Bukan Dunia Nyata

Bukan Dunia Nyata
Bahagian 9


__ADS_3

“Kau kenal dia?” Tanya Rosie kepada Herna.


“Oh, dia jiran bilik saya.” Liza jawabkan untuk Herna yang terkedu.


Herna hanya mengangguk menyokong jawapan itu. Dia seakan terpinga-pinga akan apa yang terjadi. Untuk Adah yang pernah meluangkan masa dengan Herna sebelum ini, berasa terkejut melihat Herna seperti hilang fokus.


“Jomlah sekali dengan kitorang. Alang-alang, kan?” Adah bersuara. Herna memandang Adah yang masih kelihatan dingin. Tetapi, dia menggelengkan kepalanya.


“Mungkin tak sebab saya ada plan lain kejap lagi. Datang sini pun sebab nak cari buku.” Herna menoleh ke Rosie sambil mengangkat buku di tangan kirinya.


“Dan saya dah jumpa buku yang saya nak.”


Rosie memandang buku tersebut sebelum mereka bertentangan mata semula. Bibir gadis magis itu mengukirkan senyuman kecil tetapi Rosie seakan terpukau. Wangian kesegaran hutan mencetuskan deria baunya. Adah dan Liza memandang mereka berdua yang berdiam memandangan antara satu sama lain dengan terpinga-pinga. Satu sensasi baru yang tidak pernah mereka rasakan mulai mengawal diri. Adah berdehem menyebabkan mereka berdua tersedar dari dunia imaginasi mereka.


“Saya gerak dulu. Bye guys.” Herna sempat menjeling Rosie sebelum beredar dari situ.


Mereka terdiam seketika. Adah dan Liza berpandangan antara satu sama lain, pelik akan apa yang berlaku. Melihat Rosie yang terkaku memandang Herna pergi, membuatkan dia semakin terpinga-pinga.


“Rosie?”


“Huh?” Rosie pandang Adah. Adah diam seketika sebelum bersuara.


“Apa tadi tu?”


“Tadi apa?”


“Rosie, that tension.. Fuh..” Adah ketawa sambil memandang kakaknya dengan pandangan penuh.


“Ish, diamlah kau…” Si kakak menarik kerusi di depan adiknya lalu melabuhkan punggungnya sambil menghela nafasnya. Dia selesakan dirinya lalu memandang ke arah Liza yang sibukkan diri dengan buku di atas meja tersebut.


“Kemain khusyuk.” Rosie mengetuk buku Liza menyebabkan dia hilang fokus.


“Dah kenapa, dia pun nak kacau.” Adah bersuara. Kakaknya mengeluh lagi. Si adik tahu ada sesuatu yang mengganggu fikiran kakaknya. Terutamanya setelah berjumpa dengan ‘pembantunya’ sebentar.


"Oh… Mentang dah ada kawan baru, aku pun dah tak sayang eh?"


"Otak awak."


Rosie buat mata juling untuk menyakat adiknya. Adah mencapai pensil di sebelahnya lalu membaling ke kakaknya. Tangan Rosie yang pantas menyelamatkan dirinya dari terkena pensil tersebut dan ketawakan adiknya yang sedang jengkel.


"Ala, aku sakat pun tak boleh. Korang buat apa?"


"Just ulangkaji balik apa yang dia terlepas sebelum masuk sini." Rosie angguk sebelum menoleh ke arah Liza.


"Kau dari universiti mana sebelum ni?" Tanya Rosie.


"Aku homeschool sebelum ni."


“Seriously?”


"Ye."


Rosie menoleh ke Adah, "Huish, style dia betul.."


Liza mengangkat kening sambil memandang kepada si adik.


"Bergaul dengan manusia memerlukan tenaga yang banyak. Kau saja kan nak expose aku." Rosie melebarkan senyumannya sehingga menampakkan gusinya.


"Haa betullah tu. Lepas tu, lepak bilik, baca buku. Macam aku tak wujud dia buat dekat rumah." Rosie berpura-pura menangis sambil mengesat airmatanya yang tak wujud. Adah menendang kaki kakaknya dari bawah meja.


"Aduh." Respon si kak sambil mengusap kakinya.


Adah menunjukkan penumbuknya yang kecil dan menggerakkan mulutnya dengan ayat 'padan muka kau', hanya membuatkan kakaknya ketawa lebih besar.


"Penumbuk ke tu? Comelnya." Kata Liza.


No! Takkan dia jugaaa!!


Adah memberi penumbuknya sekali ke bisep Liza. Sebenarnya, tumbukan Adah tidak sesakit mana tetapi dia sengaja untuk memberi reaksi lebih untuk menarik perhatian gadis tersebut. Melihat si kakak dan orang yang baru dia kenal berkerjasama untuk menyakatnya, Adah akhirnya mengalah lalu menyelak buku di hadapannya. Liza tidak berhenti tersenyum hanya dengan melihat Adah.


Rosie yang berada di hadapan mereka melihat segala tingkah laku mereka. Wajah Adah yang merah padam menahan malu adalah satu pemandangan yang jarang dilihat buatnya. Pandangannya berulang-alik antara Adah dan Liza. Tetapi melihat adiknya segembira itu, membuatkan dirinya juga gembira.


Days are gonna be different this year.


~


Liza memasukkan kunci biliknya ke dalam tombol pintunya lalu memusingkannya ikut arah jam untuk membuka kunci. Ketika dia memulas tombol pintu biliknya, dia dapat menghidu bau yang berdekatan. Dia menunggu beberapa saat tetapi bau itu tidak pergi. Oleh itu, dia berpaling.


"Risau?" Suara yang dikenali datang dari balik dinding.


"Cik Herna." Kata Liza dengan tenang.


Herna muncul dari bucu hujung dinding sebelah tangga. Mata mereka bertentangan.


'Sampai ke sini dia ikut kita?'


Liza tidak menjawab soalan Tedi. Dia hanya memandang Herna, menanti reaksi darinya.


'Ya, Tedi. Bukan selalu kan?' 


Liza dapat melihat wajah Herna mengukirkan senyuman. Mereka berdua diam terkaku melihatnya, lebih kepada terkejut. Tetapi, Herna hanya mengeluh.


"Saya bukan ada apa-apa ancaman pun untuk jumpa korang. Kenapa korang berwaspada sangat?” Herna datang mendekati Liza.


“Macam mana progress hari ni?” Tanya Herna lagi.


Liza yang sepatutnya kena menjawab soalan tersebut, hanya diam. Bukan kerana takut untuk menjawab, tetapi derianya masih dapat mengesan ada orang lain selain mereka berdua di situ. Dia tidak mahu serkap jarang menuduh. Malah, dia meminta kepastian dari Herna.


“Lelaki boleh masuk bangunan ni ke, cik Herna?”


“Lelaki? Mana boleh, ni kan blok perempuan. Lelaki dilarang untuk berada di perkarangan asrama perempuan.”


Liza berfikir sejenak lalu memulas tombol pintu biliknya, “Jom, cik Herna. Kita bincang dekat dalam.”


Herna tahu ada sesuatu yang berlaku, tetapi dia menurutinya lalu masuk ke dalam bersama Liza. Sebelum menutup pintunya, dia sempat menjeling sekelilingnya. Di dalam bilik itu, hanya Liza sebagai penghuni. Puan Iris membayar pembiayaan Liza untuk pelajar kelas pertama. Oleh itu, dia memiliki bilik untuk seorang. Liza mengajak Herna untuk duduk di kerusi belajarnya sementara dia duduk di penjuru katilnya.


"Apa yang berlaku?" Tanya Herna

__ADS_1


"Ada orang intip kita."


"Puak Indera Dewa?"


Liza diam seketika. Cuba untuk mengingatkan kembali bauan makhluk tersebut. Liza menggeleng. Herna menyandar sambil memikirkan sesuatu.


"Mereka masih di sini?"


"Tidak." Herna mengangguk.


“Okay, let's make it fast."


Mereka teruskan berbincang tentang proses plan mereka untuk membawa Adah pulang ke negeri Alam Ghaib. Liza cuba untuk fokus sepanjang perbincangan tersebut. Fikirannya melayang memikirkan lelaki yang mengintip mereka tadi.


Kenapa aku rasa aku kenal bau ni?


"Kalau ada apa-apa yang pelik sepanjang misi ni,” Herna berhenti di depan pintu sebelum memulas tombol.


“Bagitahu.”


Herna tidak menoleh dan beredar dari biliknya. Liza hanya berdiri di tengah biliknya melihat pintunya ditutup. Sebaik sahaja pintu biliknya tertutup, dia menghempas badannya ke katil  dan melepaskan nafas panjang. Akhirnya, dia memiliki masa dan ruangnya sendiri selepas bersosial dengan kaum manusia.


“Kenapa kaum manusia sangat extrovert?” Liza bermonolog.


Liza memejamkan mata dan masuk ke dalam fikirannya. Dia meneroka memorinya untuk mengisi kesunyiannya yang selama ini dia tanggung. Dia dapat menjangka gambaran apa yang bakal keluar. Ibu bapanya. Dia bersedia menerima impak emosinya.


Dia kini berada di meja makan bersama ibu dan ayahnya, menjamu selera makan malamnya sambil meluangkan masa mereka bersama. Liza dapat melihat senyuman ibu dan ayahnya yang terukir. Mereka memandang anaknya dengan penuh kasih sayang. Air matanya mengalir hanya dengan melihat mereka berdua berada di hadapannya.


“Kenapa adik menangis?” Soal ayahnya lembut.


Liza tersenyum sayu, “Takde apa. Adik cuma rindu ibu ayah.”


“Kami dekat sini.” Ayahnya mencapai tangannya. Begitu juga, ibunya.


Dia menggenggam tangan mereka dengan erat tanpa berkata apa-apa. Dia tahu apa yang akan berlaku selepas ini.  Airmatanya mengalir semakin laju. Tidak sampai beberapa saat ketika itu, bunyi letupan kedengaran dari luar istana dan menyebabkan seluruh bangunan istana dan bumi dearahnya bergegar. Ibu dan ayahnya memeluknya dengan cemas tetapi Liza hanya teruskan tangisannya tadi.


“Apa yang berlaku?!” Jerit ayahnya.


Seorang pembantunya menerjah masuk dalam dewan makan, “Tuanku, daerah kita diserang!”


“Apa?!”


Si ayah terkejut mendengar berita tergempar itu. Ayah dan ibunya berlalu keluar dari dewan tersebut tetapi tangan mereka ditarik oleh anaknya.


“Jangan pergi.” Ibu dan ayahnya berpaling lalu memeluk anaknya yang berada dalam ketakutan.


“Kami kena pergi, adik. Adik kena sembunyi. Siti akan membawa adik ke tempat persembunyian kita.”


“Tapi, adik taknak ibu ayah tinggalkan adik. Janganlah pergi..”


Melihat anak mereka yang merayu sedemikian, mereka melulut menghadap anaknya. Si ibu mengusap pipi anaknya sehingga hatinya berasa sedikit tenang. Liza menutup matanya untuk menghayati sentuhan ibunya.


Ketika itu, ibunya berkata, “Adik, kita semua tahu yang kami kena pergi.”


Liza membuka matanya dan melihat mata ibunya yang memandangnya dengan tanpa kurang rasa kasihnya. Senyuman manis dilontar tanpa sedikit rasa sedih yang terpalit. Tetapi, itu hanya membuatkan Liza bertambah sedih. Bunyi letupan sekali lagi berbunyi menyedarkan mereka dari dunia mereka.


“Tidak!”


“Siti!” Jerit ayahnya.


“Saya, Tuanku.”


“Bawa dia pergi. Jaga dia seperti nyawa kamu.” Pembantunya akur.


“Menurut perintah, Tuanku.”


“Aku taknak pergi! Ayah! Ibu! Jangan tinggalkan adik!”


“Ampunkan saya, tuan muda. Saya tiada pilihan.”


Dia mengangkat Liza yang terduduk lalu menarik keluar dari dewan makan melal pintu yang lain. Dari pandangannya, melihat ibu ayahnya yang makin menjauh darinya membuatkan dia tidak keruan.


“Ibu! Ayah! Tidak!!”


Sekelip mata situsinya berubah. Tiada lagi badannya ditarik. Tiada lagi bunyi letupan. Tiada juga cahaya terang dari dewan makan yang membiasi bola matanya. Kini apa yang dilihat gelap. Dia menunduk melihat kaki dan sekelilingnya untuk memastikan keberadaannya. Dia kini berada di kaki bukit, jauh dari daerahnya. Hadapannya tiada apa hanya hutan belantara. Tetapi, ada bunyi baru yang didengari dari belakangnya. hanya mendengar bunyi itu, dia dapat mengagak apa yang berlaku.


“Tidak… Cakap jangan..”


Dengan perlahan, dia berpaling ke belakang. Apa yang dilihatnya membuatkan dia jatuh melulut. Pemandangan daerah dan istananya sedang dimamah api yang marak. Dari atas bukit itu, daerahnya kini dilihat seakan bara neraka yang membakar dan membuak.


“Ibu!! Ayah!!!” Dia menangis dan meraung, tetapi raungannya hanya didengari oleh dirinya sahaja.


Situasi berubah lagi. Kini dia bersendiri melulut ke bumi. Sekelilingnya hitam gelap. Sebak dari situasi sebentar tadi tidak hilang. Dadanya sakit disebabkan tangisnya yang teresak-esak. Memorinya tidak mengubah apa-apa. Dia masih menjalani memori itu tanpa henti hampir setiap hari. Tetapi, sedikitpun memori itu tidak melalikan hatinya dari rasa sakit dengan apa yang terjadi. Dia menelan perasaannya sendiri seperti itu makanan asasnya. Seperti hari-hari lain, dia teruskan meraung dan menangis bersendiri dalam fikirannya.


“Jangan menangis, Liza.”


Sepasang tangan mengusap pipi kiri dan kanannya sambil mengangkat kepalanya mendongak. Matanya enggan terbuka walaupun dia mahu. Suara itu muncul lagi.


“Walauapapun yang berlaku, saya tetap bersama awak.”


Liza mula tenang. Walaupun airmatanya masih mengalir tetapi dia tidak lagi sedih. Kehadiran suara itu anehnya membawa ketenangan kepada dirinya. Akhirnya dia mampu membuka matanya sendiri. Sepasang mata meratapi dengan emosi yang dia tidak faham.


“Adah.”


Adah tersenyum apabila mata mereka bertentangan. Adah merendahkan dirinya lalu duduk di atas peha Liza. Dia memeluk leher Liza dengan tangan kanannya dan melagakan dahi mereka sambil mengusap pipi kanan Liza. Tanpa sedar, Liza juga menyeluk tangannya ke pinggang Adah yang kecil, menarik badan gadis itu mendekati dirinya. Dada mereka bertemu.


“Awak tak berseorangan. Ingat itu. Semua akan okey.” Kata Adah lembut seperti sutera di telinganya.


“Liza, ingat saya.” Ayat itu diulang.


Liza memandang tepat ke dalam bola mata Adah menyebabkan dia mengimbas segala memori mereka bersama. Walaupun sedikit, tetapi  perasaan yang datang amat berbeza dengan ibubapanya. Setelah seketika merenungnya, dia mendapat jawapan yang dia perlukan. Adah tersenyum.


“Sekarang, awak kena bangun.” Suara Adah menjadi gema.


“Bangun, Liza.”


Suaranya menjadi semakin samar-samar. Akhirnya, matanya berjaya dia buka. Dia kini sedang menatap siling putih biliknya dalam keadaan berpeluh. Apa yang lebih mengejutkan, dia tidak menyangka memorinya akan dicampuri dengan kehadiran Adah. Walaubagaimanapun, dia menepis persoalan itu ke tepi dan fokus tentang jawapan yang dia jumpa.

__ADS_1


“Bau manusia tadi, patut aku macam pernah bau.”


‘Seseorang yang kita kenal?’


“Bukan. Manusia tu budak yang kejar Adah tempoh hari.”


Tanpa pengetahuan Liza, Adah juga terbangun dari tidurnya kerana mimpi yang sama. Akan tetapi, mereka mempunya reaksi yang berlainan.


"What the fuk was that?*" Monolognya separuh menjerit.


Muka Adah merah padam dengan aksi yang dilakukan di dalam mimpi tersebut. Dia menutup mukanya dengan bantal dan menjerit malu. Setelah puas, bantal dialihkan dari muka.


"Kenapa aku berani sangat..?"


Apa yang mustahil untuk dia lakukan adalah menyambung tidurnya semula. Tetapi, fikirnya terlalu sibuk untuk teruskan tidurnya.


"Now, macam mana aku nak hadap dia?" Dia mengerang jengkel.


~


Rosie keluar dari kereta lalu bergerak ke blok kuliahnya. Seperti biasa, dia menurunkan adiknya dahulu sebelum mencari parking kereta. Tetapi anehnya kali ni, adiknya hanya berdiri di kawasan dia turun tadi, tidak terus bergerak ke kelasnya. Rosie mendekati adiknya.


"Something's happening? Kenapa tak gerak terus?" Adiknya menoleh.


"Aku tunggu kau.” Senyumannya diukir. Tetapi, kakaknya menganggap itu suatu yang pelik.


"This is unusual."


"Apa pula unusual-nya? Dahlah jom!" Tangan Rosie ditarik.


Woah, jarang-jarang nak tengok dia menipu. Well, another unusual thing to go.


Dia membiarkan adiknya membawanya ke dalam bangunan kuliah. Akan tetapi, adiknya berhenti secara tiba-tiba sebelum sempat masuk ke dalam bangunan.


"Kenapa berhenti?" Tanya Rosie.


Dia memandang Adah yang sedang memandang ke gerbang bangunan tersebut dengan muka 1001 emosi. Tidak dapat menahan rasa tertanya-tanya, dia juga turut melihat ke arah yang sama. Apa yang dilihat hanyalah Liza yang sedang berdiri mundar mandir di sebelah kerusi panjang yang ada.


Diorang bergaduh ke?


Liza seperti dapat mengagak kehadiran mereka lalu memalingkan kepalanya ke arah mereka berdua. Hanya melihat kehadiran mereka berdua berjaya membuatkan Liza tersenyum. Dia melambai Rosie dan Liza yang berada di seberang jalan dengan gembira. Rosie menyambut lambaiannya dengan tenaga yang sama. Tetapi Adah hanya menunduk. Rosie perasan.


"Hei, dia lambai tu. Balaslah." Dia memandang adiknya yang mukanya sudah merah padam.


Huish pehal ni? Haa risau..


Rosie menolak bahu adiknya dengan bahunya sendiri lalu menarik adiknya melintas jalan, mendekati Liza.


"Hai, geng." Liza menyapa mereka dengan senyuman manis.


Rosie membalas seperti selalu, penuh ramah. Tetapi, Adah seperti tiada bersama mereka. Walaupun jasadnya bersama mereka tetapi fikirannya seperti melayang jauh. Dia hanya diam dan tunduk. Liza memandang si kakak untuk mencari jawapan tetapi kakaknya juga tidak tahu apa yang berlaku dengan adiknya.


"Adah?" Liza menyentuh lengan Adah menyebabkan dia tersedar dari lamunan.


Secara tiba-tiba, Liza dapat menghidu bauan seharum melati yang datang dari Adah. Mata mereka bertentangan seketika. Ketika itu, Liza dapat satu imbasan sepantas kilat ketika merenung ke dalam mata Adah. Dia seakan dapat melihat masa depan dirinya sendiri yang sedang bahagia disamping seseorang. Mereka berjalan berpimpin tangan di taman bunga matahari. Wajah 'seseorang' itu masih tidak dapat dilihat sehingga dia berpaling ke arahnya.


Adah?


"Saya okay."


Mereka masih bertentang mata. Rosie yang berada di tepi mereka, melihat setiap situasi itu mula rasa mual. Dia berdehem kuat untuk menyedarkan mereka berdua dari dunia mereka sendiri. Tangan mereka terlepas. Dengan pantas menoleh ke tempat lain untuk menghilangkan rasa janggal dan malu dari diri.


"Seems takda apa-apa lagi nak buat, aku gerak kelas dulu ye. Korang pandai-pandailah ye? Bye!" Rosie meninggalkan mereka berdua tanpa rasa kasihan.


"Ada apa-apa yang berlaku ke?" Tanya Liza memecah sunyi.


"Takda." Adah menjawab pantas sambil mengintip jam tangannya.


Lagi 15 minit kelasnya akan bermula. Tanpa fikir panjang, tangan Liza ditarik kembali dan berlari meninggalkan ruangan tersebut.


"Jom! Kita kena pergi sekarang. Pensyarah kita suka start awal."


Liza terpaksa mengikut rentak gadis itu ketika berlarian. Tetapi dia tidak kisah. Kelajuan dan stamina bukanlah masalahnya buatnya. Akan tetapi, bau haruman melati masih dapat dihidu olehnya. Tedi seperti tidak sukakannya.


'Kunci aku.'


'Huh? Kenapa?'


'Bau dia mengganggu aku.'


Liza tidak menunaikan terus permintaannya. Sebaliknya, dia seperti mahu bertanya lebih tetapi mereka berdua sudah sampai ke kelas mereka. Benar kata Adah, kelasnya sudah bermula lebih awal dari sepatutnya. Anehnya, kelas mereka pada hari itu penuh sehinggakan tempat duduk mereka berdua tidak bersebelahan. Walau bagaimanapun, Adah masih duduk dekat dengannya cuma tidak bersebelahan.


Bauan dari Adah masuk ke rongga hidungnya tanpa henti. Dia menghidu pelbagai bau sebelum ini tetapi kali ini sangat berbeza. Malah, baunya membuatkan Tedi dan dirinya terganggu. Tedi malah ingin mengawal Liza dan menyerang Adah tanpa sebab. Tetapi, Liza dengan tangkas menahannya.


'Kau dah kenapa?'


'Bagi aku keluar.'


Liza tidak berkata banyak lalu mengunci Tedi supaya dia tidak dapat keluar. Tapi dia masih dapat kesukaran untuk fokus.


Kenapa kau tak bagitahu yang dia jiwa kita, Tedi?


Kelas terasa panjang untuk mereka berdua teruskan. Tetapi, tiada seorang pun antara mereka keluar dari kelas untuk lari. Mereka hanya mengalah. Pintu kelas mereka diketuk menyebabkan semua pelajar memandang ke arah pintu, begitu juga mereka berdua.


“Maafkan saya, Dr. jefri.” Seorang lelaki berkaca mata, berkemeja putih yang berbelang coklat, berseluar hitam muncul dari celah pintu.


“Ada seorang pelajar masuk. Dia akan join kelas Dr. Jefri mulai hari ni.” Seorang lagi lelaki muncul dari pintu tersebut. Liza terkejut melihat lelaki tu.


"Perkenalkan diri kamu." Kata Dr. Jefri.


Pelajar baru itu mengangguk sebelum memandang ke arah pelajar yang lain. Dia diam seketika melihat ke arah dewan seperti mencari sesuatu. Matanya terhenti memandang Liza lalu melontarkan senyuman manis.


"Hi guys. Saya Zackary Zach, with C and Y. Saya student baru dari seberang. Harap kita boleh go well together."


Zackary?! Dia buat apa dekat sini?


~

__ADS_1


__ADS_2