MR.PILOT,MRS.COPILOT

MR.PILOT,MRS.COPILOT
Bab 5


__ADS_3

Pagi itu dia bangun dan terus bersiap siap.Sempat juga dia mengambil angin pagi di Seoul itu


"Ahh segarnya" katanya,tangan didepa seluas luasnya.Nyaman!


Tiba tiba pintu biliknya diketuk.Terus tudung dicapai sebelum dia pergi membuka pintu


"Awal awak bangun?Saya fikir awak penat" kata Damia sebaik melihat Afizul terpacak di hadapan biliknya seawal pukul 8 pagi


"Saya laparlah,tu yang saya bangun awal ni" balas Afizul sambil tersengih


Damia tergelak kecil,entah apa yang lelaki ini mimpi semalam hinggakan tiba tiba sahaja bersikap manja dengannya


"Sekejap saya ambil bag saya lepas tu kita pergi makan ya?" kata Damia


"Siapa ajak awak?" gurau Afizul


Damia terus tarik muncung di mulut


"Ish!Tak apa lah tak nak ajak kita pun" rajuk Damia sambil ingin menutup pintu namun pintu itu sempat ditahan oleh Afizul


Tanpa sengaja Afizul menolak pintu itu kuat menyebabkan Damia hendak terpelanting ke belakang,mujur saja Afizul sempat memaut pinggangnya.Kepalanya sipi sipi sahaja pada bucu meja kopi yang terketak tidak jauh dari pintu utama biliknya


"I'm sorry" ucap Afizul lalu membantu Damia untuk berdiri stabil semula


Damia tidak merespons,dia hanya menenung sahaja Afizul.Dirinya seakan akan berada di kayangan


"Mia?Awak okay?" tanya Afizul,nak kata kepala dia terhantuk tadi tak tapi dah kenapa macam blur sahaja otak gadis di hadapannya ini


"Sa...saya okay" jawab Damia gugup,jantungnya seakan akan mahu meletup sahaja


"Saya minta maaf sebab saya terpaksa pegang awak" ucap Afizul,pandangan ditundukkan


Damia terkesima lagi.Wow!Lelaki yang sangat susah dijumpa pada zaman sekarang


"Tak apa,kecemasan kan?Kalau tadi awak lepaskan saya sudah tentu kepala saya terhantuk dekat meja tu" balas Damia


Afizul mengangkat pandangannya seraya tersenyum manis kepada Damia


Ahh!Sudah dia senyum pula,Damia tidak mampu nak kawal perasaan dalam hati.Gelisah sahaja dia


"Awak,saya lapar ni.Jom lah breakfast" kata Afizul


"Ha?" tanya Damia,dia baru sedar dari dunia kayangannya


Afizul senyum lagi.Comel juga Damia ni,hati kecilnya mula bersuara


"Saya kata jom breakfast ke awak tak sudi?" tanya Afizul


"Eh,eh sudi lah!" jawab Damia laju.Gila apa dia tak sudi,rezeki kut!


Mereka sama sama menuju ke lobi hotel yang mana cafenya terletak di bahagian hujung bangunan hotel itu


"Lepas ni awak nak pergi mana?" tanya Damia sambil menggulung gulung spagehetti carbornara di dalam pinggan itu


Afizul sekadar mengangkat bahu


"Saya tak ada perancangan pun" jawab Afizul


"Awak teman saya boleh?" pinta Damia


"Teman pergi mana?" tanya Afizul


"Teman saya jalan jalan dekat bandar Seoul ni" jawab Damia


Afizul tidak merespons,bagi dia itu bukan idea yang bagus untuk dirinya.Itu seumpama akan memutar kembali setiap kenangan dia dan Naura di sini.Ya,bandar Seoul ini adalah kenangan mereka berdua...


"It's okay kalau awak tak mahu temankan saya.Saya tak memaksa awak pun" kata Damia sambil tersenyum manis


Afizul hanya mengangguk


"Saya pergi dulu?Thanks sebab belanja breakfast" kata Damia lalu terus bangkit meninggalkan Afizul


Setiap langkah diiringi dengan rasa kecewa.Dia fikir boleh lah dia memupuk rasa kasih sayang dengan Afizul di sini tapi benda itu tak akan terjadi,tak akan sesekali


Kini dia berada di Yeouido Hangang Park.Sebuah taman yang terletak di sebelah sungai Hangang yang dimana setiap pengunjung akan disajikan dengan pemadangan yang memukau


Setelah penat berjalan dia duduk di sebuah bangku.Mukanya ditekup,entah kenapa ketenangan dan keindahan yang ada di taman itu tidak mampu membuatkan rasa sedihnya hilang.Adakah dia terlalu menyimpan perasaan yang tinggi kepada Afizul?Tapi salahkah kalau dia menyimpan perasaan kepada lelaki itu?


Ya salah!Sebab dia tak pernah pun sedar kewujudan kau Damia.Bisik hatinya


Terus sahaja kepala digelengkan dua kali.Tak!Aku tak boleh putus asa

__ADS_1


"Damia" tegur satu suara


Damia terus sahaja mendongak.Tepat dihadapannya Afizul sedang berdiri sambil tersenyum namun senyuman itu mati apabila melihat ada air mata yang jatuh di pipi nya


"Kenapa awak menangis dekat sini?Ada lelaki korea sentuh awak ke?Ada siapa buat awak ke?" tanya Afizul risau


Damia mengiling laju sambil menyeka air matanya


"Jangan nangis lagi,air mata awak mahal" pujuk Afizul,sapu tangan kecilnya dikeluarkan dari poket lalu tanpa bertanya terus sahaja dia mengelap sisa air mata Damia mengguakan sapu tangan itu


Damia terkedu.Terus sahaja rasa sedih dan kecewa dia hilang tiba tiba


"Maafkan saya sebab saya lambat" kata Afizul lembut sahaja


"Tak apa,awak datang pun dah cukup buat saya rasa terharu" sebak Damia


Afizul tersenyum lagi


"Dah puas jalan jalan dekat sini?" tanya Afizul


Damia mengeleng laju


"Jom?" ajak Afizul


Mereka terus sahaja berjalan menulusuri taman itu.Suasana itu sangat romantik bagi Damia,dia bahagia sangat saat ini.Afizul juga begitu,dia seakan akan terlupa akan memorinya dengan Naura di situ.Lebih tepat lagi dia sedang membina memori baru dengan orang yang baru,Damia.


Puas jalan jalan di situ mereka menuju ke Namsan park pula


"pateuneoleul wihae salang manhwaleul sago sipseubnikka? (nak beli manga cinta untuk pasangan kamu)?" tanya penjual itu


Afizul mengangguk


Mereka memilih warna mangga itu sebelum mengukir nama mereka pada mangga tersebut


"Aaa" rengek Damia,dia terharu sangat sebaik sahaja Afizul mengunci mangga itu pada tempat yang disediakan.Ada beribu mangga yang lain juga di situ,menghiasi Namsan Park itu


Senja bakal menjelang tiba.Afizul membawa Damia ke Namsan Seoul Tower untuk melihat pemandangan kota Seoul saat senja.Walaupun saat pertama kali menjejakkan kaki semula ke menara itu dirinya seumpama meflash back kisah lalu.Di sinilah,cintanya dibuang mentah mentah oleh Naura kerana alasan mereka hanya kawan,kalau kawan kena kawan sampai mati.Tak lebih!


"Awak,cantiknya" puji Damia,matanya terpaku pada pemandangan yang sedang dilihanya sekarang ini


Tanpa sedar lengan Afizul dipeluk olehnya.Masing masing hanya memandang pemandangan itu


"Hurm?" tanya Afizul


"Ha?" terus sahaja Damia tersedar ke dunia nyata,dia dengar ke dan dah lama ke dia peluk lengan Afizul?Malu nya!


"Apa awak cakap tadi?Sayang?" tanya Afizul


"Ha?Sayang?Mana ada,awak salah dengar kut" jawab Damia


Afizul tersenyum,bukannya dia tidak dengar apa yang dikata oleh Damia tadi kerana jarak mereka cukup dekat tadi


"Cantikkan?" tanya Afizul sebaik melihat Damia hanya mendiamkan diri dan nampak resah sahaja


Damia menangguk laju


"Cantik,cantik" jawab Damia,nafasnya masih tidak menentu dek kerana malu terlepas cakap tadi


Malam itu,mereka singgah di sebuah kedai makan untuk mengalas perut sebelum pulang ke hotel


"Awak,terima kasih sangat sebab dah teman saya hari ni" ucap Damia


"Tak ada apa lah,saya pun happy juga.Awak dah buat saya padam sedikit demi sedikit memori saya di sini dengan Naura" balas Afizul


Bagus lah.Kata kata itu hanya disimpan di dalam hati


"Awak!" Damia terjerit sedikit


Afizul yang sedang menyedut mee samyangnya terus tersedak dek kerana terkejut


"Kenapa?" tanya Afizul nampak risau


"Blackpink ada buat konsert terbuka malam di dekat tengah tengah banda Seoul" jawab Damia teruja


Terus sahaja Afizul mengeluh lega.Blackpink punya pasal je ke nak menjerit macam tu?KLovers ni menyeramkan!


"Awak tak suka blackpink?" tanya Damia


"Kenapa tanya saya pula?" Afizul mengangkat kening


"Yelah biasanya semua lelaki akan suka dekat salah seorang blackpink members ni contohnya si Jenny tu" jawab Damia

__ADS_1


"Saya tak suka and saya tak benci,saya neutral.Kalau awak nak pergi tengok konsert tu pun saya boleh temankan" balas Afizul


Damia terjerit riang


Malam itu,konsert yang diadakan mengdapat sambutan sangat meriah.Ianya menjadi pengalaman yang tak akan Damia lupakan dengan Afizul yang tidak sudah sudah menjadi bodyguardnya.Contohnya macam sekarang,setiap masa Afizul akan memegang lengan baju Damia untuk memastikan Damia masih di sisinya.Sweet tanpa sedar!


Setelah konsert itu berakhir,mereka pulang ke hotel


"Thanks for today,I really apriciated your time with me" kata Damia yang sudahpun berada di depan pintu biliknya


"Not big deal" balas Afizul


Damia tersenyum manis seraya menguap


"Saya dah mengantuk,saya masuk tidur dulu ya?" kata Damia


"Allright,have a well sleep prety" balas Afizul


Damia tersenyum lalu menutup pintu biliknya


"Saya sayang awak,Afizul" kata Damia


"Ha?" tanya Afizul dari luar


Terus terkejut Damia dibuatnya


"Tak ada apa!" jerit Damia dari dalam


"Okay!" balas Afizul


Damia mengurut dadanya,ish dia tu suka benar buat orang kena heart attack


Afizul masuk ke biliknya.Usai sahaja mandi dan solat dia mahu tidur.Baru sahaja mata ingin dilelapkan tiba tiba telefonnya berbunyi


"Hello" sapanya


"What you have done Heid!" jerit Naura di sebalik talian


"Wo wo,calm down.What I have done?" tanya Afizul pelik


"Kenapa you bawa orang lain dekat tempat kita?" tanya Naura


"Orang lain?" Afizul masih blur,ya lah dia mengantuk sangat!


"Your co-pilot" jawab Damia


Ohh,itu sahaja yang keluar dari mulut Afizul


"You janji dengan I,you takkan pergi dengan orang lain dekat situ melainkan I kan?" tanya Naura


Afizul mengeluh


"Yeah fine,I'm sorry" kata Afizul mengalah


"Sorry?" sinis Naura


"You know what?I think we should forget that promised" kata Afizul


"Why?" tanya Naura


"You dah bertunang Naura and tak lama lagi you akan kahwin.So kenapa kita perlu teruskan lagi perjanjian tu?" tanya Afizul


"Sebab I tak suka you bawa perempuan lain dekat tempat kita" jawab Naura


"You ni selfish Naura" balas Afizul


"Don't tell me that you are fall in love with that girl?" duga Naura


Afizul mengeluh.Dia jatuh cinta ke dengan Damia?


"If I say yes?" kata Afizul


"Kalau betul baguslah,sekurang kurangnya you tak ada lah akan kunci hati you untuk I sampai bila bila Heid" balas Naura


Afizul mengigit bibir,geram!


"I'm tired now,bye!" kata Afizul lalu terus sahaja panggilan diputuskan


Stres!Dia baru sahaja nak berasa tenang tapi bila teringat kembali kata kata Naura tadi...


Jatuh cinta?Dengan Damia?hurmm,dia tak tahu apa perasaannya ketika ini,semuanya bercelaru

__ADS_1


__ADS_2