
Angin meniup ke pipinya, melupakan dia dari fikirannya yang bercelaru. Sambil berbaring di atas dahan pokok gergasinya itu, Liza memandang ke langit biru cuba untuk melupakan gadis manusia muda yang dia jumpa 2 minggu lepas. Malangnya, semakin dia cuba untuk lupakan, semakin kerap imbasan wajah gadis itu muncul di mindanya.
Lalu, dia bingkas bangun dan baring dan menghela nafasnya. Dia melihat tapak kawasan di mana dia terserempak dengan gadis itu, secara langsung terimbas kembali memori 2 minggu lalu.
Setelah melepaskan gauman yang mampu didengari oleh semua penghuni Alam ghaib, dia berpaling dari gadis itu,
‘Lari sebelum terlambat.’ Dia berbisik ke dalam minda gadis tersebut dan berlalu pergi meninggalkannya.
Dia melompat ke atas pokok dan berhenti di dahan pokok yang selalu dia beristirehat. Dia memerhati perempuan itu dari atas dan dia betul-betul berharap yang dia akan lari. Dia tidak dapat menahan dirinya dari rasa bimbang akan keselamatan gadis itu. Alam Ghaib bukanlah tempat untuk manusia singgah, walaupun sekejap. Akan tetapi, dia tidak menunggu perempuan itu beredar dan pergi dari tempat kejadian.
Keesokan harinya, dia kembali ke dahan istirehatnya. Tetapi apa yang dilihat ada luar dari jangkanya. Perempuan itu terbaring membuatkan dia turun semula mendapatkan badan gadis yang terkulai itu. Dia melutut dan mengangkat separuh badan gadis itu.
“Hei, bangun. Bangun!” Dia menepuk lembut pipi perempuan itu.
“Hei budak, bangunlah. Tak selamat dekat sini.” Masih tiada reaksi darinya.
Dia mencapai pergelangan tangannya untuk memeriksa denyutan nadi. Denyutan masih ada tetapi lemah. Pada saat itu, dia sangat buntu untuk buat apa. Dia tidak pernah langsung ada pengalaman dengan makhluk manusia yang tidak membawa ancaman. Jadi, segalanya menjadi janggal buatnya. Sementara mencari sesuatu yang berguna di sekelilingnya, matanya melirik baju yang dipakai oleh gadis itu. Kerisauannya melonjak.
‘Baju ni lagi mengundang bahaya! Kenapa dia pakai baju macam ni ke hutan?’
Dia meletakkan badannya ke bumi semula. Liza berlari ke dalam hutan dan menuju ke kediamannya. Almarinya diselongkar, mencapai pakaian yang dia nampak dan berlari semula hutan. Badan gadis itu masih di sana. Matanya sempat memandang 2 ekor serigala yang kian mereput.
‘Sekurang-kurangnya , jasad dia tak dimamah hutan.’
Dia kembali melutut di sebelahnya semula. Memikirkan dia akan menukar pakaiannya membuatkan segan. Tidak pernah dia buat perkara sebegini.
“Ahh, lantaklah!” Akhirnya, dia mengabaikan fikirannya.
Dia hampir menutup matanya sepanjang sambil menyalin pakaian perempuan itu. Dia melabuhkan punggungnya ke tanah sambil melepaskan hela leganya selepas berjaya menukar pakaian gadis itu.
‘Kumpul diri kau balik. Dia cuma manusia bodoh. Kau patut abaikan saja dia.’
Suara itu datang dari mindanya tapi bukan suaranya.
“Aku cuma nak tolong dia.” Jawabnya kepada suara itu.
‘Dia tak berhak dibantu. Dia tetap manusia jijik, lemah dan tak tahu diuntung. Dia takkan ingat kau siapa lepas dia bangun.’
Liza melipat baju putih perempuan itu, “Bukan semua manusia yang bunuh ibu bapa kita, Tedi.”
Responnya itu membuatkan suara itu tidak berkata apa-apa. Kali ini, suara si harimau itu mengalah dan tidak dapat elak dari kebenaran ayat tersebut. Tetapi, dia tetap meluat dengan kebenaran tersebut.
Sedang mereka sedang berdebat tentang perasaan dan pendapat masing-masing, Tedi bertukar kepada mod amaran apabila mendengar tapak kaki dari jauh. Melihat Liza yang masih leka membetulkan pakai perempuan tersebut, dia membisikkan amaran kepadanya.
‘Liza, bau.’ Liza cuba peka dengan bau sekelilingnya.
“Manusia!” Matanya bertukar kebiruan - membenarkan Tedi mengawal dirinya untuk seketika dan meninggalkan gadis terbaring keseorangan di situ.
Dia panjat dahan pokok dan menyorok selepas mendapat tempat yang sesuai. Tidak lama kemudian, sekumpulan lelaki bersenjata melangkah perlahan memasuki ke bahagian yang sebentar tadi dia berada. Salah seorang dari mereka menjumpai gadis tersebut.
“Bos! Ada orang dekat sini.” Salah seorang yang darinya berlari mendekati lelaki yang menjerit itu.
Barangkali ketua mereka.
Mereka seperti berada di dalam mod bersedia. Tedi yang melihat dari jauh cuba mengawal Liza semula untuk menyerang mereka. Tetapi Liza tidak memberi peluang.
‘Bagi aku keluar!’
‘Takkan!’
Gauman Tedi bergema dalam minda Liza membuatkan kepalanya berdenyut. Tetapi, sedikitpun tidak mematahkan semangatnya untuk menahan Tedi mengawalnya. Tedi mendengus dan akhirnya mengalah. Walaupun, Liza tahu Tedi berhak marah atas apa manusia lakukan kepada ibu bapa mereka tetapi kali ini tidak seperti itu sebabnya. Walauapapun sebabnya, Liza masih tidak membiarkan situasi ketika itu menjadi lebih teruk.
Mereka berdua hanya memerhatikan kumpulan itu dari jauh. Antara dari mereka menjaga gadis itu sementara yang lain memantau sekelilingnya untuk keselamatan. Bangkai dua ekor serigala itu juga telah dijumpai. Mereka berbincang antara mereka yang tentang sesuatu yang dia tidak paham dan kemudian beransur keluar dari kawasan hutan itu. Salah seorang dari mereka mendukung gadis itu dari belakang dan mengejar kumpulannya yang sudah mudah bergerak.
Kini, tempat itu kembali sunyi seperti kawasan hutan yang lain. Bangkai yang ada di situ juga telah dimamah bumi. Liza menghela nafas panjang.
"Tak habis lagi mengelamun kau?" Dia menoleh ke belakang.
“Zackary.” Jelas di wajahnya menyampah dengan lelaki tersebut.
Lelaki itu hanya menyandarkan belakangnya ke batang pokok tersebut sambil tersenyum sinis. Dia sangat suka menyakat kawannya itu. Menjadi penjaga sempadan kadangkala boleh mendatangkan kebosanan kepadanya. Oleh itu, menyakat kawan itu menjadi hiburannya. Terutamanya apabila Liza memberikan reaksi yang dia mahukan.
“Dah dahlah tu. Angau sangat dah ni.” Liza hanya diam duduk di dahan itu.
Sebenarnya, fikiran Liza menjadi celaru selepas gadis itu balik ke alamnya. Tambahan lagi, kelakuan Tedi juga mengundang pergaduhan antara mereka. Tedi juga menjadi kurang terkawal sejak hari kejadian. Zackary berasa risau dengan perubahan Liza yang drastik. Dia bergerak ke sebelah Liza dan melabuhkan punggungnya di sebelahnya.
“Jujurlah aku risau dengan kau. Benda dah 2 minggu dan kau masih dihantui dengan bayangan perempuan tu. Kau tahukan kau boleh bercerita dengan aku?” Zackary cuba untuk memujuk kawannya.
Liza melepaskan nafas berat. Tidak tahu samada patut atau tidak dia bercerita. Tedi juga diam tidak memberi apa-apa kata. Liza memandang lelaki bermata merah itu. Zackary juga menoleh dan membalasnya dengan anggukkan, memberi jaminan kepadanya bahawa tiada apa yang perlu dia gusarkan.
“Sebenarnya, aku pun tak tahu kenapa dengan aku. Cuma perempuan tu buat fikiran aku serabut.”
“Nak kongsi dengan aku?” Tanya Zackary. Liza diam seketika, mencari salah satu benang fikirannya yang boleh ditarik keluar.
__ADS_1
“Muka dia seperti seseorang yang aku kenal.” Zackary mengangkat keningnyal.
Okey… Ini luar jangka.
“Seseorang yang aku kenal?”
“Aku tak pasti. Aku tak rasa kau sempat jumpa dia.”
Zackary mengangguk, “Maksudnya dia dah tualah?”
Liza menoleh ke arah lelaki itu dengan pandangan kuyunya.
“Apa?” Lelaki itu jelas tidak tahu apa salahnya.
“Dia bukan tua. Dia cuma…” Zackary hanya diam, memberi ruang kepada seniornya untuk menghabiskan ayatnya.
“Dia cuma pergi lebih awal dari kita.”
Liza mematikan ayatnya di situ. Zackary dapat melihat matanya mula berkaca. Dia mula serba salah menanyakan soalan yang tidak sesuai itu. Oleh itu, dia juga mematikan bicara.
Mereka berdua memilih untuk berdiam sambil menghayati keindahan langit biru dan kelembutan angin yang menghembus. Ketika Liza mula kembali ke dalam lamunanya, Zackary juga tidak dapat mengelak memikirkan tentang perempuan yang mereka bicarakan tadi.
Adakah mungkin seseorang yang digambarkan tadi adalah Allahyarhuma Almrya Leon. Baginda juga mangkat awal. Aku tak sempat jumpa baginda. Tuanku Adah pun seiras dengan Allahyarhuma.
Dia menoleh memandang Liza yang sayu memandang langit.
Boleh jadi ke yang dia jumpa tempoh hari sebenarnya Anakanda Tuanku Almyra?
Soalan itu kekal tanda tanya. Dia menghela nafas panjang, memendam soalan itu sendiri.
*‘*Kau dengar aku?’
Satu suara menerjah ke dalam mindanya. Dia menoleh ke arah Liza semula untuk kepastian. Tetapi, jelas sekali dia masih termenung melihat langit. Hanya seorang sahaja yang ada dalam fikirannya ketika itu.
‘Tedi?’
‘Ya.’
Keningnya terangkat. Melihat Liza yang masih leka, dia tahu Tedi mengunci mindanya daripada penduanya.
‘Okey, aku tak tahu apa yang berlaku. Tapi kalau korang bergaduh, aku tak nak masuk campur.’
Tedi diam seketika. Dia tahu ketidaksefahamannya antara mereka berdua, kadangkala menyusahkan kerja yang lain. Tetapi, bukan itu yang dia ingin bicarakan.
“Dia buat apa?”
“Sejak budak perempuan tu balik ke dunia dia, Tedi selalu hilang hilang sabar.” Liza berhenti seketika, mengharapkan Tedi memberi reaksi di dalam mindanya. Tetapi, penantiannya tiada makna.
Kenapa kau diam, Tedi? Apa yang berlaku?
Liza tunduk memandang ke arah tempat kejadian, “Tempoh hari masa perempuan tu dibawa pergi, Tedi ada cubaan untuk bunuh pemburu-pemburu tu.”
“Diorang serang korang ke?”
“Tak.”
Dahi Zackary berkerut, “Dah tu, kenapa nak serang?”
“Aku tak tahu. Aku tak bagi dia kawal aku, yang pastinya. Tapi, kitoang berdua ada satu kehendak untuk bawa budak perempuan tu bersama kita orang.”
Zackary tidak memberi apa-apa reaksi. Malah, dia turut memandang ke arah tempat tersebut. Liza juga berdiam, membenarkan mereka berdua untuk berfikir.
‘Dia jiwa kami.’
Zackary menoleh ke sahabatnya. Jelas Liza masih terasing dari komunikasi minda tersebut.
‘Dari apa yang aku dapat teka sekarang, Liza tak tahu, kan?’
‘Ya.’
Lelaki itu melepaskan keluhannya. Dia tidak sangka benda akan menjadi rumit seperti itu.
‘Lama kelamaan, dia akan tahu juga. Kenapa kau taknak dia tahu?’
‘Aku tak suka perempuan tu jadi jiwa kami. Aku tak suka manusia.’
Jelas reaksi mukanya berubah. Dia hampir terlupa tentang keluarga Tedi dan Liza yang dibunuh oleh THE HUNTER. Mereka berdua hanya bernasib baik apabila Tuanku Almyra dan Puan Iris menyelamatkan mereka dengan tangan sendiri. Tapi sayang, hanya dia sahaja yang terselamat.
Seluruh kerajaan Harimau Putih kini lenyap dari muka bumi dan mereka kemudiannya dibela oleh Tuanku. Untuk membalas budinya, Liza memilih sendiri untuk menjadi pengawal sempadan walaupun dia tahu dia berasal dari darah berdaulat. Ketika itulah, mereka dan Zackary bertemu dan mula berkawan.
__ADS_1
“Macam mana majlis tempoh hari?” Liza memecah kesunyian.
“Biasa, macam majlis-majlis yang lain.” Jawab Zackary berseloroh.
“Bosan. Sebab tu, aku taknak pergi.”
“Kau kalau pergi sekurang-kurangnya kau kenal siapa ketua baru kita.”
“Masih malas. Kalau aku datang pun, bukan ada apa-apa jadi pun. Sama je.”
Zackary melepaskan helanya, tahu dia takkan menang dalam perbualan tersebut lalu beralah. Liza bingkas bangun seperti ada sesuatu yang perlu dia kejar.
“Kau tunggu sekejap dekat sini boleh? Aku ada sesuatu nak bagi.”
Liza berlari meninggalkan kawannya yang terpinga-pinga. Zackary tidak berkata apa-apa dan menunggu kawannya sambil memandang ke horizon. Angin meniup lembut pipinya menyapa sunyinya. Tidak sampai 5 minit, Liza kembali dengan sesuatu di tangan.
“Baju budak perempuan tu.” Liza melabuhkan punggungnya di sebelah Zackary. Dia memandang baju tersebut. Zackary mencapai baju putih Split Mermaid Evening Gown dan memandang semula ke arah Liza.
“Aku tak tahu nak buat apa dengan baju tu. Jadi, kau ambillah.” Jelas Liza.
“Habis tu kau sangka aku nak pakai baju ni?” Suara sahabatnya separuh menjerit.
“Kau bagilah orang lain, makwa kau ke? Aku taknak simpan. Hehe.”
“Bana kau hehe. Kau tak pakai, lepas tu bagi aku pula,” mencampak semula baju tersebut ke Liza. Tetapi, tangan Liza lebih pantas melempar semula pakaian tersebut ke muka kawannya dan lari menjauhinya.
"Tak guna kau!"
"Nanti kalau pakai, tangkap gambar, bagi aku. Aku nak tengok. Bye!" Kakinya menendang dahan pokok tersebut dan melompat ke dahan lain, meninggalkan sahabatnya dalam keadaan bengang. Zackary mengerang marah.
"Apa aku nak buat dengan baju ni?” Bisiknya sambil membentangkan baju tersebut di hadapannya. Entah kenapa, dia seperti pernah melihat baju tersebut.
“AKU KATA JANGAN PANGGIL AKU TUANKU!”
Memori 2 minggu lepas terimbas semula. Jeritan Adah menaikkan bulu tengkuknya dan menyebabkan bola matanya membesar.
“Ini baju Tuanku!” Dia sedar baju itu adalah baju yang dipakai oleh ketuanya pada majlis tempoh hari. Dia kini berjaya menyambung semua titik informasi yang dikongsikan oleh Liza sebentar tadi.
“Maksudnya, Tuanku selamat dan sekarang dah balik ke dunia manusia?”
Melihat baju itu, dia muktamadkan destinasi yang perlu dituju di dalam mindanya. Dia bingkas bangun dan beredar dari situ bersama baju tersebut di tangannya.
~
Puan Iris menghelakan nafas berat ketika melihat pakaian yang dibentang di atas meja pejabatnya. Matanya meralih ke arah Herna.
"Hanya Zackary?" Herna mengangguk.
"Tetapi, yang menjumpa Tuanku adalah Cik Liza Jeffery."
"Apa yang berlaku masa tu?"
"Apa yang diceritakan, Cik Liza menyelamatkan tuanku dari serangan serigala tetapi meninggalkan tuanku selepas serigala mati dibahamnya. Dia malah menghalau tuanku. Tetapi, tuanku didapati pengsan pada keesokan harinya." Herna menerangkan situasi itu seperti mana Zackary katakan.
Puan Iris memandang semula baju tersebut sebelum beralih semula ke Herna, "Dia ada kata bagaimana baju di dekat sini?"
"Cik Liza menyalin pakaian tuanku pada esoknya. Dia fikir pakaian baginda akan menarik perhatian yang lain.”
Puan Iris mengangkat keningnya tanda kagum dengan tindakan Liza. Herna dapat membaca emosi yang terpapar di wajah Puan Iris.
“Cik Liza tidak tahu siapa tuanku.” Puan Iris hanya mengangguk.
"Kemudian?"
"The HUNTER bawa baginda pergi."
Matanya Puan Iris terbuntang, "Jadi, memang benar dia sudah pulang kesana. Patutlah kita tidak dapat kesan dia di dunia ghaib ni.”
Herna hanya diam mendengar Puan Iris bermonolog luaran. Puan Iris bangun dari kerusi kerja kegemarannya dan bergerak ke tingkap. Dia menghirup wainnya sambil melontar renungannya ke luar jendela, melihat suasana di luar bagi memenangkan hatinya. Herna masih setia berdiri di tempatnya, menanti reaksi dari Puan Iris.
“Herna.”
“Saya, puan.”
“Balik ke sana. Bawa dia pulang. Maksud saya, pujuk dia. Kita tiada pilihan. Hanya dia yang boleh halang perang antara kebaikan dan kejahatan.” Herna mendengar kata-kata dari bekas ketuanya, menundukkan akur dengan tugas yang diberi.
“Baik, puan.”
“Hati-hati. Kepulangannya tempoh hari mungkin telah membangkitkan kuasa yang tidur dalam dirinya.” Herna mengangguk sebelum beredar pergi.
Puan Iris melontar semula pandangannya ke luar tingkap. Dia tidak dapat mengelak dari rasa risau akan kedua-dua pihak manusia dan alam ghaib. Dia risau dengan apa yang mereka ramalkan akan benar-benar terjadi.
Kalaulah dia beri kita peluang untuk jelaskan semuanya…
__ADS_1
~