Bukan Dunia Nyata

Bukan Dunia Nyata
Bahagian 4


__ADS_3

“HERNA!”


Herna menekup kedua-dua telinganya apabila mendengar jeritan Adah. telinganya berdesing akibat bingit suara jeritan itu. Setelah okay, dia memandang Puan Iris yang juga mengalami perkara yang sama.


“Dia memang selalu macam ni ke?” Hernia tidak tahu apa yang patut dia jawab kerana itu kali pertama berlaku, tetapi dia memilih untuk mengangguk.


Tanpa berkata apa-apa, Herna berlari menuju ke bilik Adah dan meninggalkan bilik Puannya. Dia tahu ini hanya sebagai tanggungjawabnya untuk menjaga keselamatan Adah sepanjang dia berada di sempadannya. Tetapi tah entah kenapa, jeritan Adah sebentar tadi seakan memanggilnya seperti arahan. Fikirannya dikawal sesuatu selepas namanya dijerit.


“Cik Adah?” Pintu bilik Adah dikuak dengan laju.


Situasi yang berlaku di dalam bilik itu membuatkan dia terdiam seketika. Semua pembantu yang mengiringnya tadi mengalami peristiwa yang sama seperti dia dan Puan Iris. Mereka menekup kedua-dua telinganya mereka.


Herna mengalih pandangannya ke arah Adah yang sememangnya sedang merenung tajam ke arahnya. Auranya ibarat menghentam dirinya ke dinding. Adah melangkah laju mendekati Herna dan berhenti tepat beberapa inci dari wajahnya.


“Kenapa aku kena bermalam dekat sini? Ini bukan sebahagian daripada perjanjian kita, Herna!” Suara Adah hanya didengari oleh Herna.


Alamak, aku terlupa nak bagitahu durasi majlis. Aduh…


“Herna? Jawab soalan aku.” Tangan Adah menggigil menahan marah.


Herna tidak menjawab. Bukan kerana dia tiada jawapan, tetapi lidahnya kelu untuk bersuara. Mulutnya terbuka tetapi tiada satu bunyi pun yang keluar.


“Boleh saya mencelah?” Puan Iris masuk dan memecah ketegangan bilik tersebut.


Herna menoleh laju dan menundukkan kepalanya sebagai tanda hormat. Pembantu yang lain meniru aksinya. Amarah Adah terbantut apabila Puan Iris masuk ke dalam bilik itu. Sungguh Herna berasa sangat bersyukur ketika ketuanya tiba.


“Adah Roman. Akhirnya kita bertemu.” Senyuman manis dilontarkan tetapi Adah tidak sedikit pun membalas senyuman itu.


Mereka berpandangan. Herna dapat merasakan kombinasi aura mereka berdua yang tidak menyenangkan. Dia mengangkat kepalanya. Mereka tidak melakukan apa-apa, cuma berpandangan tanpa kata. Herna berasa janggal dengan situasi itu, dimana Puannya memilih untuk berdiam. Begitu juga Adah yang tiada senyuman merenung tepat ke dalam mata Puan Iris.


“Cik Adah, saya kenalkan, Puan Iris Razman, ketua ka-”


“Aku tahu.” Adah memotong, masih tidak mengalihkan pandangannya.


Herna mengalihkan pandangannya ke Puan Iris yang masih tersenyum, seakan tidak terkesan dengan respon yang diberi oleh Adah.


“Cik Adah. Boleh kita berbual?” Puan Iris akhirnya bersuara.


“Saya percaya banyak soalan Cik Adah mahu tanya.”


Adah menggangguk. Nampaknya, dia masih enggan untuk bersuara.


“Ayuh, ke pejabat saya. Kita boleh bincang dengan lebih selesa di sana.”


Puan Iris melangkah keluar dari bilik tersebut meninggalkan mereka. Herna dengan pantas mengisyaratkan Adah ada untuk melangkah dahulu dan kemudian dia mengikuti mereka dari belakang. Adah sempat menjeling ke arah Herna sebelum keluar dari bilik. Herna kembali menunduk.


Puan Iris orang pertama yang masuk ke dalam bilik, diikuti oleh Adah dan kemudian Herna. Herna menutup pintu dan berdiri memerhati mereka berdua.


“Silakan duduk, cik Adah. Jangan janggal sangat. Kami tak makan manusia.” Ajak Puan Iris yang melihat Adah berdiri di meja kerjanya seperti hilang arah.


Adah menjeling ke arah Herna yang masih menunduk lalu mengheret kerusi yang bertentangan dengannya dan duduk.


“Jadi… Macam mana perjalanan ke sini?” Adah menoleh.


“Biasa. Cuma, saya tidak diberitahu untuk tinggal di sini beberapa hari.”


Kini, Puan Iris pula memandang Herna. Melihat pembantunya yang tidak beranjak dari tadi membuatkan dia mengerti, pembantunya tidak sengaja melakukan kesilapan tersebut.


“Herna adalah pembantu saya yang paling bertanggungjawab di antara semua. Saya pasti dia tidak sengaja untuk melakukan kecuaian.” Adah memeluk tubuhnya, diam tidak membalas apa-apa.


“Herna, boleh tolong buatkan sedikit minuman untuk cik Adah? Saya yakin perjalanan kalian membuatkan tetamu kita dahaga.”


Akhirnya, kepalanya diangkat, memandang Puan Iris yang juga sedang memerhatinya. Puan Iris hanya mengangguk sebagai isyarat tertentu.


Herna yang menerima isyarat itu teragak-agak menjawab, “Ba-baik, Puan.”, lalu dari bilik.


Kini, tinggal mereka berdua. Jelas sekali, Puan Iris hanya ingin berbual antara mereka berdua tanpa gangguan orang lain. Dia menekan butang dibawah mejanya menyebabkan pintunya berbunyi.


Tak!


Adah sepantas kilat menoleh ke arah pintu. Badannya berasa seram sejuk.


“Tak perlu risau. Saya cuma tak mahu orang lain masuk sepanjang kiat berbual.”


Adah dengan perlahan mengalihkan pandangannya dari pintu, “Atau, Puan tidak mahu saya keluar?”


Puan Iris tidak memberikan apa-apa reaksi di mukanya, “Bergantung.”


Adah kembali menyandar. Dia sedar sepanjang harinya disini takkan mudah, atau mungkin hari tersebut adalah hari terakhirnya berada di atas muka bumi.


“Jangan risau. Seperti saya cakap tadi, kami tak makan orang.”


Memanglah tak makan orang. Tapi bunuh dengan makan tu lain tau!


Puan Iris bingkas bangun dari kerusinya dan mendekati almari yang penuh dengan minuman lalu menuangkan minumannya ke dalam cawan wain.

__ADS_1


“Minum?” Dia mendekatkan salah satu cawan yang berisi air minuman yang sama kepada Adah.


“Saya akan minuman Herna bawa nanti.”


Puan Iris mengangkat keningnya, “Oh, okey”, menarik kembali cawan tersebut, “Terpulang.”


Dia kembali duduk di atas kerusinya dan memulakan topik yang sepatutnya mereka bualkan.


“Majlis takkan berlangsung tanpa cik Adah. Erti kata lain, cik Adah adalah tetamu utama kami.”


“Herna ada bagitahu tu.” Jawabnya pantas.


“Sekiranya cik Adah tidak terima undangan pada tempoh hari, kami akan menjemput lagi di lain tahun.”


Kening gadis itu berkerut, “Kejap, saya kena datang setiap tahun ke?”


Puan Iris menggeleng, “Hanya sekali.”


“Kejap, sebelum benda ni pergi lebih jauh. Bagi saya bertanya, boleh ke?” Wanita itu menggangguk.


“Silakan.”


Adah menaik nafas panjang sebelum meluahkan apa yang terpendam. Banyak tentang ibunya yang dia ingin tahu. Puan Iris menghirup minumannya sambil menunggu soalan yang bakal dituju.


“Pertama, kenapa majlis ni diwujudkan? Saya di antara manusia yang lain? Selain sebab ‘teman lama’.” Puan Herna hanya tersenyum. Jelas sekali dia menjangkakan soalan tersebut.


Bagitahu sajalah, Iris. Berahsia pun tak berguna. Dia akan tahu juga nanti.


Dia mendekatkan badannya ke meja, menghapuskan sedikit jarak mereka. Dengan perlahan, dia berkata, “Sejujurnya, undangan kamu itu datang daripada ibu kamu sendiri.”


“Ibu?” Suaranya penuh dengan perasaan keliru dan terkejut


“Ibu masih hidup?”


“Tentu tidak.” Riak muka Adah masih keliru tetapi tidak dinafikan ada sedikit kecewa yang terselit.


“Dia sudah menyampaikan undangan ini sejak kami lahir lagi.”


“Iris, bawa dia ke istana bila umur ke 20 tahunnya tiba.”


Wajah Almyra Leon muncul dalam ingatannya. Segala yang berlaku pada hari kematian Almyra terimbas kembali. Dia masih ingat situasi itu, dia berada bersama Almyra sepanjang masa ketika itu.


Wajah Puan Iris yang sebentar tadi tersenyum kini berubah pucat. Gadis itu melihat perubahan muka Iris membuatkan dia risau. Namanya dipanggil tetapi Iris seakan gagal sedar dari fikirannya.


Iris memandang Adah dengan muka yang terkejut, “Puan okey? Muka puan pucat.”


Iris terdiam seketika, cuba untuk memproses apa yang sebenarnya berlaku. Imbasan memori itu membuatkan dia betul-betul terkesima. Kemudiannya dia mengangguk.


“Saya okey.” Dia kembali tersenyum, ibarat tiada apa yang berlaku.


Dia kembali menyandar kerusinya tanpa menghilangkan senyumannya yang terukir seperti itu adalah salah satu dari personanya. Dia meminta Adah untuk meneruskan soalannya tetapi apa yang berlaku tadi membuatkan dia terbantut untuk menanya.


“Tak mengapa, cik Adah. Saya cuma kurang tidur.” Adah mengangguk.


“Jadi, macam mana Puan dengan ibu saya mula berkawan?”


“Oh soalan itu. Kalau nak jawapannya, tak habis untuk malam ni. Panjang, sangatlah panjang. Tak mengapa. Cik Adah ada dua hari lagi untuk sesi soal jawab kita.”


Adah teringat sesuatu yang penting, “Oh saya tak boleh-”


Tuk Tuk Tuk


Bunyi pintu biliknya diketuk membantutkan bicara Adah. Puan Iris menekan butang di bawah mejanya semula dan mengarahkan orang di luar untuk masuk. Herna muncul dengan air yang diminta Puan Iris sebentar tadi dan letakkan air tersebut di hadapan Adah. Risau didalam hatinya membuatkan dia terlupa tentang amarahnya kepada Herna.


“Jemput minum.” Puan Iris mengajaknya.


Adah memandang Puan Iris tanpa sebab tetapi Puan Iris tahu hatinya penuh dengan kegusaran.


Puan Iris melebarkan lagi senyumannya, “Jangan risau, semuanya telah kami usaikan. Mereka takkan ingat tentang kehilangan cik Adah.”


“Macam mana?” Wajah Adah jelas terkejut.


“Kami ada cara kami. Kita tak sama lagi pun.” Jawab Puan Iris selamba sambil mengirup minumannya.


~


Herna membuka pintu bilik dan memberi laluan untuk Adah  masuk terlebih dahulu sebelumnya. Adah mengeluh berat sambil melihat bilik tersebut. Dia perlahan-lahan bergerak menuju ke katil. Herna hanya berdiri di muka pintu, tidak sedikitpun cuba untuk mendekati Adah. Melihat perempuan itu yang berasa serba salah yang tidak hilang membuatkan Adah turut serba salah.


“Haih… Dahlah tu, aku dah tak marah kau dah. Aku dah tahap….redha dah.” Suaranya semakin tenggelam tetapi masih kuat untuk didengari Herna. Dia menghempas dirinya ke atas katil, merenung ke syiling dan meratapi nasibnya pada hari itu.


"Jadi, aku kena tidur sini jugalah, kan?" Syiling berwarna putih suci itu menjadi peneman hatinya yang sunyi. Dia masih tidak menjangka yang dia akan berada di dunia alam ghaib, merasai udara dan menyambut majlis harijadinya di situ. Dialah manusia terpilih. Terapi, dia tidak pasti sama ada itu satu hadiah atau bencana. Membayangkan dia mungkin bakal merempuh kejadian-kejadian aneh sepanjangnya di situ, membuatkan dia berasa gusar. Dia tidak bersedia. Sekali lagi, menghelakan nafas berat.


"Ini baju persalinan cik Adah untuk beradu. Mohon cik Adah menyalinnya sebelum lena." Suara Herna memecah angannya. Adah menongkat badannya dengan tangan kanan.


"Aku tak tidur lagi." Suaranya separuh membisik. Mungkin keletihan yang dia rasa membuatkan dia tidak bermaya untuk bercakap.

__ADS_1


"Cik Adah perlukan bantuan untuk menyalin pakaian?"


"Apa, kau nak bukakan baju aku ke?" Adah ketawa kecil.


"Iya." Adah terdiam. Dia hanya berniat untuk bergurau. Tetapi reaksi Herna dengan muka yang tiada perasan membuatkan dia tergamam.


"Eh takyah. Aku okey je tukar tukar pakaian sendiri." Muka Adah merah padam. Belum pernah dia mengalami situasi sebegitu. Walaupun dia sama-sama perempuan, perkara sebegitu tidak pernah dibuat melainkan dengan kakaknya yg sering mandi bersamanya ketika kecil.


Adah menanggalkan butang bajunya ketiga dan menyedari bahawa Herna masih berdiri bersebelahan dengan baju yang disediakan sambil memandang tepat ke arah Adah.


"Herna, kau boleh pusing ke belakang? Aku segan." Herna mengangguk dan memusingkan belakangnya menghadap Adah.


Muka Adah terasa panas kerana malu. Keberadaan meraka berdua sahaja di dalam ruangan empat dinding itu membuatkan jantungnya berdengut kencang. Dia menarik nafas panjang untuk melegakan hatinya.


Aduhai. Sabar hati oii.


Selepas Herna berpaling, dia dengan pantas menanggalkan baju dan seluar yang dipakai dan mencapai pakaian baru yang diletakkan di atas katil sebentar tadi. Dia cuba menggantinya sepantas yang boleh.


"Okey dah boleh pusing." Herna berpaling semula dan melihat Adah sudah pun terbaring di atas katilnya. Matanya dalam keadaan tertutup cuba menarik keluar comforter-nya dari bawah badanya.


Letih betul sampai taknak buka mata.


Herna tanpa sebarang bunyi, mendekati dan membantu Adah menariknya keluar. Mata Adah terbeliak apabila comforter di bawahnya tiba-tiba bergerak laju hingga menyebabkan  dia berguling setempat. Rambutnya yang kusut masau akibat kejadian itu diselak dan memandang ke arah Herna.


"Boleh je kan minta aku beralih kejap?" Jelas suaranya kedengaran jengkel.


Herna menghempas comforter itu ke badan Adah, “Penat sangat muka tu. tak sampai hati nak arah-arah.” Adah menjeling.


“Eleh, tadi bukan main diam takut dia.” Merungut perlahan sambil menarik comforter, memalingkan badannya ke arah ke bertentangan.


“Eleh, tadi bukan main diam takut dia.” Merungut perlahan sambil menarik comforter, memalingkan badannya ke arah ke bertentangan. Herna melihat jam tangannya dan ia menunjuk jam 2.35 pagi. Dia tahu Adah memerlukan rehat yang cukup setelah seharian menggunakan otaknya di pusat pengajiannya.


"Kalau tiada apa yang boleh saya bantu, saya minta diri dulu, cik Adah."


Diam. Tiada satu bunyi yang membalas.


Dah lena mungkin.


Herna bergerak meninggalkan katil Adah. Tetapi, langkahnya terhenti.


"Kau mesti kenal ibu aku, kan?" Herna berpaling, memandang kembali ke arah katil. Adah masih dalam posisi yang sama.


"Kenal." Suasana diam sebentar.


Kemudian, Adah bangun ke posisi duduk. Mukanya seperti fikirkan sesuatu. Dia menghela nafas panjang dan memandang ke arah Herna.


"Aku tak sempat jumpa ibu. Aku teringin sangat nak tahu macam mana dia."


Herna hanya diam. Dia tahu Adah sangat merindukan ibunya yang tidak pernah sekalipun dia jumpa. Kehilangan ibu sejak kecil membuatkan dia dahagakan kasih sayang seorang ibu. Tetapi apakan daya, dia tidak mampu berbuat apa-apa.


"Kau pernah jumpa ibu?"


Herna menggangguk, "Hampir semua orang dalam istana pernah jumpa.. b-beliau."


Adah perasan Herna sedikit gagap bila bercakap tentang ibunya. Tetapi, ada yang lebih menarik perhatiannya daripada itu.


"Maksudnya, kau takdelah muda mana."


"Cik Adah nak kena pukul ke?" Herna melontarkan senyuman yang mengerikan. Adah lekas menggeleng.


Suasana kembali diam. Adah menundukkan kepalanya. Herna juga tidak beranjak dari tempatnya seakan tahu Adah masih ada persoalan yang tak terjawab.


"Ibu… macam mana..?" Suaranya keluar perlahan tetapi masih kuat untuk Herna mendengar. Hernia mengangkat keningnya, keliru dengan soalan itu.


"Maksud aku, ibu seorang yang macam mana?" Kali ini, dia memandang Herna.


Herna tersenyum lembut apabila mengingatkan kembali tentang 'beliau', "Beliau seorang yang sangat penyayang."


“Sangat penyayang.” Dia datang mendekati sisi katil semula dan berkata, “Boleh saya duduk sini?”


“Oh, duduklah.” Adah membetulkan duduknya dan menyandar ke kepala katil yang lembut ibarat dipalit span. Herna melabuhkan punggungnya ke atas katil dan menyambung ceritanya. Adah  dengan matanya yang kuyu, masih ingin mendengar keperibadian ibunya. Bila lagi dia ada peluang sebegini?


“Dia tak selalu dekat istana tapi bila setiap kali dia ada, dia tak pernah terlepas untuk ambail tahu tentang kami semua.”


“Semua orang kenal dialah gitu?”


Herna menggangguk, “Siapa yang tak kenal dia tu, nampak sangatlah yang dia baru disini.” Dia ketawa kecil dengan penyatanya sendiri.


“Beliau sangat selalu bersama Puan. mereka memang selalu bergaduh dan berlainan pendapat tetapi mereka akhirnya sama-sama mengalah. Mereka dulu lebih kepada rakan kongsi perniagaan tetapi sifat kemanusian beliau yang tinggi membuatkan Puan tertarik dengan beliau. Sejak itu, mereka menjadi rapat.”


Herna berpaling ke arah Adah setelah dapati dia diam secara tiba-tiba. Apa yang dia lihat membuatkan dia tersenyum. Kepala Adah sudah terlentok dan terlena dalam keadaan terduduk. Si pembantu itu tidak mengejut gadis itu. Dia menyentuh dahi Adah sekali menggunakan jari telunjuk - menggunakan salah satu magiknya supaya Adah tidak terjaga dan secara perlahan membaringkannya supaya dia dapat tidur dalam keadaan selesa.


Setelah menarik selimut menutupi badannya, Herna beredar dalam bilik tersebut dan menutup pintu bilik itu dengan lembut. Dia berdiri di hadapan pintu tersebut sambil menarik nafas panjang. Dia menyandarkan kepalanya ke pintu sambil merisaukan hari esok tiba.


~

__ADS_1


__ADS_2