
RAGNAROCK KINGDOM
4 MALAIKAT MULIA
4 GREAT ANGLES
4 Great Angles atau 4 Malaikat mulia yang tidak lain dan tidak bukan adalah sekumpulan makhluk 300 tahun, meskipun mereka tidak terlalu mencolok kerana mereka bukannya
ingin ikut bertarung dengan menguasai dunia.
Pada 300 tahun terakhir ini pun mereka belum benar-benar menunjuk wujud mereka dan mereka tidak peduli dengan hal itu,berbeza dengan 6 Kerakusan Dosa.
4 Malaikat mulia tidak bertukar orang dan orang yang mengisi empat kerusi di kumpulan 4 Malaikat mulia masih lagi sama seperti 300 tahun yang lalu,mereka manusia tetapi mereka memiliki umur panjang.
Mereka semua lelaki dan rupa mereka juga terlihat sudah 40 tahun dan ke atas, meskipun begitu umur mereka tidak benar-benar bergerak.
Lebih tepatnya mereka tidak menua,namun di dalam ruangan yang biru ini terdapat sebuah meja yang agak besar dan membentang dengan permukaan yang agak luas sehingga mereka boleh meletakkan berbagai di situ.
Termasuk dokumen-dokumen yang dikumpul kan dan air-air teh yang mereka akan minum,mereka tidak lain dan tidak bukan adalah orang yang ditakdirkan sejak 300 tahun yang lalu dan sesungguhnya sehingga mereka benar-benar mati atau di bunuh mereka tidak boleh kalah.
Sebab itu mereka menyembunyikan identiti mereka selama 300 tahun,jika keberadaan mereka diketahui secara meluas maka mereka dalam bahaya,mungkin begitu lah anggapan mereka tetapi mereka menjaga rahasia itu pada 300 tahun yang lalu.
Dan sekarang rahasia itu sudah diketahui oleh sebahagian orang yang hidup di tahun 2007,4 Malaikat mulia ialah kumpulan kebaikan dan tiada niat ingin menguasai dunia,mereka ialah utusan tuhan.
Hal ini berbeza dengan 6 Kerakusan Dosa mahupun God Family kerana 6 Kerakusan Dosa anggota nya semua perempuan,mereka juga bukan utusan tuhan mereka bertindak dengan cara mereka sendiri.
God Family pula ialah utusan tuhan tetapi mereka ingin menguasai dunia dengan alasan ingin menyebarkan kata-kata tuhan ke seluruh dunia, sedangkan 4 Malaikat mulia terlihat tidak tertarik dengan hal ini.
Utusan Tuhan tidak benar-benar melakukan tugas nya,yang di maksudkan adalah mereka iaitu 4 Malaikat mulia,tiada kaitan dengan agama mana pun,yup! itu adalah mereka 4 Malaikat mulia tidak berkait dengan agama namun mereka percaya dengan keberadaan Tuhan.
Serta Tuhan itu mempunyai wujud yang tidak mampu untuk dicapai oleh otak manusia biasa mahupun manusia pandai,kerana dari awal manusia serta makhluk lain yang hidup tidak mungkin untuk melihat Tuhan secara langsung.
Itu adalah hal yang sangat tidak mungkin.
Di ruangan biru tersebut terlihat semua barang di situ biru apabila terkena cahaya matahari, seperti nya di ragnarok kingdom masih boleh terkena cahaya matahari, sangat berbeza dengan negara yang berhampiran Xeli Kingdom.
Kerajaan itu sudah tidak boleh dikatakan sebagai Xeli Kingdom kerana itu kerajaan runtuh semua rakyat nya mati serta pemimpin nya, singkat cerita kemungkinan selain Juriyana Mirai dan juga Lenax Lui tiada lagi orang yang memegang jawatan sebagai rakyat Xeli Kingdom atau negara hancur.
Berita ini mungkin sudah tersebar luas, seperti nya 4 Malaikat mulia yang sedang duduk di atas kerusi juga mula menyadari hal tersebut tetapi mereka tidak ingin bertindak terlalu terburu-buru.
Hanya saja keberadaan makhluk baru yang muncul itu benar-benar menganggu ketenangan mereka,salah satu dari mereka berkata dengan suara yang seperti nya dia sudah agak tua dan hal itu dapat dilihat dari wajah nya yang memiliki janggut berwarna putih tetapi dia masih kuat dalam pertarungan.
"Hmm.. bagaimana dengan laporan?"
Salah satu dari anggota 4 Malaikat mulia dan kelihatan nya dia yang paling tua di situ,dia seperti nya terlihat cukup bahagia dengan kedudukan nya sekarang namun dia meletakkan kedua-dua tangan nya di atas meja.
Lalu perlahan-lahan bahagian siku s
kedua-dua tangan nya menekan meja dan dia terlihat memperpendekan jarak telapak tangan kanan dan kiri nya sebelum dia benar-benar melakukan nya.
__ADS_1
Dia terlihat memasang wajah yang sedikit suram dari biasa nya,selalu nya dia yang selalu ceria boleh dikatakan kerana pengaruh umur nya juga meskipun begitu dia sama saja dengan orang tua lainnya,dia sudah tidak memiliki siapa-siapa di dunia ini bahkan sudah berapa generasi kawan-kawan nya ulu sudah dia lewat kan.
Bahkan dia tidak mengenal cucu cicit milik kawan-kawan nya,pada saat dia mengingat pengembaraan mereka dulu dan usia nya terus bertambah dia berfikir kalau dia akan benar-benar mati namun sekarang malah umur nya sudah melebihi 300 tahun.
Bukankah hal itu sedikit menyiksa nya? umur panjang,umur hampir abadi mahupun hidup abadi adalah hal yang paling mengerikan di Second New World, manusia tidak merasakan hal tersebut kerana manusia sendiri ialah makhluk dengan umur pendek.
Mereka hanya boleh hidup 60 tahun dan ke bawah,jika ada yang melebihi itu maka dia hanya beruntung tetapi selepas daripada itu dia tetap akan mati kan? sama seperti sebelum ini,semua makhluk hidup akan berakhir sama saja.
Tidak kira siapa anda,apa bangsa anda,apa warna kulit anda,negara anda maju atau tidak, apakah anda memiliki pahala yang melebihi dosa,dosa yang melebihi pahala,anda perempuan,anda lelaki,anda mengubah jantina anda,anda beriman,anda tidak beriman,anda percaya tuhan,anda tidak percaya tuhan,anda seseorang yang baik,anda seseorang yang jahat,anda menyukai sesama jenis,anda menyukai lawan jenis,pada akhirnya kita semua akan memiliki akhir yang sama iaitu kematian.
Hanya saja cara kita berbeza apabila mahu mati,semua nya tergantung pada perbuatan kita sewaktu di dunia atau waktu masih hidup.
Baiklah, kembali ke sana 4 Malaikat mulia sebenarnya sedang agak gelisah dengan keadaan sekarang,mereka seperti nya tidak mampu untuk duduk diam.
"Farwell, apakah kau tidak membaca laporan yang terbaru? apa boleh buat akan ku katakan sekarang."
Farwell memandang ke arah seorang lelaki yang memakai topi tinggi lalu dia seperti nya memiliki janggut yang sama dengan diri nya hanya saja janggut nya itu berwarna cokelat,usia nya juga terlihat berbeza sehingga tidak mungkin mereka seumur jika dilihat sekali pandangan.
Farwell sedikit tersenyum kepada nya dia juga menjatuhkan tangan nya ke bawah sehingga dia sudah tidak dapat melihat tangan nya yang berada di atas meja,hal itu juga dilihat oleh anggota 4 Malaikat mulia lainnya.
Farwell berkata sambil pandangan nya tertuju ke arah lelaki yang mengeluarkan kata-kata itu.
"Ouh? maaf ya kalau menyusahkan,Keiyas diri ku yang sudah tua ini tidak dapat melakukan apa-apa,bahasa 300 tahun yang dulu juga tidak sama dengan yang sekarang jadi aku kesusahan apabila ingin menyusaikan diri."
Farwell merasakan kalau dia sedikit menyusahkan mereka tetapi Keiyas seperti nya tidak terlalu peduli akan hal itu kerana mereka juga sudah seperti sebuah keluarga yang bersama 300 tahun lama nya dan sangat tidak mungkin untuk diri nya membuang Farwell begitu sahaja.
Keiyas kemudian berkata sambil kembali memandang ke arah mereka bertiga yang seperti nya sudah selesai dengan kegiatan-kegiatan mereka dan sekarang mereka harus menumpukan perhatian mereka kepada Keiyas.
Farwell berkata sambil dia berfikir sejenak dan seperti nya dia mula mengingat sesuatu kalau dulu tiada makhluk Vampire seperti ini sehingga ini benar-benar menyusahkan mereka.
"Nanti dulu? vampire,jangan-jangan?"
Kemudian seseorang cuba menyambung ayat nya,lelaki yang berada di samping nya itu memakai baju yang seperti nya agak tidak formal tetapi masih lagi berwarna sehingga hal tersebut sama sekali tidak menganggu anggota lainnya.
"Ya, Farwell kau benar, makhluk 300 tahun yang baru."
Keiyas yang menyadari tindakan mereka pun berkata dengan senyuman kecil dan kedua-dua tangan nya melanggar antara satu sama lain yang menandakan kalau dia sedang tepuk tangan.
"Hebat,kalian cepat menyadari nya ya? Farwell dan juga Wadia."
Wadia di beri nama namun pada kenyataan nya dia seorang lelaki dam bukannya perempuan, sesuai perkataan nya sebelum ini kalau 4 Malaikat mulia tidak memiliki anggota perempuan kerana perempuan tidak perlu untuk menjadi utusan tuhan ataupun hidup lama.
Wadia hanya boleh diam dan tersenyum kecil dengan hal tersebut, selebihnya Keiyas berkata sambil memandang ke arah seorang lelaki yang berada di samping Wadia,
"Kau juga harus berusaha lebih kuat,Fian."
Fian hanya diam apabila dia menatap mata Keiyas dan apabila melihat tindakan itu Keiyas tidak dapat berkata apa-apa melainkan hanya mengeluh dan dia dengan sekejap menutup mata nya.
"Haihh..baiklah seterusnya aku ingin bingcang sesuatu, iaitu 7 Dosa Besar atau orang-orang di zaman ini ada yang mula menyadari penukaran nama serta kekurangan satu nya anggota 7 Dosa Besar yang membuat kan mereka menukar nya menjadi 6 Kerakusan Dosa."
__ADS_1
Farwell kemudian berkata,
"Ya..kau benar, mereka seperti nya merahsiakan satu anggota yang hilang itu dan kenapa hal itu terjadi? aku benar-benar menyesal tidak mengambil tahu tentang 6 Kerakusan Dosa 300 tahun yang lalu, tidak kah kau fikir begitu? Wadia?"
Dia memandang ke arah Wadia saat dia mengatakan hal tersebut dan seperti nya dia memang ingin mendengar jawapan pada Wadia pada kali ini,tetapi jika di tanya dia lebih ingin mendengar Fian bercakap kerana sia jarang sekali bercakap.
"Ouh? ya kau benar aku juga berfikir seperti itu tetapi kenapa kita membicarakan mereka? bukankah pada 300 tahun kali ini pun kita harus mendiamkan diri?"
Dia mengatakan hal tersebut dan dia memandang ke arah Keiyas yang seperti nya dari tadi asyik membahas tentang mereka,
"Sebenarnya aku sedikit takut, mungkin akan terjadi perbezaan pada 300 tahun kali ini."
Keiyas mengatakan hal tersebut dengan serius dan dia memandang mereka bertiga juga dengan serius,mereka bertiga menunjukkan eksperesi yang agak terkejut termasuk lah Fian,tetapi mereka berdua iaitu Farwell dan juga Wadia tidak benar-benar menyadari hal tersebut kerana mereka terkejut dengan perkataan yang diucapkan oleh Keiyas.
Wadia kemudian bangun dari tempat duduk nya dan dia mengeluarkan eksperesi yang sedikit panik apabila mendengar hal tersebut,dia dengan cepat menghentak meja dan hentakan tersebut membuat kan seluruh orang yang berada di ruangan itu terkejut bukan main.
Hanya saja Fian yang terdiam juga mampu terkejut seperti itu dan selepas dia terkejut dia menatap ke arah Wadia yang seperti nya ingin benar-benar memaksudkan perkataan Keiyas.
"N-nanti dulu! Keiyas! jadi maksud kau kita akan beraksi pada tahun ini?"
Keadaan menjadi hening seketika dan suara yang tadi nya bising juga mula menghilang,Wadia yang tidak tenang masih lagi tidak dapat duduk jadi dia hanya boleh berdiri dan menunggu jawapan dari mulut Keiyas.
Keiyas berkata sambil diri nya menaikkan tangan nya lalu dia letakkan di atas meja, bahagian kedua-dua siku nya tertekan ke arah meja sehingga dia dapat merasakan tekanan itu saat dia sedang mengucapkan kata-kata nya,
"Ya..itu betul."
Dengan jawapan yang sederhana, membuat kan Wadia terduduk kembali dengan keadaan tersenyum lebar wajah nya, seperti nya dia benar-benar menahan nafsu nya selama 300 tahun lebih untuk hal ini,Keiyas hanya memasang wajah serius dari sudut pandang nya dia dapat melihat dengan jelas wajah mereka bertiga yang masing-masing memiliki reaksi yang berbeza.
Farwell hanya tersenyum kecil sambil memandang ke arah Wadia dan sedangkan Wadia menutup sebahagian wajah nya dengan telapak tangan kanan nya dan tentu sahaja di sebalik tangan nya itu terdapat senyuman yang tidak tertahankan.
Sedangkan Fian kemudian berkata dan hal tersebut membuat kan mereka semua memandang ke arah Fian,Fian tersenyum dia menyandar kan belakang nya ke arah permukaan kerusi dan dengan tangan yang menyilang itu,dia benar-benar mengucapkan sesuatu.
"Jadi? sesuatu yang mereka katakan tentang 4 Malaikat Mulia seperti tidak ingin bertarung itu hanya tipuan? namun pada kenyataan nya kalian ingin sekali membunuh kan? 4 Malaikat Mulia,aku meragukan kalau kita itu benar-benar utusan Tuhan? kan??"
Fian tersenyum kejam ke arah mereka saat dia meminta persetujuan mereka,mereka juga memandang ke arah Fian sambil tersenyum kejam terutama sekali Wadia yang seperti nya sudah tidak sabar untuk membantai.
Tetapi demi melanjutkan pembicaraan mereka lebih jauh lagi,Keiyas berkata sambil memandang ke arah mereka bertiga kembali dengan wajah yang serius.
"Tujuan kita adalah bunuh orang yang mengendalikan vampire itu! ingat kita adalah utusan tuhan,jangan membuat Tuhan kecewa dengan hasil kerja kalian..ingat itu."
Keiyas menegaskan hal tersebut sambil diri nya bangun dari tempat duduk dan dia memegang telinga nya, seakan-akan dia sedang berkomunikasi dengan seseorang,Keiyas sedikit tersenyum saat dia mendengar kan suara orang itu.
Tetapi beberapa saat kemudian dia mengeluarkan eksperesi datar yang tidak terkalah kan,bahkan hal tersebut mengejutkan mereka.
Keiyas berkata dalam hati sambil mengeluh lalu dia menjatuhkan tangan nya semula ke posisi awal dan tanpa ragu dia duduk kembali di tempat duduk nya dengan perlahan.
"Ahh.. menggelarkan diri mereka utusan tuhan tetapi malah mati dengan makhluk neraka kalau begitu pergi lah masuk neraka selepas kematian mu..menyedihkan."
Keiyas kemudian kembali memandang ke arah mereka dengan tatapan kosong,mereka bertiga lebih tepatnya Farwell ingin mengatakan sesuatu tetapi seperti nya dia melihat wajah Keiyas yang dalam mood tidak bagus.
__ADS_1
Jadi dia hanya mendiam kan diri nya.
TO BE CONTINUE