
(Di kerajaan Barvaros)
Ramai penduduk disana sangat menghormati dan taat setia kepada rajanya.. Ramai rakyat disana berkata bahawa rajanya ialah seorang raja yang bijaksana dan berkarisma.. Setiap kali beliau memasuki medan perang, beliau dengan strateginya mampu untuk memenangi apa jua pertempuran...
Ada beberapa rakyat yang berkata bahawa sang raja mempunyai tubuh tinggi dan besar.. Ada yang mengatakan sang raja mempunyai pedang yang sangat kuat.. Ada yang mengatakan juga bahawa sang raja merupakan pahlawan lagenda yang kembali terlahir...
(Di Istana Kerajaan Barvaros)
__ADS_1
Di sebuah tahta yang tinggi.. Terdapat 1 raja yang mutlak dan berkuasa.. Para pembesarnya tidak boleh berkhianat atau menolak perintahnya.. Atau tidak, mereka akan mati.. Suatu hari, ketika terjadinya penyerangan ke kerajaan Numsyah.. Sang raja bersama penasihatnya berbincang..
"Yang mulia, kami sudah menghantar sekitar 800+ kesatria ke wilayah utara di kerajaan Numsyah tuanku!" kata sang penasihat dengan wajah ketakutan kepada sang raja.. Lalu sang raja membalas "Walaupun itu merupakan wilayah yang dikatakan lemah, tetapi kamu harus ingat, wilayah tersebut berada disempadan kita, ada kalanya kesatria di wilayah tersebut sangatlah terlatih"..
Lalu sang penasihat membalas "Itu mungkin berlaku yang mulia, kerana saya mendapat laporan bahawa ada satu kesatria yang diangkat menjadi Baron disana!" lalu sang raja membalas "siapa Baron tersebut?" lalu sang penasihat berkata "dia bernama Khairul Syah, yang mulia!"..
Lalu tiba-tiba ekspresi yang mulia kelihatan terkejut dan bersemangat.. Lalu sang penasihat dengan kebingungannya bertanya "Apakah yang mulia mengenalinya?".. Sang raja membalas "Ini bukan urusan kamu, aku hanya beri kau peringatan sahaja, selagi lelaki itu masih ada disana, kau tidak akan mudah untuk menakluki wilayah tersebut".. Perkataan sang raja membuat sang penasihat menjadi semakin bingung..
__ADS_1
Aku dengan cepat menangkis serangan sang Head Hunter.. Dia dengan cepat melayangkan serangan kapaknya ke segala arah.. Setiap serangannya selalu mengarah ke titik vital aku.. Tetapi serangan ini semua masih boleh aku baca... Aku dengan cepat menyerang dia balik menggunakan pedangku.. Aku melayangkan pedangku ke arah dia dengan kuat dan cepat.. Lalu aku mencuba untuk menebas lehernya tetapi dia dengan cepat menunduk dan langsung menendang aku hingga aku terlempar kebelakang..
Dia mempunyai kekuatan yang luar biasa.. Lalu sang Hunter Head langsung mencuba membelah aku... Aku dengan cepat menahan serangannya menggunakan pedangku hingga aku tidak sedar dalam posisi berlutut di hadapan dia.. Lalu dia berkata "ada apa Khairul sang iblis pedang, kenapa kau menjadi lemah sekali sekarang, padahal dahulu kamu sangatlah buas dan kuat" lalu aku membalas "setiap manusia boleh berubah mengikut masa" lalu dia menunjukkan wajah yang jengkel..
Lalu dia mencuba melayangkan kapaknya lagi dengan kuat kearahku yang sedang di posisi berlutut.. Aku dengan cepat menendang kakinya dan langsung mencuba untuk menusuk matanya menggunakan jariku... Dia menjerit kesakitan dan langsung melayangkan serangan ke arah bahuku.. Bahuku berdarah.. Dan darahku mengalir hingga membasahi zirahku... Lalu dia menendang perutku dengan kuat dan cepat.. Perutku berasa nyeri dan sakit, aku dengan cepat meninju wajahnya sehingga ia tersungkur ke tanah.. Lalu dia bangkit kembali dan berkata...
"hahaha, inikah Khairul sang iblis pedang, aku masih belum melihat kemampuan pedang kau, apakah kau meremehkan aku?".. Walaupun matanya sudah berwarna merah dan ditambah aku telah meninju wajahnya dengan kuat dia masih boleh berkata seperti itu...
__ADS_1
Lalu dia dengan cepat melompat dan langsung menyerangku kembali.. Kali ini dia menendang kakiku dengan cepat dan kuat.. Tendangan dia jauh lebih menyakitkan dari tendangan kesatria muda yang kemarin... Tetapi aku masih mampu mengawal keseimbanganku dan langsung mencuba menguncinya tetapi dia dengan cepat melayangkan kapaknya kearah tanganku.. Aku dengan cepat mengelak tetapi dia mengubah arah serangannya kembali.. Tetapi aku dengan cepat menahan serangan tersebut dan menyerang dagunya menggunakan siku..
Dan selepas itu, aku meninju wajahnya dengan keras dan menendang perutnya dengan kuat sehingga terlempar kebelakang.. Lalu dia berkata lagi "tolong, beri aku lihat kemampuan pedang kau!" lalu aku mulai kesal dan berkata "mengapa kau selalu meminta hal tersebut?" lalu dia membalas "kerana aku tidak ingin kau mati tanpa menunjukkan kemampuan penuh kau!" lalu akupun mencuba menggunakan kemampuan berpedangku seperti yang dia minta.. Aku menarik nafas.. Dan berkata "baiklah, jika ini yang kau inginkan, akan aku kabulkan" dia langsung tersenyum dan menunjukkan ekspresi yang bersemangat...