
“Huh!” Adah memandangnya terkesima, hanya terkaku membisu.
“Cik Adah?” Jelas kelihatan di wajahnya khuwatir.
“Kejap, aku tak paham. Undangan apa ni? Malam-malam macam ni kau datang menyergah semata-mata ‘nak bagi undangan dari Puan Besar’ kau. Dan lagi satu, siapa Puan Besar kau ni? Eii aku nak ketuk kepala dialah.” Mukanya merah padam menahan marah.
“Eh sebenarnya, Puan saya tak suruh datang sekarang pun. Saya yang pilih untuk datang waktu sekarang.” Herna menggaru lehernya yang tidak gatal.
Adah memandang tajam ke arah Herna.
Nasib kau jauh. Kalau tak, dah aku pukul dengan kayu besbol ni.
“Saya datang ke sini hanya untuk memberi undangan ke majlis Puan Besar yang bakal diadakan lagi dua hari nanti. Saya ke sini hanya menyampai undangan, cik Adah. Tiada sebab lain.” Dia menundukkan kepalanya seperti sedia menerima hukuman.
Adah menurunkan kayu besbol dari bahunya dan cuba untuk menenangkan fikirannya.
‘Nak marah pun macam tak guna, kan? Walaupun dalam hati ni rasa nak pukul dia sampai puas.’
Dia menarik nafas panjang sambil mengurut keningnya.
“Okay, cuba terangkan dekat aku. Siapa Puan kau dan majlis apa yang kau maksudkan.”
Kepalanya masih menunduk, “Sejujurnya, Puan arahkan saya untuk tidak memberitahu apa-apa. Puan memilih untuk beritahu sendiri kepada cik Adah. Satu-satunya informasi yang boleh beritahu cik hanyalah…”
“Undangan dari sahabat lama ibunya.” kata Puan Besar Iris sambil menghirup minumannya dari cawan wain.
Hernia teragak-agak, “Bagaimana kalau dia tanya soalan yang saya tak mampu jawab?”
Iris memandang pembantunya dengan senyuman, “Ini pertama kali kamu mempertikaikan tugasan kamu, Herna”
Herna tunduk.
“Sahabat lama ibu?” Perempuan itu mengangguk.
“Kehadiran Cik Adah dianggap penting dalam majlis kami. Saya harap cik dapat mempertimbangkan. Dan, saya harap juga pertemuan kita dapat dikekalkan rahsia.”
Hati Adah menjadi tidak tenang apabila mendengar perkataan ‘rahsia’ itu.
“Kenapa pula? Kau boleh jadi penculik yang datang dari dunia sebelah hanya untuk manipulasi aku supaya ikut kau balik dunia kau.” Nafas Adah menjadi laju.
Herna memandang Adah, “Jujur, saya hanya membuat kerja saya sahaja. Cik Adah boleh menolak jika mahu. Tiada paksaan.”
“Dengar sini, Cik Herna. Cuba bagitahu aku satu sebab, satu saja sebab kenapa aku kena terima ‘undangan’ kau.”
Herna diam seketika sebelum menjawap dengan suara yang perlahan, “Tiada jawapan khusus. Tetapi, kami mungkin ada jawapan untuk setiap tanda cik Adah tanya tentang kami.”
Adah terdiam. Dia secara diam juga berasa terkejut akan jawapan gadis itu. Dia tidak menyangka fikirannya akan dibaca. Dalam situasi ini, Adah menjadi berbelah bahagi. Dia tidak tahu apa yang patut dia lakukan. Otaknya seperti mesin berkarat yang tidak boleh bergerak. Dia tidak boleh berfikir.
“Erghh!” Dia menghempas badannya ke atas katil, mengabaikan Herna yang berdiri terkaku disitu.
‘Siapa diorang ni? Undangan apa yang diorang maksudkan? Kalau betul, diorang sahabt lama ibu, kenapa tak boleh bagitahu orang lain? Siapa aku nak rujuk? Patut ke aku bagitahu Rosie pasal benda ni? Kejap. Kalau budak ni boleh hilang, maksudnya dia bukan manusialah, kan?’
Adah menongkat badannya dan memandang ke arah Herna. Herna juga turut memandangnya.
“Maksudnya, kau.. bukan manusialah, kan?” Herna mengangguk.
Adah mencebik dan menghempas badannya semula ke katil, “AHHHHHHHHHH”, hanya untuk meluahkan isi hatinya.
Herna risau melihat Adah berkelakuan sebegitu, “Cik Adah?”
“Keluar!” Jerit Adah.
Herna hanya diam, tidak menyahut mahupun bergerak.
Adah menongkat badannya semula, “Aku cakap keluar!!”
Herna tersentak. Dia tidak menjawab apa-apa. Dia hanya mengangguk dan ‘puff’ hilang dari pandang Adah. Adah menghempas badannya sekali lagi ke katil dan cuba untuk menyusun semua informasi yang diterima. Tetapi, gagal. Semakin dia cuba untuk memahami situasi tersebut, semakin serabut fikirannya.
“Dah! Aku nak tidur. Lantaklah.” Matanya ditutup, memaksa dirinya berlayar ke alam mimpi.
~
“Jadi kitaran air di dalam laut ini dipanggil ‘Conveyor Belt’.” Pensyarahnya, Lina Razak, menerangkan topik pelajaran hari ini.
Akan tetapi, fikiran Adah melayang entah ke mana. Dia memandang papan putih di hadapan kelas tetapi tiada satu memori pun yang termasuk ke dalam otaknya. Tanpa dia sedar, masa berlalu dengn pantas.
“Adah?” Bahunya ditepuk, menyebabkan dia tersedar dari lamunan.
“Kelas dah habis.” Gadis itu tersenyum.
Adah memandang sekeliling kelasnya yang sudah hampir kosong, “Oh.”
“Terima kasih, Intan.” Dia membalas senyuman gadis itu.
Gadis itu meminta diri sambil menunjuk pintu keluar. Rupa-rupanya, apa yang ditunjuk adalah Rosie yang sedang menyandar di dinding luar kelasnya, sedang menunggu adiknya sambil membaca buku. Hanya melihat Rosie sahaja sudah membuatkan hatinya gembira. Dia mengemas barangnya dan bergerak pantas menuju ke Rosie.
“Hai awak sana.” Tegur Adah dengan senyuman manis.
Rosie mengangkat mukanya melihat Adah, “Hai juga awak di situ.”
Adah ketawa mendengar balasan kakaknya.
“Rajinnya tunggu. Takde kelas ke?”
“Kelas tangguh. Jadi, jom shopping?” Senyumannya masih tidak hilang.
“Eh, takda latihan?” Adah hairan.
__ADS_1
Mendengar soalan itu juga membuatkan dia menjadi hairan.
“Awaknya, harini Jumaat. Aku mana ada latihan hari Jumaat.”
“Oh iyalah..” Suaranya keluar seakan berbisik.
“Kau mengantuk ke?” Tanya Rosie selamba seperti benda biasa berlaku.
Adah menghela nafas berat, “Aku mimpi buruk semalam.”
‘Makhluk itu kena berterima kasih dekat aku sebab aku masih pilih untuk simpan rahsia diorang.’
“Eh? Okay, ini lain. Sejak bila?”
“Semalam je baru. Aku terjaga, langsung tak boleh tidur lepas tu.” Dia mula berjalan meninggalkan bilik syarahannya.
“Hm, biar jelah. Mimpi kan mainan tidur. Kalau boleh jumpa jawapan, takpe juga fikir.” Rosie cuba mengikut rentak langkah Adah.
“Itulah, kalaulah jumpa jawapan.” Matanya memandang buku yang berada di dalam pelukannya.
Tajuk kulit buku itu ditenungnya, membuatkan dia berfikir dengan lebih dalam.
Harimau Putih.
Kulit buku itu diusap. Jantungnya tiba-tiba menjadi laju. Teruja, dia merasakan dia seperti telah bertemu dengan jawapan untuk semua persoalannya. Dia memandang Rosie yang sedang petah bersuara walaupun dia tidak dengar sepatah haram pun.
Tetapi, kami mungkin ada jawapan untuk setiap tanda cik Adah tanya tentang kami.
Adah menarik tangan kakaknya. Rosie terkejut dengan reaksi Adah menyebabkan langkah mereka terhenti di tengah-tengah susur gajah.
“Kenapa, Adah?” Si kakak dalam kekeliruan.
Dia memeluk Rosie tanpa menjawap soalnya. Orang sekelilingnya sudah mula berbisik sesama sendiri, mungkin mengumpat tentang mereka.
“Kau duduk kat kereta dulu. Nanti aku datang.” , melepaskan pelukannya.
“Kau nak pergi mana?”
“Aku nak jumpa kawan kejap. Nak cakap pasal kajian kitaong. Aku tiba-tiba dapat idea.” Katanya sambil berlari meninggalkan Rosie keseorangan.
Rosie menggaru kepalanya, masih keliru dengan apa yang berlaku.
“Teruk sangat ke mimpi dia sampai dia murung sampai macam tu sekali?” Dia melepaskan nafas berat seperti berat beban risaunya.
Dia memandang sekelilingnya. Orang ramai masih mengata tentangnya. Tetapi, mereka akhirnya beredar selepas bertentang mata dengan Rosie.
Manusia, kerja nak mengata saja.
Beredar meninggalkan kawasan tersebut dan menuju ke keretanya.
Dia berlari sampai ke kawasan latihan Rosie. Dia melihat sekeliling gelanggang bola tampar itu kosong kerana kelas masih berlangsung. Tetapi, seorang perempuan yang duduk keseorangan di hujung kanan gelanggang. Tanpa melihat wajah orang itu, dia sudah tahu siapa orang itu. Dia mendekati perempuan itu.
“Kau masih tunggu aku terima undangan kau, kan?” Wajah perempuan itu jelas dengan riak terkejut.
“Cik Adah!” Dia berdiri melihat Adah di hadapannya.
“Betul , kan?”
“Ya, Cik Adah. Betul.” Herna masih terkejut dengan kehadirannya.
Adah menarik nafas sambil berpeluk tubuh, “Aku akan pergi. Sebagai ganti, korang kena jaga aku sehati korang sepanjang aku dekat sana. Aku bukan macam korang.”
Wajah Herna sedikit tenang, sejujurnya dia tidak sangka Adah akan menjawab iya. Dia malah menyangka dia akan datang semula pada tahun depan untuk menjemputnya lagi.
“Boleh?” Adah menanya lagi.
Herna tersenyum, “Semuanya akan diuruskan, Cik Adah.”
“Okey,” Mereka berdiam setelah itu, bertentang mata tanpa berkata apa-apa.
Herna merasakan kejanggalan di dalam hatinya dan bersuara tanpa berfikir panjang, “Jumpa esok.”
Adah mengangguk dan berlalu pergi, meninggalkan perempuan itu sendiri. Dia hanya melihat gadis muda itu berlalu pergi. Dia akhirnya dapat rehat dengan tenang tanpa memikirkan tugasannya lagi.
“Puan betul. Seperti dalam ramalan Puan. Dia akan balik.”
Herna tersenyum sendiri.
~
“Kita memang kena bergerak waktu malam juga ke?” Tanya Adah yang dah mula berasa jengkel dengan situasi itu, membenamkan diri ke dalam tempat duduk penumpang di bahagian belakang.
Herna yang berada di sebelah duduk penumpang hadapan hanya mampu menjawab, “Cik Adah ada alasan untuk bagitahu keluarga cik Adah untuk keluar?”
“Apa bezanya dengan hilang tiba-tiba? Silap-silap jadi kes polis.”
“Cik Adah baru terfikir ke ?”
Adah terdiam seketika. Selepas soalan itu ditujukan, dia mulai sedar bahawa dia telah pun membuat keputusan tanpa memikirkan akibat atas tindakannya.
‘Kenapa aku tak fikir pasal benda tu? Matilah kalau diroang bangun dan tengok aku takda kat atas katil.’
Adah menutup mukanya dengan kedua-dua belah tangannya sambil meraung dalaman. Herna melihat kelakuan Adah dari cermin sisi, hanya menghela nafas berat.
“Jangan risau, semuanya dah selesai.”
Adah memandangnya dari cermin sisi, “Kau tahu apa?”
__ADS_1
Tanpa mengetahuan Adah, dia telahpun memasang satu alat di dinding tengah-tengah rumahnya. Alat itu berfungsi sebagai alat untuk melupakan seseorang yang kita mahu. Alat itu seakan permata dan mengeluarkan suatu aura yang boleh melupakan. Sesiapa berada di dalam pengaruh aura tersebut, akna memberi kesannya iaitu melupakan seseorang yang pemiliknya mahu. Alat itu sangat biasa dalam kalangannya.
“Tak usah risau, cik Adah.” Adah dapat lihat wajah Herna yang sedikit tersenyum.
Adah melontarkan pandangannya ke luar tingkap limo tersebut. Dengan apa yang telah berlaku, dia tiada pilihan lain selain percayakan Herna. Dari pemerhatiannya, jalan yang mereka lalui sekarang sememangnya jalan untuk menuju ke sempadan mereka. Adah mengabaikan rasa risau di dalam hatinya dan memandang ke cermin pemandu. Pemandu yang berkacamata hitam menyebabkan dia tidak tahu samada mereka sedang saling berpandangan atau tidak.
“Nampak ke dia pakai spek mata hitam malam-malam macam ni?” Adah meluahkan tandanya tanpa fikir.
“Dia je yang tahu, Cik Adah. Tapi, saya syorkan dia lebih elok berkacamata atau cik Adah sendiri tidak mampu melihatnya.” Jawapan itu mematikan soalan itu. Sejujurnya, kenyataan itu membuatkan Adah tidak mahu bertanya lebih.
Di hadapannya terbentang baginya hutan belantara yang tiada pernghujung. Mengikut apa yang dia agak, mereka akan memasuki ke dalam hutan tersebut. Sementara mereka mendekati hutan tersebut, dia dapat merasakan bulu romanya berdiri. Aura di sekeliling hutan tersebut sangat tidak mesra. Dari jauh saja sudah tahu, itu bukan kawasan untuk berjalan atau bergembira. Sekali lagi, Adah mempertikaikan ideanya untuk mengikuti mereka ke tempatnya.
Aku tak rasa ini idea yang bagus.
Dia menelan air liur yang mula membanjiri mulutnya. Dia berasa takut tetapi dia kekalkan matanya terbuka seluas-luasnya. Dia tidak mahu terlepas walau satupun keajaiban alam yang bakal dia tempoh sebentar lagi. Sampai di gerbang masuk ke dalam hutan, dia terlihat seperti dinding lutsinar yang ada dan mereka sedang menuju ke arah dinding tersebut.
“Kita akan berlanggar! Perlahankan kereta!” Jerit Adah yang melihat setiap kejadian itu.
Tetapi, Herna dan pemandu tersebut hanya berdiam dan teruskan perjalanannya seperti tiada apa.
“Hei, tak dengar ke?” Dia mencapai tangan pemandu tersebut. Tetapi masih diam.
Jangan kata dia orang nak bunuh aku dengan cara macam ni!
Melihat tiada apa yang dilakukan oleh mereka, Adah mencari tombol pintu untuk dia pulas. Dia meraba setiap pelusuk dinding pintu tetapi tiada satu tombol pun dijumpai.
No!!
Dia memandang ke pintu sebelah, melakukan perkara yang sama dan menemui jawapan yang sama. Akhirnya, dia diam dan menyandar ke belakang. Dia memejamkan matanya dan bersedia untuk menerima impak. Tetapi, semakin lama dia menutup mata, semakin tiada apa yang berlaku. Dia mula berasa pelik
“Cik Adah sudah boleh buka mata sekarang.” Mata Adah dibuka tanpa agak.
Dia memandang sekelilingnya. Tiada apa yang berbeza. Dia mengalihkan pandangannya kepada Herna, dengan harapan dia akan memberi penjelasan tentang apa yang berlaku. Tetapi Herna hanya memandang ke hadapan, seakan tiada apa yang berlaku. Adah menjadi bingung.
Apa yang berlaku?
Dalam keadaan kebingungan itu, dia terlihat sebuah bangunan yang besarnya bersaiz istana. Matanya terbungkam.
“Istana dekat tengah-tengah hutan? Kenapa aku tak pernah nampak sebelum ni?” Istana itu kelihatan sangat megah untuk diabaikan.
Herna dan pemandu itu berpandangan antara satu sama lain. Adah di belakang, terlihat mereka berdua yang saling bertukar pandangan.
“Kenapa?” Mereka berdua mengabaikannya dan terus pandang ke hadapan.
“Weh? Kenapa? Cuba cakap sepatah? Dah diam je kenapa?” Adah mula hilang sabar.
“Sabar, cik Adah kita akan sampai sekejap lagi.” Adah menghempas semula badannya ke tempat duduknya.
Kenapa kau terima jemputan diorang, Adah? Haa tanggunglah kau.
Akhirnya, dia memilih untuk teruskan berdiam dan memandang ke luar tingkap. Tanpa dia sedar, dia telahpun memasuki gerbang pintu masuk ‘istana’ yang dia lihat sebentar tadi. Keretanya berhenti tepat di hadapan pintu masuk bangunan itu. Herna keluar dari badan kereta itu lalu membuka pintu kereta di bahagian Adah. Adah teragak-agak untuk keluar.
“Cik Adah, takkan selesai semua kalau cik Adah kekal dalam kereta ni.” Herna menjengah kepalanya ke dalam kereta.
Adah mengalah dan keluar ikut keluar dari badan kereta. Kali ini, jelas depan matanya bangunan ‘istana’ yang tersergam indah.
“Woah…” Dia tidak dapat menyembunyikan rasa kagumnya.
Herna hanya tersenyum melihat reaksi darinya. Matanya memerhati sekeliling bangunan itu, melihat setiap corak yang ada. Cahaya bulan yang menyinari cukup terang untuknya melihat setiap butiran terukir di muka dinding. Saiz premis itu sangat besar seperti istana tetapi dinding marmar berwarna coklat serta pintu masuk berwarna hitam yang cukup besar untuk membenarkan gergasi lalu membuatkan dia merasakan rumah ini hanya didiami oleh orang kaya sahaja, bukan orang Diraja. Matanya terpaku kepada barisan wanita yang seakan menunggu mereka pulang. Dia memandang Herna.
“Silakan, cik Adah. Pembantu saya akan tunjukkan jalan untuk cik Adah.” Herna memberi isyarat kepada salah seorang pembantunya.
Adah melihat pembantu itu mendekatinya lalu memandang Herna, “Habis tu, kau? Jangan tinggalkan aku weh.”
“Saya ada perkara yang perlu disiapkan. Saya akan datang ke cik Adah setelah semuanya selesai.” Herna menyakinkan Adah.
Adah tidak melepaskan pendangannya, mencari sisa penipuan di dalam sudut matanya. Setelah memastikan ayat Herna tiada penipuan, dia akhirnya beralah dan berlalu pergi bersama pembantu tersebut. Herna hanya memerhati.
“Dia nampak bangunan kita sebaik saja kita masuk ke dalam sempadan.” Pemandu yang dari tadi berdiam diri akhirnya bersuara di sebelah Herna.
“Dia malah nampak dinding sempadan kita. Orang biasa takkan mungkin nampak semua tu.”
Dia menjawab dengan nada yang perlahan, “Kau fikir Puan hantar aku pergi ke alam manusia, membahayakan diri aku ke sana, semata untuk menjemput orang biasa?”
Herna mengalihkan pandangan, merenung tajam ke kacamata pemandu tersebut. Bulu roman tengkuk lelaki itu berdiri. Akibat terlalu takut akan aura Herna, dia menunduk. Herna, tanpa berkata apa-apa, berlalu pergi meninggalkan si pemandu berdiri terkaku.
~
Pembantu Herna membawanya Adah mendekati satu bilik dan berhentikan langkah mereka. Pintu bilik itu dikuak dan mereka masuk ke dalam bilik tersebut. Apa yang dilihatnya hanyalah sebuah bilik tidur yang serba mewah yang lengkap dengan perabot kayu. Adah melihat setiap sudut bilik itu dengan kekaguman.
“Puan Iris nak jumpa dekat sini?” Adah tidak dapat mengelak dari rasa pelik kenapa dia dibawa ke bilik tersebut.
Si pembantu itu melihat Adah seakan tiada perasaan, “Ini bilik tetamu. Untuk Cik Adah tidur.”
Ayat itu membuatkan dia terkejut.
“Tidur? Tapi, saya tak bermalam dekat sini. Saya tak boleh tidur sini.”
“Saya diberitahu Cik Adah akan bersama kami sepanjang majlis diadakan. Oleh itu, kami sediakan tempat tidur untuk Cik Adah.”
Adah terkesima mendengar penyataan itu. Dia secara perlahan melontarkan soalan kepada pembantu tersebut, “Berapa lama majlis ni berlangsung?”
“3 Hari.” Matanya terbeliak.
“HERNA!” Jeritnya sekuat hati, cukup lantang untuk Herna mendengar dari bilik sebelah.
~
__ADS_1