Bukan Dunia Nyata

Bukan Dunia Nyata
Bah. 2: Jemputan


__ADS_3

Sebulan yang lalu...


Helaian bukunya diselak ke muka surat sebelah. Dia menongkat dagunya dan menyambung bacaannya. Situasi perpustakaan di tingkat 3 itu sangat nyaman dan tenang. Angin yang memasuki setiap tingkap memenuhi setiap ruang tingkat tersebut, cukup sejuk untuk tidak memasang penghawa dingin.


Adah yang khusyuk membaca buku tidak mengendahkan orang yang lalu-lalang di sekelilingnya. Sekumpulan pelajar sedang berbisik dan tertawa perlahan di sebelah kanannya tetapi itu masih tidak mengganggu konsentrasinya. Begitulah dia apabila berada di dalam dunianya. Segalanya kedengaran samar-samar buatnya.


"HAA!!" Seseorang menepuk bahunya sambil menjerit.


"HAAA!!" Tanpa sengaja, Adah juga turut menjerit.


Perempuan itu ketawa berdekah-dekah melihat reaksi Adah yang meriah itu. Dia menoleh laju memandang ke arah perempuan yang berada di belakangnya dengan muka keliru. Melihatnya yang sedemikian, membuatkan dia ketawa semakin galak. Dia berusaha keras menahan suaranya daripada menjadi lebih kuat.


"Rosie!" Adah memukul lengan kakaknya itu dengan suara yang separuh menjerit.


"Aduh, aduh. Okey, okey! Aku minta maaf!" Rosie dengan laju mengalah kerana tidak sanggup menanggung pukulan Adah yang bertalu-talu.


Dia berhenti memukul bila mendengar kawannya mengadu kesakitan, "Haaa.. Padan muka. Buat orang terkejut lagi. Ish, geram betul."


Adah memandang sekelilingnya risau akan pengawas perpustakaan tersebut menyerbu meraka dan menghalau mereka keluar. Seperti dalam mimpi, nasib betul-betul menyebelahi mereka. Bukan sahaja pengawas tidak ada berdekatan mereka, malah pelajar yang lain juga tiada di sekelilingnya.


"Alamak, maaflah." Rosie menarik kerusi di sebelah kiri Adah dan melabuhkan punggungnya.


"Tapi kau patut tengok muka kau tadi." Dia ketawa mengingatkan kembali reaksi adiknya lima minit lepas.


Satu lagi tumbukan hinggap ke lengannya. Kali, Adah tidak mengendahkan keluhan perempuan berambut ikal itu. Sebaliknya, dia hanya menyambung bacaannya semula. Rosie memandangnya matanya kembali tertumpu pada buku di tangannya. Dia mengalihkan tangan gadis itu dari muka itu untuk kulit buku itu dan gambar harimau putih jelas terpampang di muka depannya.


"Serius, Adah? Buku ni lagi? Dah 5 kali kau baca buku ni. Kau tak bosan ke?"


"Aku okey je. Kalau suka, berapa kali pun boleh hadap. Macam kau, nakal macamana pun aku still boleh hadap sebab aku sayang kau." Adah melemparkan senyuman yang paling manis, mencairkan hati Rosie yang sudah sedia lembut itu.


Semua pelajar di kolej itu tahu betapa garang dan bengisnya Rosie tetapi gelaran itu langsung tidak masuk akal buat Adah. Rosie selalu menjaga Adah walau dimana pun dia berada. Sifat seorang kakak kepada adiknya langsung tidak berubah walau betapa peliknya adiknya itu.


Jarak umur mereka yang 11 bulan membenarkan mereka berdua berada dalam tahun yang sama. Walaupun mereka tidak berada kelas yang sama, Rosie sentiasa memilih untuk bersama dengan Adah setiap kali dia mempunyai masa terluang. Ramai yang fikir mereka bercinta kerana mereka terlalu rapat dan tidak seperti adik beradik yang lain, mereka menonjolkan sifat kasih sayang yang mendalam antara satu sama lain. Membiarkan sedemikian, mereka langsung tidak kisah akan gossip yang menular tentang mereka dan mereka juga malas untuk menerangkan kepada mereka.


"Apatah yang dia suka sangat pasal diorang ni agaknya tau."Apa yang seronok sangat tentang diorang tah Rosie meletakkan kepalanya ke atas meja tetapi tidak mengalihkan pandangannya dari Adah..


"Kenapa tak?" Adah menggunakan tangan kanannya supaya mukanya mengarah ke Rosie.


"Adah, kita kita belejar banyak benda masa sekolah rendah dulu. Macam mana perang antara kita berlaku, perang pertama. Dekat kolej ni pun, siap ada buat kelas tambahan untuk topik alam ghaib."


"Dan kau percaya tu?" Ayat itu membuatkan Rosie bertentangan mata dengan Adah yang langsung tidak menunjukkan perasaan terkejut dengan reaksinya


"Kau tak percaya?" Adah menggeleng.


“Kita pernah jadi baik seperti adik beradik, tapi berpisah hanya kerana ketua manusia dulu taknak kahwinkan anaknya dengan anak kepada ketua Alam Ghaib? Semudah itu? Aku tak percaya.” Dia melontar pandangannya ke luar tingkap. Kehijauan hutan tersebut memberinya ketenangan.


Rosie menatap wajah adiknya. Apa yang dikata Adah sebentar tadi membuatkan dia berfikir. Perasaannya diselaputi pelbagai rasa. Dia membetulkan posisinya dan menghadapkan badannya ke arah perempuan berambut ikal itu.


"Boleh aku tanya?" Adah memandang kakaknya dan mengangguk.


Mereka berpandangan lama sebelum Rosie mampu meluahkan soalan yang terpendam, "Kalau satu hari, aku berperwatakan tak seperti 'Rosie', kau akan pilih untuk menjauh dari aku ke?"


Adah terdiam mendengar soalan perempuan itu. Sejujurnya, soalan itu sangat luar dari jangkaan. Untuk melihat Rosie seserius itu juga adalah suatu keanehan. Wajah Rosie juga menunjukan betapa dia mengharapkan jawapan untuk soalan tersebut.


Adah membuka mulutnya untuk menjawab tetapi tiada satu pun bunyi yang keluar. Oleh itu, dia menutup kembali mulutnya dan mengalihkan pandangannya ke arah buku-buku yang tersusun di atas mejanya. Rosie menunduk, faham akan apa yang berlaku. Dia menghela nafas hampa tetapi masih memilih untuk tersenyum.


"Takpa, aku faham. Jadi, tak musta-" Sepasang tangan memegang kedua-dua pipinya dan menaiknya merapati wajah Adah.


Mata mereka bertentangan. Mata adiknya ibarat menusuk jauh ke lubuk hatinya. Tiada sedikit senyum pun yang terukir pada mukanya.


Adah berkata perlahan tetapi cukup kuat untuk Rosie seorang sahaja yang mendengar, "Samada kau berubah sifat, hati atau fikiran, ia masih tak mengubah fakta yang kau akak aku. Takda benda ubah benda tu."


Seluruh tulang dalam badan Rosie seperti luruh jatuh ke bumi mendengar kata-kata Adah. Tanpa dia sedar, airmatanya mengalir ke pipi dan ibu jari adiknya mengusap pipinya, mengelap airmatanya sekaligus menenangkan hatinya.


"Tapi kenapa kau jawab lambat..?" Suara Rosie separuh berbisik. Dia tidak mampu mengelakkan dirinya dari memikirkan yang adiknya hanya menjawab sedemikian untuk menjaga hatinya.


"Oh, itu. Hanya nak tengok reaksi kau. Kau patut tengok muka kau tadi." Keningnya terangkat dan senyuman sinus mula muncul.


Mata Rosie membesar dan kali ini gilirannya pula untuk memukul adiknya.


"Ish! Tak guna kau. Kau menyakat aku!" Adah tidak merayu untuk berhenti tetapi hanya ketawa membiarkan kakaknya puas.


Selepas kakaknya berhenti, Adah masih tersenyum memandang kakaknya. Muka Rosie masih kelihatan comel walaupun mencebik. Adah hanya melayan kemanjaan kakaknya itu.


"Kau bernasib yang aku sayang kau." Rosie menyandar kepalanya ke bahu Adah.


Adah hanya tersenyum dan menyambung bacaannya.


"Weh, kau datang latihan bola tampar aku nanti kan?" Tanya Rosie. Adiknya menggelengkan kepala.


"Kenapa tak?"


Adah memalingkan mukanya menghadap Rosie, "Tu latihan kau. Kenapa aku pula yang kena datang?"


"Ala temankanlah aku. Kan lepas tu kita nak keluar?" Rosie tersenyum kambing.


"Iya kita nak keluar lepastu tapi-"

__ADS_1


Sinar mata Rosie hilang bila Adah memberi alasan untuk tidak pergi ke latihannya. Melihat terujanya menghilang membuatkan Adah menjadi serba salah.


"Iya, iyaa... Aku ikut sekali nanti." Akhirnya, dia beralah.


"YES!" Rosie menjerit gembira.


"Shhhhhh!!" Suara dari sebelah mereka berbunyi. Sekumpulan rakan yang sebentar tadi kembali berada di meja mereka semula. Begitu juga pengawas perpustakaan dan pelajar yang lain di sekelilingnya yang sedang memandang mereka, terganggu dengan jeritan Rosie.


'Eh? Bukan tadi tempat ni kosong ke?'


"Maaf." Jawab Rosie separuh menjerit, hanya cukup kuat untuk mereka mendengarnya.


Adah juga menggangguk sambil melontarkan senyuman malu sebagai tanda maaf.


"Okay weh." Adah berpaling semula ke arah kakaknya.


"Kelas aku dah nak mula. Kita jumpa kat padang nanti tau. Babai!" Rosie berlalu pergi.


Adah yang pada mulanya tersenyum melihat kakaknya, kini kembali kepada mod tiada perasaan. Dia memandang sekelilingnya, seakan tercari-cari penjelasan dengan apa yang berlaku. Tetapi, semuanya kelihatan normal.


"Mungkin perasaan aku je." Dia meneruskan bacaannya semula.


~


PAKKKK!


Seperti biasa, Rosie menamatkan pusingan tersebut dengan rejaman padu yang mustahil disambut oleh pihak lawannya. Penonton bersorak meraikan kemenangannya. Walaupun ianya hanya latihan, perlawanan yang sengat itu meraih perhatian orang yang lalu-lalang. Atau, mungkin mereka hanya berhenti kerana kewujudan Rosie.


Ahli kumpulannya menepuk bahunya dan turut bersorak meraih kemenangan tersebut. Mereka sangat bersyukur yang mereka berada dalam satu kumpulan dengan Rosie. Tiada siapa sanggup menghadap balasan dari Rosie. Tapi, bagi Rosie, dia tidak peduli itu semua. Dia hanya datang berlatih hanya untuk memenuhi kehendak kokurikulumnya. Ikutkan hatinya, dia mungkin telah berada di pusat membeli belah bersama adiknya sekarang.


Pada saat itu, dia akhirnya teringatkan tentang adiknya. Dia mencari kelibat adiknya di antara penonton yang bersorak, tetapi langsung tidak kelihatan.


"Kau marah diorang ke?" Rosie berpaling ke arah suara yang berada di belakangnya.


Senyumannya yang terukir membuatkan Rosie juga tersenyum, melupakan soalan yang diajukan.


"Gila-gilalah kau rejam bola tu." Adah berasa geli hati melihat riak muka pihak lawan sebentar tadi.


"Senang, habis awal." Rosie berlari anak ke arah Adah.


"Aku ingat kau tak datang tadi."


"Ada ja dekat sana." Dia menunjuk kerusi yang didudukinya tadi di hujung gelanggang yang berlawanan dengan penonton yang lain.


"Taknak aku duduk sana. Rimas aku." Rosie yang tahu Adah tidak suka dengan kebisingan, hanya gelak mendengar penjelasannya.


Adah menjeling ke arah tempat penonton yang telah penuh. Ada yang sibuk bergambar untuk dimuatnaik ke dalam aplikasi Instagram. Ada juga yang gelak sakan seperti tidak ada hari esok. Ada juga yang main baling-baling bola dengan pemain yang bermain sebentar tadi. Ada juga yang berbisik sambil memandang ke arah mereka berdua, seakan mengata tentang mereka.


Dalam kebisingan itu, Adah terlihat seorang perempuan yang bertocang satu dan berpakaiannya kemas; berbaju putih dan berseluar slacks berwarna hitam, sedang duduk berseorangan di antara mereka. Mata mereka bertentangan. Mata budak perempuan tu sangat tajam sehingga menyebabkan bulu romanya berdiri tegak. Dia memandang manusia-manusia sekelilingnya semua seakan tidak nampak kehadiran perempuan itu.


'Aku saja ke yang nampak dia?'


Perempuan itu menggangguk lalu melontarkan senyuman yang manis. Adah terkejut melihat perempuan itu memberi reaksi tetapi senyumannya membuatkan hati Adah tenang tanpa sebab. Tetapi masih tidak dinafikan, mata perempuan itu tetap memandangnya seperti jarum yang menusuk.


"Adah?" Lengannya disentuh, menyebabkan dia sedar dari lamunannya.


Dia memandang kakaknya yang jelas kelihatan risau.


"H-huh?" Suaranya terputus-putus.


"Kau okey? Kau macam mengelamun tadi."


Matanya menjeling ke arah perempuan tadi. Tetapi, tempat duduk itu kosong. Kelibat perempuan itu juga tidak kelihatan. Rosie juga menoleh memandang ke tempat itu. Apa yang dilihat hanyalah sekumpulan pelajar yang sedang ketawa sambil mengambil gambar.


"Aku okey. Aku cuma mamai lagi sebab tadi sebelum ke sini, aku tidur sekejap dekat perpustakaan." Dia membalas soalan Rosie sambil tersenyum penat untuk mengukuhkan penjelasannya.


"Oh, kalau macam tu, kita keluar lain kali je lah." Balas Rosie. Adah terkejut dengan respon Rosie.


"Eh, tak perlu pun. Aku okey jelah."


"Takpa. Kita balik, rehat. Lain kali kita pergi dua kali lebih kerap." Rosie ketawa dengan ayatnya sendiri.


"Kebetulan pula, aku macam letih sikit lebih berlatih tadi. Jadi, bagus juga balik rehat terus." Adah hanya mengangguk.


"Jom bali-"


"Wow, Adah. Kamu datang juga akhirnya." Adah terdiam mendengar suara tersebut.


‘Janganlah…. Kenapa dia datang sekarang??’


"Hai Coach." Adah berpaling mengadap orang itu sambil melontarkan senyuman yang paling ikhlas dia pernah bagi.


Rosie yang melihat situasi itu juga terkejut melihatnya.


"Kamu datang berlatih ke tadi?" Adah menggelengkan kepalanya.


"Saya teman Rosie je."

__ADS_1


"Kamu pujuk?" Matanya lelaki yang berusia 45 tahun beralih memandang si kakak.


Rosie hanya tersenyum.


"Akhirnya. Alang-alang ada ni, bila kamu nak join team Kita? Kita masih ada kekosongan lagi."


'Dia tak berputus asa betul, eh?'


Adah masih mengekalkan senyumannya. Malah, dirinya juga terkejut dia boleh senyum selama dan seleber itu. Bukannya menjawab soalan tersebut tetapi dia melihat jam tangannya.


"Alamak Coach, kena gerak dululah. Kitoang ada hal nak siapkan. Jumpa lagi, Coach." Dia menarik tangan kakaknya dan beredar laju dari pandangan Coach tersebut.


"Dan pasal benda tu, saya tak terfikir pulak. Byeee!" Jeritnya sambil berlari.


Mereka hilang dari pandangan.


~


Jam menunjukan 2.37 pagi. Kediaman Tuan Roman telah pun gelap dan sunyi, menandakan semua penghuninya telah pun berehat dan lena di atas katil masing-masing. Tetapi, Adah yang ditemankan cahaya lampu mejanya, masih berada di mejanya, mengulangkaji pelajaran untuk kelas esok.


Secara jujurnya, mengulangkaji pelajaran pada waktu malam bukanlah suatu kerajinan buatnya. Dia lebih untuk tidur dari berjaga sepanjang malam begini. Entah mengapa, semakin umurnya menjangkau dewasa, tidur madi satu cabaran buatnya. Bukan kerana diganggu tetapi perasaan untuk tidur itu tiada. Sehinggakan satu tahap, dia merasakan dia lebih hidup apabila malam tiba. Sebab itu, dia berada di sini - mengisi masa lapangnya yang terluang.


Duduk berpanjangan membuatkan lehernya letih. Dia menyandarkan belakangnya ke kerusi dan mengurut tengkuk kanannya sehingga ke bahu. Dia menutup matanya sambil melepaskan keluhan lega. Ketika itu, dia berasa terleka dengan urutannya sendiri dan mula berasa seakan terlena seketika.


'Sikit lagi ni, aku dah boleh tidur~'


Dia tersenyum gembira akan kehadiran kantuknya itu. Bahunya masih diurut untuk menggalakkan lagi perasaan itu datang.


Tak!


Kepalanya pantas memaling ke arah tingkap biliknya. Bunyi itu membangunkan dari dunia mimpi yang seketika tadi. Dia kekalkan pandangannya ke arah tinggi. Langsirnya yang menutupi tingkapnya menghalangnya melihat apa yang berada di luar malah dia juga tidak mempunyai keinginan untuk menyelaknya.


Tak!


Ia berbunyi lagi. Bunyi itu seakan tingkapnya diketuk atau sesuatu yang halus berlaga dengan permukaan tingkap kacanya. Berpandukan cahaya bulan yang menerangi ke arah tingkapnya, dia cuba memerhati sebarang bayang yang dipantulkan tetapi tiada apa.


Buka tingkap.


Kali ini, bulu romanya meremang. Dia mula menyesal membuat pilihan untuk berjaga pada malam itu. Dia sepatutnya sudah tidur dibuai mimpi. Dia patut ambil pil tidur yang tempoh hari dia beli.


Jangan risau. Seperti petang tempoh hari, saya tidak membawa apa-apa ancaman.


Adah terdiam sebentar. Dia cuba untuk mengingatkan semula kejadian hari itu. Wajah perempuan bertocang yang tersenyum sambil memandang tajam ke arahnya selepas latihan bola tampar itu muncul dalam fikirannya.


Saya dibawah, menunggu.


Adah masih di kerusinya. Tetapi, hatinya ada perasaan membuak untuk menuruti kata perempuan itu. Seperti dipukau, dia bergerak perlahan ke arah tingkap. Langsirnya diselak sedikit - hanya cukup untuk sebelah matanya meninjau ke luar. Memang betul, perempuan itu berdiri di tengah halaman rumahnya dan betul-betul berhadapan dengan tingkap biliknya. Biliknya yang berada di tingkat dua itu mungkin terlalu tinggi buatnya untuk dipanjat. Perempuan itu melontarkan senyumannya ke arah tingkap, seolah tahu Adah sedang menjengahnya.


Adah menutup langsirnya dan menyandar ke dinding. Nafasnya tak keruan. Dia sejujurnya buntu dengan apa yang berlaku. Dia bergegas ke meja belajarnya untuk menutup lampu dan berlari terus ke katilnya lalu berselibung. Dia menutup matanya dan mengharap perempuan itu berlalu pergi. Dia cuba menenangkan dirinya.


Setelah beberapa minit berlalu, situasi menjadi tenang. Tiada bunyi ketukan lagi yang kedengaran. Suara perempuan yang kerap menerjah masuk ke dalam mindanya juga telah diam. Dengan penuh ragu-ragu, dia menyelak selimutnya sedikit demi sedikit. Matanya melihat sekeliling untuk memastikan tiada apa yang berlaku. Dia menghelakan nafas lega.


"Lagi susahlah nak tidur nampaknya." Dia mengesat keringat yang membasahi dahinya.


"Kenapa susah?" Suara yang tiba-tiba muncul di sebelah kiri katil membuatkan dia berpaling laju.


AHHHHHH!!!


Kedua-duanya menjerit sepenuh hati akibat terkejut dan takut. Tetapi, perempuan tu melompat ke katil lalu menekup mulut Adah supaya diam. Dia menahan belakang kepalanya supaya ketupannya tidak terlepas. Adah meronta-ronta untuk terlepas dari tekupan itu. Dia tidak tahu untuk berbuat apa-apa. Dia hanya berharap seseorang dalam rumah tersebut akan menerjah masuk ke dalam biliknya lepas bunyi jeritannya tadi. Tetapi, tiada seorang pun yang muncul.


"Aduhai. Janganlah jerit. Nasib dah buat dinding. Kalau tak, habis semua orang dengar." Mata Adah terbeliak.


Dinding apa pulakk?


Tersedar dari lamunan yang sekejap itu, dia menolak badan perempuan itu lalu melompat dari katil ke arah yang berlawanan. Batang kayu besbol di dalam almarinya dicapai dan dia menghayun kayu itu ke bahu kanannya seperti pemain yang bersedia untuk menerima balingan bola dari pihat lawan.


"Jangan dekat. Nanti aku pukul kau." Dia cuba untuk beranikan dirinya.


Perempuan itu menggosok punggungnya yang sakit setelah menerima hentakan. Melihat lagak Adah itu, dia tidak berkata apa-apa hanya memcuba untuk berdiri.


"Apa yang awak takutkan ni? Saya muncul dalam bentuk manusia tau!" Dia menunjuk badannya seperti menunjukkan pakaikan yang dia pakai.


"Manusia tak boleh tiba-tiba hilang, tiba-tiba muncullah!" Kata Adah sambil menjerit.


"Oh, betul juga." Menggaru kepalanya yang tidak gatal.


"Kau buat apa dekat sini? Tadi kau kat bawah, sekarang kau kat atas. Kau nak apa dari aku?" Suara separuh menjerit.


"Err..."


Perempuan itu serba salah. Dia tidak bermaksudnya untuk menakutkan Adah. Dia tidak mampu berbuat apa-apa selain perkenalkan dirinya jengan cara baik.


"Izinkan saya memperkenalkan diri. Nama diberi Herna Zakry. Saya ditugaskan oleh Puan Besar untuk menyampaikan undangan beliau kepada cik."


Mereka memandang antara satu sama lain. Dikala Herna hanya tersenyum manis kepadanya, Adah hanya diam kaku dengan muka yang berkerut dan mulut yang ternganga.


"HUH?!!!" Adah memandangnya terkesima.

__ADS_1


Jujur, tidak satu patah perkataan pun yang dia fahami.


~


__ADS_2