
Takhtanya suram seperti kehidupannya di dalam istana tersebut. Keinginannya untuk keluar dari istana itu semakin melonjak. Setelah lama dia ditahan dan dikurung di dalam istananya sendiri, akhirnya tempoh masa dia dikurung semakin berkurang. Dia tersenyum sinis memikirkan itu.
Tetapi, apabila teringatkan kepulangan gadis muda ke negeri Alam Ghaib membuatkan hatinya hempedu. Seorang lelaki yang duduk di sebelahnya terdengar hatinya mendengus kuat. Sebagai pembantu yang baik, dia menanya kepada ketuanya itu apa yang boleh dilakukan untuk menghiburkan hatinya.
“Keluarkan aku dari istana ni.” Jawab lelaki bersuara garau itu.
Pembantu itu terdiam. Dia tahu itu satu-satunya perkara yang dia tidak boleh lakukan. Melihat pembantunya terdiam, dia mendengus lagi dan bangkin dari takhtanya di mana membuat pembantunya tertunduk takut.
“Kau bernasib baik, kau hanya tinggal seorang di dalam istana ini. Kalau tidak, kau pun aku bunuh.” Jawabnya selamba tanpa perasaan.
Raja Indera Dewa merupakan ketua atau raja daerah Puntianak di Alam Ghaib, dikurung oleh Permaisuri Almyra Leon di saat nyawa baginda di hujung tanduk. Sikapnya yang kejam yang suka membunuh dan menyiksa manusia mengakibatkan hilangnya ketenteraman antara dua negeri tersebut. Tuanku Almyra Leon sebagai ketua penjaga untuk sempadan tersebut bertanggungjawab untuk meleraikan kekacauan tersebut. Semuanya berlaku ketika peperangan terakhir antara manusia dan alam ghaib.
Almyra yang selalu berada di tahktanya, kalinya merangkak di lantai istananya sendiri - berlumuran darah. Perutnya ditusuk salah satu pedang pengawalnya membuatkan dia mengerang kesakitan. Indera Dewa hanya memandangnya yang dalam keseksaan tanpa sedikit pun bergerak untuk menolongnya. Malah, dia bersenyum seperti orang gila melihat keadaan Almyra yang sedemikian.
“Situ tempat selayak kau. Di bawah.” Kata Indera Dewa.
Almyra cuba untuk bangun tanpa menarik keluar pedang yang terhunus itu. Dia sedaya upaya cuba menahan kesakitan yang dihadapinya. Melihat Almyra yang berjaya berdiri menyebabkan senyumnya hilang. Dia menjadi berang melihatnya sedemikian lalu menerjah ke arah Almyra. Tetapi, tiada satu urat pun yang dapat digerakkan. Almyra mendongak, memandangnya sambil ketawa kecil.
“Walaupun aku berada di dalam tanah sekali pun, dunia Alam Ghaib bukan untuk pegang.”
Indera Dewa meronta untuk melepaskan dirinya dari kuasa magis Almyra, tetapi semuanya tidak berguna.
“Selagi darah aku masih mengalir, akan aku pertahankan apa yang hak.”
Kaki Indera tidak jejak ke tanah. Kini dia terapung ke udara sambil merasakan nafasnya tersekat. Dia teruskan meronta walaupun dia tidak tahu cara untuk melepaskan diri. Dia juga cuba untuk mengawal fikiran Almyra yang lemah itu tetapi semangat gadis itu kuat melawan dan tiada apa berlaku. Dalam keadaan terapung di udara itu, dia dapat melihat Almyra memandang tajam ke arahnya sambil kedua-dua tangannya menarik pangkal pedang itu keluar dari perutnya.
Almyra hampir jatuh menahan kesakitan , tetapi dia sempat menahan dirinya dengan pedang tersebut dan menutup luka perutnya dengan tangan kanannya. Tangannya bercahaya seakan dia menggunakan magis untuk memberhentikan darah dari keluar. Ketika itu, Indera dapat merasakan kekuatan magisnya seperti hilang kekuatannya lalu mengambil peluang untuk melepaskan dirinya dari genggaman Almyra. Almyra perasan tingkahnya itu.
“Bukan hari ni.” Dia bersuara.
Indera rasa seperti disimpit oleh dua batu besar, cukup seksa untuknya sehingga dia melepaskan raungan kesakitan. Begitu juga Almyra. Sambil bergelut dengan seksa sakit yang dihadapi, dia berjaya menhantar semula Indera ke istananya sendiri yang jauh berbatu lalu menghempaskan badan Indera ke lantai istana.
“Kekallah kau di dalam istana kau, dan matilah kau bila kaki jejak ke tanah bumi.”
Dengan saki baki tenaga dan kuasa yang ada, dia gunakan untuk menyumpah Indera demi menyelamatkan kedua-dua negeri, demi anaknya. Dia tahu apa yang dia ada ketika itu adalah kuasa penghabisannya. Dia tahu itu bukan cara yang bagus untuk teruskan hidup. Dia tahu tetapi dia tetap teruskan. Dia memaksa semua kuasa yang ada keluar sehinggakan mata hitamnya hilang. Raungannya berhenti. Suasana istananya kembali sunyi.
‘Adah…’
Tubuh Almyra redah ke bumi tanpa nyawa.
Walaupun memori itu sudah 21 tahun berlalu, tetapi dia merasakan seperti baru berlaku semalam. Rasa sakit dan senggara itu kian terasa walaupun dimamah waktu. Dia memandang ke luar veranda istana dan melihat keadaan daerahnya yang semakin suram. Langit yang telah dicipta gelap itu terasa lebih suram dari sebelumnya. Dia berasa jengkel akan semua situasi yang ada.
“Apa khabar budak perempuan tempoh hari?” Tanya Indera Dewa.
“Tuanku jangan risau. Dia sudah pulang ke negerinya, Tuanku.” Balas pembantunya.
“Kau yakin dia takkan pulang ke sini semula?”
“Setelah gertakan Tuanku, patik yakin dia tidak akan kembali.”
Si raja itu mendengus lalu berpaling memandang pembantunya. Lelaki itu tersentak apabila mata mereka bertentangan. Tetapi, dia tidak mengalihkan pandangannya.
“Tuan Emir, yakin ye kamu?”
Emir akhirnya tertunduk takut, tidak tahu apa yang patut dijawab. Indera Dewa tersenyum sinis.
“Teruskan apa yang kau buat. Jangan sekali pun berhenti sehingga aku keluar dari tempat durjana ni.”
Indera seakan sudah tidak mampu melihat Istananya sendiri. Pembantunya mengangguk lalu hilang dari pandangannya, meninggalkan dia sendiri melayan fikirannya.
“Tak mengapa, satu tahun lagi dan kalian akan habis.”
~
“Okay guys, itu saja untuk hari ni. Tugasan hari akan diberi dalam website. Jadi, jangan lupa tengok website masing-masing nanti." Kata Dr. Adrian.
Nampaknya, kelas Sains Sosial pada hari itu tamat setengah jam awal. Sebaik sahaja Dr. Adrian mengucapkan terima kasih, pelajar lain terlebih dahulu bangun dan keluar dari bilik tersebut. Ada yang keluar dari pintu belakang, ada juga yang bergerak ke pintu depan supaya dapat mengucapkan terima kasih mereka kepada pensyarah tersebut. Adah pula, mengambil masanya mengemas buku dan peralatannya yang masih belum berkemas.
"Kamu apa khabar, Adah?" Tanya Dr Adrian dari pentas dewan kuliah.
Pergerakan Adah terhenti. Dia tidak dapat menjangka yang Dr. Adrian akan memulakan perbualan dengannya.
Dalam keadaan kelam-kabut, dia menjawab, "S-saya khabar baik, Dr."
Dr. Adrian hanya mengangguk sambil tersenyum kepadanya. Jelas wajahnya lega tetapi dia tidak tahu sebab apa.
“Baguslah kalau kamu okey. Lepas dengar kamu hilang di dalam hutan, saya sendiri susah hati.”
Dr. Adrian kembali mengemas peralatannya dia atas meja dengan perasaan sayu. Dr. Adrian merupakan pensyarah yang sangat dikenali dengan sifat baik hatinya tetapi semuanya berubah selepas anaknya, Putri meninggal dunia dibunuh puntianak ketika mereka berkhemah bersama di hutan. Dia menjadi seorang yang pendiam malah menjadi seorang yang berhati dingin. Oleh itu, apa yang berlaku antara mereka ketika itu membuatkan Adah terdiam dan serba salah. Jelas di situ, kelembutan seorang ayah masih ada dalam dirinya.
“Saya minta maaf, Dr.” Adah menundukkan kepalanya.
“Tak perlu minta maaf atas sesuatu yang bukan salah kita.” Balas pensyarah itu.
Adah mendongak kepalanya semula dan dapati lelaki itu tersenyum manis kepadanya. Belum sempat Adah membalas senyuman itu, pensyarahnya keluar dari kelas tersebut dan meninggalkan dia seorang diri. Adah tersenyum seorang diri dan memasukkan barang-barangnya ke dalam beg.
Tiba-tiba, pintu kelas dihempas kuat memecah kesunyian. Seorang lelaki menerjah masuk ke dalam kelas tersebut dalam keadaan tercungap-cungap. Adah terdiam.
Mamat ni memang suka main rempuh-rempuh ke macam mana? Masa tu rempuh aku. Ni rempuh pintu pulak.
“Kelas dah habis? Tapi, waktu kelas tak habis lagi!” Lelaki itu bersuara kuat.
Zek seakan ingin meraung tetapi terhenti apabila melihat kelibat Adah yang berdiri kaku melihat gelagat dirinya yang seperti orang tak betul. Dengan pantas dia membetulkan posisi dirinya. Mereka berpandangan mata. Muka Zek perlahan-lahan menjadi merah.
Alamak…. Dalam banyak-banyak manusia, kenapa dia? Bapak malu!
“Dr lepaskan kita awal.” Jawab Adah dengan mata yang dingin.
Zek terkesima dengan reaksi Adah. Untuk pertama kalinya, dia akhirnya berjaya bersemuka dengan gadis itu malah mendengar suara merdunya. Dahi Adah berkerut kerana pelik dengan reaksi Zek. Tanpa berkata apa-apa, dia melangkah ke pintu kelas untuk keluar. Tetapi, melihat Zek yang berada di depan pintu tersebut, dia patah balik dan bergerak ke pintu yang lain. Nasibnya baik, kelas itu ada 4 pintu masuk dah keluar.
“Adah!” Adah mengeling.
“Kau tahu nama aku?”
Okey salah ‘step’. Kenapa dia ni garang sangat? Ish takut pulak aku.
Zek dengan teragak-agak menganggukkan kepalanya.
Adah tidak menjawab lalu beredar keluar dari kelas untuk ke tempat yang selalu dia pergi - perpustakaan. Zek tidak putus asa untuk menarik perhatian Adah lalu mengejarnya dari pintu di belakangnya.
“Adah!” Jerit Zek dari belakangnya.
Gadis itu melajukan langkahnya, tidak mahu berhenti walaupun sekejap. Dia mula berasa jengkel dengan lelaki tersebut yang tidak faham yang dia tidak mahu diganggu terutamanya gangguan dari lelaki tersebut. Adah dengan pantas membelok ke kiri untuk masuk dalam lif, tetapi dia terlewat sedikit dan pintu lif tersebut tertutup betul-betul di hadapan mukanya.
Bagus, sekaranglah dia nak tutup.
Dia menoleh ke tangga di sebelah lif yang tidak sibuk. Dia sempat menoleh di belakangnya melihat Zek semakin menghampirinya. Dia melangkah ke arah tangga tetapi tidak perasan orang di hadapannya lalu melanggarnya. Nasibnya baik pelanggaran itu hanya sikit, tidak menyebabkan kekecohan. Ketika itu, Zek telah berada di sebelahnya.
Dari mana pula manusnia ni muncul?
“Adah, sabarlah kejap.” Kata Zek separuh mencungap.
Kemain lagi semput dia. Aku jalan laju sikit je pun. Reaksi macam aku lari pecut 100m. Masa tu lari sampai rempuh aku takde pulak nak semput ke apa.
“Kau nak apa?” Kata Adah dingin.
__ADS_1
“Saya nak berkawan dengan awak.” Balas Zek.
“Boleh cuba lain kali kot. Bukan sekarang.”
“Sekarang tak boleh ke?” Muka Zek berubah kecewa.
Adah tidak tahu mahu berkata apa. Dia hanya mahu beredar dari situ tanpa sebarang masalah dan tenang seperti selalu yang dia lalui pada hari-harinya yang lain. Jadi, dia menjadi buntu untuk apa alasan yang boleh dia cakap supaya budak lelaki di hadapannya itu mengalah.
“Sebab sekarang kita orang ada discussion nak buat. Kita orang busy. Betul tak, Adah?”
Orang yang Adah langgar itu bersuara. Adah menoleh laju memandangnya. Wajah yang tidak dikenali ditatap. Perempuan itu tersenyum manis menunggu jawapan dari Adah. Tetapi, Adah seperti terpaku dengan perempuan tersebut. Dia tidak tahu apa yang membuatkan dia sedemikian. Apa yang dia tahu dia rasa sesuatu, sesuatu yang tidak pernah dia rasa.
“Adah?” Perempuan itu bersuara lagi, menyedarkan dirinya dari lamunan.
“Oh ye, betul! Maksud aku, betul.” Dia berdehem sambil membetulkan komposisi badannya.
“See? Kita orang busy. Lain kalilah, bro. Jom, Adah” Perempuan itu menghulur tangannya, bersedia untuk turun tangga bersamanya.
Adah merasakan seperti aliran elektrik dalam saraf tunjangnya apabila perempuan itu menyebut namanya. Dia hampir terkejut dengan sensasi yang tidak pernah dirasakan itu. Mereka turun bersama sambil berpegangan tangan dan meninggalkan Zek dalam keadaan terpinga-pinga. Adah hampir hilang daya untuk berjalan sejak tangan mereka mula bersentuhan. Perempuan itu nampak perubahan Adah lalu mengampunya sehingga tiba ke lantai bawah.
Apa yang berlaku? Aku tak pernah jadi macam ni. Perempuan ni pukau aku ke? Kejap, macam ni ke pukau? Eh tak tahu lah, tak pernah kena.
“Awak okey?” Suara perempuan itu tepat di telinganya.
Sekali lagi imbasan elektrik itu terasa. Adah tidak tahan lagi dengan sensasi yang dia rasakan lalu menolak perempuan itu jauh. Wajahnya merah padam. Perempuan itu terkejut. Dia terkaku tidak tahu apa yang berlaku dan meminta maaf atas tingkah lakunya.
“Eh tak! Awak okey je. Cuma pening kepala sikit. Mungkin sebab overwork. Takpe, tu benda biasa.” Dia menipu sebalik kejujuran.
“Oh… Bahayanya.” Balas perempuan itu bernada risau.
Mereka seketika apabila mata mereka bertemu. Ketika itu, Adah merasa seperti angin bayu meniup lembut ke pipinya. Bauan masin air laut memasuki hidungnya membuatkan dia tenang. Dari apa yang dilihat, dia yakin perempuan di hadapannya itu pun merasakan benda yang sama.
“Awak ada kelas kan? Baik gerak sekarang, nanti kelas awak habis. Maaf sebab ambil masa awak tadi.”
“Oh ye, pasal tu. Awak tahu mana bilik kuliah 301? Saya cari kelas tu dari tadi tak jumpa-jumpa.”
301? Tu kelas aku. Tapi, kelas aku ikutkan belum habis lagi untuk kelas lain masuk.
“Awak kelas apa sekarang?” Tanya Adah.
Perempuan itu menyeluk poket kiri hoodie-nya dan mengeluarkan kertas A4 yang dilipat rapi. Dia meneliti kertas itu dengan tekun, mungkin tidak biasa dengan jadual yang berbentuk menegak.
“Dekat sini dia tulis, Sains Sosial.”
Adah mendengar jawapannya dengan senyuman, “Itu kelas saya juga tu.”
"Oh!" Perempuan itu terkejut gembira.
"Senanglah kalau macam tu. Maksudnya sekarang awak nak pergi kelas juga ke?" Adah menggeleng.
"Sorry, tapi kelas baru je habis beberapa minit lepas."
"Tapi dalam jadual ni kata lagi setengah jam?" Perempuan itu melihat jadualnya semula. Adah tertawa kecil melihat reaksinya yang dalam kekeliruan.
"Pensyarah kita habiskan kelas awal."
Tangannya mencapai lengan perempuan itu. Sekali lagi, renjatan elektrik terasa di saraf tunjangnya menyebabkan dia menarik semula tangannya. Dengan pantas, dia mengukir semula senyumannya.
"Boleh eh macam tu?" Perempuan itu lagak biasa seperti tidak tahu apa yang berlaku.
"Ikut pensyarah. Dia ada hal lagipun, so dia terpaksa habiskan awal." Perempuan itu mengangguk.
"Kalau macam itu, saya gerak dulu. Terima kasih."
"Tak, tak. Terima kasih." Adah menekan suaranya pada 'Terima kasih'.
"Sorry kalau menyibuk, tapi awak kos apa?" Tanya Adah.
Persoalan itu muncul kerana dia perasan dua kebetulan berlaku. Jadi, dia tertanya-tanya. Perempuan itu tidak menjadi sebaliknya dia terus memberi jadual tersebut kepada Adah, seakan tahu apa yang mahukan. Adah tanpa sebarang soalan, mencapai jadual tersebut dan menelitinya.
Kos: Pembangunan Bandar dan Pemuliharaan hutan.
Tahun: 2
Kod Kos:MG 137/23
"Awak sama kos dengan saya." Kata Adah.
"Ye ke?" Adah mengangguk.
"Apa kata seminggu ni kita pergi kelas sama."
"Eh, tak perlu pun. Saya okey cuma, biasalah budak baru sesat sekali sekala."
"Takpe pun. Nanti awak sampai, tunggu dekat depan bangunan sana." Adah menunjuk ruangan yang dia maksudkan.
"Lepas tu, kita gerak sama-sama. Bangunan kelas kita tak banyak pun. Dekat sini dan bangunan sebelah." Perempuan itu senyum sambil mengangguk, setuju dengan tawaran Adah.
"Saya Adah Roman. Nama awak?"
Adah menghulur tangannya untuk bersalam dan perempuan itu teragak-agak untuk mencapai. Tapi akhirnya bersalaman juga. Adah mengabaikan sensasi elektrik yang dia rasa.
"Saya Liza Jeffery."
Mereka bersama-sama meninggalkan bangunan tersebut.
~
"Macam mana kelas pertama?" Zackary menanya dari talian.
"Hari pertama ke kelas, tapi kelas habis awal. Aku tak sempat sampai." Dia meletakkan beg sandangnya ke kerusi belajar lalu menghempas badannya ke katil.
"Tapi aku jumpa Tuanku."
"Macam mana?" Tanya Zackary lagi.
Liza diam seketika sebelum menjawab, "Untuk permulaan, semuanya okey sekurang-kurangnya dia tak ingat aku."
"Kau muncul sebagai Ted. Of course dia tak ingat kau. Lainlah kalau kau berbulu macam Ted."
'Dia nasib baik jauh. Kalau tak, penumbuk kita dah hinggap.'
Liza ketawa mendengar suara Ted dalam fikirannya.
"Okeylah, aku cuma nak tanya khabar. Kalau semua okey, baguslah." Zackary memutuskan panggilannya.
Adah yang sudah biasa dengan cara Zackary langsung tidak terasa dengan tingkahnya sebentar. Liza melepaskan telifonnya dari genggaman. Dia melepaskan helanya sambil mengimbas kembali pertemuannya dengan Puan Iris.
"Pergi ke Dunia Manusia?" Suara Liza separuh menjerit.
"Iya. Memandangkan kamu sudah melihat Tuanku Permaisuri memudahkan urusan kita untuk mendekatinya." Puan Iris menghirup wainnya.
Liza tidak tahu manusia yang dia jumpa tempoh hari merupakan permaisuri kerajaannya yang baru. Kini, dia merasa menyesal untuk tidak pergi ke majlis tempoh hari.
“Saya tahu kamu tidak pergi ke majlis tempoh hari dan saya bersyukur kamu tak hadir.” Liza menunduk. Dia tidak tahu samada dia diperli atau dia memang betul dipuji.
__ADS_1
“Saya ada tugasan untuk kamu.” Liza ingin bersuara. Cuma perasaan serba salahnya membisukan dirinya dari berbicara.
“Tugas kamu adalah bawa Permaisuri Adah Leon pulang.” Tugasan itu membuatkan dia mendongak memandang Puan Iris. Tetapi, mata Iris yang dingin membuatkan dia yakin itu bukan satu gurauan.
“Kamu ada masa 3 bulan untuk bawa dia pulang. Sebab lepas itu, kita perlu latih dia untuk persiapan awal menghadap perang yang bakal tiba.”
Puan Iris menghelakan nafas berat. Dari riak wajahnya, dia sendiri kurang yakin samada masa itu cukup atau tidak. Liza melihat Puan Iris yang sedang memandang ke luar jendela dengan penuh rasa serba salah. Masih segar dimindanya badan Arwah Permaisuri Almyra Leon yg terlantar di lantai istana.
“Tapi kami perlukan Liza Jeffery yang lama.”
Liza mencelikkan matanya dari lelapnya. Dia memandang siling putih biliknya sambil menghela nafasnya. Mimpi itu seperti memberinya beban untuk tidur.
Liza Jeffery yang lama…
Dia mengeluarkan dompet lipatnya dari poket lalu melihat gambar yang terselit di dalamnya. Gambar seorang kanak-kanak perempuan yang dipeluk mesra oleh seorang lelaki dan perempuan, dilihat begitu bahagia sehingga berjaya membuatkan dirinya tersenyum.
“Liza hampir lupa macam mana diri Liza dulu, ibu.” Dia mengusap gambar itu dengan lembut.
“Ayah.”
Airmatanya mengalir tanpa sedar. Dia tidak menafikan perasaan yang dia pendang selama ini hanya ditipu boleh muka dingin dan bisunya sahaja. Sedangkan hatinya masih lagi rindu. Dia merintih kesedihan. Dompetnya dipeluk sambil dia meringkuk merindui kedua ibu ayahnya yang kini tiada. Beberapa minit kemudian, pandangannya kembali gelap gelita. Liza dibuai lena.
Esok pagi, Liza hadapi harinya seperti biasa. Seperti hari-harinya yang lain, dia anggap tiada apa yang berlaku. Dia duduk atas kerusi rehat yang ada di gerbang masuk bangunan Kuliah dan Syarahan. Seperti yang dijanjikan, dia berada di situ 10 minit lebih awal dari sepatutnya. Entah kenapa hatinya berdebar-debar menanti ketibaan Adah.
‘Gementar?’
Suara Ted bergema dalam mindanya. Liza menjawab soalan Ted dengan anggukan.
‘Aku tak pernah rasa macam ni.’
‘Aku tahu.’
Liza tidak menyambung apa-apa. Begitu juga Ted.
“Hai, awalnya awak sampai?” Adah menegurnya dengan ceria.
Liza yang mendengar suaranya tidak dapat menyembunyikan kegembiraannya. Dia melontarkan senyuman paling manis dia pernah berikan kepada makhluk lain. Dia tahu ada sesuatu pada diri Adah yang mana hanya dia sahaja boleh berbuat begitu.
“Takdelah, saya pun baru sampai.”
“Okey… Boleh tunggu kejap?”
“Boleh, tapi kenapa tu?”
“Kita tunggu kawan kejap.”
Liza hanya mengangguk akur. Lagipun, dia tiada mana mahu pergi. Lebih tepat lagi, dia tidak tahu ke mana untuk pergi. Adah melabuhkan punggungnya di kerusi sebelahnya membuatkan Liza menegakkan badan.
“Macam mana stay sini?” Adah bersuara.
“Huh?” Liza termangu.
“Awak baru transfer sini, kan?”
“Oh, ha’ah.” Dia menggaru belakang lehernya yang tidak gatal.
“Okey. Mula-mula je kekok sikit. Lama-lama eloklah tu. At least, saya tahu mana nak makan.” Mereka berdua ketawa.
“Sorry, girls. Susah betul cari parking tadi.”
Seorang perempuan berbeg sandang berlari mendekati mereka. Adah berdiri sambil tersenyum kepada perempuan tersebut. Liza mengikut tingkahnya.
“So, kau Liza?” Suaranya penuh lagak membuatkan Liza terdiam. Adah menyiku rusuk kiri perempuan itu.
“Apa?” Suara perempuan itu separuh berbisik. Liza melihat Adah yang memandang perempuan itu dengan mata penuh amaran.
“Yelah, yelah.” Perempuan itu mengeluh sambil menjeling Adah
“Aku Rosie, akak budak ni.”
Belum sempat dia menjawab apa-apa, Adah menarik tangan Liza dan maju laju menaiki bangunan tersebut.
“Bye, Rosie! Kita jumpa dekat library tau!” Kata Adah sambil melambai ke arah kakaknya.
“Jom kita masuk kelas.”
Wow, budak ni aktif betul.
Liza tidak dapat elak dari rasa kagum dengan kecerdasan Adah. Mereka menjalani waktu pembelajarannya seperti yang selalu Adah lakukan. Dari satu bilik syarahan ke bilik syarahan yang lain, dari satu bangunan ke satu bangunan yang lain. Jadual yang penuh pada hari ini membantunya mengenalpasti tempat dan lokasi kelas dan makmal yang perlu dia pergi untuk masa hadapan. Malah, Adah membantunya untuk mencari tempat rehat yang selesa untuk diambil antara sesi.
Jadual mereka sememangnya penuh dan padat pada hari itu. Setelah habis kesemua jadual pada hari itu, Adah bercadang untuk mengajaknya ke perpustakaan. Liza pada mulanya tidak mahu, tetapi memikirkan itu salah satu cara untuk mengeratkan lagi hubungan antara mereka, dia setuju.
Mereka duduk di tempat yang selalu Adah duduk, penjuru bangunan tingkat teratas perpustakaan. Adah membuka tingkap ruangan tersebut, membenarkan angin dingin masuk sambil membelai lembut pipi Liza. Wangian Melati dari Adah dibawa sekali dan masuk ke dalam rongga hidungnya. Entah kenapa, sinaran cahaya matahari yang terpancar di belakang Adah membuatkan berseri. Liza enggan untuk mengalihkan pandangannya.
“Best kan angin dengan sini?” Senyum Adah lebar melembutkan hatinya.
Liza mengangguk, “View pun lawa.”
“Duduklah.”
Adah duduk di kerusi yang selalu dia duduk. Liza juga menarik kerusi di sebelahnya. Mereka menyambung mengulangkaji pelajaran yang Liza tidak sempat belajar lagi. Bagi Liza, belajar bukanlah kesukaannya tetapi dia tiada pilihan. Oleh itu, dia terpaksa mengalah.
Tanpa pengetahuan mereka, Herna sedang bersembunyi sebalik rak buku sambil memerhati mereka dari celahan buku - masih menjaga Adah dari jauh sebagai tanda berhati-hati. Dia berpura-pura seperti membaca buku walaupun matanya mengintai melihat mereka berdua.
“Herna?” Herna memaling laju.
“Kau pun dekat sini?” Rosie tersenyum lebar melihat dirinya yang sedang terpinga-pinga.
Alamak, kenapa terserempak dengan dia ni?
“Cari bahan ke?” Tanya Rosie.
Herna menjawab dengan gagap, “Er… Haa, b-betul. Tu yang ada dekat sini.”
“Aku pun kebetulan nak jumpa dengan Adah dekat sana.” Rosie menunjuk ke arah Adah dan Herna.
“Oh, budak baru tu pun ada sekali.”
Rosie kelihatan terkejut tetapi bibirnya mengukir senyuman lembut. Riak wajahnya lega melihat Adah mula membuka dirinya untuk orang lain. Herna yang melihat situasi itu cuba untuk menyembunyikan senyumnya.
“Jomlah join kitoang sekali alang-alang tu.” Kata Rosie sambil berpaling ke arahnya.
“Eh, takpelah. Saya dah ada meja saya dah.” Herna cuba untuk memberi alasan.
“Tukar tempatlah. Duduk dengan kitoang. Lagipun, kau kan kawan Adah juga. Ayuh!”
Rosie menarik buku dari tangan Herna dan menarik gadis itu dengan tangannya yang lagi satu. Sebelum kulit mereka bersentuhan, Herna membaluti tangan yang bakal ditarik itu dengan magisnya supaya mereka tidak merasakan apa-apa. Herna tidak mahu Rosie tahu apa yang dia tahu. Apabila kulit mereka bersentuhan, mereka hanya merasakan kehangatan tangan mereka. Rosie menarik Herna terus menuju ke meja Adah dan Liza.
“Hai geng.” Rosie menegur mereka yang sedang khusyuk belajar.
Adah pada mulanya tersenyum melihat akaknya menjadi muram apabila matanya memandang Herna. Manakala Liza pula, dengan pantas berdiri apabila terlihat Herna.
“Cik Herna!” Jelas wajahnya kelihatan terkejut.
Herna hanya memandang gadis itu tanpa berkata apa-apa. Rosie dan Adah juga terkejut dengan reaksi Liza yang tidak dijangka itu.
__ADS_1
“Kau kenal dia?” Tanya Rosie kepada Herna.
~