New World Volume 5

New World Volume 5
Chapter 16 [Tempat Terakhir Negara Runtuh]


__ADS_3

6 KERAKUSAN DOSA


4 MALAIKAT MULIA


"Tadi itu hampir saja kan? Keiyas? nasib baik kita sempat melarikan diri."


Farwell berkata sambil melihat Keiyas yang masih berada di samping nya,mereka juga sudah berada di ruangan tahta yang sangat luas milik kerajaan runtuh.


Dan sekarang mereka semua benar-benar bersyukur boleh selamat sampai ke sini, tidak ramai dari mereka panik kerana kejadian itu tetapi Keiyas terlihat tidak panik sama sekali justeru dia boleh jawab pertanyaan Farwell dengan tenang dan dia juga masih memikirkan beberapa kemungkinan tentang hal ini.


"Ya kau benar,tetapi bagaimana dia boleh mengeluarkan kekuatan yang seperti itu?"


Keiyas sedikit menunduk dan sekarang mata nya dapat melihat sebuah karpet merah yang membentang luas dari singgasana sampai lah ke pintu yang berada di belakang mereka,ini bukan pertama kali untuk sesetengah orang melihat hal ini.


Tetapi keberadaan Keiyas terlihat sedikit kebingungan dengan kekuatan yang dimiliki oleh King True Vampire, seakan-akan dia tidak percaya dengan apa yang sudah dia lihat dia bahkan ingin mencungkil bola mata milik nya.


Keiyas memegang dagu nya dan dia berkata dalam hati sambil posisi kepala serta arah pandangan nya juga masih sama seperti sebelum ini.


"Kenapa dia menyembunyikan kekuatan nya di awal? padahal dia boleh sahaja menahan kami dan membunuh kami di situ juga! namun kenapa? kenapa dia melepaskan kami? kenapa dia menyembunyikan kekuatan nya? serta apa yang dia sembunyikan? kekuatan yang sangat mengerikan yang dia miliki masih belum kami lihat sedikit pun kerana dari tadi dia hanya bertahan dan bertahan dan bertahan,kalau ada pun sedikit dia melawan padahal dia boleh membunuh kami sekaligus tetapi dia benar-benar melakukan hal itu."


Dengan tiba-tiba ada seorang suara perempuan yang dari tadi memerhatikan Keiyas yang sedang kritis berfikir,wajah nya juga terlihat sedikit stress kerana dia benar-benar tidak memiliki jawapan apabila menanyakan sesuatu tentang King True Vampire.


Rasa nya ini adalah pertama kali wajah nya menjadi stress seperti itu tetapi dia tidak begitu peduli jika orang lain melihat nya pun kerana itu bukan lah kelemahan nya meskipun begitu dia tidak menyukainya perasaan yang seperti itu iaitu perasaan


letih,di dunia ada juga perasaan letih.


Yang menjadikan penghidap nya ingin berehat meskipun tidak merasakan letih mahupun membuat kerja-kerja yang mengeluarkan banyak tenaga,Keiyas merasakan hal tersebut sekarang tetapi pandangan berubah apabila seorang gadis yang berada di hadapan nya mengatakan sesuatu kepada nya.


Itu adalah Dosa Nafsu yang sekarang sudah menghilang kuku panjang nya serta dia sudah mengelap air liur nya sehingga diri nya tidak menjatuhkan air liur nya lagi,Dosa Nafsu memandang ke arah Keiyas tidak sepenuhnya menunjukkan tubuh bahagian depan nya.


Hanya saja kepala Dosa Nafsu menghadap sedikit ke belakang,tetapi pada hakikatnya Dosa Nafsu memang mengatakan sesuatu kepada Keiyas dan Keiyas hanya mendengar hal tersebut.


"Kau terlalu banyak berfikir, tidak perlu memikirkan nya yang sudah jelas orang itu lebih kuat daripada kita semua hanya saja dia tidak benar-benar menunjukkan kekuatan nya jadi memikirkan lebih jauh hanya akan membuat mu tidak tenang,jadi tidak perlu memikirkan nya."


Dosa Nafsu mengatakan hal tersebut sambil diri nya berjalan meninggalkan mereka semua dan tentu sahaja dia menuju ke arah singgasana yang berada di hadapan mereka.


Dosa Kemarahan yang berada di situ juga dan sudah tentu dia masih lagi memegang tangan kembar nya itu tanpa berkata apa-apa pun pada kembar nya iaitu Dosa Iri Hati,Dosa Kemarahan berkata kepada Keiyas yang berada di belakang nya sama seperti Dosa Nafsu mereka juga memutarkan sedikit arah tubuh nya dan mereka tidak memperlihatkan tubuh bahagian hadapan milik mereka.


"Tolong jangan di ambil hati ya? Nafsu memang selalu seperti itu, apakah kau merasa tidak selesa dengan perkataan nafsu? kau ingin membunuh nya?"

__ADS_1


Keiyas kemudian berkata sambil tersenyum kecil ke arah mereka kedua-dua tangan nya ditunjukkan kepada mereka berdua dan lebih tepat nya telapak tangan nya kerana dia tidak


bersetuju dengan apa yang dikatakan oleh Dosa Kemarahan.


"Eh? tidak, tidak aku akan mengambil itu sebagai sebuah nasihat tolong jangan difikirkan."


Dosa Kemarahan sedikit tersenyum kepada Keiyas dan tanpa mereka menyadari kalau mereka sebenarnya musuh apabila mereka bertemu di pertemuan yang akan datang tetapi mereka masih menyimpan niat ingin membunuh antara satu sama lain.


Dosa Iri Hati yang sekarang dapat merasakan lembut nya tangan Dosa Kemarahan kemudian berkata apabila dia melihat sesuatu yang berada di hadapan nya, sebelum dia mengatakan hal tersebut sudah tentu dia mengubah kepala nya menuju ke arah depan agar pandangan nya terlihat dengan jelas.


Dengan tangan kiri nya dia cuba untuk menunjukkan sesuatu yang berada di hadapan merela semua.


"Hey,lihat lah itu."


Yup,yang ada di hadapan mereka adalah dosa Nafsu yang sedang berdiri di hadapan seorang gadis yang duduk di atas singgasana


gadis itu juga menyilang kan kaki nya perlahan-lahan mata nya yang merah itu menatap ke arah mereka,dia sedikit menundukkan kepala nya apabila menyadari keberadaan mereka.


Dosa Kemalasan atau Si Gadis Merah kerana dia serba merah,dia selalu mendapat kan julukan itu dan dia tidak tahu kenapa dia tidak mengetahui walaupun itu adalah hal yang di lakukan oleh diri nya sendiri.


Dia mengangkat kepala nya dan apabila dia melakukan hal tersebut dengan jelas dia dapat melihat seorang gadis yang serba hitam berada di hadapan nya yang sedang menyilangkan tangan nya, terdapat mahkota kecil yang ada di kepala nya dan dia hanya berfikir jika mahkota itu masih belum jatuh dari tempat nya.


Dosa Kemalasan kemudian berkata dalam hati sambil diri nya perlahan-lahan mengalihkan pandangan nya kepada orang-orang lain yang baru tiba di belakang Dosa Nafsu,itu adalah anggota 6 Kerakusan Dosa lainnya dan juga 4 Malaikat Mulia.


"Mereka sudah selesai ya? tidak apa lah."


Dia sedikit mata nya apabila dia menamatkan ayat nya namun selang beberapa saat dia membuka kembali mata nya,dia menyilangkan kedua-dua tangan nya sehingga dia terlihat sangat hebat di situ meskipun begitu Dosa Nafsu memandang nya sebelah mata.


Dosa Kemalasan bangun dari tempat duduk nya,dia perlahan-lahan membuka langkah kaki pertama nya dan dia berhenti pada satu titik selepas itu dia memandang ke arah dua orang perempuan yang berada di hadapan 4 Malaikat Mulia.


"Dosa Keangkuhan dan juga Dosa Ketamakan, seperti nya kalian hanya memerhati ya? tetapi tidak apa lah."


Mereka tidak menjawab dan mereka hanya memasang wajah datar tanpa emosi bahkan mereka tidak berhenti memandang ke arah Dosa Kemalasan,dia menyadari hal tersebut tetapi dia tidak ingin menanggapi nya.


Dosa Kemarahan dan juga Dosa Iri Hati masih lagi memegang tangan dan mereka naik ke atas singgasana milik King True Vampire,dengan cepat mereka duduk mereka juga mengeluarkan eksperesi comel saat mereka merasakan kenikmatan duduk di atas kerusi itu.


"Wah~ jadi Kemalasan dapat duduk di sini ya!!"


"Hmm~ Kemalasan tidak baik tahu!!"

__ADS_1


Dosa Kemalasan sedikit memandang ke arah mereka yang sekarang sedang duduk di atas singgasana,Dosa Kemalasan juga mengakui kalau mereka sangat comel pada ketika itu tetapi kecantikan Dosa Kemalasan di saat duduk di situ sangat lah tidak dapat di lawan oleh sesiapa pun.


Dosa Kemalasan berkata kepada mereka sambil senyuman kecil terukir di wajah


nya dan menurut mereka iaitu Dosa Iri Hati dan juga Dosa Kemarahan itu adalah senyuman yang paling indah pernah ditunjukkan oleh gadis yang berwarna serba merah ini.


"Aku minta maaf, sebagai ganti nya kalian boleh duduk di situ."


Pada saat dia ingin berbalik badan,dia melihat kalau Dosa Keangkuhan dan juga Dosa Ketamakan sudah tiada si belakang Dosa Nafsu,dia mula menyadari kalau mereka berdua memang tidak tahan dengan kecomelan yang dimiliki oleh Dosa Kemarahan dan juga Dosa Iri Hati.


"Kalian ini memang comel kan!!"


Dosa Keangkuhan mencubit pipi Dosa Kemarahan dengan kedua-dua tangan milik nya dan begitu juga sebaliknya Dosa Ketamakan mencubit pipi Dosa Iri Hati tetapi mereka berdua sama sekali tidak merasakan sakit justeru mata mereka tertutup kerana menikmati cubitan milik mereka.


"Betul itu!!"


Dosa Kemalasan hanya boleh sedikit tersenyum kepada mereka tetapi pada akhir nya dia membiarkan mereka untuk bersuka ria sebentar selepas pertarungan yang agak panjang,Dosa Kemalasan berkata kepada Dosa Nafsu dan juga 4 Malaikat Mulia yang sedang berada di hadapan nya.


Dia juga perlahan-lahan turun dari beberapa anak tangga yang berada di hadapan nya.


"Jadi? kalian belum benar-benar mengalahkan nya kan? tidak apa tetapi kenapa kalian sampai berundur."


Dosa Nafsu terlihat ingin menjawab pertanyaan itu namun sudah di jawab oleh Keiyas itu sendiri kerana dia lebih bijak dalam hal menjelaskan ini.


"Dia mengeluarkan kekuatan yang cukup besar sampai-sampai kalau kami terkena maka kami boleh mati."


Dosa Kemalasan sedikit terkejut dengan ayat Keiyas tetapi dengan cepat dia menyembunyikan eksperesi itu dengan menutup mata nya sebentar,Dosa Kemalasan membuka mata nya lalu dia berkata kepada mereka berempat.


"Ouh baiklah aku faham dengan ini perjanjian kita tamat,kami akan terus tinggal di sini King True Vampire itu dia terluka jadi tidak mungkin untuk dia datang ke sini apabila melihat kita semua ke sini, apakah kau setuju dengan hal itu?"


Keiyas kemudian berkata kepada Dosa Kemalasan yang seperti nya memandang nya dengan ragu, tetapi mata merah nya itu sama sekali tidak membuat kan diri nya takut.


"Baiklah,jadi..6 Kerakusan Dosa jika kita bertemu lagi untuk kedua kali nya kita adalah musuh."


Keiyas berkata sambil diri nya dan serta 4 Malaikat Mulia lainnya hilang,mereka pergi dengan menggunakan teleport dan sudah tentu mereka balik ke Ragnorok Kingdom.


Dosa Kemalasan kemudian berkata sambil dia memutar kan tubuh nya dan arah pandangan nya tertuju kepada mereka yang sedang bahagia di singgasana,Dosa Kemalasan tersenyum kecil saat melihat mereka kerana dari dulu kebahagiaan ini lah yang dia inginkan.


Dia tidak pernah mendapat kebahagiaan ini sewaktu dia hidup mahupun jadi manusia,jadi apabila berada di sini dia benar-benar bahagia.

__ADS_1


"Terima..Kasih kan? sudah lama aku tidak menyebut nya."


TO BE CONTINUE


__ADS_2