
Sudah 3 hari berlalu selepas kejadian Adah pengsan di tandas. Adah juga sudah sedar dan kelihatan sihat seperti biasa. Tetapi, ibunya menghalang adiknya dari pergi kelas dan memintanya berehat sahaja untuk lagi 1 hari di rumah.
Rosie tidak dapat memberi sepenuh perhatian di dalam kelasnya. Fikirannya terisi walaupun matanya fokus memandang ke papan putih di hadapan kelas. Dahinya berkerut-kerut memikirkan lambang yang dia tengok tempoh hari.
Kenapa aku tak pernah tengok tatu tu sebelum ni? Aku dengan dia selalu kalau pergi mana-mana bersama saja, tapi kitorang tak pernah pula pergi kedai tatu.
Dia menghela nafas berat.
Aku tak rasa ibu ayah okey. Matilah kalau ibu tahu pasal tatu tu….
Seperti biasa, loceng berbunyi menandakan kelas tamat. Rosie mengemas barangnya lalu keluar dari kelas tanpa menoleh ke belakang walaupun sedikit. Dia mengeluarkan telefon bimbitnya dan memeriksa mesej yang masuk. Tetapi, tiada satu mesej pun dari adiknya.
Rehat mungkin? Nanti nak jengah bilik dia kejaplah.
Dia memasukkan semula telefonnya ke dalam poket dan ketika itu, dia mendengar namanya dipanggil dari belakang. Dia menoleh dan melihat Liza berlari datang mendekatinya dengan senyuman yang manis.
“Hai, seorang je ke? Mana Adah?” Suaranya penuh ceria.
“Dia tak berapa sihat. So, dia duduk rumah.”
“Oh, dia demam ke?
Rosie menggeleng, “Dia pengsan tempoh hari. Ikutkan dia dah okay dah. Cumanya, ibu kita orang nak dia rehat lebih sikit. Lagipun dia selalu sangat stay up. Siang kelas, malam study. Bila lagi dia nak rehat kalau bukan time dia tak sihat kan?”
“Dia pun boleh tahan eh, study tak berhenti.”
“Itulah pasal! Tak paham betul.”
Telefon Liza tiba-tiba berbunyi di pertengahan perbualan mereka membantutkan ketawa mereka. Liza dengan pantas mengeluarkan telefon bimbitnya dari beg sandangnya dan nama Zackary terpapar di muka screen telefon. Butang hijau ditekan.
“Zackary?” Rosie memandang Liza menjawab panggilan tersebut.
"Aku baru lepas turun blok. Aku tunggu dengan gerbang." Dia mematikan panggilan setelah lama diam.
"Pergh, dah ada member baru dah mat. Gila ar." Liza ketawa.
"Takdelah. Dia adik beradik angkat aku."
Rosie mengangkat kening, "Dia study sini?"
Liza mengangguk, "Dia baru masuk jumaat minggu lepas."
"I see. Okeylah, aku nak balik terus kejap lagi. Jadi, kita sampai sini je eh?"
"Eh, of course. Apa-apa hal roger-lah."
Rosie mengangguk sebelum meninggalkan Liza berseorangan di gerbang. Liza melabuhkan punggungnya di kerusi panjang yang selalu ada di situ. Matanya memandang sekeliling. Memandangkan itu waktu pertukaran kelas, ramai pelajar lalu lalang di situ samada masuk atau keluar. Tetapi, kelibat Zackary masih tidak dijumpai. Liza menyandar badannya ke kerusi sambil menarik nafas panjang.
Matanya terbungkam. Dia dapat menghidu sesuatu yang pernah dihidu. Dia cuba untuk mengekalkan posisinya seperti dia tidak tahu apa-apa yang berlaku. Dia tidak mahu tuan kepada bau itu hilang. Oleh itu, dia menunggu dan kekal pada posisinya.
"Liz!" Liza berpaling.
Zackary berlari dari hujung koridor menuju ke arahnya. Liza hanya berdiri sambil menanti Zackary tiba ke tempat dia berdiri. Zackary berhenti di hadapan dalam keadaan tercungap menghirup udara yang telah dicuri ketika berlari sebentar tadi.
"Kau.. Lama tak.. kau tunggu aku?" Tanya Zackary antara nafas.
Liza menyeluk tangannya ke dalam baju hoodie-nya, "Takdalah, bontot aku pun tak panas lagi."
Dia cuba untuk menghidu semula bau tadi untuk memastikan kehadiran makhluk itu. Ternyata bau itu masih ada. Maksudnya, orang itu bukan datang untuk mengancamnya. Mungkin hanya memerhati.
“Maaf weh, aku tak sangka pula pensyarah aku akan buat kita orang tertahan dalam kelas.” Zackary akhirnya dapat berdiri dengan sempurna.
“Wow, kau betul-betul belajar eh?”
“Aku kena sebati kalau nak berlakon jadi manusia.” Bisik Zackary. Liza hanya tertawa melihat gelagat Zackary.
Tiba-tiba, riak wajah Zackary berubah. Tanpa menggerakkan kepalanya, matanya bergerak ke kiri dan kanan seperti mengesan sesuatu. Liza ingin bertanya tetapi dia tahu situasi itu tidak selamat. Oleh itu, dia menarik tangan Zackary keluar dari bangunan. Walaupun dia belum bertanya apa-apa, dia sudah tahu apa yang mengganggu sahabatnya.
“Kita kena gerak sekarang kalau kita nak siapkan benda tu cepat. Aku taknak leka-leka eh?”
Zackary terpinga-pinga, “Kejap weh! Aku macam ra-”
“Bukan sekarang.” Bisik Liza, memotong ayat sahabatnya.
Liza berhenti betul-betul di hadapan pintu kereta Zackary. Dia melepaskan tangan lelaki tersebut lalu masuk ke dalam badan kereta, meninggalkan lelaki itu melilau memandang belakangnya. Nampaknya dia masih tertarik dengan bau tersebut.
Pintu kereta dikuak semula lalu dia mencapai tangan Zackary, “Masuk.”
Zackary seakan-akan sedar dari lamuan. Dia tidak bercakap banyak lalu berlalu masuk ke bahagian pemandu. Setelah lelaki itu masuk, Liza menghulurnya sesuatu. Lagi sekali, Zackary memandangnya aneh.
“Kawal diri kau. Aku tahu kau pun terganggu” Biji kopi di tangan Liza dicapai lalu mendekatkan ia ke lubang hidungnya.
“Berapa lama dia dah ikut kau?’ Tanya Zackary sambil menenangkan dirinya.
“Sejak hari ke-2 aku datang sini.”
Mereka diam. Tiada apa yang boleh mereka katakan ketika itu. Zackary menghirup haruman biji kopi untuk kali terakhir sebelum mengembalikannya kepada Liza.
“Kita kena cepat doh. Aku tak rasa dunia manusia ni selamat untuk tuanku lagi.”
__ADS_1
Lelaki itu menghidupkan enjin kereta dan beredar dari pekarangan parking kereta itu. Liza hanya diam. Tidak boleh disangkalkan lagi. Apa yang yang Zackary katakan sebentar tadi adalah satu kebenaran.
~
“Bila aku boleh keluar?” Monolog Adah kepada cermin dinding biliknya.
Dia menghempaskan dirinya ke atas katil sambil melepaskan rungutan berat yang boleh didengari oleh ibunya di bawah. Namun, Puan Illida hanya menjalankan kerja rumahnya seperti biasa.
“Kamu tahukan kamu boleh je keluar berjalan kalau nak?” Soal ibunya sendiri di dapur.
Suara Puan Illida cukup kuat untuk didengari oleh Adah dari bilik. Pintu biliknya yang terbuka luas memudahkan komunikasi mereka berlangsung.
“Tapi, Adah nak pergi kelas!” Jawab Adah yang masih dalam keadaan terbaring menghadap siling.
“Nope.”
“Tapi kenapa?
Ibunya menutup paip singki dan bersuara lagi, “Kamu belajar tak berhenti, Adah. Dekat universiti dah memaang belajar. Time rehat belajar. Waktu tidur pun belajar? Cuba bagitahu ibu, bila kamu rehat?”
Adah hanya diam mendengar bebelan ibunya. Memang betul dia manusia yang tidak tahu rehat dari belajar tetapi dia sudah sengsara dengan kebosanan berada di rumah tanpa berbuat apa-apa. Malahnya, ibunya mengambil semua peralatan termasuk semua buku untuk mengelakkan dirinya dari belajar.
“Kalau kamu tidak dapat bagi diri kamu rehat, jadi hukum alam yang memaksa kamu rehat.”
Kata-kata ibunya membuatkan dia terdiam. Dia tahu, tiada apa yang boleh menepis kebenaran ayat ibunya itu. Oleh itu, dia memilih untuk berdiam sambil mengelamun memandang silingnya.
“Hukum alam memaksa kita eh…”
Entah mengapa, dia teringatkan Alam Ghaib ketika itu. Pertelingkahannya bersama Herna tempoh hari membuatkan hatinya berat. Ketika itu, dia teringatkan tangannya mempunyai corak bertinta emas itu. Lengannya masih dibalut bandana. Walaupun dia tahu ahli keluarganya tidak boleh melihat corak pada tangannya, tetapi untuk dirinya, hanya melihat tatu itu membuatkan bahunya berasa berat seakan dia dapat merasakan beratnya tanggungjawab yang sepatutnya dia tanggung jika dia di Alam Ghaib.
Setiap kali dia memandang corak itu, akan muncul satu suara yang mendayu-dayu memanggil dia pulang ke ’tanah air’nya dan menenggelamkan dia ke dalam dimensi yang lain. Tapi, dia berjaya menepis lamunannya sendiri lalu bangkit dari baringnya. Dia memicit tepi dahinya mula berasa pening.
Aku rasa aku dah naik gila. Semua benda ni membuatkan aku gila.
Tidak lama kemudian, sekali lagi dia mendengar bisikan yang mendayu-dayu itu. Tidak perlu dicari dari mana datangnya suara tersebut, dia sudah tahu puncanya di mana. Dia memegang lengannya yang berlapik bandana tersebut.
“Apa kau nak..?” Suaranya perlahan, hanya untuk dirinya sahaja yang mendengar.
Kau tahu.
Mata Adah membesar. Untuk pertama kali, suara itu untuk menjawab soalannya.
“Aku taknak balik ke negara kau.”
Kau tidak ada pilihan. Kita semua tiada pilihan.
“Kita ada pilihan. Kita sentiasa ada pilihan dan aku pilih untuk tidak pergi.”
“Baliklah…” Suara perempuan itu dengan penuh rayu. Walaupun bibirnya mengukir senyuman, namun matanya memancar kesedihan. Membuatkan Adah turut merasa sedih.
“Hanya darah keluarga kita yang boleh menghalang Indera Dewa dari memusnahkan segalanya. Selamatkan kedua-dua dunia, Adah.”
Adah mengalirkan airmata secara tiba-tiba. Dia tidak tahu kenapa, dia berasa sangat dekat dengan perempuan itu. Dia dapat merasakan keperitan dan kesedihan yang dirasa oleh perempuan itu. Semakin lama dia menatap mata manusia itu, semakin dia yakin tentang salah satu perkara yang menghantuinya selama ini. Semakin dia tahu, siapa yang berada di hadapannya itu. Perempuan itu adalah ibunya sendiri, Almyra Leon.
Lidahnya masih kelu tidak bersuara. Dadanya terlalu sebak untuk berkata apa-apa. Semakin dia mencuba, semakin kuat ombak perasaannya melanda. Tetapi, Almyra seperti tahu apa yang bermain di dalam fikiran anaknya lalu menganggukkan kepalanya sambil melebarkan senyumannya.
“Akhirnya, ibu dapat tengok macam mana anak ibu membesar.”
Ego anaknya jatuh apabila mendengar Almyra membahasakan dirinya ‘ibu’ lalu memeluk ibunya dengan erat.
Si ibu membalas pelukan anaknya sambil berkata, “Ibu fikirkan ibu takkan dapat tengok kamu membesar.”
“Adah fikirkan Adah takkan dapat kenal ibu Adah.” Ayat Adah membuatkan Almyra semakin tersenyum.
“Ibu sentiasa ada.”
Pelukan Adah semakin erat. Almyra membiarkan Adah berada di dalam pelukannya. Adah tidak kira itu khayalan atau bukan, dakapan Almyra terasa terlalu benar buatnya.
"Adah?" Almyra memecah sunyi.
"Hm?" Jawab Adah yang masih di dalam pelukan ibunya.
"Balik ye?"
Adah hanya dia tidak memberi reaksi. Almyra tahu Adah masih tidak mahu untuk pulang trtapi, apa lagi pilihan yang mereka ada? Terima kasih kepada Herna telah membangkitkan rohnya dari tidur panjang dengan menyalakan corak di lengan Adah. Dia tahu, lambang di lengan Adah takkan dinyalakan kalau mereka ada pilihan lain.
"Adah…" Almyra mengusap belakang Adah. Tetapi, Adah menarik badannya dari pelukan.
"Apa yang sebenarnya berlaku, ibu?" Persoalan Adah membuatkan Almyra diam. Dia menghela nafas berat.
"Ibu harap ibu boleh duduk bercerita, tapi masa ibu tak lama." Mata Adah membesar.
"Kenapa pula? Kita baru muncul!” Katanya separuh menjerit tetapi ibunya hanya senyum.
“Adah, tugas kita untuk menjaga keamanan antara dua negeri ini.”
“Apa maksud ibu?”
Adah menarik tangan Almyra. Melihat anaknya sedemikian membuatkan hatinya lembut. Dia tidak menjawab apa-apa kerana dia tahu Adah faham maksud dia. Almyra menundukkan kepalanya dan mencapai tangan anaknya lalu digenggam erat.
__ADS_1
“Adah akan faham bila tiba waktunya. Balik tau? Ibu akan sentiasa ada.”
Kata-kata terakhir berserta usapan di pipi Adah sebelum hilang seperti debu. Adah melilau memandang sekeliling, mencari ibunya.
“Ibu?”
Tiada jawapan.
“Ibu!”
Dia mula yakin Almyra Leon kini tiada di dalam biliknya sekarang. Dia dapat rasakan kehadiran ibunya hilang.
“IBU!!”
“Adah!”
Wajah Puan Illida yang kelihatan cemas kini di hadapannya. Dia memandang sekelilingnya. Kini dia berada di tengah-tengah katil di mana separuh badannya masih berselimut.
“Adah okey tak?” Tangan Puan Illida mengusap dahi Adah sambil memeriksa suhu badannya.
Apa yang berlaku?
“Adah mimpi buruk ke?” Kening Adah berkerut.
“Mimpi?”
“Adah meronta-ronta masa tidur tadi. Kamu buat ibu risau.” Tidak tipu. Wajahnya memang jelas kerisauannya. Adah tidak tahu apa yang perlu dia jawab.
“Mungkin. Maaf, Adah tak ingat.” Puan Illida menghela nafas panjang.
“Tak apalah. Kamu rehat. Kalau rasa nak keluar berjalan, keluar je. Ajak Rosie.”
Adah hanya mengangguk perlahan.
“Rosie, boleh tolong ambilkan air untuk Adah?” Ibu menoleh ke arah Rosie yang dari tadi berada di pintu bilik.
Sorry Rosie, aku tak perasan kau dekat situ dari tadi.
“Ibu nak siapkan makan malam. Nanti ibu siapkan makan Adah sekali. Adah tak perlu turun.”
“Nanti Adah turun.” Adah menjawab sepantas kilat. Ibunya diam hanya memandang anaknya. Tetapi itu hanya membuatkan Adah ketawa.
“Takpa ibu, Adah okey. Tadi je macam penat sebab mimpi yang orang tak tahu apa.” Sekali lagi ibunya menghelakan nafas berat. Dia tahu, dia tidak boleh menang dengan Adah.
“Iyalah, kalau apa-apa berlaku, jerit je macam tadi, tau?”
“Hm, tak tahu. Sebab tadi orang tidur. Ingat jerit macam mana.”
Ibunya mencubit lengan anaknya tetapi itu hanya mengundang lagi untuk anaknya ketawa.
“Budak ni. Sakit-sakit pun nak menyakat.”
“Mana ada sakit. Kita okey je kan?”
Tuk Tuk
Bunyi pintu diketuk menyebabkan anak beranak itu berpaling ke pintu.
“Air sampai.” Rosie mendekati mereka berdua dengan gelas air sambil tersenyum.
“Okeylah, ibu turun dulu.” Puan Illida meninggalkan dua beradik bersendirian.
Setelah pintu bilik ditutup, Rosie bersuara dengan penuh curiga, “Kau betul-betul okey?”
“Aku okey. Cuma mimpi buruk je.”
“Kau menjerit macam orang kena rasuk tau tadi. Ish, buat orang risau. Aku ingatkan ada orang pecah masuk.”
Kan bagus kalau diorang masuk masa Herna muncul malam tu… Huuuuu ~
“Sorry.” Adah tersenyum kambing.
“Takpalah. Asalkan kau takde pape. Oh ye, lagi satu,” Rosie diam seketika sambil memandang pintu bilik. Dia seperti menunggu sesuatu.
“Ibu ada cakap apa-apa tak?” Adah menggeleng. “Cakap apa?” Kini, giliran Rosie pula yang menggeleng.
Kemudian, dia melutut di tepi katil sebelah Adah, “Kalau kau nak meluah atau cakap apa-apa yang pelik, aku ada tau.”
Ada memandangnya terdiam.
Dah kenapa budak ni?
“Aku gerak dulu. Nak tolong ibu masak. Air tu minum. Kalau ada apa-apa, jerit macam kau mengigau tadi.”
“Bodohlah..” Adah ketawa kecil. Rosie keluar dari bilik.
Bilik kembali sunyi. Air disebelahnya dipandang pelik. Semua benda dan kejadian ketika tu sungguh aneh.
Tadi tu mimpi ke?
__ADS_1
~