Bukan Dunia Nyata

Bukan Dunia Nyata
Bah. 1: Gadis itu


__ADS_3

Seperti kanak-kanak riang, ada sekumpulan lelaki yang berkejaran di antara pelajar yang sedang lalu-lalang di koridor bangunan Bilik Syarahan.


“Siapa sampai paling akhir, dia kena belanja satu group makan kejap lagi!” Seorang budak lelaki yang berada paling hadapan menjerit ke arah kawan-kawannya yang telah jauh ketinggalan.


Dia terlalu berlagak mengejek sahabatnya di belakang dan teruskan berlari tanpa melihat apa yang ada di depan. Belum sempat dia menoleh ke hadapan, dia akhirnya merempuh sesuatu di hadapannya dan menyebabkan huru-hara kecil berlaku di hadapan pintu Bilik Syarahan 301. Semua orang yang melihat kejadian itu tergamam. Malah, sekumpulan lelaki itu juga berhenti secara mengejut tetapi terus mendekati sahabatnya itu.


“Weh Zek, kau okey tak?” Tanya salah seorang lelaki itu dalam keadaan cemas.


Zek mengusap kepalanya yang sakit akibat terhentak sesuatu yang dia langgar tadi. Tanpa berkata apa-apa, dia hanya mengangguk untuk menjawab soalan itu. Lelaki yang jatuh itu mendengar suara orang lain yang turut mengerang kesakitan. Dia dengan segera menoleh ke arah suara tersebut dan terlihat seorang perempuan telah tersandar ke dinding pintu bilik syarahan tersebut. Zek menjadi resah lalu bingkas bangun mendekati perempuan tersebut.


“Awak tak apa-apa ke? Ada apa-apa yang tercedera?” Belum sempat tangannya menyentuh bahu perempuan itu, tangannya telah ditepis.


Zek agak terkejut dengan reaksi itu. Dia cuba untuk berlaku baik dengan perempuan itu tapi sebaliknya dia dapat reaksi yang dingin.


“Aku okey. Terima kasih.” Perempuan itu cuba untuk melutut dan membetulkan pakaiannya sebelum mengutip semua bukunya yang bersepah.


Zek dengan secara semulajadi, juga membantu perempuan itu mengutip buku-buku yang berhampiran dengannya. Ketika itu, dia mencapai sebuah buku yang menarik perhatiannya.


“Harimau Putih…” Dia membalikkan buku itu tersebut tetapi tangan perempuan itu lebih pantas mencapai buku itu semula.


“Terima kasih.” Perempuan itu berlari meninggalkan Zek yang termanggu melutut di situ.


“Siapa perempuaan tu, geng?” Dia menoleh memandang kawan-kawannya tetapi hanya dapati mereka telah pun berlalu pergi meninggalkan Zek keseorangan.


“Eh tak guna jantan-jantan ni. Diorang tinggalkan aku sorang-sorang.” Dia bangun dan menghela nafas panjang.


Dia menoleh sekali lagi ke arah perempuan tersebut yang sedang masuk ke dalam pintu laluan kecemasan menurun tangga dengan pantas.


Kenapa aku rasa dia sangat menarik perhatian aku?


Loceng berbunyi menandakan kelas akan bermula lagi 5 minit. Terima kasih kepada loceng tersebut kerana berjaya menyedarkan Zek dari lamunannya. Dia bergegas ke kelasnya dan dapati pensyarah masih belum tiba.


Fuh. Nasib aku cepat sikit.


Matanya melilau mencari kawan-kawannya. Mereka melambai ke arah Zek dan telah pun mengosongkan satu tempat duduk di tengah-tengah mereka untuk alfa mereka.


“Tak guna, kau orang tinggalkan aku sorang-sorang dekat situ.” Mereka semua ketawa.


“Kita orang masih kena sampai lebih awal.” Seorang lelaki yang berambut Quiff merah perang menjawab.


“Buat pertama kalinya, kau yang paling akhir, Zek.” Satu kumpulan tersebut tertawa mendengar ayat seorang dari mereka yang berkacamata dan berambut skema.


Zek juga menyertai mereka tertawa bersama seakan itu hanyalah gurauan yang dah biasa mereka dibuat.


“Siapa kisah, aku kaya lagipun.” Zek dengan lagaknya berkata. Mereka juga turut teruja mendengar kata-kata dari Zek.


Ketua mereka melihat pintu masuk kelasnya, bertanya-tanya bila pensyarahnya akan memasuki pintu tersebut. Pada masa yang sama, seorang lelaki tersandung kakinya di tengah tangga. Zek yang melihat kejadian itu, mula teringatkan wajah perempuan yang dingin itu di mindanya. Dia berpaling menghadap yang lain. Mereka yang telah pun mengeluarkan barang dan alat belajar mereka turut menoleh ke arah si alfa.


“Perempuan tadi, dia siapa? Kenapa aku macam tak kenal dia?”


"Oh dia. Mat kau ceritalah. Kau macam lagi tahu cerita penuh dari kita orang." Tuju salah seorang dari mereka kepada lelaki si rambut perang Undercut itu.


Mat menunjuk dirinya sendiri dalam keadaan termanggu. Semua mengangguk laju kerana tidak mahu bercerita tentang perempuan tersebut.

__ADS_1


"Eh tak guna korang."


Zek memandang Mat mengharapkan ceritanya dimulakan. Melihat pandang lelaki itu yang penuh pengharapan, dia beralah.


"Yelah, aku cerita." Teruja mereka mengalahkan Zek yang baru pertama kali mendengar cerita tersebut.


"Budak tu, kau memang tak kenal Zek. Dia tu rakyat biasa je. Nama dia Adah Roman. Sebelum kau masuk sini, dia macam budak-budak yang lain. Bergaul, aktif."


"Jadi, kenapa dia berubah?" Zek memotong.


"Sebab ada sesuatu berlaku dekat dia 2 sem lepas. Dia pergi ke hutan, katanya dia buat penyelidikan pasal kajian dia. Jadinya dia turun hutan untuk cari bahan. Aku tak tahu samada sengaja atau tidak, dia termasuk sempadan makhluk ghaib.” Riak muka Zek berubah risau.


“Lepas tu?” Hati Zek berdebar menunggu penghujung cerita tersebut.


“Kitoang tak tahu sebenarnya berlaku. Tahu-tahu, dia hilang 3 hari. Tapi, masa salah seorang dari The Hunters jumpa dia, dia dah pengsan bersama 2 ekor bangkai serigala sebelah dia.”


“Serigala?” Tanya Zek. Mat mengangguk.


“Bila dia sedar, orang atas tanya dia macam mana dia boleh terselamat. Dia hanya jawab, ‘Harimau Putih’. Mana orang nak percaya.” Mereka menertawakan ajukan Mat tersebut.


Sebaliknya Zek hanya berdiam diri. Dia menyandarkan belakangnya ke kerusi. Fikirannya teringatkan tentang buku yang disentuh ketika membantu Adah sebentar tadi.


‘Harimau Putih eh?’


Zek seakan ingin tahu apa yang berlaku selebihnya. Oleh itu, dia bertanya lagi kepada Mat tentang cerita selanjutnya.


“Takde sambungan. Siapa yang nak percaya dengan apa yang dia ceritakan. Maksud aku, harimau putih? Tu cerita lagenda, Zek.”


“Dah tu, macam mana diorang tutup kes tu?” Tanya Zek lagi.


Zek hanya menggangguk. Sepertinya cerita ini merupakan satu cerita penting kerana melibatkan alam ghaib dan nyata. Dia berasa aneh mengapa dia tidak pernah mengetahui tentang cerita tersebut.


“Geng, kelas batal.” Jerit seorang pelajar yang baru masuk dari pintu depan.


Semua orang di dalam kelas diam termangu dan berpaling sesama sendiri. Seperti tidak percaya akan penyataan yang diumumkan.


“Ye ye je kau. Mana kau tahu?” Jerit Jamal dari belakang Zek.


“Baru dapat informasi tu tadi. Prof ada hal. Jadinya, dia akan bagi tugasan melalui portal pembelajaran kita nanti. Itu saja.” Pelajar itu menyandangnya beg lalu beredar dari kelas.


Semua melihatnya keluar kelas dengan teruja. Memandangkan dia merupakan wakil kelas yang selalu berjumpa dengan pensyarah tersebut, tiada siapa yang boleh membantah. Oleh iu, semua orang mengiyakan. Lagipun, siapa saja yang tidak suka kalau kelasnya batal? Banyak lagi benda lagha yang mereka boleh kerjakan. Salah satunya, belanja mereka makan.


“Bos, jangan lupa bos ada hutang tau bos.” Bisik Razak dari sebelah Jamal.


Mereka menepuk bahunya memberi isyarat ‘thump-up’ sebagai tanda setuju dengan caranya. Razak, satu-satunya manusia yang memanggil Zek sebagai bos, tersipu-sipu malu kerana dipuji. Zek menghela nafas berat. Sebenarnya, fikiran dan hatinya mempunyai idea lain untuk masa terluang itu. Tetapi, kumpulannya lebih laju memberi cadangan.


“Yelah, korang pandu. Aku malas nak bawa kereta.” Mereka menepuk tangan gembira.


Mereka menyandang beg mereka dan keluar dari kelas. Selepas tapaknya keluar dari kelas, Zek menoleh ke arah pintu Bilik Syarahan 301. Memorinya terimbas kembali difikiran.


‘Aduhai, aku baru nak cari perempuan tu balik.’


Dia menggaru kepalanya yang tidak gatal dan melangkah berat melepasi kawasan tersebut.

__ADS_1


~


Sepatutnya hari ini merupakan hari yang tenang buat Adah. Tetapi, kejadian tadi mengubah segalanya. Dia tahu harinya kini akan menjadi luar dari keselesaannya. Bagaimana dia tahu? Naluri.


Dia berada di dalam perpustakaan, duduk kerusi yang sering menjadi tempatnya setiap kali dia ke sana. Iaitu, tempat yang paling hujung ke dalam dan bersebelahan dengan tingkap. Sekurang-kurangnya pemandangan luar tingkap yang penuh dengan pokok dan hutang tebal itu dapat menenangkan dia selepas menghadapi harinya yang gila itu. Sudut itu juga dihalang oleh dua rak penuh menyebabkan dia tidak dilihat orang ramai yang berada disitu. Dua rak itu hanya dipenuhi oleh buku-buku dongeng dan legenda. Disebabkan dunianya menganggap dua benda itu sesuatu yang biasa, seksyen itu menjadi hambar dengan serta-merta. Tetapi, nalurinya betul kali ini.


Dia terdengar suara datang dari belakang rak mendekati ke arahnya. Hari ini adalah hari yang paling tidak dijangkanya untuk manusia lain menghampiri tempat tersebut. Terutamanya, selepas kemalangan tadi berlaku. Lebih membuatkan dia stress, suara itu berhenti tepat di hadapannya. Hanya rak buku sahaja yang menjadi penghalang antara mereka. Adah memakai fon kepalanya untuk mengelakkan dirinya dari mendengar perbualan mereka. Gosip adalah benda yang paling dia tak suka. Tetapi, belum sempat lagu dimainkan, dia telah pun mendengar sesuatu yang tidak diingini.


“Itu ke perempuan tu?” Jari Adah terhenti dari menekan lagu dalam aplikasi telifonnya.


Dia menyambung kerjanya dan berlakon seakan-akan tidak mendengar apa-apa. Jari-jemarinya sibuk menekan kekunci kompter ribanya, sekali-sekala menjengah buku notanya seakan-akan leka bekerja.


“Ye. Mula-mula mengarut pasal benda tak wujud. Lepas tu, dia tolak Zek.” Mereka berbisik tapi cukup kuat untuk dirinya mendengar setiap patah kata.


‘Haa…. Siapa pulak si Zek ni. Diorang tak kerja ke asyik nak sibuk tepi kain orang.’


Dia menghela nafas panjang. Terlalu letih melayan setiap kerenah manusia di sekelilingnya. Sejak dia sedar dari pengsannya tempoh hari, satu demi satu kisah tentang dirinya yang tercipta. Lebih lawaknya, tiada satupun cerita tentangnya itu betul.


“Aku dengar dia tidur dengan pensyarah sebab nak markah tinggi dalam kelas.” 


Aku skor dari dulu dan takde siapa pun cakap apa-apa pasal benda tu?


“Seriuslah? Patutlah selalu skor! Apalah hidup macam tu. Tak guna betul.” 


Kau pun apa kurangnya. Duduk mengata pasal orang je.


“Macam mana sebenarnya dia bukan golongan kita?”


Yang ini pun. Tah mana-mana dia dapat cerita ni?


“Aku dengar kata dia ahli sihir. Bukan manusia betul”


Kalau betul, serius dah lama aku santau korang.


Adah menggelengkan kepalanya dan membuang segala imbasan itu jauh-jauh dari fikirannya. Dia menekan salah satu lagu dalam aplikasi Youtube untuk melekakan dirinya. Dia meninggikan kelantangan bunyi lagu itu dan sedikit demi sedikit suara kedua-dua perempuan itu tenggelam. Kini, dia lebih fokus dengan aktivitinya.


Tanpa pengetahuan Adah, ada sepasang yang melihat situasi itu dari jauh. Tak lama kemudian, dia datang mendekati dua orang pelajar yang sibuk bergosip.


“Hei!”  Segera kepala mereka berpaling.


Apa yang dilihat mereka membuatkan mata mereka terbeliak.


“Dah takde kerja lain, nak mengumpat pasal orang je?” Suaranya perlahan tapi aura yang diberi sangat menakutkan.


Dia menyandarkan bahunya ke rak buku dan memandang mereka berdua dengan pandangan yang dingin.


“Rosie!” Reaksi salah seorang perempuan itu separuh menjerit.


Rosie tidak berkata apa-apa, hanya sekadar menyengetkan kepalanya sebagai tanda kepada mereka untuk beredar dari situ. Mereka berdua dengan kelam kalut berlari meninggalkan seksyen tersebut sambil menyalahkan antara satu sama lain.


“Kaulah ni. Aku dah cakap taknak tadi.”


“Eh aku pulak. Kau yang nak tahu siapa dia, celaka.”

__ADS_1


Rosie hanya berdiam dan membiarkan mereka teruskan bertengkar. Apa yang mereka mahu fikir adalah perkara yang paling dia tidak mahu ambil tahu. Setelah suara mereka semakin hilang, Rosie memandang Adah dari celahan buku. Dia menghelakan nafas berat. Wajahnya jelas terpancar seiru satu rasa, tetapi tiada satupun mampu terungkap. Dia melangkah ke meja kosong di hadapan Adah. Seperti dua pelajar perempuan tadi, hanya rak sahaja yang memisahkan mereka. Cuma kali ini, mereka berdua hanya hiraukan kerja masing-masing.


~


__ADS_2