
“Aku kena pakai baju ni sepanjang hari ni ke?” Adah merungut.
“Iya.” Salah seorang pembantu Puan Iris membantunya memakai pakai yang dia tidak pernah pakai seumur hidupnya.
Si pembantu menarik tali bengkung dibahagian belakangnya. Tidak sampai 5 minit menyarungnya, dia telah pun merasa rimas. Inikan pula nak dihadap kerimasan itu sepanjang hari.
“Okey, siap.” Pembantu itu melepaskan tali bengkungnya.
“Akhirnya!” Adah melepaskan kelegaannya.
“Seterusnya kita kena pakai gaun ni dan make-up.” Pembantu itu baju yang ada di atas katil. Adah melihat pakaian itu dan riak mukanya berubah. Ketika itu, dia sedar bahawa proses yang dia hadapi itu masih belum tamat. Akhirnya, dia menjerit melepaskan perasaan sepuas-puasnya sehingga suaranya didengar oleh Puan Iris dan Herna yang lalu di hadapan biliknya.
“Kenapa tu?” Riak muka Puan Iris yang risau.
“Cik Adah tak pernah pakai gaun. Saya rasa dia stress sebab takde pilihan lain selain pakai juga gaun tu.” Selepas penjelasan dari Herna, Puan Iris hampir saja tergelak besar memikirkan reaksi Adah sambil meneruskan perjalanannya ke dewan tarian.
“Kalaulah dia tahu baju tu milik arwah ibunya…”
Mereka teruskan perjalanan mereka sambil berbincang tentang majlis mereka pada hari itu.
~
Pintu bilik Adah diketuk. Dia berpaling ke arah pintu setelah suara Herna didengari, "Cik Adah dah selesai?"
Dia bergerak ke pintu lalu membukanya. Dia melihat Herna yang serba bergaya dengan berpakaian suit hitamnya membuatkan dia lebih kelihatan sebagai pembantu peribadi daripada ketua pembantu. Manakala Herna, mengambil kesempatan untuk mengintai pakai Adah. Split Mermaid Evening Gown berwarna putih, terbuka di bahagian bahu kanan menaikkan lagi seri gadis tersebut. Penampilan baharunya berjaya membuatkan Herna terkesima.
“Mata di atas, awaknya.” Herna beralih pandangannya lalu mata mereka bertentang. Adah melontarkan senyum sinisnya dan muka Herna pucat apabila aksinya tertangkap tanpa selidung.
“C-Cik Adah, s-saya tak maksudnya apa-apa. S-saya cuma kagum.” Gagapnya diluar kawalan. Adah hanya ketawa melihat reaksi pembantunya.
“Okey sangat tak?” Adah menanyanya lembut. Herna hanya mampu menggangguk, seakan hilang suara untuk berkata.
“Sejujurnyalah, aku tak berapa selesa. Aku tak pernah pakaian macamni.”
Herna dapat melihat ke dalam mata gadis itu, betapa dia tidak yakin akan dirinya sendiri dan itu membuatkan dia simpati. Dia malah menarik-narik baju yang dipakainya supaya menjadi lebih labuh, atau setidaknya melepasi punggungnya untuk mengelakkan kedut di bahagian perut.
Apa yang dilihat Herna membuatkan dia berkata, “Cik Adah, dari awal kita berjumpa, saya tak pernah tengok kecelaan dalam diri Cik Adah. Malah hari ni, Cik Adah adalah yang paling berseri.”
Adah mengangkat kening, berasa kagum. Tak pernah orang berkata sedemikian kepadanya sebelum ini. Oleh itu, dia sedikit malu. Hatinya juga berasa sejuk mendengarnya. Betullah kata orang, ‘kata yang baik selalu akan menceriakan hati seseorang’. Tidak salah bukan untuk berbuat baik? Malah, ia percuma.
“Bersedia untuk pergi?” Herna menghulur tangannya. Adah mengangguk sambil mencapai tangan kanannya, disilang dan digenggam erat seperti tidak mahu pembantunya hilang.
“Orang ramai sudah berada di dalam dewam. Saya kena bagitahu cik Adah, sekurang-kurangnya cik Adah bersedia untuk menghadap orang ramai.” Katanya perlahan sambil mendekat dewan majlis.
“Siapa orang ramai tu?”
“Sahabat Ibunda cik Adah juga.” Herna senyum, memastikan tiada apa yang perlu dirisaukan. Adah menelan air liurnya dan menarik nafas dalam untuk menghilangkan gementarnya. Untuk ibunya, dia beranikan dirinya ke hadapan.
Kau boleh buat, Adah. Tak apa yang perlu dirisaukan. Anggap macam malam prom.
Kini, mereka berada di muka pinti dewan. Dari luar, meraka boleh dengar pengacara majlis mengumumkan ketibaan dirinya. Pintu dewan utama majis dia buka. Cahaya dari dewan tersebut menerangi luar sehingga membutakan matanya. Dia memejamkan matanya seketika supaya matanya biasa dengan cahaya yang terang-benderang itu. Setelah matanya kembali pulih, dia dapat melihat orang sedang bertepukan tangan, memandang dan tersenyum kepadanya. Bunyi tepuk tangan juga mula didengari.
“Cik Adah?” Dia menoleh ke arah Herna.
“Ayuh?” Adah mengangguk dan mengikut ke mana pembantunya menariknya. Dia tidak tahu ke mana dia akan pergi. Dia mungkin ramah tetapi dia hanyalah seorang yang introvert secara diam. Melihat semua orang memandang ke arahnya membuatkan dia berasa resah. Auranya dapat dirasai oleh Herna, membuatkan dia mengusapkan tangan Adah.
“Mereka cuma teruja melihat cik Adah.” Herna melontarkan senyuman, memastikan Adah untuk berasa tenang. Adah masih lagi berbisu, hanya menganggukkan kepalanya.
Adah menoleh ke hadapan. Puan menanti mereka sambil tersenyum manis. Senyuman itu membuatkan Adah tenang, cukup tenang untuk mengabaikan desas desus orang sesekelilingnya.
“Itukah orangnya?"
"Akhirnya mereka jumpa juga dia."
"Mengapa dia kembali ke sini?"
Banyak lagi kata-kata dari makhluk sekelilingnya yang membuatkan dia tidak faham mengapa mereka mengata sedemikian. Cuma, ada satu suara dari kalangan mereka yang Adah dengar, membuatkan dia dilaruti oleh beribu perasaan.
"Persis sekali wajah ibundanya."
Adah menoleh ke arah suara tersebut dan melihat sepasang suami isteri yang memandangnya, melontarkan senyuman dengan penuh kasih. Mereka meletakkan tangan kiri ke dada kanan lalu menundukkan sedikit kepala mereka sebagai hormat kepadanya. Adah hanya memandang tanpa memberikan apa-apa reaksi. Walau bagaimanapun, mereka tetap tersenyum mengabaikan reaksi Adah yang dingin itu. Adah memandang semula ke arah Puan Iris yang kini telah berada tepat di hadapannya. Puan Iris melihat wajah anak sahabatnya itu yang penuh dengan kekeliruan.
“Kamu okey, Adah?” Adah mendongak.
Sambil tersenyum, dia menjawab, “Saya okey.”
Puan Iris tersenyum mendengar jawapan Adah. Tanpa sebarang kata, dia menarik Adah ke dalam pelukannya. Adah terkejut, begitu juga Herna. Perbuatan itu adalah sesuatu yang tidak pernah dilakukan oleh Puan Iris. Apabila pelukan itu tidak dibalas, Puan Iris mengeratkan lagi pelukannya.
“Selamat hari lahir, Adah Roman.” Akhirnya, airmata Adah mengalir dengan sendiri. Kedua-dua tangannya perlahan-lahan menyentuh belakang Puan Iris dan memeluknya dengan erat. Dia membenamkan mukanya ke dada Iris. Herna memalingkan pandangannya ke orang ramai sibuk bersosial.
“Terima kasih…” Suaranya keluar perlahan, hanya didengari oleh Puan Iris.
Kalaulah yang dipeluk ni ibu. Kenapa ibu pergi dulu?
Puan Iris mengusap belakang badan Adah, seakan tahu apa yang dirasainya. Mereka kekal posisi sehingga Adah sendiri melepaskan pelukannya. Airmatanya yang mengalir ke pipi dilap dengan tapak tangannya. Dia kekalkan kepalanya tunduk, mengelak dari memandang Puan Iris. Sekali lagi, dia mengucapkan terima kasih. Puan Iris menyentuh kedua pipi gadis itu dan mendongakkan kepalanya supaya berpandangan. Dia mengusap pipi perempuan itu menggunakan ibu jarinya dengan penuh kasih.
“Adah, walaupun kita baru berkenalan, tapi kamu anak kepada sahabat saya. Anaknya juga sudah dianggap anak saya sendiri. Kita adalah keluarga. Ibu kamu tidak pernah sekali pun menjadi orang asing di istana ini. Jadi kedatangan kamu juga adalah dialu-alukan.”
Adah akhirnya tersenyum. Entah bagaimana, hatinya menjadi tenang selepas mendengar ayat dari wanita itu.
“Mulai sekarang, kita buang panggilan hormat kita. Puan dan Cik membuatkan kita terlalu formal.” Adah mengangguk setuju dengan cadangan Iris.
__ADS_1
“Saya seperti mahu kamu memanggil saya ibu tapi, kita macam belum rapat lagi. Jadi, panggil saja saya Iris.” Dia menghulur tangannya. Pada mulanya Adah teragak untuk menyahutnya. Tetapi, ada sedikit keberanian di dalam dirinya membenarkan tangan itu disahut.
“Saya Adah.” Iris ketawa kecil.
“Ayuh, ramai yang ingat berjumpa dengan kamu.” Iris menarik Adah mengikutnya mendekati makhluk di dalam dewan tersebut. Herna turut mengekori mereka.
Dari satu kumpulan ke satu kumpulan, Iris mengenalkan Adah sebagai anak sahabat. Setiap dari mereka berkomunikasi dengan penuh sopan dan hormat. Adah juga membalasnya dengan sikap yang sama. Senyum dan berbual seperti manusia biasa. Sepanjang pertemuannya dengan mereka yang ada, Adah berfikir akan sesuatu. Dia sering mendengar tentang bahayanya alam ghaib dan setiap makhluk di dalamnya merupaan makhluk buas yang laparkan darah dan daging manusia. Kini, dia berada sendiri menjejakkan kaki ke alam ghaib, malah bergaul dengan makhluknya sendiri yang terdiri dengan pelbagai jenis - Serigala, puntianak, bunian, orang keldil dan berbagai lagi - perwatakan mereka tidak tumpah seperti manusia biasa. Seakan tiada ancaman yang perlu dirisaukan.
Herna yang mendengar fikirannya, berbisik ke telinganya sementara Puan Iris meneruskan perbualan bersama tetamu, “Rambut sama hitam, hati lain-lain.”
Adah menoleh ke bahu kanannya. Herna hanya mendekatkan dirinya ke telinga Adah tanpa memandang ke arahnya.
“Hati manusia tak boleh diselam, Cik Adah. Dengar, lihat boleh. Percaya jangan. Di sini, mahupun di alam manusia.”
Kiasan Herna penuh dengan amaran. Dia membalas kata-katanya dengan berdiam diri. Apa yang dikatanya itu ada benarnya dan otu membuatkan dia berfikir. Tetapi, kenyataan itu tidak merubah pendiriannya yang sudah sedia baik. 'Setiap kebaikan akan dibalas kebaikan', itulah prinsip yang diajar sejak kecil.
Sesi bual temu pada hari itu membuatkan dia keletihan dari biasa. Sebagai seorang yang introvert, interaksi dengan makhluk lain secara berterusan membuatkan dia kehabisan tenaga dengan lebih cepat. Dia tidak tahu berapa ramai yang telah dia temui ketika itu. Dia mula merasakan perasaan malas untuk bicara lalu membiarkan Puan Iris meneruskan perbualannya bersama tetamu yang lain.
Aku tak sangka pula aku kena bergaul dengan semua orang.
Dia memandang sekelilingnya, cuba untuk membuang kebosanan yang dirasainya. Tanpa dia sengaja, matanya terhenti pada pasangan yang ditemuinya sebentar tadi. Kali ini, dia cuba meneliti pasangan tesebut. Mereka tidaklah terlalu berumur atau juga berumur. Tetapi, melihat dengan cara orang sekelilingnya yang sekali sekala menunduk hormat kepada mereka memberi petanda bahawa mereka merupakan antara orang penting.
Kemudianya, pasangan itu bergerak jauh disudut ruang dewan, seakan tidak mahu masuk campur dalam majlis hari ini. Dengan tidak bersedia, mata mereka bertentang sambil mereka melontarkan senyum manis kepada Adah. Tetapi Adah masih tidak membalas senyuman itu. Sebaliknya, dia mengalihkan pandangan dari pasangan itu dan menepuk lembut tangan Puan Iris.
“Ye?” Puan Iris memandang Adah.
“Boleh saya merayau? Saya nak ambil minuman sekali kalau boleh.”
Puan Iris berdiam sejenak sebelum menjawab, “Boleh. Herna akan iring kamu.”
Herna pantas berpaling ke melihat Iris. Manakala Adah mengangguk laju tanpa sebarang bantahan. Adah meminta diri kepada tetamu yang bersamanya lalu menarik tangan pembantunya menjauhi mereka. Tetapi, tidak jauh dari kumpulannya tadi, mereka berhenti. Adah berpaling menghadap Herna.
“Apa yang bermain dalam fikiran, cik Adah?” Dia tidak dapat mengelak daripada perasaan curiga.
“Kenapa tak kau baca saja fikiran aku? Kau kan boleh baca fikiran makhluk?” Perkataan 'makhluk' yang dulunya janggal disebut kini menjadi kebiasaan di lidah.
“Saya tidak membaca fikiran orang lain. Tak elok.”
“Wow, kata-kata dari seseorang yang menerjah masuk dalam fikiran orang lain sepuluh minit lepas.”
“I-itu… Saya terdengar. Saya tak sengaja nak dengar.”
“Tsk.” Adah berasa meluat dengan jawapan Herna tetapi dia memilih untuk mengabaikannya. Dia kembali sedar akan perasaannya sendiri lalu mengurut kepalanya yang tidak pening.
Kenapa aku kerap sangat nak marah sejak tiba dekat sini..
"Cik Adah okey?" Herna mencapai bahu Adah, membuatkan dia berpaling kembali ke arah Herna.
"Jom."
Herna mengangkat keningnya, "Ke mana?"
Adah hanya diam. Tanpa tanya soalan lagi, dia mengekor Adah dari belakang. Adah mencapai secawan air dari pelayan yang dekat dengannya dan bergerak menuju ke arah hujung dewan. Di hadapannya, pasangan tersebut telahpun tersenyuman memandang Adah seakan-akan telah tahu apa yang dia fikir. Malah, Herna juga tidak menyangka dia akan ke sini bertemu mereka berdua.
"Salam sejahtera, Tuanku." Sekali lagi mereka menunduk sambil menyilangkan tangan kiri bahu kanan.
Adah terkejut mendengar gelaran yang diberi,"Eh, saya bukan tuanku! Saya cuma anak kepada kawan Puan Iris."
Pasangan itu melirik ke arah Herna yang belakang dibelakang Adah dengan penuh tanda tanya. Wajah Herna yang penuh dengan amaran, menggelengkan kepalanya dengan pantas. Adah perasan semua itu walaupun dia tidak memandang apa yang berlaku di sekelilingnya.
"Saya Adah." , mengabaikan sekelilingnya.
Mereka menoleh, "Kami tahu, cik Adah. Sahabat Puan Iris juga sahabat kepada kami."
"Ini Tuan Zakaria dan Puan Kasih. Mereka menjaga istana ini sejak ibunda Cik Adah kecil."
"Sebelum beliau lahir lagi, kami berada disini untuk berkhidmat." Puan Kasih membalas.
"Kami telah menganggap ibu kamu seperti anak kami sendiri. Melihatnya membesar dari kecil dengan gembira hanyalah sesuatu yang setiap ibu bapa inginkan." Tuan Zakaria menyambung.
“Sebelum ibu lahir?” Mereka mengangguk.
“Keluarga kamu sudah berada disini lama dari kamu tahu sebenarnya.” Adah terkejut mendengar fakta itu.
Ayah tak pernah cerita pun tentang benda ni.
“Para hadirin dan hadirat sekalian.”
Adah berpaling laju memandang di hadapan dewan, mematikan perbualan sebentar tadi. Terlihat seorang lelaki muda yang berbaju blazer berwarna hitam, berambut kemas bersisih tepi sambil melontar senyuman kepada semua tetamu yang hadir.
“Kami dari pihak istana mengucapkan terima kasih atas kehadiran para tetamu bagi memeriahkan lagi majlis kita pada hari ini. Seperti yang kita telah maklum, hari ini merupakan hari lahir yang berbahagia, Adah Roman. Dijemput yang dirai ke hadapan.” Suara lelaki itu cukup lantang memenuhi seluruh ruang dewan tersebut.
Herna, kini berada di sisi Adah, menghulurkan tangan untuk memimpinnya berjalan ke hadapan. Walaupun keliru, dia menggapai tangan pembantunya.
“Apa yang berlaku?” Orang ramai memberikan tepukkan sambil dia bergerak ke hadapan dewan.
Herna tidak menjawab soalan itu tetapi dia menjawab, “Terlebih dahulu saya ingin meminta maaf, Cik Adah.”
"Huh?" Tanda tanyanya tidak dijawab. Herna hanya diam sehingga tiba ke destinasi.
Setibanya mereka di hadapan dewan, Herna melepaskan tangannya dan bergerak jauh dari permandangan para tetamu. Hanya si pengacara dan Adah sahaja menjadi tumpuan.
__ADS_1
"Tuanku dah bersedia?" Bisik pemuda tersebut.
Kenapa semua orang panggil aku tuanku ni?
Adah memandang ke lantai tetamu, mencari seseorang yang dia kenali. Puan Iris terlebih dahulu telah menatap matanya. Wajahnya tidak berperasaan, Adah tidak dapat mengagak apa yang dia fikirkan.
"Bersedia untuk apa?" Tanya Adah.
"Untuk meneruskan majlis." Pemuda itu masih tersenyum.
Serba salah untuk membuat tetamu tertunggu-tunggu, dia mengangguk dan membalas senyuman lelaki itu. Lelaki itu juga mengangguk.
"Hari ini merupakan hari lahir beliau yang ke-21. Beliau telah dibawa pulang seperti yang diinginkan oleh Tuanku Permaisuri Almyra Leon untuk menyambut ulangtahunnya di Istana Magika."
Almyra Leon? Itu siapa pula?
Adah kembali menoleh ke arah Puan Iris, mengharapkan persoalan akan terjawab. Tetapi Iris masih memandangnya tanpa apa-apa reaksi. Dia menoleh pula ke arah Herna. Tetapi, pembantunya itu hanya menundukkan kepalanya.
"Terlebih dahulu saya ingin meminta maaf kepada Cik Adah."
Dia cuba menyambung segala teka teki yang ada sepanjang dia berada di alam ghaib itu tetapi dia tahu masih ada bahagian yang dia tidak temui lagi, menyebabkan teka tekinya masih tidak terjawab.
“Majlis ini juga akan diiringi dengan upacara penabalan.”
Upacara penabalan?! Apa yang berlaku ni?!
Adah semakin keliru. Apa yang berlaku sekarang mengundang cemas buatnya. Sementara itu, Herna yang tadi berdiri jauh darinya kembali membawa mahkota yang beralaskan bantal berenda, diiringi Puan Iris disebelahnya. Mereka berhenti tepat bertentangan dengan Adah, tetapi Adah memandangnya dengan seribu perasaan yang berbeza.
“Dengan ini, Puan Iris akan melepaskan takhtanya kepada yang hak, Tuanku Permaisuri Adah Leon, dimana hari ini akan memerintah kerajaan Alam Ghaib dengan sepenuh kuasanya dan melindungi kerajaan dengan sepenuh hatinya.”
“Aku bukan Adah Leon.” Akhirnya suaranya keluar.
“Tak, Tuanku.” Adah berpaling ke arah Iris. Perasaannya berkecamuk. Semua berlaku dengan pantas untuk dia memproses semua informasi tersebut.
“Jangan Tuanku-kan aku! Aku perlukan penjelasan. Terangkan dekat aku!” Mata Adah menyinar merah.
“Herna?!” Suara Adah meninggi, membuatkan Herna tertunduk takut.
Melihat pembantunya terdiam, Iris bersuara mempertahankan Herna, “Tuanku satu-satunya pewaris yang hak, Anakanda kepada Permaisuri kami, Almyra Leon. Maafkan kami untuk tidak memberitahu lebih awal. Kami hanya menjalankan tugas yang diberi sendiri oleh Permaisuri Tuanku dulu.”
Nafas Adah menjadi laju tidak keruan. Perkara itu terlalu besar untuknya menerima. Dia seakan-akan hilang pandangan apa yang berada di hadapannya. Mereka berdua berlari mencapai badan Adah yang seperti mahu rebah.
“Tuanku!” Mereka menjerit serentak.
“AKU KATA JANGAN PANGGIL AKU TUANKU!”
Suatu gelombang keluar terpandar dari badan Adah mengakibatkan kedua-dua pembantunya terpelanting ke belakang malah cukup kuat untuk memecahkan cermin dan kaca di dewan itu. Tetamu tergamam mendengar suaranya lalu terlutut dengan perasaan takut.
Adah kembali sedar dan penglihatannya juga kembali. Dia terkejut melihat pemandangan di hadapannya. Dewan menjadi sunyi seketika. Suara erangan di hujung dewan menarik perhatiannya.
“Herna! Iris!” Adah berlari ke arah mereka.
“Tuanku..” Kata-kata Iris itu membuatkan langkahnya terhenti. Adah menggelengkan kepalanya.
“Tak… Aku taknak..” Dia melangkah setapak ke belakang.
Mereka merenung antara satu sama lain. Melihat mereka yang terbaring dan para tetamu melutut kepadanya, dia tidak boleh terima semua itu. Dia memandang semula ke arah pembantunya dengan satu keputusan yang pasti di dalam hati.
“Maafkan aku..” Adah berlari ke pintu utama dewan.
“T-tuanku!” Suara Iris tersangkut-sangkut di kerongkong. Tetapi, pengawal istana sempat mengejar Adah dari belakang.
“Jangan kejar aku!” Arahan Adah.
Tanpa sebarang kata, mereka berhenti terlutut mendengar suaranya. Adah tidak boleh mengelak dari rasa meluat dengan apa yang berlaku. Tanpa berfikir apa-apa lagi, dia teruskan berlari keluar dari dewan dan menuju ke tengah hutan. Ke mana dia bakal tuju, dia tidak tahu. Yang pasti, dia mahu jauh dari istana tersebut.
Dia lari sehingga nafasnya semakin hilang. Dia berhenti seketika untuk mengambil nafasnya semua. Dia menyandarkan badannya ke pokok jati di sebelahnya dan menarik nafasnya dalam-dalam agar dia bertenang. Setelah nafas dan jantungnya kembali pulih, dia berhasrat untuk meneruskan lagi lariannya.
Tetapi, nasib tidak menyebelahinya. Dua ekor serigala mengerang di hadapanya seperti sudah bersedia untuk menyerangnya. Akibat terlalu penat, dia hanya menutup matanya untuk menerima nasibnya yang bakal tamat di situ. Suatu erang yang amat kuat di hadapannya menyebabkan dia membuka matanya. Apa yang dia lihat, membuatkan matanya terbuntang. Seekor Harimau putih yang disaluti darah mendekatinya.
Mana pula datang Harimau ni?
Matanya menjeling belakang harimau tersebut dan ternampak bangkai dua ekor serigala yang terkulai ke tanah. Satu suara bergema kuat di dalam kepalanya seperti ia menggunakan pembesar suara.
‘Kau tak patut berada dekat sini.’
Adah memandang harimau tersebut dengan pandangan yang tajam. Ada sesuatu yang pelik dia rasakan.
Kenapa aku rasa aku pernah jumpa dia?
Nafasnya terhenti. Dia memejamkan matanya dan meronta untuk bernafas. Dia memaksa peparunya menarik nafas tetapi dia rasa seperti dicekik, masih meronta. Dia mencuba untuk sekali lagi sehingga merasakan satu halangan di lehernya akhirnya terlepas. Dia memandang sekelilingnya tetapi dia dapati dia tidak lagi berada di hutan. Nafasnya laju seperti usai habis marathon.
Dia memberi ruang untuk paru-parunya memulihkan pernafasanya. Dia cuba untuk duduk dari baringnya dan bertenang. Dia memandang jam dinding biliknya yang menunjukkan tepat jam 3 pagi. Dia menarik nafas panjang dan dalam.
“Kenapa mimpi lagi… Aku penat..” keluhnya perlahan. Dia merebahkan semula badannya.
Dia memandang siling biliknya dan tenggelam dalam lamunannya, “Ni tak okey ni..”
Tanpa dia tahu, Herna yang sekarang berada meja belajarnya dalam mod halimunan, memerhati kesemuanya. Sudah 3 bulan, Adah mengalami perkara sebegini. Melihat Adah mengalami kesukaran untuk tidur membuatkan dia kasihan. Oleh itu, dia memilih untuk menggunakan sedikit magisnya ke atas tuanku-nya. Dia memetik jari tangan kanannya. Tidak sampai beberapa detik, mata Adah menjadi berat dan perlahan-lahan melelapkan matanya.
“Rehat, tuanku. Ampunkan Patik dengan yang lain.” Dia melutut hormat walaupun Adah tidak dapat melihatnya. Kemudian, dia hilang dari bilik tersebut.
__ADS_1
~