New World Volume 5

New World Volume 5
Chapter 11 [Sifat Asli Raja Elf]


__ADS_3

KEBERADAAN HAZRUL ERWE


DI KAISAR MEDUSA


"Apakah anda yakin berada di Kaisar Medusa? dan kenapa anda membawa kami sekali?"


"Sudah tentu aku ingin kalian mengikuti tugas yang aku berikan,jangan jadi bodoh dan laksana kan lah."


Ada beberapa elf di dalam satu ruangan dan tentu sahaja mereka masuk ke dalam negar aini disebabkan oleh penyamaran kalau tidak dia serta anak-anak buah nya tidak akan dapat memasuki Kaisar Medusa, meskipun begitu keadaan di luar benar-benar terburuk.


Kaisar Medusa benar-benar sudah menjadi negara yang akan hancur lebih tepatnya calon-calon negara yang akan hancur,mereka iaitu para elf tidak akan ragu untuk menaklukkan negara ini kerana dari keturunan mereka yang terdahulu mereka memang memiliki tradisi yang seperti itu.


"Baiklah,Hazrul Erwe."


Salah satu Elf perempuan membungkuk di hadapan nya dan ruangan ini tidak lain dan tidak bukan adalah salah satu bilik hotel, seperti nya hanya hotel ini yang dibuka yang lain sudah hancur atau lebih tepatnya sudah tidak beroperasi.


Hazrul Erwe adalah Raja dari Elf Kingdom serta ayah kepada tiga bersaudara Elf iaitu Triytan,Minaya dan Yumeko mungkin Hazrul Erwe sudah mengetahui keadaan Triytan iaitu anak sulung nya yang sudah mati di bunuh oleh salah satu bawah nya sendiri iaitu Reyana Rias.


Tetapi dia benar-benar tidak mengetahui keadaan anak-anak perempuan mereka iaitu Minaya dan juga Yumeko, namun untuk saat ini terlihat dengan jelas kalau Hazrul Erwe tidak peduli dengan anak nya itu kerana keputusan mereka untuk keluar adalah pilihan mereka sendiri,dia tidak akan bertanggungjawab.


Tidak memiliki rasa sedih jika terjadi apa-apa,kerana pada akhirnya itu adalah hal yang akan dia lakukan nanti, dia tidak tahu anak nya itu mati atau hidup,sudah makan atau belum.


Kerana apa? memangnya untuk apa dia peduli? bodoh..itu adalah perkataan nya saat anak-anak buah nya menanyakan tentang Minaya serta Yumeko, peduli adalah salah satu sifat yang diinginkan oleh orang lain apatah lagi peduli dari orang yang mereka sayangi mahupun mereka sayang.


Tetapi Minaya dan juga Yumeko tidak pernah berharap dia mendapat kan sifat peduli itu dari ayah nya selepas ayah melakukan eksperimen keji kepada mama nya,Yumeko menangis pada waktu itu pada saat dia melihat mama nya di kubur.


Di dunia ini tiada magic atau sihir yang mampu untuk menghidupkan orang lain kerana yang mati sudah mati serta tiada alasan untuk menghidupkan balik dia, kehidupan hanya akan di berikan oleh Tuhan,tetapi Tuhan tidak pernah berpihak kepada Minaya dan Yumeko.


Kerana pada akhirnya mereka tetapi bernasib malang,pada saat mereka menangis mama mereka datang kepada mereka dan mengelap air mata mereka dan memeluk mereka serta memberikan pelukan yang sangat hangat.


Tetapi Hazrul Erwe tidak pernah memberikan hal itu,apa yang dia inginkan hanyalah kekuasaan kerana diri nya akan segera mati selepas ini serta Mana magic nya sudah banyak berkurang meskipun begitu hal tersebut tidak membuat kan dia insaf sedikit pun.


Malahan dia mengambil kesempatan di saat berjuta orang di Kaisar Medusa serta Ratu Hitami sendiri sedang menderita,dia benar-benar Elf yang terburuk! itu adalah pemikiran bawahan nya termasuk lah perempuan yang ada di hadapan nya.


"Jadi apa yang anda akan lakukan selepas ini?"


Perempuan elf itu bertanya dengan diri nya sedikit menundukkan kepala nya serta lutut kaki kiri nya menyentuh permukaan lantai sehingga lutut nya itu dapat merasa sebuah tekanan.


Raja Erwe kemudian berkata sambil diri nya sedang duduk di atas katil yang terdapat di hotel tersebut,


"Sudah jelas kan? kita akan menaklukkan Kaisar Medusa."


Elf perempuan itu terlihat tidak terkejut dengan hal itu dan sudah semestinya dia sudah boleh menebak apa yang ingin dikatakan oleh Hazrul Erwe,kerana dari lahir lagi Hazrul Erwe adalah orang yang seperti ini.


Hazrul Erwe adalah keturunan yang paling terburuk dalam sejarah Elf,bukan keturunan keluarga kerajaan ya! seluruh keturunan Elf! jadi tidak diragukan lagi kalau dia ini adalah terburuk di antara yang terburuk,Hazrul Erwe tidak pernah insaf dari perbuatan nya.


Dari dulu lagi,memang dia selalu melakukan hal yang membuat kan orang-orang membenci nya,Hazrul Erwe tidak peduli asalkan tujuan nya sampai ke arah yang dia inginkan maka dia sudah tidak perlukan orang lain.


Termasuk lah anak-anak nya iaitu Hazrul Minaya dan juga Hazrul Yumeko.


Elf perempuan itu yang ada di hadapan nya kemudian menegakkan tubuh nya sampai lah mata nya bertemu dengan mata Hazrul Erwe,


dia menatap wajah Hazrul Erwe dengan datar lalu dia berkata dengan suara yang juga datar.

__ADS_1


Perubahan mood nya benar-benar sangat hebat,dia bahkan tidak memerlukan beberapa minit untuk menukar mood nya itu,tetapi apabila soalan itu benar-benar datang dan masuk ke dalam kepala nya maka dia


benar-benar akan merubah mood nya.


"Saya Linth iaitu elf penjaga anda, apakah anda tidak memikirkan nasib anak-anak anda? Tuan Puteri Yumeko dan juga Tuan Puteri Minaya? apakah mereka sudah makan? apakah mereka tidur dengan nyenyak? apakah mereka memiliki tempat yang layak untuk hidup? apakah mereka tidak kesejukan? apakah mereka tidak kepanasan? apakah mereka kenyang? apakah mereka lapar? apakah mereka masih bernafas? atau mungkin nafas mereka sudah berhenti? apakah mereka sudah lama mati? apakah mereka baru sahaja mati?.. tidak pernah kah anda memikirkan hal-hal itu?,saya selalu memikirkan nya."


Linth tidak meragukan perkataan nya bahawasanya dia selalu memikirkan nasib mereka dan dia tidak tahu apa yang difikirkan oleh mereka sampai-sampai mereka lari dari kerajaan,Linth menangis pada waktu itu pada saat kedua-dua pemimpin yang dia sayang itu pergi meninggalkan kampung halaman nya.


Tetapi orang bodoh di hadapan Linth ini terlihat tidak merasakan apa-apa,dia bahkan ketawa perlahan dia sedikit menundukkan kepala nya lalu dia ketawa dengan suara yang mampu terdengar jelas oleh Linth dan beberapa pengawal elf yang berada di belakang nya.


Linth kemudian berkata sambil diri nya mundur satu langkah ke hadapan dan tentu sahaja dia tidak ingin ada sesiapa yang terluka,tidak peduli apapun yang akan terjadi


dia tidak akan membiarkan Hazrul Erwe berbuat sesuka hati nya lagi.


"Kalian keluar lah,aku akan lakukan sesuai rancangan kita!"


Mereka semua keluar tanpa berkata apa-apa,dia kemudian mendengar suara ketawa Hazrul Erwe yang sedikit menyeramkan sehingga dia ingin membuang air kecil, seperti nya dia sudah membangunkan satu lagi sisi lain dari Hazrul Erwe.


"HAHAHAHAHA!! kau fikir aku akan jadi bodoh dengan selalu memikirkan mereka? kau salah Linth, sangat-sangat salah!!"


Hazrul Erwe mula bangun dari tempat tidur yang dia duduk,tubuh nya benar-benar tinggi sehingga dapat melihat perbezaan tinggi yang jelas di antara Linth dan juga Hazrul Erwe,Linth menelan air liur nya dan selepas itu dia mundur beberapa langkah.


Hazrul Erwe terlihat tersenyum kejam ke arah Linth dan nafas nya benar-benar terlihat keluar dan masuk dari hidung nya,dia tersenyum dengan sangat nafsu,tetapi pada masa yang sama dia sedikit marah kerana menurut nya demi menaklukkan Kaisar Medusa dia tidak perlu untuk menanyakan soalan tersebut.


"Linth!! kau terlihat seperti orang bodoh tahu?!! berhenti lah menanyakan tentang mereka!! aku muak dengan mereka!! mereka hanyalah dua orang bodoh yang memutuskan untuk ke neraka!! aku sudah mengatakan nya kalau dunia ini bukanlah tempat untuk orang lemah!! tetapi mereka degil dan mereka berakhir mati!! benar-benar menyedihkan!! HAHAHAHAHA!!"


Dia mengatakan hal tersebut sambil berteriak kuat dan ketawa pada akhir ayat nya,dia benar-benar tidak tahu harus berbuat apa,lebih tepatnya itu tertuju kepada Linth yang dengan cepat terjatuh,lebih tepatnya dia


terduduk akibat kata-kata yang sangat tidak terduga dari Hazrul Erwe.


Linth dapat merasakan lantai kayu itu yang mula basah,dia melihat ke arah lantai kayu itu dan air mata nya terjatuh lalu mengenai ratu kayu itu,dia menangis dengan mata terbuka sangat luas tetapi dia tidak benar-benar menangis kerana dia tidak mengeluarkan suara kerana ada banyak hal yang ingin dia katakan kepada Hazrul Erwe.


"Kenapa?...kenapa anda sampai sekejam itu kepada anak-anak anda? mereka adalah darah daging anda!"


"Hah?!"


Hazrul Erwe kemudian terlihat sedikit tidak berpuas hati dengan hal itu dia juga mengeluarkan suara yang tidak asing untuk didengari di telinga Linth,Hazrul Erwe melihat ke arah Linth yang sedang terduduk lalu menangis memandang ke arah lantai kayu ruangan.


Hazrul Erwe berkata sambil diri nya mendekati Linth dan dengan cepat dia menyepak Linth saat dia benar-benar mengatakan ayat nya, Linth juga terlihat mengeluarkan darah nya tetapi pada saat dia menabrak dinding,dia masih lagi boleh bertahan.


"Orang yang tidak punya keluarga seperti mu! tidak akan faham!!!"


"Arghhh!"


Lalu terlihat dinding kayu yang tadi nya biasa-biasa sahaja sekarang sudah agak rosak akibat pelanggaran dengan bahagian belakang Linth,Linth terlihat mengeluarkan darah daripada mulut nya serta dia juga memegang perut nya saat dia perlahan-lahan bangun dan sekarang dia berada di posisi duduk tetapi dia tidak benar-benar duduk.


"Ada apa? kau masih ingin melawan ku? benar-benar mengejutkan,hanya ada 1 di dalam 1,000,000,000 orang seperti mu,tetapi satu orang ini adalah orang paling bodoh di hadapan aku,jika kau ingin mengoceh—"


Hazrul Erwe belum sempat menghabiskan ayat nya dan sekarang ayat nya sudah dipotong oleh Linth,Linth juga terlihat sedang bangun meskipun kaki nya sedang sakit akibat efek tadi.


Rasa nya tulang dia akan segera patah jika dia paksa untuk berlari tetapi jika berjalan mungkin akan tahan dalam beberapa langkah,Linth yang seperti nya sudah tidak mampu untuk berdiri pun berkata dengan nafas yang setengah-setengah.


Kepala nya juga terlihat mengeluarkan darah,sepakan dari Hazrul Erwe itu benar-benar kuat dan sangat pengecut apabila dia menggunakan untuk perempuan,

__ADS_1


terlebih lagi itu dia apabila benar-benar tidak serius,akan sangat berbahaya jika dia serius.


"Diam lah!! sepatutnya nya dari awal kau tidak jadi Raja! sepatutnya Elf Kingdom dipimpin oleh sang ratu! tetapi keberadaan mu itu!! keberadaan busuk mu itu benar-benar membuatkan kami muak!! aku sudah tidak tahan!! apa nya yang selamat kan Elf Kingdom,apanya yang selamat kan bangsa Elf!? kau hanya mementingkan diri sendiri!! Hazrul Erwe!!"


Dia menjerit saat mengatakan hal tersebut dan pada saat ini yang tersisa di hati nya adalah perasaan marah serta sedikit balas dendam,antara sebab Linth tidak memikirkan keluarga sekarang adalah keberadaan Hazrul Erwe yang melakukan eksperimen yang aneh-aneh.


Dan hal tersebut benar-benar berdampak kepada keluarga nya yang sangat dia sayangi


dia sudah tidak mampu untuk berkata apa-apa pada waktu itu,yang dia boleh lakukan hanyalah satu iaitu memenuhi keinginan orang gila ini.


Hazrul Erwe tersenyum kejam saat dia mendengar kan ayat Linth dan Linth seperti nya tidak terkejut dengan reaksi Hazrul Erwe,yang ada sekarang dia cuba untuk bangun meskipun perut nya serta kaki nya sedang kesakitan.


Dia ingin melihat muka orang busuk yang sudah membunuh keluarga nya dan demi melaksanakan hal tersebut dia harus bangun dan mengarah kan arah pandangan pada Hazrul Erwe.


"Lah? baru perasan kah! benar-benar lambat."


Linth kemudian sudah berdiri dan dia mengeluarkan sebuah pedang dari kekuatan sihir milik nya pedang tersebut berwarna perak dan warna tersebut benar-benar berkilau sehingga Hazrul Erwe tidak dapat melakukan apapun, meskipun dia kuat tetapi dia sudah tidak mampu untuk melihat hal itu.


"Inilah penamat nya,Hazrul Erwe temui lah Tuan Puteri Minaya dan juga Tuan Puteri Yumeko dan segera lah berlutut meminta maaf kepada mereka!!"


Dia kemudian berlari ke arah Hazrul Erwe yang terlihat sedang tidak dapat melihat apapun dan lagi,lagi dia terluka atau bahkan akan mati dengan cara yang bodoh.


"Nanti dulu! tubuh ku tidak boleh bergerak! Argh!? sakit!!"


Hazrul Erwe dapat merasakan sebuah pedang yang sangat tajam menembusi jantung nya,Linth sudah membuat strategi ini sejak Hazrul Erwe berkata dia akan pergi ke Kaisar Medusa, apabila dia keluar dari Elf Kingdom maka kekuatan nya mungkin berkurang.


"T-Tolong!! Argh!!"


Dengan cepat Linth menusuk lebih dalam sehingga jantung nya keluar dari tubuh Hazrul Erwe serta dengan cepat dia menarik pedang itu keluar,tubuh Hazrul Erwe jatuh ke arah hadapan namun Linth tidak mengenai tubuh itu sehingga dia baik-baik sahaja.


"Selamat tinggal—"


Sebelum dia mengatakan hal tersebut,kaki kanan nya sudah patah dulu dan dia sudah tidak boleh berjalan kerana terlihat jelas kalau kaki nya patah,dia harus di ubati dan dia kemudian berkata.


"Woi! kalian sudah boleh masuk aku sudah membunuh nya, dengan ini kita akan bahagia kan?"


Dia sedikit tersenyum dan juga kaki nya masih kesakitan jadi dia hanya memanggil mereka tanpa berkata apa-apa namun yang masuk adalah tiga orang yang seperti nya tersenyum kejam ke arah mereka sambil menghulurkan pedang ke wajah nya.


"Benar-benar Elf perempuan yang bodoh ya? kau menuruti apa yang kami ingin kan."


"K-K-Kenapa?? padahal aku sudah melakukan nya!! kita semua akan bahagia kan?? semua rakyat akan bahagia kan? dan kita akan mencari tuan puteri kan?!"


"Siapa yang peduli bodoh,mereka itu hidup atau mati kita tidak tahu terlebih lagi lokasi mereka tidak diketahui jadi,akan sangat bodoh apabila pergi mencari mereka."


Linth kemudian tertunduk,dia kemudiannya berkata dalam hati sambil menitiskan air mata nya.


"Aku..dikhianati?"


"Selamat tinggal,Linth."


Apabila dia ingin melihat ke arah depan,kepala nya sudah di tebas dulu oleh elf lelaki itu dan sudah tentu mereka adalah orang kerajaan,mereka mungkin akan mengambil alih Elf Kingdom dan oleh sebab itu mereka ingin membunuh Hazrul Erwe tanpa mengotori tangan mereka.


Sekarang kepala Linth sudah benar-benar terpisah dari tubuh nya membuat kan darah nya bercucuran ke mana-mana,lelaki elf tersebut berkata dengan wajah yang datar serta sorotan mata nya benar-benar menyeramkan.

__ADS_1


"Elf yang bodoh,neraka adalah tempat yang sesuai untuk mu,temui lah keluarga mu di sana."


TO BE CONTINUE


__ADS_2