MR.PILOT,MRS.COPILOT

MR.PILOT,MRS.COPILOT
Bab 11


__ADS_3

Afizul dan Damia sedang berada di airport,kali ini bukan kerana mereka akan bertugas sebagai pilot tapi mereka akan menjadi penumpang


"Bersinarnya muka awak Mia" sakat Afizul


Damia ketawa kecil


"Saya teruja dapat jumpa awak lagi,dah dua bulan kita tak dapat jumpa" jujur Damia


Kini Afizul pula ketawa.Mereka sudah dua bulan tak dapat bertemu muka,masing masing sibuk dengan kerja masing masing


Sebaik sahaja nombor penerbangan mereka dipanggil,mereka masuk ke pesawat


"Dah lama saya tak duduk di cabin" kata Afizul


"Saya pun,biasa duduk di cockpit selalu" balas Damia


Afizul pandang Damia di sebelah,apa yang bakal berlaku dalam dua hari lagi benar benar akan merubah hidupnya dan juga Damia.Setelah menempuh penerbangan yang cukup jauh,akhirnya mereka selamat sampai di KLIA


"Macam mana keadaan prepairation long?" tanya Afizul sebaik masuk sahjaa ke dalma kereta Farha


"Semua okey,korang tunggu nikah je" jawab Farha


Afizul tersenyum lega,dia tak mampu nak tolong sediakan semua tu dek kerana busy dengan kerja.Semalam pun dia baru sahaja pulang dari Los Angeles dan pagi ini terus ambil flight ke Malaysia,letih bukan?Damia pula last penerbangan dia minggu lepas,itu pun hanya ke Jeddah


"Duit yang angah bagi tu cukup kan?" tanya Afizul


"Duit yang kau bagi tu lebih pada cukup ngah!Kita orang siap boleh pergi makan lobster dua ribu dengan duit kau tu" seloroh Farha sambil ketawa


Damia di belakang hanya menjadi pendengar,Farha memang begitu!Cakap main lepas saja.Bak kata Afizul,alongnya yang satu itu mummy lupa belikan mulut dia insurans sewaktu dia lahir dulu


Mereka tiba di pengkarangan rumah Dato Hamid,segala kanopi untuk tempat menjamu tetamu sudah siap tersedia.Majlis akan dilangsungkan selama dua hari,hari pertama adalah hari yang mereka akan bersanding sebaik sahaja lepas angkat nikah.Manakala hari kedua pula resepsi untuk ahli keluarga bakal diakan di hotel bertaraf 5 bintang


"Sampai pun kamu berdua,macam mana?" tanya Datin Widad


"Kami okey je mummy" jawab Damia sambil tersenyum


"Bagus lah tu,mummy exited sangat nak sambut menantu mummy ni" kata Datin Widad sambil memeluk Damia


Damia terkesima,dia membalas pelukan Datin Widad itu


Dua hari kemudian...


"Muhammad Afizul Heidry Bin Hamid" kata Encik Syam


"Ya saya" balas Afizul


"Aku nikahkan dikau dengan Nur Damia Aleeya Binti Nik Amir berwalikan aku dengan mas kahwin sebanyak seribu ringgit tunai" kata Encik Syam


Afizul menarik nafas panjang


"Aku terima nikahnya Nur Damia Aleeya Binti Nik Amir dengan mas kahwin sebanyak seribu ringgit tunai" lafaz Afizul


"Sah!" kata saksi saksi mata


Semua yang berada di ruang tamu rumah Dato Hamid itu menadah tangan memohon kesejahteraan kepada mereka bedua


Naura yang turut berada di situ tidak mampu menahan air matanya.Afizul dah kahwin,lelaki yang selama ini cintakan dia separuh mati dah kahwin dengan perempuan lain.Dia pula?Masih bermain atas angin dengan lelaki yang dia pilih dahulu...


Selesai upacara angkat nikah,mereka berjalan beriringan menuju ke pelamin.Damia sungguh berasa kekok apabila kali pertama dia menyentu Afizul dengan sengaja,dia memegang langan Afizul sambil berjalan menuju ke pelamin mereka


"Tahniah" itu lah perkataan yang keluar dari mulut tetamu yang berkunjung ke rumah Dato Hamid itu


Selesai bersanding,Damia sangka acara mereka sudah habis pada hari itu.Nyatanya dia salah!Kini mereka dalam perjalanan menuju ke taman KLCC untuk photoshot.Dengan cuaca yang panas terik sebegitu,Damia gagahkan diri juga untuk mengikut sahaja


"Panas ya?" tanya Afizul

__ADS_1


Damia angguk perlahan.Ya lah!Dengan tudung yang berbelit di kepala dan baju kahwin pula.Fuh pakej untuk dia dapat strok haba


Selesai di KLCC mereka.Mereka bergerak menuju ke tempat lain pula.Dari satu tempat ke satu tempat


"Dah habis ke?" tanya Damia sebaik masuk ke dalam kereta selepas selesai proses penggambaran di tempat ke tujuh!Letihnya badan dia hanya Allah sahaja yang tahu


"Kenapa sayang?Dah tak boleh ke?Kita boleh berhenti di sini kalau sayang dah tak larat" tanya Afizul


Farha yang berada di tempat memandu juga turut pandang Damia dan Afizul di belakang


"Okey okey,Mia okey" jawabnya,tak kan nak batalkan?Dah habis beribu ribu untuk photoshop ini sahaja


"Mia haus sikit" sambung Damia


Afizul terus sahaja menghulukan sebotol air oligo yang berperisa chocolate.Tanpa berbasi basi Damia terus membuka tin itu dan diteguk semahu mahunya air yang ada di dalam tin itu


"Haus betul" sakat Afizul


"Panas tahu dekat luar tu?Awak tak apa lah setakat bersongkok dan baju melayu.Saya ni tudung lagi belit sana sini,kain baju kurung ni pula entah berapa inchi tebalnya" bebel Damia


Afizul ketawa sahaja,dulu sewaktu mereka memilih baju kahwin dia dah pesan kepada Damia untuk tidak beli baju yang tebal tebal tapi Damia tetap berkeras dengan alasan baju itu cantik sangat.Sekarang diri sendiri yang susah kan!Padan muka


Akhirnya!Selesai juga program photoshot mereka.Damia orang yang paling teruja mendengar apabila mereka dah habis


Malam itu,Damia sedang duduk merehatkan badan di balkoni bilik Afizul yang terus menghadap kolam renang.Tiba tiba pintu bilik dibuka


"Sayang?Tak tidur lagi?" tanya Afizul sambil berjalan mennghampiri Damia


Kerusi di sebelah Damia ditarik lalu dia duduk,laju sahaja dia mencapai tangan lembut Damia lalu dicium.Sejak mereka telah halal,Afizul tidak puas memegang tanga Damia.Buktinya?Sepanjang dalam kereta sewaktu program photoshot itu tangannya mesti berada di dalam genggaman Afizul sehinggakan naik kebas tangan dia tapi dia hanya biarkan sahaja,jujurnya dia juga suka sebenarnya.Kan dia dah cakap!Afizul ni sweet tapi dengan cara tersendiri


"Mia tak rasa nak tidur lah" jawab Damia


"Kenapa pula?Tadi punya lah awak penat" tanya Afizul


"Sebab tak ada awak kut!" seloroh Damia


"Dah jom lah kita tidur,esok kita akan ada satu lagi hari yang memenatkan" kata Afizul


Ouh ya!Boleh pula Damia terlupa esok mereka ada lagi majlis.Huaaa,orang lain majlis sehari sahaja sebab itu lah digelar raja sehari tapi mereka?Raja dua hari!


Mereka sama sama nak ke katil


"Mia sayang" panggil Afizul


"Apa?" tanya Damia


"Awak nak tidur macam tu ke?" tanya Afizul sambil matanya melirik ke kepala Damia


Damia yang baru tersedar dia masih memakai tudung terus sahaja tersengih.Dia membuka tudungnya itu lalu ikatan pada rambut dileraikan,sengaja dia mahu test keimanan Afizul.Seperti yang dijangka,Afizul terpegun melihatnya


"You're beautiful Damia Aleeya" puji Afizul,dia mengusap lembut pipi Damia.Kini mereka sudah tidak mempunyai batas,Afizul baru sahaj ingin mendekatkan bibirnya dengan bibir Damia tetapi laju saja ditolak Damia


"Mia tak sedia" kata Damia


"Saya nak juga!" balas Afizul sambil ketawa,mereka terus hanyut di dalam kedamaian malam


Keesokkan harinya...


Majlis resepsi mereka berlangsung meriah.Penat juga melayan ahli keluarga mereka yang mahu bergambar


"Heid!" tegur satu suara


Afizul terus sahaja memandang ke arah pemilik suara.Begitu juga dengan Damia,minah ni pun dijemput ke?Menyusahkan betul lah!


"Tak sangka I,you yang kahwin dulu dari I.Kalau dulu I terima you mesti kita dah bahagia sekarang kan?" kata Naura

__ADS_1


Damia mencebik.Apa motif dia cakap macam tu?Dulu beria tolak Afizul mentah mentah,alik alik bila Afizul dah kahwin baru nak cakap macam tu.Bencinya dia!Kalau boleh sekarang juga dia nak sumbat si Naura ni dalam engine pesawat tu,biar jadi Naura kisar!


"Tolong ambilkan gambar I dengan Afizul" pinta Naura kepada Damia


Dia?Dia kena ambilkan gambar Naura dengan suaminya?Huh!Kurang asam pedas agaknya minah ni


Seraya dia menjeling tajam kepada Afizul yang hanya membenarkan perkara itu.Dengan terpaksa dia mengambil gambar kedua SAHABAT itu,sahabat lah sangat.Minah tu selamba saja peluk lengan Afizul dalam gambar tadi walaupun berkali kali Afizul cuba menepisnya


Damia timbul niat jahat,dia hanya mengambil gambar muka Naura sahaja.Sebaik selesai dia terus menarik tangan Afizul untuk lari ke arah mummy dan daddy


"Hei girls!Kurang ajar you!" jerit Naura


Damia ketawa terkekek.Afizul pula tidak mengerti apa yang terjadi


"Kenapa sayang?" tanya Afizul,nafasnya tercungap cungap


"Mia ambil gambar muka dia je tadi" jawab Damia dengan tawa yang masih tersisa


Masing masing ketawa


"Aduh penat" kata Damia sambil memegang pinggangnya.Itu lah Mia!Perut penuh kau pergi belari.Memang mendapat lah


"Akak!Pinjam angah kejap tau?" kata Fatin sambil menarik tangan Afizul


Damia hanya memandang pelik.Nak bawa pergi mana pula suaminya itu?Ahh biar lah,Fatin bukan orang lain pun.Adiknya juga


"Kenapa ni achik?Angah letih lah lari dari tadi" tanya Afizul


"Ni Iman ni,nak ambil gambar dengan angah" jawab Fatin


Afizul memandang ke arah Iman sambil tersenyum.Iman tertunduk malu,menyesal pula dia terima cabaran Fatin tadi


"Cepat lah Iman!Rapat sikit,kau jaga jarak macam musim covid dah kenapa" perli Fatin


"Ish kau ni!" marah Iman,dia sudahlah malu


"Aih penat lah aku,rapat sikit lah Iman" kata Fatin


Afizul hanya ketawa melihat gelagat mereka


"Nanti akak Mia nampak mati aku tau" balas Iman


Fatin hanya mengilingkan kepala.Selesai mengambil gambar


"Iman tak ada boyfriend ke?" tanya Afizul


Iman hanya mengilingkan kepala


"Iman ni sombong ngah!Dia tak layan laki tapi tak tahu kenapa dengan angah dia layan.Ini kalau budak budak yang crush dekat Iman tengok gambar ni auto mereka patah hati ngah" sakat Fatin sambil ketawa besar


Iman pula menampar manja bahu Fatin


"Kau ni kan,jangan lah.Nanti tak pasal pasal aku kena layan dia orang bergambar" marah Iman


"Wah tak layan terus ke orang ajak bergambar?" tanya Afizul


Iman mengiling sambil tersengih


"Bagus,biar mahal janji berkualiti!" puji Afizul


"Dah lah,angah pergi dulu.Nanti kak Mia cari" kata Afizul sambil berlalu pergi


"Amboi awak ni ramai betul ya peminat?" tanya Damia,naik jelouse pula dia.Dari sepupu sepupu perempuan Afizul tadi semua nak bergambar dengan Afizul.Tahu lah suaminya handsome


"Tu kan kawan Fatin,awak lupa ya?" tanya Afizul

__ADS_1


"Yelah tak sangka dia pun crushkan awak,tak cukup lagi ke dengan sepupu sepupu perempuan awak tadi?" seloroh Damia sambil ketawa


Afizul pun ketawa.Damia jelouse!


__ADS_2