MR.PILOT,MRS.COPILOT

MR.PILOT,MRS.COPILOT
Bab 10


__ADS_3

Memandangkan cuti mereka yang masih berbaki,Damia mengajak Afizul untuk ke Kelantan melawat kampung halamannya.Sepanjang perjalanan membelah lebuh raya pantai timur itu,kadang mereka berkaraoke untuk meghilangkan bosan,berborak tentang kerja dan kadang kadang pasal mereka


"Wow,sedap nya suara awak Mia" puji Afizul sebaik sahaja Damia selesai cover lagu pasrah


Damia hanya tersimpul malu


"Kalah saya macam ni,saya tak pandai nak kawal suara macam awak" kata Afizul


"Ada ada je lah awak ni" balas Damia


"Alang alang kita nak ke Kelantan ni,boleh lah kan kita carikan wali awak?" tanya Afizul


Damia mengangguk tidak yakin.Wali?Siapa wali yang dia ada?Abangnya?sudah lama meringkup dalam penjara


"Saya tak tahu siapa yang boleh jadi wali saya" luah Damia


"Abang awak kan masih ada?" tanya Afizul


"Dia dah lama duduk dalam penjara tu dan saya tak rasa dia akan sudi walikan saya" jawab Damia


"Kenapa?" tanya Afizul


"Sebab saya buat report pasal dia" jawab Damia


Afizul mengangguk faham


"Siapa lagi pihak lelaki belah ayah awak?" tanya Afizul


"Saya hanya ada seorang bapa saudara" jawab Damia


"Kita jumpa abang awak dulu ya?Baru kita cari ayah saudara awak" kata Afizul


Damia mengangguk


Jam sudah menunjukkan angka tujuh setengah petang.Afizul singgah di sebuah kawasan rehat dan rawat untuk menunaikan solat maghrib seraya merehatkan tubuhnya


"Sayang,kita solat maghrib dulu ya?" kata Afizul


"Okay!" balas Damia lalu terus turun dari kereta


"Telekung awak bawa tak?" tanya Afizul


"Ada,tolong buka boot kereta jap" jawab Damia


Usai menunaikan solat maghrib,Afizul keluar dari kawasan surau itu.Damia pula masih belum selesai solat

__ADS_1


Afizul mengeluarkan pod miliknya,niatnya hanya mahu menghilangkan mengantuk.Baru dua kali sedutan terus sahaja podnya dirampas kasar


"Awak kata nak berhenti kan?" marah Damia


Afizul mengangkat kedua dua tangan tanda surrender


"Kalau awak sayang saya,buang benda tu" arah Damia


"Awak buangkan lah" balas Afizul sambil berjalan ke arah kedai seberneka meninggalkan Damia di belakang


Damia terus sahaja melemparkan pod milik Afizul itu ke dalam tong sampah berdekatan.Dia benci apabila melihat Afizul menghisap benda itu,tak sayang nyawa!


Afizul kembali semula ke dalam kereta


"Nah,sorry ya sayang?Saya janji tak akan buat lagi" pujuk Afizul sambil plastik bungkusan makanan yang dibelinya tadi dihulurkan kepada Damia


"Janji tu?Awak sayang saya kan?" tanya Damia


"Ya Nur Damia Aleeya.Saya janji" jawab Afizul


"I trust you okay?" amaran Damia


Afizul mengangguk sahaja.Bukan senang dia hendak berhenti,sejak dia belajar di universiti lagi dia mengambil benda itu


Setelah tiga jam perjalanan,mereka tiba di Kota Bharu,Kelantan.Mereka menginap di sebuah hotel sebelum keesokkan harinya mereka bergerak ke penjara yang menetapkan abang kepada Damia


"Sapio?(siapa?)" tanya Danny


"Jangan banyak tanya,mari ikut saya" arah anggota polis itu


Dia dibawa ke ruang perjumpaan


Danny tidak menunjukkan reaksi saat melihat Damia,dia hanya tesenyum sinis


"Ado gapo mu mari jupo aku?(Ada apa kau datang jumpa aku?)" tanya Danny


"Abe,gano keadaan abe loni?Bereh ko duk sini?(Abang,macam mana keadaan abang sekarang?Okay ke dekat sini)" tanya Damia


"Duo tahun,duo tahun mu sumbat aku sini.Tak dok pernoh mari tanyo kabar pun,gano hari ni tibo tibo mari?Jatei mano pulok tu?(Dua tahun,dua tahun kau humban aku ke sini.Tak pernah datang tanya khabar,tiba tba hari ni datang?Siapa lelaki tu?)" tanya Danny sambil melihat Afizul yang berdiri di samping Damia


Damia pandang Afizul sebelum dia memandang Danny semula


"Dio Afizul abe,bakal tok laki adik(Dia Afizul bang,bakal suami adik)" jawab Damia


"Mu kenal mano dio?Dio orei Klatei jugok ko?(Kau kenal dia dari mana?Dia orang kelantan juga ke?)" tanya Danny

__ADS_1


"Dio pilot samo nge adik be(Dia pilot sama macam adik bang)" jawab Damia


"Babpo mu mari jupo aku sini?(kenapa kau datang jumpa aku?)" tanya Danny


"Adik nok nikoh dalam duo tigo bulei lagi be,adik nok mitok tulong abe jadi wali ko adik.Abe jah sorei ahli keluargo hok adik ado loni(Adik nak kahwin dalam dua tiga bulan lagi bang,adik nak minta tolong abang jadi wali kepada adik.Abang je sorang ahli keluarga yang adik ada sekarang)" pujuk Damia


"Huh!Wali ko mu?Memei dok lah.Mu bukei adik beradik aku,aku tak dok adik po mu(Huh!Wali kepada kau?Memang tak lah.Kau bukan adik beradik aku,aku tak ada adik macam kau)"kata Danny sambil dia terus berlalu pergi dari situ


"Kenapa?" tanya Afizul,dia dari tadi terpinga seorang diri.Ye lah mana dia faham!


"Abang tak sudi jadi wali saya" jawab Damia


"Ayah saudara awak ada kan?" tanya Afizul


Damia mengangguk lemah.Danny,dia dulu seorang abang yang sangat baik dengannya tapi segalanya berubah sejak kematian ayah mereka.Abangnya terus berubah dan akhirnya salah pergaulan...


Dari Kota Bharu kini mereka ke daerah Pasir Mas untuk menemui bapa saudara Damia.Setibanya mereka di sana,mereka disambut baik oleh keluarga bapa saudara Damia


"Lamo Mia dok mari(lama Mia tak datang)" kata encik Syam


"Ho la abe,ore jadi pilot Dubai kei(ye lah abang,orang pilot Dubai kan)" sambung puan Nadiah pula


Damia hanya tersenyum sahaja,Afizul pula seperti biasa.Blur sendiri!


"Ayah long,Mia mari ni ado hajat benar( Ayah long,Mia datang ni ada hajat sebenarnya)" kata Damia sambil menyiku lengan Afizul


"Kita orang nak minta ayah long jadi wali untuk Damia,boleh?" pinta Damia


Encik Syam diam sejenak,begitu juga Puan Nadiah


"Buleh tu buleh,tapi bilo?Takut ado kijo jah(Boleh tu memang boleh,tapi bila?Takut ada kerja je)" tanya Encik Syam


"Dalam dua tiga bulan lagi juga ayah long sebab ye lah,kerja macam kita orang ni susah sikit sebab di negara orang kan?Kalau duduk negara sendiri senang" jawab Afizul


"Insyaallah,kalu diizinkei.Panjei umur ayah long jadi wali ko mu Mia(Insyaaallah,kalau diizinkan.Panjang umur ayah long jadi wali kepada kau Mia)" kata Encik Syam


Damia dan Afizul menekup mulut tanda bersyukur kerana Encik Syam sudi menjadi wali kepada mereka


Malam itu,mereka keluar jalan jalan disekitar kawasan Kota Bahru.Memandangkan bilik dibooking untuk 3 hari 2 malam jadi tak dapat lah mereka untuk bermalam di rumah Encik Syam


"Indah betul ya Kelantan ni?" puji Afizul


"Kampung halaman saya kan,ini lah tempat saya membesar.Saya rindukan negeri ni" luah Damia


"No more sad sweetie,I don't want see it" pujuk Afizul

__ADS_1


Damia mengangguk sahaja.Dia kena kuat!Dia harus tetap jalani hidup ini.Sekilas wajah tenang Afizul dipandang,Afizul adalah sumber kekuatannya sekarang.Dia harap dia takkan kehilangan Afizul sama seperti dia kehilangan orang orang yang dia sayang sebelum ni.Dari ayah,ibu dan abangnya.Semuanya telah hilang darinya sekarang.Afizul satu satunya orang yang dia sayang yang masih ada dengannya sekarang ni


Ya Allah,tolong lah jangan ambil dia dari aku sebelum aku menutup mata.Izinkan lh aku merasa kasih sayang dia sehingga ke akhir hayat aku...


__ADS_2