Bukan Dunia Nyata

Bukan Dunia Nyata
Bahagian 7


__ADS_3

“Jadi, kau dah balik ke negeri kau lahir?” Seorang lelaki berjubah hitam bersuara tepat di hadapan muka Adah.


“Huh?”


“Aku dengar tentang kepulangan kau ke sini membuatkan aku tertarik. Terutamanya, tentang kuasa kau yang miliki.” Adah tidak mampu berkata apa-apa. Mulutnya seakan terkunci untuknya bersuara. Malah, seluruh badannya juga kaku tidak boleh bergerak walaupun seurat.


Kuasa yang dia maksudkan?


“Kau tak layak memiliki kuasa yang kau ada sekarang. Kau hanya manusia lemah yang jijik. Malah juga tidak layak untuk memijak tanah bumi alam ghaib.” Lelaki itu mendekatkan mukanya kepada Adah. Katanya seakan berbisik hanya cukup untuk Adah sahaja yang mendengar.


Dia menatap mata Adah seperti menusuk tepat ke dalam hatinya. Secara tiba-tiba, dadanya sakit bagai ditusuk pisau. Nafasnya juga seakan tertahan. Mulut Adah terbuka, mengharapkan udara masuk ke dalam peparunya. Tetapi, tiada satu sedutan pun dapat melalui trakeanya. Matanya memandang lelaki itu, merayu meminta pertolongan.


‘Tolong aku.’


Adah hanya mampu merayu di dalam hati. Tetapi, sebaliknya lelaki itu hanya tersenyum. Seakan tahu apa yang berlaku adalah sesuatu yang dia mahukan. Tidak menipu, Adah benar-benar terkejut dengan reaksi lelaki itu.


‘Siapa kau? Apa kau nak dari aku?!’


Walaupun jeritan itu hanya dalam hati, tetapi jeritan itu membuatkan Adah semakin terseksa. Senyuman lelaki itu yang semakin melebar membuatkan bulu romanya berdiri. Tetapi tiada jawpan diberikan. Masa semakin suntuk. Kehilangan oksigen membuatkan dadanya seperti mahu pecah. Jantung laju seperti mahu meletup. Kepalanya juga mula pening. Lelaki itu berdiri megah memandang rendah kepada Adah yang telah terlulut terseksa.


“Ini amaran. Diharapkan jadi yang terakhir.” Lelaki itu menunduk. Adah memejamkan matanya, bersedia untuk menerima apa-apa yang bakal berlaku.


“Jangan datang lagi ke dunia aku.” Bisik lelaki itu di telinga kanannya.


Tiba-tiba, udara menyerbu masuk ke dalam peparunya. Adah bernafas laju. Matanya terbuntang melilau melihat sekeliling. Lelaki itu hilang dari pandangan. Dia cuba menarik nafas panjang untuk menenangkan dirinya. Perlahan-lahan, dirinya menemui ketenangan yang dicari. Nafasnya juga kembali pulih. Dia memandang sekelilingnya semula. Satu helaan berat dilepaskan.


“Mimpi lagi.” Katanya selepas mengenalpasti keberadaannya dia dalam biliknya sendiri.


Dia menghempas badannya ke katil. Tiada apa yang ingin dia keluhkan. Kejadian ini seperti itu kerap terjadi membuatkan dia ala bisa tegal biasa. Hanya ditemani bunyi cengkerik di malam sunyi itu, Adah berjaga sepanjang malam sambil merenung ke silingnya.


~


Angin sepoi-sepoi meniup lembut pipinya membuatkan dia terlena di meja belajarnya. Kesunyian perpustakaan itu juga menjadikan dia lebih mengantuk. Beberapa malam tanpa tidur yang lena mengganggu konsentrasi hariannya. Beberapa minit melayan perasaan mengantuknya, akhirnya dia kepalanya terletak di atas meja. Herna yang duduk di hadapan ketua barunya hanya melihat wajah Adah lena dibuai mimpi.


“Kenapa susah sangat nak hadap misi ni?” Dia melepaskan nafas berat.


Sudah sebulan lebih dia menjadi pemerhati. Dia ingin merancang pergerakannya supaya lebih ramah. Memandangkan Adah sudah kenal siapa dia, dia perlu membuatkan Adah lebih selesa dengannya. Tetapi, mengenali dirinya sendiri seorang yang janggal membuatkan dia mengambil masa untuk memproses misi yang diberi. Mungkin ada sebab mengapa Puan Iris memilih cara ‘memujuk’ untuk mendekati Adah semula. Dari tempatnya, dia dapat melihat Rosie di meja hadapannya yang sedang duduk membelakangi mereka sambil meluang masanya dengan membaca buku sementara menunggu jadual seterusnya tiba.


“Ramai yang kasihkan tuanku. Kenapa tuanku perlu berseorangan?” kata Herna bernada simpati.


Sekumpulan pelajar bersuara lantang didengar Adah menyebabkan dia tersentak dari tidurnya. Lantas, Herna wujudkan dinding halimunan untuk mereka berdua tetapi tindakannya lewat beberapa saat. Adah telahpun terjaga dan mereka bertentangan mata.


“Apa kau buat dekat sini?” Suara Adah cukup kuat untuk menarik perhatian yang lain. Tetapi, dinding Herna menyelamatkan mereka.


Herna membetulkan posisinya, “Saya hanya datang menjenguk, cik Adah.”


“Mengendap orang tidur bukan sebahagian dari menjenguk.”


Suara Adah yang tegas membuatkan Herna tertunduk. Dia agak terkejut dengan perubahan personaliti ketuanya itu. Sedikit demi sedikit karisma seorang ketua muncul dalam diri.


“Maafkan saya, cik Adah.” Adah menghela nafas panjang apabila melihat melihat Herna begitu akur.


“Iris minta kau ke sini?” Suaranya kembali lembut. Herna terdiam.


“Aku takkan balik. Cakap itu dekat dia.” Jawab Adah tanpa soalan.


“Cik Adah, bagi kami peluang untuk terangkan segalanya. Tidakkah Cik Adah ingin mencari jawapan untuk semua persoalan Cik Adah? Tentang ibu Cik Adah?”


“Dia bukan ibu aku!” Jawab Adah separuh menjerit. Kemudian, dia berdehem sambil membetulkan postur badannya. Dia jua terkejut dengan reaksi dirinya sendiri. Dia menggelengkan kepalanya.


Herna mati akal apa yang perlu dibicarakan supaya tidak menyinggung perasaan ketuanya. Pada waktu sekarang, semua topik kelihatan sensitif. Herna akhirnya berdiam dan menyandarkan belakang ke kerusi. Dia terlihat sebuah buku yang menarik perhatiannya.


Harimau putih?


Dia merenung lama buku tersebut sekaligus memberinya buah fikiran untuk memujuk Adah.


“Balik, Herna. Kau datang sini hanya akan buang masa kau. Tiada apa yang aku mahukan dekat sana.” Adah mencapai buku nota pelajarannya.


“Cik sebenarnya masih ingin mencari jawapan tentang kami semua, bukan?” Adah terhenti seketika. Dia mendongak memandang Herna.


“Apa maksud kau?”


“Sejarah kami yang Cik Adah belajar selama ni tak betul. Hanya kami yang menyimpan sejarah asli. Kalau cik Adah pulang ke negeri kami, banyak kami boleh jelaskan. Bagaimana cik Adah yang sepatutnya ditabalkan, apa yang berlaku antara manusia dan alam ghaib. Malah cik Adah boleh belajar, mungkin tentang seseorang…” Herna menjeling semula buku itu.


“Seseorang yang cik Adah sangat ingin mengenalinya.”


Mendengar kata-kata dari Herna tersebut, membuatkan dia termenung seketika. Kini, gilirannya pula menoleh buku kegemarannya. Mindanya mengimbas kembali saat tangannya menyentuh wajah harimau putih yang berdengkur tempoh hari. Hanya mengingatkan binatang bermata biru sahaja sudah membuatkan hatinya tenang.


“Kami boleh aturkan semuanya..” Herna berhenti seketika sebelum meneruskan ayatnya.


“..Tuanku.” Dia mencuba nasib.


Adah menoleh pantas ke arah Herna. Dahinya berkerut. Dia dapat merasakan sesuatu bangkit dalam dirinya. Dia tertunduk kesakitan. Herna melihat perubahan itu sedar akan kesalahan yang telah dia buat.


“Aku tak suka panggilan tu.” Suaranya berbisik. Tetapi, bisikannya sangat mengerikan mengakibatkan bulu roma Herna berdiri. Adah bangun dari kerusinya. Herna tidak mampu menggerakkan badannya.


Auranya terlalu kuat sehingga dirasai oleh manusia yang berada di luar dinding. Mereka seolah-olah mencari apa yang mengganggu mereka tetapi sekali lagi dinding halimunan itu menyelamatkan mereka berdua. Walaubagaimanapun, aura Adah melemahkan kuasa Herna.


“Aku dah cakap, jangan panggil aku tuanku.”


Badan Herna kaku. Dia sedaya upaya mencuba untuk mendongak ke arah Adah. Walaupun sukar, dia masih mencuba. Bila dia berjaya memandang Adah, ketuanya itu sudah bersedia memandangnya rendah.


Mata Adah berubah merah. Renungannya mematikan nafasnya sehingga dia merasakan dirinya seakan dicekik. Riak wajah Adah tidak sedikitpun berubah apabila melihat pembantunya sedemikian. Emosi dan matanya masih dingin.


“Kalau kau taknak pulang, aku sendiri akan buat kau pulang.” Suara Adah dingin. Dirinya seakan disampuk.


Herna tidak mampu berbuat apa-apa. Tiada satu pun pergerakan yang mampu dilakukan ketika itu, seakan-akan dikunci setiap tingkahnya supaya tidak bergerak. Air matanya mengalir menahan sakit siksa nafasnya ditahan.


“Jahan ikut aku. Balik.” Katanya ibaratnya arahan. Dia mengumpul barang-barangnya dan berlalu pergi.


“Tu..an..ku…” Herna memaksa suaranya keluar.


Langkah Adah terhenti. Perasaan yang dia rasakan itu semakin tidak dapat dibendung. Perkataan itu seperti membangkitkan sesuatu dalam dirinya. Kawalannya terhadap badannya sendiri sungguh sudah berada di penghujungnya.

__ADS_1


“Tu..an..ku..” Rayu pembantunya seperti nyawa di hujung tanduk.


“JANGAN PANGGIL AKU TUANKU!”


Dinding ciptaan Herna akhirnya pecah apabila menerima gelombang yang keluar dari badan Adah. Herna tercampak ke dinding belakangnya, malah nafasnya tadi tersekat kini hilang sekatannya. Udara berlumba-lumba masuk ke dalam peparunya yang kosong. Walaupun suasana sebentar tadi menyebabkan huru-hara, suasana di perpustakaan itu anehnya kekal dalam keadaan tenang. Dinding tadi sempat menyerap segala bunyi yang terjadi tadi.


Adah rebah ke bumi. Apa yang dihadapinya tadi seperti terlalu kuat untuknya menampung. Ini pertama kali untuk mereka berdua. Herna yang kembali pulih melihat badan Adah yang sudah terbaring ke lantai. Tanpa membuang masa, dia berlari ke ketuanya.


“Cik Adah!” Kali ini, dia menarik perhatian ramai. Dia mengangkat badannya ke pangkuannya.


“Cik Adah! Bangun, cik Adah!” Pipinya ditampar lembut, mengharapkan cara itu akan membuatkan ketuanya sedar.


“Adah!” Seseorang jerit dari belakangnya. Belum sempat dia menoleh, orang itu telah berada di sebelahnya.


Cik Rosie!


Rosie menggapai adiknya dari pangkuan Herna dan bawa ke dalam pelukannya, “Apa yang berlaku?”


Herna tidak tahu apa yang perlu dijawab. Oleh itu, dia menipu supaya identitinya tidak terbongkar.


“Saya tidak tahu. Dia pengsan secara tiba-tiba.”


Riak wajah Rosie seakan mahu menangis tetapi dia berjaya menahannya dan mendukung adiknya dari belakang.


“Nak ke mana?” Herna bersuara cemas.


“Pusat kesihatanlah, gila! Ke mana lagi?” Jeritnya sambil bergerak keluar dari perpustakaan tersebut, mengabaikan mata yang memandang dan mulut yang mengata.


Herna yang terkesima akhirnya mengekori Rosie dari belakang.


~


Di kawasan menunggu Pusat Kesihatan Universiti.


Mereka berdua duduk berasing . memandangkan ketika itu masih dalam waktu sesi pembelajaran dijalankan, hanya mereka berdua sahaja yang berada di ruangan tersebut. Oleh itu, banyak tempat duduk yang boleh mereka pilih.


Jam menunjukkan 3.15pm. Rosie hanya mampu menghela nafas berat apabila dia melihat jam tersebut. Buat pertama kali dalam sejarah, nama Rosie tidak ada dalam kedatangan kelas.


“Kelas ke?”


“Huh?” Rosie menoleh ke arah Herna yang berada di sebelah kanannya. Dia agak terkejut bila Herna cuba untuk berbual dengannya.


“Awak mengeluh masa tengok jam. Saya cuma teka je. Maaf ganggu.” Herna menundukkan kepala sambil menenangkan dirinya dengan main jari ibunya. Rosie nampak dirinya yang masih berada dalam gementar.


Alahai, dia sopan sangatlah pulak sampai berawak saya.


“Haa.. Betullah. Saya tak pernah ponteng. Jadi, rasa janggal sikit.”


Okey, ayat macam ulat buku dah.


Dia menepuk dahi di dalam fikirannya. Tetapi, Herna tidak berkata apa-apa. Dia hanya mengangguk perlahan.


“Saya pun.” Herna memandang jam dinding.


Herna menipu lagi. Dia cuba menampakkan dirinya seperti manusia biasa yang lain untuk sebatikan dirinya dengan dunia tersebut demi menyembunyikan identitinya. Rosie sedar perempuan itu juga merupakan pelajar disitu lalu serba salahnya kerana mengambil masanya.


“Awak kalau nak ke kelas, boleh je. Saya boleh temankan Adah.”


Dengan laju Herna menjawab, “Eh, takpe! Saya boleh tunggu.”


Rosie terdiam seketika.


“Baiklah kalau macam tu.”


Rosie menyandarkan belakang badannya ke kerusi. Dia merasakan sesuatu yang aneh tentang budak perempuan tersebut. Malah tah mengapa, dia dapat menghidu kesegaran hutan sejak perempuan itu muncul. Tidak mahu menjadi seorang yang pelik, oleh itu dia hanya memandang pintu bilik doktor di hadapannya dan menghayati bauan yang menenangkan itu. Tanpa dia sedar, perempuan itu juga sudah tertidur di sebelah. Seorang lelaki berbaju putih keluar dari pintu bilik kecemasan untuk memanggil nama penjaga atau peneman pesakit dan nama Adah dipanggil.


“Saya.” Jerit Rosie, menyedarkan Herna dari lena.


Rosie meninggalkan Herna yang terpinga-pinga apa yang berlaku di kerusinya. Dia tidak mahu menunggu lagi. Rosie berlari ke arah lelaki tersebut.


“Macamana dengan Aa-Adah? Hampir sahaja dia memanggil Adah sebagai adik.


“Sebelum itu, boleh saya tahu, baru-baru ni, dia ada masalah tidur malam atau overwork?” Tanya lelaki itu.


Rosie berfikir sejenak. Sejujurnya , dia tiada jawapan untuk itu. Semenjak mereka putus komunikasi, dia hampir tidak tahu bagaimana rutin dan aktiviti adiknya.


“Cik Rosie..” Herna menyentuh lembut lengan Rosie, membuatkan dia sedar dari lamunan.


“Oh ye. Seingat saya, dia tidur awal selalunya. Dalam pukul 10.30 malam, dia mesti akan masuk bilik untuk tidur.” Rosie cuba untuk mengingatkan informasi yang paling baru dia boleh ingat.


Doktor itu hanya mengangguk sambil mencatat sesuatu dalam fail di tangannya. Kemudian, beliau menutup fail tersebut dan menghelakan nafas berat.


Buat rujukan kot.


“Adah dah sedar. Kamu berdua masuk jenguk dia. Boleh juga bawa dia balik kalau dia mampu. Kalau boleh, elakkan atau kurangkan bagi dia stress.” Mereka berdua mengangguk.


Doktor itu meminta diri lalu meninggalkan mereka berdua. Rosie memalingkan badannya ke arah Herna dan dapati gadis itu sedang tekun memandangnya.


“Sorry?” Tegur Rosie. Herna sedar akan perbuatannya.


“Saya minta maaf!”  Jawabnya, tidak tentu arah dan mulakan langkah ke bilik Adah.


“Kau tahu nama aku?” Rosie menahan Herna.


Herna memandang sedikit lambat, seakan-akan memikirkan jawapan yang patut sebelum menjawab soalan itu. Mengelakkan keadaan menjadi lebih mencurigakan, dia menjawab ringkas.


“Siapa tak kenal Cik Rosie dan Cik Adah?” Herna hanya senyum.


“Oh…” Dia melepaskan tangannya dari Herna. Dia lupa akan statusnya dan adiknya di universiti tersebut.


Aku tak jangkalah pula kita orang akan jadi cerita besar dekat sini.


“Boleh kita jumpa Cik Adah?” Rosie menggaru kepalanya keliru dengan panggil yang diterima. Panggilan formal itu jelas sekali membuatkan dia tidak selesa.

__ADS_1


“Sebelum it.” Dia menahan perempuan itu sekali lagi.


“Boleh tak kalau kau tak panggil aku dengan terlalu formal?” dia menekan perkataan ‘terlalu’ menunjukkan betapa sopan perempuan itu.


“Aku bukan apa, panggilan macam tu, buat aku dengan Adah tak selesa. Aku tak rasa pun Adah bagi kau panggil dia macam tu. Betul tak?” Herna diam sekejap sebelum mengangguk.


“Mantap! Kita start balik? Nama aku Rosie Mikael.”


Rosie tidak mengagak menghulurkan tangannya untuk bersalaman. Herna pula seperti tidak biasa dengan ‘menjadi normal’. Rosie seakan memahami apa yang Herna rasakan. Dia memandang mata Herna sambil melebarkan senyumannya dan mengangguk kepadanya sebagai tanda jaminan tiada apa yang perlu dirisaukan. Herna melihat semua itu lalu menggapai tangannya.


“Herna Razak.”


“Salam perkenalan, Herna.”


Rosie mengekalkan senyumannya membuatkan wajah Herna merah padam. Dengan pantas, dia melepaskan tangan Rosie dan menundukkan mukanya.


Aduhai.. Kenapa comel sangat?


Rosie terkejut dengan monolognya sendiri lalu menepis fikirannya. Dia hampir tidak percaya dengan apa yang dia fikirkan. Dia cuba mengabaikannya dengan fokus pada sekelilingnya.


“Jom kita tengok Adah.”


Rosie gerak dahulu tanpa melihat reaksi Herna. Tetapi, gadis itu mengekorinya dari belakang. Bilik berehat pesakit di dalam pusat kesihatan itu amat mudah untuk dijumpai. Ianya hanya satu ruang untuk pesakit rehat itu dalam bangunan tersebut.


Ruangannya yang berdinding lutsinar membenarkan mereka nampak terus ke dalam. Mereka bergerak ke ruang tersebut tetapi berhenti di gerbang pintu ruang tersebut. Rosie dapat melihat adiknya yang duduk di atas katil sambil melontarkan pandangan ke luar tingkap. Dia sempat menjeling ke arah Herna yang sedang menunduk gementar sebelum melakukan apa-apa aksi. Rosie belum bersedia untuk bergerak ke dalam tetapi dia mengumpul keberaniannya untuk bersuara.


“Hai, Adah.”


Adah menoleh memandang Rosie yang sedang tunduk di gerbang pintu ruang tersebut. Adah tahu, setelah lama mereka tidak bertegur, melihat Rosie yang janggal untuk memulakan perbualan mereka, membuatkan dirinya tersenyum.


“Hi, stranger.”


Rosie mendongak setelah mendengar suara Adah. Hanya adik tersenyum manis memandangnya, membuatkannya ingin menangis. Bukan kerana sedih tetapi gembira akhirnya dia dapat melihat adiknya tersenyum semula. Dia berlari ke adiknya lalu memeluk erat. Adah ketawa kecil melihat gelagat kakaknya.


“Ada orang rindu kitalah.”


Rosie mengeratkan lagi pelukannya, “Mestilah..”


Tidak menafikan juga, dia juga merindukan kakaknya. Oleh itu, dia membiarkan dirinya tenggelam lebih lama di dalam pelukan kakaknya dan menghayatinya.


Herna yang melihat mereka berdua dari pintu, menundukkan kepalanya bagi menghormati privasi mereka berdua. Dia melangkah ke belakang perlahan-lahan meninggalkan dari ruang tersebut.


Mungkin bukan hari ini.


Herna hilang dari ruangan tersebut. Tanpa pengetahuannya, Adah sedar akan kehadiran pembantunya. Dia hanya diam melihat pembantunya pergi meninggalkan mereka berdua.


"Oh, Adah. Kawan kau teman aku tadi." Rosie memaling ke belakangnya tetapi tiada siapa di belakangnya.


“Tadi budak tu ada dekat belakang aku.”


“Siapa? Dari tadi kau sorang je.”


Rosie terpinga-pinga. Seperti tidak masuk dek akal, orang yang bersamanya dari tadi hilang begitu saja.


“Mungkin orang tu bagi ruang dekat kita untuk catch-up balik sepanjang sebulan yang kita terlepas.”


Dia memandang semula adiknya. Melihat mata itu merenung ke arahnya sambil senyuman yang dilontarkan memberikan dirinya ketenangan, lupa akan kehilangan Herna sebentar tadi. Dia duduk di penjuru katil Adah.


“Kita tak cakap sebulan je, awaknya.”


“Seriuslah sebulan? Bukan setahun ke? Kenapa aku rasa lama?”


Rosie ketawa kecil dengan gelagat adiknya yang sengaja berbuat loya buruk kepada adiknya. Mereka berbual panjang sebelum mereka berdua berangkat pulang ke rumah. Walaupun mereka cuba untuk rapat semula, tiada seorangpun di antara mereka yang ingin membuka cerita tentang kejadian sebulan lepas. Tetapi, Rosie tidak memaksa. Apa yang ada kini telah pun disyukuri.


Akhirnya, semuanya okey. 


~


Langit tetap cerah walaupun hatinya mendung. Untuk pertama kali, dia pulang ke istana tanpa menyelesaikan misinya. Dia masuk ke bilik Puan Iris sambil tertunduk, malu dengan bekas ketuanya. Puan Iris yang sedang sibuk dengan kertas kerjanya, hilang fokus melihat kehadiran Herna yang dalam kesenduan. Tetapi, dia lebih terkejut dengan kepulangan pembantunya.


"Herna? Kamu pulang."


Herna masih menunduk, tidak mampu mengangkat kepalanya. Puan Iris yang melihat riak muka Herna seakan dapat meneka jawapan persoalannya. Iris menghela nafas berat.


"Dia taknak?"


Herna mengangguk. Dia menceritakan setiap perinci sepanjang dia berada di sana. Tetapi, apa yang menarik perhatiannya adalah dimana peristiwa di dalam perpustakaan.


Kuasa dia menaik sedratik tu?


Puan Iris bangun dari mejanya dan menuju ke tingkap biliknya. Sudah dijangka, salah satu ketakutannya telah berlaku.


"Kita kena sedarkannya tentang kuasanya." Puan Iris menoleh ke arah Herna.


"Dari apa yang kamu ceritakan, saya yakin dia tidak sedar apa yang berlaku ke atas dirinya. Yang paling penting, kita tak boleh bagi lelaki durjana tu menghampirinya."


~


Seperti hari-hari yang lain, Liza menjalankan tugasnya dengan tekun. Walaupun keadaan ketika itu tenang, tidak menjadi alasan baginya untuk hilang tumpuan terhadap sekelilingnya. Ketika sedang dia memperhatikan sekeliling hutannya, dia dapat dengar bunyi tapak kaki yang tidak jadi darinya. Bau pemilik tapak kaki itu menusuk ke rongga hidupnya dan dia dengan serta-merta dapat meneka siapa pemiliknya.


"Liza Jeffery!” Jerit Zackary dari bawah. Liza menoleh.


“Aku datang sebagai pengirim,” Perhatiannya ditarik.


“...meminta aku untuk membawa kau ke istana.”


Wajah Liza sangat jelas tidak setuju. tetapi, Zackary menyambung lagi sebelum kawannya sempat membalas apa-apa.


“Arahan dari Puan Iris.”


Nama itu membuatkan dia terdiam. Tanpa berkata apa-apa, dia turun dari kawasan memerhatinya dan mengekori lelaki itu dari belakang menuju ke istana.


~

__ADS_1


__ADS_2