Bukan Dunia Nyata

Bukan Dunia Nyata
Bahagian 10


__ADS_3

Selepas Dr. Jefri melepaskan pelajarnya, Liza dengan pantas melangkah ke depan kelas meninggalkan Adah yang sedang masih mengemas barang-barangnya, terpinga-pinga. Melihat Liza bergegas keluar membuatkan Adah mula berfikiran yang Liza berasa tidak selesa dengan kelakuannya sebentar tadi. Dia mula menyesal dengan perilakunya sambil melihat Liza keluar dari terus kelas.


Sebaliknya, Liza sedang mengejar Zackary yang terlebih dahulu keluar sebelum dia. Bila dia melepasi pintu kelas, matanya melilau memandang sekeliling tetapi Zackary tidak dijumpai. Pelajar lain yang keluar dari kelas menyukarkannya untuk mencari lelaki itu. Sehingga susur gajah itu semakin lengang, kelibat Zackary masih tidak kelihatan. Dia menghela nafas berat.


Dah ke mana budak ni pergi?


“Cari aku?” Satu suara datang dari belakang.


Liza menoleh dan melihat Zackary sedang menyandar badannya ke dinding sambil menyilang tangannya. Seperti biasa, senyumannya tidak pernah pudar. Liza tidak teragak berlari ke arah sahabatnya lalu memeluk erat menyebabkan mereka hampir terjatuh ke lantai. Tetapi, kaki lelaki itu kuat menahan mereka berdua dari jatuh. Zack sememangnya tidak menyangkakan reaksi itu dari Liza. Oleh itu, dia tidak melepaskan peluang untuk menyakat Liza.


“Aku baru takda 2 minggu dah rindu macam ni, susahlah…”


Liza menarik semula pelukannya dengan pantas lalu jauh dari Zackary. Matanya memandang lelaki itu dingin. Zackary yang melihat kelakuan Liza itu ketawa dengan perubahan yang drastik itu. Liza dan Zackary walaupun hanya kawan sekerja tetapi, mereka telah bersama lebih lama dari keluarga mereka sendiri. Malah, mereka berdua telahpun menganggap diri mereka sebagai adik beradik.


“Ala, aku gurau je lah. Meh sini.”


Liza pada mulanya hanya berbuat keras tetapi selapas dipujuk berkali-kali, akhirnya dia kembali memeluk ‘abangnya’ yang sekian lama tak berjumpa. Mereka kekal dalam pelukan mereka untuk seketika. Liza sedar, ketiadaan sahabat di sisi Liza seperti hilang satu tempat bergantung. Kini, melihat dia di depan matanya seperti sayapnya kembali tumbuh untuk membantunya terbang.


“Ehem.” Suara yang datang dari pintu kelas menyedarkan mereka dari dunia mereka.


Liza terkejut melihat Adah sedang melihat mereka dengan wajah yang dingin, cukup untuk membuatkan dia berasa sejuk. Dia melompat menjauhi Zackary menyebabkan lelaki itu terpinga-pinga.


“Ah.. Ini… Hm..” Liza tergagap kerana terkejut dan malu. Muka Adah masih dingin memandangnya tetapi Zackary hanya ketawa.


“Saya Zackary. Kawan baik budak gagap ni.” Tangannya dia hulur.


Adah pada mulanya tidak mahu menyahut tangan lelaki itu, tetapi menjaga adabnya sendiri, dia menggapai tangan lelaki itu. Dia tidak tahu kenapa tetapi dia tidak sukakan lelaki itu. Semasa melihat dia berpelukan, hatinya sakit bagai diremuk. Dia tidak pernah berasa sedemikian selama ini.


“Adah.” Jawab Adah.


“Oh, kamulah Adah. Budak ni kerap gilalah bercerita tentang kamu.” Liza memukul Zackary yang tidak henti menyakatnya.


Adah tidak berkata apa-apa tetapi mukanya tiba-tiba menjadi merah. Wangian yang keluar dari badan Adah mula masuk ke rongga hidung Liza.


Bukan sekarang. 


Liza menahan dirinya dari hilang kawalan. Sebelum apa-apa terjadi, dia meminta diri ke tandas untuk seketika. Zackary melihat perubahan dari perlakuan sahabatnya tetapi dia hanya membiarkannya


“Korang memang berkawan sejak dia datang sini?” Zackary cuba membeli masa.


Adah mengangguk, menjawab mahu tak mahu.


Kau lebih baik cepat sebab aku taknak layan makwa jeles kau ni, setan!


Liza menyerbu masuk ke dalam tandas berdekatan menyebabkan penghuni di dalamnya terkejut. Dia tersandar ke dinding berdekatan, tercungap-cungap.


"Keluar." Suara berubah.


Penghuni di dalamnya tidak beranjak kerana terlalu terperanjat. Liza masih cuba untuk mengawal dirinya dan Tedi meronta-ronta mahu melepaskan dirinya.


"Keluar!" Matanya berubah biru, menyebabkan mereka semua lari ketakutan.


Tandas kini kosong. Hanya dia dan Tedi sahaja yang terkunci di dalam tandas tersebut. Dia menuju ke cermin sambil memandang diri ke dalam mata. Kini, dia hanya berhadapan dengan dirinya.


'Aku tahu apa yang kau cuba buat tapi aku tak izinkan.'


Tedi tidak menjawab tetapi meronta dengan lebih kuat. Liza tidak mengalah tetapi dia tidak boleh bertahan lama. Tenaganya semakin berkurangan. Dia tidak mampu melawan tenaga binatang di dalamnya. Saat sedang berlawan dengan dirinya sendiri, dia merasakan bahunya disentuh. Dia membuka matanya dan terlihat Herna berdiri di belakangnya.


"Cik Herna?"


Dia terkejut dan menyebabkan dia terleka seketika. Ketika itu, Tedi mengambil peluang untuk mengawal badan Liza. Herna tahu apa yang terjadi apabila mata Liza telah sepenuhnya bertukar biru yang bersinar. Belum sempat dia menyerang, Herna menepuk bahunya lalu terus pengsan. Liza rebah di dalam pelukan Herna.


"Aku tak jangka benda ni akan berlaku."


Tanpa membuang masanya, dia mengendong Liza keluar dari tandas dan ketika itulah dia bertembung dengan Zackary dan Adah yang menunggu di luar. Mereka kelihatan janggal antara satu sama lain tetapi reaksi mereka berubah selepas melihat apa yang di hadapan mereka. Tanpa ragu-ragu, Zackary berlari mendekati mereka berdua.


“Apa yang berlaku?” Dia mencapai Liza ke pelukannya sendiri.


“Dia pengsan.”


“Aku nampak tu!” Dia memandang Herna menantinya memberi jawapan akan apa yang berlaku, tetapi dia hanya diam memandang Zackary.


Melihat Herna seperti tidak usaha langsung untuk menceritakan apa yang berlaku, dia melangkah pergi dari situ sambil mengendong Liza dari belakang. Herna menahan tangan Zackary menyebabkan langkahnya terbantut. Mereka tidak berkata apa-apa. Hanya bertentangan mata antara satu sama lain. Tetapi mata Herna penuh makna.


Pandangan Herna membuatkan muka Zackary berkeringat pucat. Setelah beberapa detik, Herna melepaskan lengan lelaki itu dan lelaki itu berlalu pergi dengan laju. Dia menoleh ke kirinya. Adah merenung ke arahnya dengan renungan yang tajam. Jika pandang boleh membunuh, mungkin ketika itu Herna telah dibunuh. Tanpa berkata apa-apa, ‘ketuanya’ turut beredar.


“Cik Adah tahu kenapa saya masih di-,”


“Aku tak tahu apa yang berlaku antara kau dengan Zackary dan apa yang kau cuba buat tapi aku tahu ada sesuatu antara korang berdua. I can sense that. You, can’t fool me.” Jawab Adah sebaik sahaja ayat Herna habis. Dia mendekatkan dirinya ke Herna.


“Cik Adah kena pulang.”


“Aku dah balik! Ini rumah aku. Takda tempat lain selain dunia manusia.” Suara Adah semakin perlahan hingga tiba ke penghujung ayat.


Wajah mereka sangat rapat sehinggakan Herna dapat merasakan nafas hangat Adah di wajahnya. Ketegangan mereka yang begitu jelas membuatkan Herna diam untuk mengelakkan situasi menjadi lebih teruk.


“Jangan datang sini lagi. Jangan buang masa kau.” Adah melangkah pergi.


“Cik Adah kena balik walau apapun yang berlaku!” Jerit Herna.

__ADS_1


“Aku. Takkan. Balik.” Balas Adah dengan nada yang sama.


“Saya takkan biarkan Kerajaan Alam Ghaib musnah, Cik Adah.”


“Apa kena mengena aku dengan Alam Ghaib?!” Suara Adah kembali tinggi.


“Cik Adah adalah pewaris Tuanku Almyra Leon. Hanya pewaris Leon sahaja yang boleh elakkan benda tu berlaku.”


“Aku tak kenal pun siapa Almyra Leon tu. Dan kau muncul secara tiba-tiba dalam kehidupan aku, bagitahu aku anak kepada seseorang yang aku tak kenal, bagi aku kejutan yang aku kena selamatkan kerajaan korang macam benda boleh settle esok?!”


Untuk pertama kali, Adah meletus di tanah bumi manusia. Sejujurnya, Herna mati akal bagaimana lagi untuk memujuk ketuanya kembali ke kerajaan mereka. Oleh itu, dia menggunakan ‘kad kecemasan’-nya untuk situasi itu lalu menarik Adah ke dalam tandas.


“Kau buat apa ni?!” Suara menjadi nyaring apabila risau.


Herna mengunci pintu dan bawa Adah ke depan cermin. Adah merentap tangannya dengan kuat sehinggakan genggaman Herna terlepas.


“Kau dah kenapa?!”


Walaupun Herna tersentak dengan suara Adah, dia masih boleh mengawal fikirannya sendiri.


“Saya minta maaf, cik Adah.” Dia memetik jari.


“Apa kau nak bu-” Suaranya terhenti.


Mulutnya bergerak tetapi tiada satu suara yang keluar. Malah, badannya juga tidak bergerak seperti rasa dipeluk sesuatu. Akhirnya, dia dapat meneka apa yang berlaku lalu menghelakan nafas berat dan gerakkan mulutnya ‘lepaskan aku’. Herna tidak berkata apa-apa dan mencapai tangan Adah sambil mengeluarkan pisau lipat automatik dari poketnya. Mata ketuanya terbeliak.


“Kau nak buat apa?” Hanya mulutnya yang bergerak.


Herna meletakkan mata pisau ke telapak tangan Adah dan mengirisnya. Dia tidak boleh melakukan apa-apa. Adah mengerang kesakitan tanpa suara. Lukanya sakit seperti dihiris api walaupun hirisan itu sepatutnya boleh ditanggung. Dia hanya mampu menangis menahan kesakitan itu. Dia hampir terjatuh tetapi Herna sempat memeluk pinggang sebelum dia jatuh ke belakang.


Herna membantu Adah menggenggam tangannya munggunakan tangan yang dia guna untuk mengampu Adah sementara dia menyinsing lengan baju Adah yang lain. Dia menyapu lengan Adah dengan tapak tangannya yang berdarah. Adah hanya mengeluhkan bunyi desus desas ketika luka tangan dan kulit lengannya berlaga. Herna melihat wajah Adah yang berkeringat dengan matanya yang tertutup.


“Tahan sikit, cik Adah.” Katanya dengan rasa serba salah.


Beberapa detik kemudian, Herna memulihkan luka Adah dengan magisnya. Adah kembali tenang selepas lukanya hilang. Mata dibuka dan melihat Herna di hadapannya  dalam keadaan risau. Dalam keadaan lemah, dia menolak Herna menjauhinya sehingga belakangnya menyentuh dinding. Dia tahu Herna memulihkan lukanya tetapi gadis itu juga yang menyebabkan dia sakit.


"Kau… dah gila ke…?" Katanya lemah sambil memegang tangan yang luka tadi.


Herna hanya diam sambil menunjuk lengan tangan yang disapu darah sebentar tadi. Ada satu tanda seperti tatu yang berbentuk angin dan berwarna emas terukir betul-betul di kawasan yang disapu.


“Tanda itu hanya ada pada keturunan yang berdarah Leon dan hanya akan nampak bila darah tuan badan disapu pada tanda tu. Hanya penduduk Alam Ghaib atau berdarah dari Alam Ghaib sahaja yang boleh melihat lambang itu selepas dimunculkan.” Adah melihat tanda di tangannya dengan kecurigaan tetapi kesan sakit dari lukanya datang kembali, berdenyut-denyut kesakitan.


“Kau hiris tangan aku guna apa? Kenapa sakit sangat?”


“Oh itu. Pisau ni diperbuat daripada perak.” Herna menjawab perlahan, serba-salah akan penderitan yang Adah tanggung.


Herna mengeluarkan sapu tangan dari poket lalu menutup tanda di lengan Adah. Herna bukan tidak mahu menjawab, tetapi dia yakin ketuanya belum bersedia untuk kebenaran.


Penglihatan Adah ketika itu sangat terhad sehinggakan wajah Herna dan sekelilingnya kelihatan samar-samar. Malah, segala yang didengari juga bergema.


"Aku nak tidur…" Mata Herna membesar.


"Jangan! Buka mata, cik Adah!" Herna menyambut badan Adah sebelum dia rebah ke lantai.


Muka Herna kelihat sangat cemas di mata Adah. Badannya digoncang dengan kuat. Dia masih dapat melihat bibir pembantunya bergerak seakan berkata sesuatu. Mungkin juga menjerit. Tetapi, tiada satu bunyi yang menembusi gegendang telinganya. Malah, dia terlalu letih untuk memikirkan apa yang pembantunya katakan. Oleh itu, dia memilih untuk menutup matanya.


Sekejap je. Aku nak berehat sekejap.


~


Zackary memandang Liza yang terbaring atas katil bilik wadnya. Dia mengurut keningnya, melembutkan segala urat-urat tegang di kepalanya.


“Susah juga kalau macam ni.” Dia bermonolog.


Tiba-tiba, pintu bilik wad diketuk. Zackary meninggalkan Liza yang lena dan menuju ke pintu. Tanpa sebarang curiga, dia membuka pintu rumahnya dan melihat Herna berdiri di muka pintu.


“Cik Herna?” Nadanya lebih kepada terkejut dengan kehadiran gadis itu.


“Macamana dengan Liza?” Tanya Herna, matanya menyinggah ke arah katil.


“Dia okay, stabil at least.” Jawab Zackary sambil menutup pintu di belakangnya. Kehadiran Herna membuatkan dia cemas tetapi dia berjaya sembunyi perasaannya dari pengetahuan Herna.


“Kejap lagi Dr. Razak akan masuk balik untuk penerangan lanjut.”


Zackary melihat Herna mendekati katil Liza lalu mengusap dahinya hingga ke umbun-umbun. Herna memandang gadis yang terbaring itu dengan kasih, tidak sedikitpun dia cuba untuk menyembunyikan perasaannya walaupun dia tahu Zackary sedang memerhatikan mereka.


Dia nampak macam takda perasaan, rupa-rupanya dia masih menganggap Liza seperti anak dia sendiri.


Pintu wad sekali lagi diketuk, menyedarkan Zackary sedar dari lamunannya. Mereka berdua melihat Dr. Razak masuk dengan hormat.


“Boleh saya masuk?” Tanya beliau.


Mereka mengangguk. Dr. Razak tersenyum melihat Herna yang mendekatinya.


“Kamu uruskan mereka, Herna?” Herna hanya mengangguk.


Dr. Razak merupakan salah satu makhluk yang berasal dari negeri Alam Ghaib. Dia juga merupakan salah satu makhluk Ahli Magis yang berkedudukan tinggi di dalam istana yang memilih untuk menetap di dunia Manusia bagi memudahkan urusan makhluk Alam Ghaib sepertinya, terutamanya urusan kesihatan. Sikapnya yang ramah dan suka bergaul membenarkan dirinya untuk mudah sebati dengan kehidupan manusia.


“Macam mana dengan Liza?” Tanya Herna.

__ADS_1


“Tiada yang serius. Nutrisi bagus, kesihatan mantap. Tiada apa yang membimbangkan.”Ayat Dr. Razak berhenti disutu.


“Tapi?” Herna mencelah.


“Takda tapi. Cumanya, dia…” Dr. Razak menjeling ke arah Herna seperti teragak-agak untuk meneruskan ayatnya.


“Dia…?”


“...she’s in heat.”


Herna diam, menoleh ke arah Zackary seolah-olah menantikan reaksi dari Zackary. Tetapi Zackary hanya menunduk kerana dia tahu apa yang Herna fikirkan. Herna hanya menghela nafas berat.


“Kamu tahu tentang perkara ini, Zackary?” Tunduknya semakin ke dalam tetapi masih mampu untuk mengangguk untuk menjawab.


Dia tahu betapa bahayanya untuk seseorang itu menjalankan misi ketika dirinya dikawal oleh hormon. Dr. Razak juga tahu pihak istana tidak akan merisikokan sesuatu misi kepada seseorang yang berada dalam keadaan tidak berdaya. Maka, dia paham jika Herna berasa kecewa tentang perkara tersebut.


“Sejak bila kamu tahu?”


“S-sejak hari saya berikan pakaian tuanku. Tedi beritahu saya tentang mereka dan tuanku. Tapi, Liza tidak tahu.” Suaranya semakin perlahan.


“Maksudnya, kamu dah tahu dari awal. Kenapa Tedi tak beritahu Liza?”


“Sebab dia fikirkan tuanku adalah kaum manusia. Dia tak suka.” Hernia mula faham apa yang berlaku. Dia tidak salahkan Tedi mahupun sesiapa. Tetapi, perkara ini tidak patut dirahsiakan terutamanya ketika pembawa misi itu berisiko.


Dr. Razak yang mendengar segala perbualan tersebut terkejut, “Budak tu jiwa tuanku?” Herna mengangguk sambil memandang Liza.


“Jaga dia. Macam selalu.” Katanya kepada Zackary sebelum keluar dari wad tersebut bersama Dr. Razak.


Setelah pintu bilik wad tertutup Dr. Razak bersuara lembut kepada Herna, “Kamu tak patut garang sangat dengan mereka. Mereka masih budak.”


“Kerana masih muda, kita kena ajar mereka erti tanggungjawab. Saya tak boleh bagi muka kepada mereka hanya kerana saya menjaga mereka dari kecil.”


Dr. Razak ketawa kecil, "Ayah tinggalkan kamu muda sangat ke sampai jadi garang macam ni?"


"Mana ada! Ish, dia ni."


Dr. Razak mengusap kepala anaknya yang mencebik lalu berkata, "Ayah tahu kamu sayangkan mereka. Jadi, lepaskan mereka buat apa yang mereka mahu. Ingat, kamu tak mungkin akan selalu ada untuk mereka. Biar mereka belajar itu juga."


Herna mengangkat kepalanya dan memandang ayahnya. Dia dapat merasakan kasih ayahnya dari usapan dan pandangan. Kata-kata ayahnya terlalu hangat untuk hatinya. Dia akhirnya tersenyum lalu ayahnya meminta diri.


"Dr. Razak!" Panggil Herna separuh menjerit menyebabkan ayahnya berhenti dan berpaling semua kepadanya.


"Terima kasih, ayah.." Herna tunduk malu.


Dr. Razak mengangguk sambil tersenyum lalu beredar dari situ. Herna hanya melihat ayahnya pergi meninggalkan dirinya seorang diri di lorong lobi itu. Untuk pertama kali selepas 10 tahun dia berjumpa dengan ayahnya, itu kali pertama dia berjaya memanggil ayahnya ‘Ayah’. Dia masih mahu meluangkan masanya bersama ayahnya tetapi dia kena beredar. Tugasannya masih belum selesai.


"Perlukah Puan Iris tahu tentang Liza? Aduh, perkara sekarang dah semakin rumit pula."


Dia melihat skrin telefonnya dan secara tiba-tiba teringatkan reaksi Rosie apabila melihat adiknya pengsan dalam dakapan Herna. Dia mencapai adiknya dan memeluknya tanpa ragu.


“Apa yang berlaku dekat dia?” Suaranya berubah cemas.


“Saya jumpa dia dah teraring dalam tandas. Jadi saya fikir nak bawa dia ke PKU.” Jawab Herna.


(A/N: PKU adalah Pusat Kesihatan Universiti.)


Sejurus mendengar penjelasan dari Herna, dia menepuk lembut pipi adiknya, “Adah? Adah, bangun.”


“Saya dah cuba kejut, tapi dia tak sedar-sedar. Bawa dia pulang Ci-.. Rosie. Mungkin dia terlalu penat. Bagi dia berehat.” Kata Herna sebelum melangkah meninggalkan mereka berdua.


~


Rosie menyandar bahunya ke rangka pintu sambil memandang adiknya yang sedang lena di atas katilnya. Dia tidak tahu apa yang perlu dilakukan kepada adiknya yang penuh dengan rahsia itu.


Kadang-kadang dia merasakan dia merupakan manusia yang paling dia rapat di dunia ini tetapi pada masa yang sama dia rasa seperti dia tidak mengenali adiknya. Dia sering merasakan yang dia tidak pernah layak untuk menjadi kakaknya setiap kali dia gagal untuk berasa disisinya apabila adiknya memerlukannya.


“Rosie?” Suara dari belakangnya membuatkan dia tersedar dari lamunan.


“Ibu.” Puan Illida Aris membalas dengan senyuman.


“Dia tak bangun?” Rosie menggeleng lalu menoleh semula ke arah adiknya.


Puan Illida mengusap bahu anak sulongnya yang dalam kegundahan itu. Dia tahu anak sulongnya amat menyayangi adiknya tetapi melihat anaknya berada dalam kesedihan, membuatkan dia juga turut sedih.


“Apa kata Rosie lapkan badan dia? Rosie kata Adah pengsan dalam tandas kan?” Rosie menunduk ke lantai lalu menganggukkan kepalanya.


“Ibu siapkan barang-barang dekat dapur. Nanti ambil barang naik atas.” Kata ibunya sebelum turun ke bawah.


Aduh. risau hati ni melihat mereka berdua.


Rosie mengambil masanya seketika sebelum turun ke bawah. Dia mengambil besen yang berisi air dan kain kecil yang ibunya telah letak di atas meja dapur. Dia memandang sekelilingnya tetapi ibu dan ayahnya seakan tiada di rumah.


Keluar mungkin.


Dia naik semula ke bilik adiknya dan meneruskan tugasan yang diberi ibunya tanpa leka. Selepas menanggalkan pakaian adiknya, dia membasahkan kain yang dibawa tadi sebelum mengelap badan adiknya. Bila tiba di bahagian lengan adiknya dia perasan akan corak emas seakan tatu.


“Bila masa dia ni bertatu?”


~

__ADS_1


__ADS_2