
Riduan melatih mereka dengan bersungguh-sungguh.. Lalu aku menghampiri mereka.. Riduan langsung menghadapku dan mengatakan "Tuanku, apakah tuanku ingin melihat latihan yang aku berikan kepada mereka?".. Dari semua orang yang menyapa aku hanya dia sahaja yang mengatakan hal lain terlebih dahulu.. Aku pun menjawab "Ya, bagaimana hasil latihan yang kamu berikan kepada mereka?"..
Lalu Riduan menjawab "tenang tuanku, saya telah memberi mereka latihan yang cukup untuk kelas kesatria muda seperti mereka!".. Lalu aku bertanya "Jika memang benar latihan mereka bagus, aku ingin menilai kemampuan mereka sekarang!" lalu Riduan menjawab "Jika tuanku ingin menguji mereka, uji aku juga tuanku!".. Jadi dia dari dahulu ingin diuji oleh aku?... Pertama-tama aku menyuruh 80+ kesatria muda untuk saling bertarung dalam masa 30 minit... siapa yang bertahan dia akan diberi rehat selama 5 minit dan harus bertarung dengan ku...
Lalu mereka semua bertarung satu sama lain.. Mereka bertarung dengan serius.. Namun kemampuan mereka masih belum bagus lagi.. Oh ya, Riduan bersama Pasukan Setia Baron yang lain tidak ikut bertarung dengan mereka... kerana Riduan dengan yang lain mempunyai perbezaan kekuatan yang sangat jauh.. jadi Riduan dengan pasukannya akan bertarung melawanku diakhir pertarungan... Sambung pertempuran sebelumnya, dalam masa 12 minit, sekitar 30+ kesatria muda telah kalah dan dikeluarkan..
__ADS_1
Sekarang tinggal 50+ orang kesatria muda sahaja yang tinggal.. Lalu dari 50+ kesatria muda tersebut terdapat 5 orang kesatria muda yang mempunyai kekuatan yang sangat hebat dibandingkan kesatria muda yang lain... Mereka bertarung dengan bukan sahaja menggunakan kekuatan tetapi juga menggunakan pikiran.. Dalam masa 30 minit, dari 50+ kesatria muda, hanya 16 orang sahaja yang bertahan... Akhirnya giliran mereka untuk menghadapiku.. Aturan kali ini ialah satu, mereka semua harus bekerjasama melawan aku seorang...
(Selepas 5 minit berehat) 16 kesatria muda tersebut bersiap melawanku.. salah satu dari mereka yang mempunyai bekas luka di mata kanannya berkata "walaupun tuanku seorang Baron, saya tetap tidak akan mengalah!".. Hmm... Dia mempunyai keyakinan yang tinggi juga.. Akhirnya 16 kesatria muda itu mulai menyerangku secara bersamaan... Mereka bertarung dengan cekap.. Nampaknya, latihan yang Riduan berikan bukan sahaja latihan fizikal sahaja tetapi latihan bekerjasama juga..
Lalu mereka membuat 3 formasi mengepung yang membuat aku tidak boleh lari dari serangan mereka.. lalu mereka pun dengan cepat mencuba untuk menyerangku.. Tetapi aku dengan cepat mengelak serangan tersebut.. dan dengan cepat menendang salah satu kesatria muda tersebut sehingga terlempar jauh kebelakang... Lalu mereka mencuba menyerangku dengan trik tipuan.. Tetapi mereka masih belum berpengalaman lagi.. Aku dengan mudah menghancurkan teknik tipuan mereka dan langsung menyerang 3 kesatria muda sekaligus..
__ADS_1
12 Kesatria muda VS 1 mantan Kesatria (Baron).. Lalu mereka mulai membuat 3 formasi menyerang yang khusus untuk membunuh musuh... Ini ialah formasi yang aku temui ketika bertarung melawan salah satu pasukan kerajaan musuh.. Formasi ini mempunyai 3 kumpulan yang terdiri dari 3 hingga 10 orang dalam satu kumpulan... lalu membezakan antara formasi mengepung dengan formasi menyerang ialah..
formasi ini memungkinkan Kesatria untuk membuat serangan cepat dan mematikan dalam satu lingkaran bulatan yang sangat sukar untuk kita kabur... Lalu mereka langsung menyerang aku dengan teknik membunuh yang aku tuliskan di salah satu panduan formasi tempur... Tetapi aku sudah bersiap jika harus menghadapi formasi ini lagi... Jadi aku dengan cepat menangkis semua serangan mereka dengan sekuat tenaga dan lalu menggunakan teknik bertahan agar dapat melindungi diriku tanpa mencederakan musuh... Aku dengan cepat menahan serangan mereka dengan cepat dan berhati-hati..
Lalu mengunci mereka dan membanting mereka ketanah satu per satu... Sehingga tersisa 5 kesatria muda sahaja yang tinggal... Mereka berlima berkata "tuanku memang hebat, tetapi tuanku tidak boleh lengah sedikit pun!" lalu mereka menyerang aku dengan bersungguh-sungguh.. Aku kesulitan menghadapi serangan mereka yang cepat dan ganas.. serangan mereka kali ini ialah teknik bertarung yang diajarkan oleh Riduan iaitu teknik yang aku pelajari dari seorang musuh aku dahulu yang mempunyai teknik serangan yang cepat dan ganas seperti harimau..
__ADS_1
Teknik ini dipanggil "Teknik Serangan Harimau" ini hanyalah nama yang kuberikan jadi ini bukan nama asli teknik ini... Setiap serangan teknik ini mampu membuat baju zirah yang terbuat dari baja dengan mudah rosak dan hancur.. aku harus berfikir untuk melawan mereka.. Mereka mampu mempelajari teknik ini dalam masa 2 hari sahaja.. Walaupun teknik mereka belum sempurna tetapi teknik ini sangatlah mematikan...