BARON SANG BANGSAWAN MUDA

BARON SANG BANGSAWAN MUDA
Chapter 21: Amirul Syah part 2


__ADS_3

Amirul memandangiku dengan tatapannya yang mengerikan itu lagi... Aku tidak tahan melihat tatapan tersebut.. Aku ingin cepat mengakhiri pertempuran ini.. Pasukanku banyak yang sudah tergeletak.. walaupun tidak ramai yang tewas..


Dari tendangannya sahaja sudah memberitahu seberapa kuat dia sekarang.. Jika aku melawan dia tanpa berfikir.. Aku pasti akan mati.. Ditambah lagi, dia mempunyai pedang di tepi pinggangnya..


Lalu tiba-tiba Amirul Syah menarik pedangnya.. Aku langsung dalam posisi siap bertarung.. Lalu dia berkata "apakah kamu tahu, dunia ini tidaklah aman?" lalu dia berkata lagi "dunia ini, selagi manusia ada, selagi itulah dunia tidak akan aman"


Dia berkata banyak hal.. Walaupun aku tidak ingin mendengarinya tetapi aku tahu kalau itu merupakan peringatan kepada aku... Lalu Amirul bertanya "Khairul, berapa lamakah kamu menjadi Kesatria?" lalu aku membalas "3 tahun" lalu dia tersenyum...


Dan Vooooom!.... Dia dengan cepat mengayunkan pedangnya sehingga menciptakan tebasan angin yang sangat kuat dan cepat ke arahku!



Aku mencuba untuk menahannya menggunakan pedangku.. Tetapi tubuhku dengan tanpa sedar mengelak serangan tersebut!...


Serangan tersebut membuatkan gunung dibelakangku hancur!...



Nasib baik tubuhku bergerak.. Jika tidak apakah aku akan mati sekarang?... Lalu Amirul tersenyum dan berkata "dari mata kamu aku tahu, kalau kau tidak berfikir untuk mengelak" lalu dia berkata lagi "apakah tubuhmu bergerak sendiri?"

__ADS_1


Lalu dia tiba-tiba menghilang dari pandanganku dan muncul di depanku dengan cepat.. Aku dengan cepat mencuba untuk menebasnya tetapi dia dengan mudah mengelak dan menggenggam tanganku dan lalu membantingku ke tanah dengan kuat..


Bantingannya membuat aku hampir pingsan lagi.. Tetapi aku dapat menahan kesedaranku.. Dia tersenyum lagi dan berkata "kau mempunyai mental yang kuat!" lalu dia mulai menebasku menggunakan pedangnya berkali-kali...


Walaupun tebasannya kali ini tidak sekuat tadi tetapi dia mampu menebas dengan sangat cepat dan kuat.. Lalu dia menendang ku dengan keras hingga aku terlempar kebelakang..


Tendangan tadi membuat tulang rusuk ku patah.. Kha... Ini menyakitkan... aku mulai kehilangan keseimbanganku sehingga aku berlutut lagi seperti aku berhadapan dengan Hunter Head.. aku mulai putus asa... Tulang rusuk ku membuatkan aku sukar bernafas sekarang..


Apakah aku akan mati ditangan abangku?... Lalu ketika aku mulai hampir kehilangan kesedaranku.. Tiba-tiba tangan Riduan memegang kakiku.. Dia dengan wajah yang penuh dengan luka dan darah berkata "Tuanku, tuanku tidak boleh mati, masih ramai lagi penduduk kita yang ingin bantuan tuanku, maafkan saya kerana gagal melindungi tuanku..."


Riduan menangis dan akhirnya dia pingsan..


Lalu aku tanpa sedar mulai berdiri kembali.. Ketika kembali berdiri.. Didalam pikiranku aku mulai berfikir kenapa aku dilantik sebagai Baron... aku menjadi Baron bukan sebab kerana aku diperintah oleh raja.. tetapi aku ingin membuat wilayah ini menjadi aman dan makmur demi penduduk dan keluarga baruku..


Lalu tanpa sedar aku mulai memegang pedangku dengan kuat dan memandangi wajah Amirul dengan tatapan yang tajam.. Amirul juga mulai tersenyum dan menunjukkan mata yang tajam juga...


Kami berdua mulai bertatapan dengan mata yang tajam seperti sudah bersiap bertarung... Dan lalu dengan cepat aku mulai bergerak dengan kecepatan yang tinggi dan langsung melayangkan serangan beruntun ke arah Amirul...


Tetapi Amirul dengan mudah mampu menangkis serangan tersebut dan dengan cepat membuat serangan balas dengan menebas tanganku sehingga tanganku putus... Ini sangat menyakitkan .. Tetapi lebih baik seperti ini.. Daripada aku tidak melawannya...

__ADS_1


Aku mulai meningkat kecepatanku dan menyerang dia dari segala sisi... walaupun aku sudah meningkatkan kecepatan dan kekuatan tebasanku..


Amirul tetap sahaja mampu mengelak seranganku dan malah memberi serangan balas... tubuhku sudah mulai menerima banyak luka ditambah lagi dengan tanganku yang tinggal satu...


Aku sudah bertarung dengan Amirul selama 5 minit.. Tetapi dia masih belum mendapat luka.. Berbeda denganku yang telah menerima banyak luka serangan daripadanya..


Lalu Amirul mulai bersemangat dan dia melayangkan 4 tebasan udara ke arahku dengan kecepatan yang tinggi...aku mampu menahan dan menangkis 4 tebasannya namun dia dengan tiba-tiba muncul di tepiku..


Dan menendang rusukku... Aku terlempar ke tanah kembali dan kali ini rasa sakit di rusukku semakin menjadi-jadi aku mulai tidak mampu menahan rasa sakit ini...


Lalu Amirul juga telah bersiap-siap untuk melepaskan serangannya lagi.. tetapi sebelum Amirul ingin menyerangku lagi.. Tiba-tiba ada seorang lelaki dari pasukan musuh yang menghampiri kami dan berkata "Woi, cepatlah bunuh Baron Khairul itu!"...


Tiba-tiba wajah Amirul berubah menjadi mengerikan.. Dia langsung mengalihkan pandangannya ke arah kesatria musuh tersebut... Sang kesatria kelihatan heran dan bertanya "kenapa kamu berhenti, bunuh cepat Baron itu!" lalu Amirul dengan cepat menebas kesatria tersebut sehingga tewas...


Kesatria yang lain terkejut dan mulai menyerang Amirul tetapi Amirul dengan cepat membunuh mereka semua... selepas dia membunuh mereka semua Amirul berkata "Ceh, mereka benar-benar mengganggu pertarungan ku" lalu dia memandangiku kembali dan berkata "aku rasa kita sudahi sahaja pertarungan ini, aku juga tiada niat untuk membunuhmu Khairul"...


Lalu aku bertanya "kenapa kau berada disini?" lalu dia membalas "aku hanyalah perajurit bayaran sahaja" lalu dia pergi meninggalkan medan perang dengan mayat kesatria musuh yang tergeletak..


Aku melihat sekitar apakah masih ada pasukanku yang masih sedar.. namun tidak ada satu pun yang sedar.. Aku pun mulai tenang kerana pertempuran tamat.. dan tiba-tiba kepalaku mulai pusing dan rasa sakit di rusukku masih terasa.. Aku mulai kehilangan kesedaran sehingga aku pingsan...

__ADS_1


__ADS_2