
Kehidupan alam ghaib dan manusia tidak pernah tenang. Kaum manusia yang menggelarkan dirinya ‘THE HUNTER’ membuatkan kehidupan kaum alam ghaib seperti Bunian, serigala jadian, ahli sihir dan pontianak tidak selamat. The Hunter mempercayai kaum alam ghaib membuatkan kehidupan kaum manusia menjadi kucar-kacir. Oleh itu, mereka berpakat mewujudkan sebuah pertubuhan yang menjatuhkan kerajaan alam ghaib. Sejak itu, perang antara kaum manusia dan kaum alam ghaib tidak pernah tamat.
Seorang perempuan yang mempercayai kewujudan kedua-dua kehidupan ini mempunyai sebab untuk menstabilkan atmosfera di bumi. Dia belajar mendalam tentang setiap kejadian mereka dan berniat untuk menyebarkan kebaikan setiap kebenaran yang ada. Untuk menjadikan impian itu kenyataan, dia memilih untuk mendekati kaum alam ghaib bagi mengenali mereka dengan lebih dekat dan peribadi. Dia bergerak ke dalam hutan dengan berharap dia dapat mendekati sekurang-kurangnya satu kaum alam ghaib ada.
Dipendekkan cerita, sepanjang perjalanannya berada di dalam hutan tersebut, dia bertembung dengan dua ekor serigala. Ketika nyawanya berada di ambang kematian, seekor harimau putih dalam menyerang serigala tersebut sehingga kedua-dua haiwan itu hilang nafas. Harimau tersebut memandang perempuan itu. Mata harimau tersebut ibaratkan menikam tepat ke dalam jiwanya. Perlahan-lahan, dia menghampir perempuan tersebut, menyebabkan perempuan itu mengundur ke belakang. Tanpa dia sedar, dia telah bergerak jauh sehingga belakang badannya menyentuh bahan pokok dan memberhentikan langkahnya. Dia ketakutan tetapi tetap menatap mata harimau tersebut.
Walaubagaimanapun, perempuan itu tidak boleh lari dari berasa aneh akan binatang buas itu. Harimau itu mendekatinya dan secara spontan perempuan itu menutup matanya dalam keadaan menggigil dan menganggap itu adalah hari terakhir dia merasakan kehidupan. Tetapi, tekaan dia terpesong apabila dia hanya mendengar bunyi seakan menghidu dan nafas dari harimau tersebut sahaja. Kemudiannya, tiada apa yang berlaku. Jantungnya berdegup laju.
__ADS_1
‘Apa yang berlaku?’ Dia membuka matanya dengan penuh tanda tanya.
Dia terkejut melihat harimau putih itu masih di depannya. Tetapi, selepas melihat posisi harimau itu sedang duduk, membuatkan perempuan itu menjadi kurang takut.
‘Dia tak menyerang?’
Ketika perempuan itu menghulurkan tangannya yang lain, harimau itu seakan tersentak dan mengaum kuat tepat di wajah gadis tersebut. Mata harimau berubah menjadi biru yang berkilau. Dari pandangan mata si harimau tersebut, dia melihat seorang perempuan yang sedang ketakutan berdiri di hadapannya. Matanya berair seakan ingin menangis meraung, tetapi tiada satu langkah pun yang menunjukan dia akan melarikan diri. Gadis itu masih memilih untuk berdiri dan menanti di situ.
__ADS_1
Dari pandangan perempuan itu pula, dia melihat mata birunya semakin kurang terangnya dan secara tiba-tiba mendengar suara yang dari mindanya, "Kau tak sepatutnya disini."
Dia terkesima mendengar suara tersebut. Suara itu muncul kembali, “Lari sebelum terlambat.”
Harimau putih itu pergi meninggalkan perempuan itu bersendirian. Kakinya menggeletar sehingga jatuh terduduk ke bumi.
“Aku jumpa dia.” Dia tersenyum letih.
__ADS_1
Pandangannya menjadi kabur lalu tubuhnya jatuh rebah ke bumi. Segalanya menjadi gelap.