New World Volume 5

New World Volume 5
Chapter 5 [Kedatangan 5 Dosa]


__ADS_3

6 KERAKUSAN DOSA


PERSEMBUNYIAN DOSA KEMALASAN


SI GADIS MERAH


King True Vampire mula bangun dari mana tempat dia duduk, singgahsana milik nya yang sekarang lebih enak apabila di duduki tetapi dia benar-benar tidak mempunyai waktu untuk hal itu,dia harus lebih fokus sekarang.


King True Vampire baru sahaja menebas gadis merah atau boleh dikatakan identiti sebenar nya adalah Dosa Kemalasan,dia tidak mempunyai nama tetapi dia hanya mempunyai hal ini di dalam diri nya dan anggota lainnya juga sangat bersetuju dengan hal ini.


Mereka adalah orang-orang yang tidak memiliki nama dan mereka tidak peduli dengan hal itu,entah itu berapa kali pun mereka akan tetap tidak memilih nama tetapi mereka akan menjadi seseorang yang memiliki identiti kerana dari awal mereka juga makhluk yang hidup.


King True Vampire berdiri dan dia sedikit menjauh dari singgahsana nya sehingga dia tidak akan dapat merasakan lagi keberadaan sebuah objek di belakang nya, sekarang dia hanya menatap ke arah atas iaitu syiling istana tanpa ada rasa apapun.


"Hampa..hampa sekali..aku sendirian di sini."


Selepas pertarungan,dia benar-benar merasa kalau ini adalah hampa, perasaan itu apa yang dia rasakan benar tidak sama di saat "mereka" masih hidup,mereka yang di maksudkan adalah mereka yang pernah dicintai oleh King True Vampire,Hayato dan juga Ikaros.


Sudah cukup lama sejak King True Vampire membunuh identiti lama nya iaitu Hayato,dia benar-benar bukan Hayato lagi kerana apabila dia benar-benar masuk ke dalam wujud itu dia sudah tidak akan dapat kembali ke emosi ini.


Namun pada kenyataan nya pemikiran nya, perasaan nya benar-benar tidak dapat diketahui oleh diri nya sendiri yang dia tahu hanya hampa dan terus menerus hampa tanpa henti.


Dia ingin merasakan sesuatu perasaan,di dalam hati yang terdalam terdapat jiwa yang kosong King True Vampire tidak ingin jiwa serta hati nya diisi oleh siapa-siapapun kerana sudah ada orang yang menduduki hati nya.


Namun orang-orang itu sudah benar-benar pergi meninggalkan diri nya,pada akhirnya dia hanya sendirian di dunia ini dengan,dia sudah terlihat menjadi seseorang yang abadi meskipun pada awal nya dia bukan lah seorang yang abadi.


Justeru dia paling banyak ingin mati sebelum ini,namun keadaan benar-benar berubah dia hanya melihat seseorang di sekitar nya mati satu per satu dan dia benar-benar tidak dapat berbuat apa-apa pun.


King True Vampire menatap ke arah dua lubang yang terhasil akibat tabrakan sesuatu dan lubang itu adalah milik mereka berdua,King True Vampire masih lagi menatap nya dengan tatapan kosong tanpa emosi.


King True Vampire berkata dalam sambil diri nya mengeluh dan dia sedikit menutup mata nya,pada saat ini dia dapat merasakan sebuah kegelapan abadi yang benar-benar menutup pemandangan nya.


Dia sudah tidak dapat melihat pemandangan dua syiling istana yang hancur tadi,


"Entah di dunia mana pun..aku masih menjadi seperti ini..betapa menyedihkan nya."


King True Vampire tidak meragukan perkataan nya kerana dengan apa yang sudah terjadi selama ini dia tahu kalau seseorang yang berada di samping nya dan menyanyangi nya akan mati dalam waktu terdekat.


King True Vampire merasa kalau diri nya terkena sebuah kutukan iaitu kutukan apabila orang-orang mendekati diri nya dan mencintai nya maka orang tersebut akan mati,akan lebih teruk jika King True Vampire yang mencintai nya.


King True Vampire tidak tahu tentang hal ini dan bahkan dia juga tidak pernah berfikir hal seperti ada tetapi untuk sekarang dia adalah seorang penguasa..ya itu benar..penguasa yang menatap ke arah langit.


King True Vampire tidak benar-benar menatap langit sekarang,dia hanya melihat lubang itu dan disebalik lubang itu terdapat langit yang luas membentang,langit itu seperti tias hujung nya dan pada waktu malam langit itu akan dipenuhi oleh bintang-bintang.


King True Vampire berkata sambil diri nya mengalihkan pandangan nya ke arah hadapan dan perlahan-lahan diri nya berjalan melewati karpet yang dia pijak.


"Bintang ya?..sama seperti saat itu.. sebelum pergi ke benda yang sudah terjadi."


King True Vampire pernah mengalami nya,hal itu sudah lama sekali namun dia tidak mengetahui sesiapa kerana dari awal itu adalah rahasia nya dan juga apabila dia memberitahu orang lain,dia meragukan kalau orang-orang akan percaya.


Tetapi konsep masa lalu itu benar-benar ada atau lebih tepatnya masa lalu itu memang ada namun tiada hukum sains yang dapat menjelaskan cara untuk manusia mencapai masa lalu.


Tetapi di dunia ini,sains bukannya tidak ada cuma di ganti ke cara kerja yang lain dan nama nya juga tidak sama iaitu sihir atau magic,jika membicarakan sains di sini maka mereka akan mengatakan kalau hal itu adalah sihir.


King True Vampire tidak mengetahui kalau di dunia ini kurang pengetahuan seperti itu sampai lah diri nya benar-benar lama tinggal di sini,King True Vampire mendekati lubang yang ditinggalkan oleh Lacial Logicial.


Dia kemudian berjalan tetapi pada saat dia sudah benar-benar dekat dengan lubang itu dia berteleport ke hadapan sedikit lebih cepat sehingga dia tidak benar-benar lalu di bawah lubang itu,King True Vampire memasukkan kedua-dua tangan nya ke dalam poket nya.


Sehingga kedua-dua telapak tangan nya tidak dapat dilihat lagi,dia mengeluarkan ekspresi datar serta langkah kaki nya perlahan demi perlahan bertukar dari kiri ke kanan dan seterusnya sampai lah dia benar-benar berhenti.


Namun pada kenyataan nya dia tidak benar-benar berhenti sekarang,dia hanya terpaku sedikit..itu hanya pandangan nya dan tiada kaitan nya dengan pergerakan nya.


"Tuk..Tuk..Tuk.."

__ADS_1


Langkah kaki nya yang terakhir sudah pun berbunyi,dia perlahan-lahan berhenti dan sekarang dia berdiri di hadapan pintu yang sangat besar namun keadaan yang agak gelap ini membuatkan diri nya tidak dapat benar-benar melihat pintu itu.


Biasanya "dulu" akan ada maid yang menjaga pintu ini iaitu dua orang maid tetapi sekarang jangan kata maid,puteri di kerajaan ini sahaja sudah mati dan kerajaan ini rasmi dikatakan runtuh.


Jadi sangat tidak mungkin untuk mereka masih menjaga pintu ini,semasa Xeman Xeli balik dengan terluka sahaja mereka sudah tiada kerana di ubah menjadi makhluk yang mengerikan oleh Lacial Logicial.


King True Vampire berkata sambil dia mengarahkan tangan nya dan dia mengeluarkan tangan nya dari poket seluar nya, perlahan-lahan telapak tangan nya mendekati permukaan pintu.


Dan dia dapat merasakan kalau pintu ini sedikit berhabuk,King True Vampire menunjukkan eksperesi pelik dan dia berkata dalam hati sambil tangan kanan nya menolak pintu yang berhabuk itu.


"Padahal baru beberapa hari.."


King True Vampire sedikit kecewa dengan hal ini,tetapi dia tidak terlalu memikirkan nya dan hanya ingin fokus dengan tujuan nya iaitu mencari Dosa Kemalasan,dia ada beberapa sebab kenapa tadi dia melepaskan Dosa Kemalasan.


Sebab yang paling kuat adalah ada kemungkinan Dosa Kemalasan akan memanggil ahli kumpulan nya yang lain dan yang kedua King True Vampire berfikir kalau dia benar-benar sudah mati dengan keadaan yang begitu jadi lebih baik membiarkan nya begitu sahaja.


King True Vampire kemudian berkata sambil dia mengerutkan dahi nya sehingga dia benar-benar melihat sisi lain dari pintu yang sangat besar ini.


"Aku akan mencari mu..Dosa Kemalasan!"


DOSA KEMALASAN


Di sisi lain terdapat Dosa Kemalasan yang sedang kesakitan dan diri nya terlihat sedang berada di dalam sebuah rumah serta ruangan itu sangat lah gelap sehingga dia benar-benar tidak dapat melihat segala hak dengan jelas.


Dosa Kemalasan berdiri dengan keadaan kesakitan dan tangan kanan nya memegang tangan kiri nya sehingga dia mampu untuk menahan berat badan nya lebih lama sebelum diri nya benar-benar jatuh ke lantai.


Di hadapan nya terdapat meja makan dan seperti nya terdapat perabut lainnya,nafas nya benar-benar tidak teratur di sini darah nya juga masih berciciran di mana-mana, setitik demi setitik jatuh.


"Ahh..ahh..ahh."


Suara nya memang tidak dapat di tahan kerana sakit nya luar biasa, terutama sekali luka yang tersohor di belakang nya,dia akan segera mati jika tidak menyembuh nya.


Mana nya juga hampir habis,dia harus segera menukar jalur mana nya atau mungkin dia tidak harus menggunakan jalur mana nya, tidak..jika dia melakukan itu dan mencabut jalur mana nya dari 3 Puteri Besar.


Maka dia tidak akan selamat..tiada siapa yang mengatakan dia akan mati tetapi hanya saja dia tidak akan selamat.


Gadis merah mula jatuh dan kaki nya sudah benar-benar tidak kuat lagi, pada awal nya kaki nya bergetar hebat lalu berhenti seketika di saat dia jatuh,Gadis Merah terduduk di situasi sebentar.


Sementara di bahagian belakang nya masih lagi terdapat luka yang sangat besar dan panjang,luka itu melebar dari atas bahu kanan dan jatuh ke pinggang kiri,gadis merah mula kelelahan akibat kehilangan banyak darah.


Gadis merah mula meragukan pemikiran nya kalau dia akan selamat tetapi dia mula mengingat sesuatu kalau salah satu anggota mereka pernah mengajar dia sebuah magic penyembuhan jadi seharusnya tiada masalah.


Gadis merah menunjukkan eksperesi yang sedikit lega meskipun di dalam kegelapan itu luka nya masih berdarah hebat dan mulut nya mengeluarkan darah dari sisi lain,gadis merah berkata sambil diri nya cuba untuk bangun.


Sekarang posisi nya berbeza,lutut kaki kiri milik nya bertemu dengan lantai rumah manaka lutut kaki kanan nya menghadap ke arah hadapan.


Tetapi pandangan nya tertunduk sehingga dia tidak dapat melihat apa-apa melainkan lantai ada kegelapan di sekitar nya,tangan kanan nya perlahan-lahan menuju ke arah luka bahagian belakang nya tanpa rasa ragu dan rasa sakit jika menyentuh nya.


"Aku boleh menggunakan nya... penyembuhan."


Gadis merah tidak tersenyum,dari tadi dia hanya serius menurutnya itu adalah hal yang wajar untuk seseorang yang terluka besar,dia sedang memasuki sebuah mode iaitu mode survival atau mode bertahan hidup,dia akan melakukan segala nya demi bertahan hidup dan demi hal itu dia akan mengorbankan segala nya.


Perasaan yang membunuh hubungan sesama manusia ialah perasaan tidak percaya kepada seseorang.


Tangan kanan gadis merah mula mencapai luka nya,dia mendekati luka bahagian tengah nya dan perlahan-lahan tapi pasti dia mula menyentuh nya dam bersama saat setelah itu dia benar-benar merasakan kesakitan yang luar biasa.


Dia menyentuh luka itu tetapi sakit nya tidak dapat di bayangkan,gadis merah yang merasakan sakit itu dengan cepat berteriak lalu diri nya terjatuh menghadap ke hadapan, posisi muka nya menghadap lantai dan luka nya menghadap syiling rumah tersebut.


"Arghh!!! Arghhh!! sakit!!!"


Dia tidak menipu kerana apa yang terjadi sekarang ialah murni kesalahan nya sendiri,gadis merah atau dosa kemalasan benar-benar tidak menjadi malas sekarang malahan dia terlihat seperti orang bodoh.


Gadis merah tidak tahu apa yang akan terjadi selepas ini tetapi untuk melaksanakan misi nya atau misi yang hanya dia buat,dia tidak perlu untuk membunuh orang lain..dia hanya perlu membunuh King True Vampire.

__ADS_1


Gadis merah mula meragukan hidup nya,tetapi itu hanya sedikit dia kemudian bangun lagi dalam keadaan yang masih sama seperti tadi,dengan perlahan-lahan tangan nya mula kembali menuju ke arah luka bahagian belakang nya.


"Aku! aku harus hidup!!"


Wajah nya mula berpeluh dan perlahan-lahan air peluh jatuh,dengan wajah yang terlihat sangat kesakitan dia cuba untuk mencapai hak tersebut namun benar-benar tidak dapat menahan kesakitan.


"Re-recovery!"


Dengan cepat di bahagian belakang nya muncul sebuah magic berwarna hijau yang akan menyembuhkan luka nya, gadis merah mula merasakan kalau dia akan segera sembuh dan rasa sakit nya sedikit demi sedikit mula menghilang.


Gadis merah sedikit mengeluarkan eksperesi lega dan dia mengeluh di saat lingkaran sihir hijau itu hilang dan luka nya sembuh,yang tersisa hanya baju bahagian belakang nya yang terkoyak.


Lalu terlihat bahagian belakang nya yang sangat cantik dan mulus,kembali lagi seperti sedia kala dan seseorang melihat nya pasti akan terpegun kerana keputihan bahagian belakang nya benar-benar tidak dapat digambarkan.


Dia mengeluh lagi lalu berdiri tegak sehingga diri nya mampu untuk meregangkan tubuh nya,dia dengan suara perlahan berkata sesuatu.


"Arghh..sudah cukup main-main nya,luka itu benar-benar sakit ya? sepatutnya aku lebih menyembuhkan nya cepat."


Gadis merah mula mengembalikan tangan nya ke posisi semula dan diri nya sudah tahu apa yang aka terjadi, apabila diri nya ingin membuka mata kerana tadi dia tutup mata saat perenggangan.


Dia melihat sosok yang tidak asing sedang terbang dan dia itu benar-benar, orang yang ingin dia bunuh iaitu King True Vampire.


Dia berteleport sekian saat ke sini,gadis merah memandang ke arah King True Vampire yang sudah ada di hadapan nya dan dia berkata saat pandangan mereka saling bertemu.


"Bagaimana kau boleh sampai ke sini?"


Suara nya cukup garau saat dia melihat King True Vampire kembali,itu menandakan sebuah dendam.


King True Vampire berkata sambil diri nya menyilangkan kedua-dua tangan nya dan dia masih lagi memandang ke arah gadis merah.


"Ouh..hanya bantuan fragment..tolong jangan terlalu memikirkan nya."


"Aku tidak faham apa yang kau katakan dan juga aku tidak ingin memikirkan kau."


"Sungguh kejam ya?"


King True Vampire kemudian mengeluarkan pedang khas yang dia gunakan untuk tebas Dosa Kemalasan,dia juga mula memulakan langkah kaki nya.


Mata merah mereka saling bertemu di dalam kegelapan dan baju mereka juga terlihat sedikit berwarna meskipun baju King True Vampire berwarna hitam,mereka tidak tahu apa yang akan terjadi di masa depan tetapi masing-masing dari mereka terlihat tidak akan kalah.


Dengan tiba-tiba rumah itu hancur dan berpisah menjadi beberapa arah,terbuka layak nya kotak yang dibuka dari beberapa sisi lain-lain nya,hal tersebut membuat kan rumah yang ada di sekitar nya hancur.


King True Vampire sedikit terkejut tetapi dia tidak berhenti dengan langkah kaki nya dan gadis merah juga melakukan hal yang sama,dia terus maju namun dia berhenti pada saat ada beberapa orang yang turun dari atas langit.


Dia berkata kepada mereka yang sedang berada di samping nya, masing-masing dari mereka ada lima orang..di bahagian kiri nya terdapat dua orang manakala bahagian kanan nya terdapat tiga orang jadi jumlah akhir nya adalah enam orang,jika termasuk dosa kemalasan.


"Kalian terlalu lambat, seperti nya dua manusia itu membangkitkan kalian kan? entah apa lah nama mereka."


Mereka kemudian sedikit maju,mereka memakai baju yang sedikit berbeza dari biasa nya dan baju mereka masing-masing memiliki warna yang unik dan memiliki ciri khas tersendiri.


Salah satu dari mereka iaitu orang yang berada di kiri nya berkata sambil tersenyum dan seperti nya dia memakai kaca mata serta terdapat buku-buku yang melayang di samping nya.


"Itu sudah tentu,maaf kerana lambat apakah kalian tiada rasa bersalah meninggalkan dosa kemalasan sendirian?"


Tidak semua dari mereka menjawab namun ada seorang yang menjawab dan dia seperti nya sedikit aneh, memegang tongkat serta dia memakai pakaian layak nya seorang ratu wajah nya juga sentiasalah ceria.


"Kemalasan,kau sepatutnya lebih kuat lagi tahu!"


"Itu kah yang ingin kau katakan kepada aku sekarang? baiklah lupakan sahaja kerana yang lebih penting sekarang."


Dosa Kemalasan melihat ke arah hadapan dan dia melihat King True Vampire berhenti di satu titik serta memegang pedang nya,King True Vampire tersenyum kejam dan pedang nya berada di posisi sedia tetapi tiada sepatah kata pun yang keluar dari mulut nya.


Dosa kemalasan berkata sambil terlihat mereka berdiri sejajar seakan-akan orang-orang yang akan segera bertarung.

__ADS_1


"Saksikan lah! 6 Kerakusan Dosa!"


TO BE CONTINUE


__ADS_2