dengan tiba-tiba mengarahkan kapaknya kearah kakiku dengan senyap..
__ADS_1
kakiku dengan refleks langsung melompat dengan tiba-tiba.. Aku terkejut kerana dia langsung menyerangku dengan senyap-senyap... Lalu dia langsung melayangkan seranganya lagi dari bawah ku hingga keatas dengan kecepatan yang tinggi!..
Aku dengan cepat langsung menahan seranganya menggunakan kakiku!.. walaupun kakiku tidak berdarah tetapi kakiku menjadi mati rasa akibat dentuman dari serangan kapak dia yang tadi.. Dia langsung menarik kapaknya kembali dan mencuba untuk menyerang kepalaku lagi.. Jadi inilah kenapa julukan dia ialah "Hunter Head"