
Afizul yang sedang duduk santai di rumahnya terganggu dek kerana panggilan telefon
"Along?Nak apa pula dia ni" bebel Afizul ebaik melihat nama Farha terpampang di screen
"Hello" sapanya
"Ngah!Kita orang dah sampai Dubai!" jerit Farha riang
Afiul yang dari posisi tidur terus sahaja bangun 90 darjah
"Hah?!" terkejut Afizul,5 tahun dia di sini tak pernah pula family nya datang melawat
"Tapi mummy dengan Daddy tak ikut,aku dengan achik je" kata Farha
Afizul senyum sinis di sebalik telefon.Dato Hamid A.K.A Daddynya memang selalu sibuk dengan syarikat milik keluarga mereka,selama mereka membesar hanya mummy sahaja yang menjaga mereka.Kalau nak diharapkan pada Dato Hamid?Keluar pagi balik tengah malam,apa yang dikerjakannya wallahualam sehinggakan tiada masa untuk anak sendiri
Namun seteruk teruknya Dato Hamid,kerana lelaki itu lah mereka hidup senang lenang.Makan minum dan pakaian mereka sentiasa cukup,kemewahan yang diberi memang melebih batas.Tapi apa gunanya semua itu kalau masa dengan anak pun tak ada?Mereka juga perlukan didikan dan belaian seorang ayah.Mujur sajalah Datin Widad itu seorang yang berilmu tinggi dalam agama,peraturan keluarga mereka sangat ketat sehingga membentuk diri mereka yang sekarang
"Along tunggu situ,nanti angah datang jemput" kata Afizul
"Along tunggu dalam airport ni,dekat luar tu macam menggelegak aja.Sampai call lah,nanti along keluar" balas Farha
Afizul ketawa kecil
"Long,ni Dubai kak.Memang lah panas" kata Afizul dengan ketawa yang masih tersisa
"Ya tak ya juga,lupa pula akak" balas Farha
"Anyway!Come faster" amaran Farha
"Roger and out!" balas Afizul
Dia terus sahaja mencapai bmw m5 miliknya dan terus memandu menuju ke airport
"Long,aku dah sampai ni" kata Afizul sebaik panggilan bersambung
"Ha jap,kita orang keluar" balas Farha
Afizul terus sahaja keluar dari keretanya.Mahu disuruh Farha mencari sendiri keretanya agaknya sampai tahun depan tidak akan jumpa.Bukan seperti di Malaysia,jarang jarang dapat melihat kerewa mewah di jalanan,this is Dubai!
Setelah mengecam Farha keluar dari pintu airport bersama Fatin,Afizul terus melambai ke arah mereka
"Woah!Gila kereta dekat sini" itu lah komen Fatin sebaik sahaja masuk ke dalam kereta
"Tu lah,terbeliak juga mata.Itu ferrari,ini lamborghini,sana porche,sini skyline" kata Farha pula
"Bagi diaorang murah je semua tu along,achik" balas Afizul
"Market dekat sini mana sama dengan Malaysia,sebab tu dekat sini semuanya mampu milik" sambungnya lagi seraya memandu keluar dari kawasan airport itu
"Kenapa daddy dengan mummy tak ikut?" tanya Afizul
"Alah angah,macam tak tahu je dengan daddy tu macam mana" jawab Fatin
"Mummy pun katanya nak teman daddy dekat sana" kata Farha pula
Afizul hanya senyum
"Ni korang mimpi apa tiba tiba datang sini?" tanya Afizul
"Saja,bercuti" jawab Farha
"Amboi bercuti" perli Afizul,setahunya pekerjaan Farha sebagai arkitek di syarikat daddynya itu sangat susah untuk cuti walaupun bekerja bawah bapak sendiri!
"Dah lama sangat along tak cuti,alang alang tengah cuti sekolah along bawa lah achik sekali" kata Farha
Fatin yang duduk di seat belakang hanya mendiamkan diri,tak ada rasa untuk menyampuk perbualan kakak dengan abangnya
Masuk sahaja ke laman rumah milik Afizul.Kedua beradik itu tergamam
"Mewah betul hidup kau dekat sini" kata Farha sebaik melihat kediaman Afizul
"Patutlah angah tak nak balik Malaysia" sambung Fatin pula
"Besar sangat gaji pilot dekat sini?" tanya Farha sebaik melihat ada empat buah kereta terparkir di laman rumah
Ada Ferarri F8,Mclaren720s,Nissan Skyline GTR R35 dan BMW m5 yang mereka naiki tadi
"Boleh tahan lah" jawab Afizul
Dia hanya tersenyum apabila adik dan kakaknya dari tadi mengusya keretanya.Walaupun mereka tidak tahu disebalik kejayaan dia memilik semua kemewahan itu,dia mempertaruhkan nyawanya dan juga hasil kerja kerasnya.
"Nak tidur dalam kereta ke?" tanya Afizul yang sudah tercegat di hadapan pintu
Farha dan Fatin yang masih ralit memerhati kereta milik Afizul terus tersengih
"Nanti lah angah bawa korang jalan jalan" kata Afizul
__ADS_1
"Motor kau dekat Malaysia tu tak nak bawa ke sini ke?" tanya Farha
"Kan kau nak guna?" tanya Afizul
"Ye lah,motor tu tetap motor kau.Along pinjam aja" jawab Farha,mujur sajalah dia ni minat motor.Kalau tidak tak akan dia sanggup menaiki Honda cbr250rr milik Afizul untuk ulang alik kerja
"Pakai lah dulu long" kata Afizul
"Angah bila nak balik kerja di Malaysia?" tanya Fatin pula
Afizul terus terdiam
Tiba tiba loceng rumahnya ditekan.Tanpa berlengah Afizul terus sahaja bergerak ke arah pintu
"Asalamualaikum" sapa Damia lembut apabila pintu dibuka
"Waalaikumusalam" balas Afizul
"Macam ramai je?Siapa datang?" tanya Damia
"Kalau nak tahu jemput lah masuk" jawab Afizul,bekal di tangan Damia diambil
"Akak!" jerit Fatin sebaik melihat Damia yang melangkah masuk
Terus sahaja dia menerpa ke arah Damia
"Fatin sihat?" tanya Damia,dia tidak berasa kekok dengan Fatin
"Sihat kak,alhamdulillah" jawab Fatin mesra
Damia memandang Farha yang sedang duduk memerhatikan dia di atas sofa.Dia mendekati Farha untuk bersalam
"Awak ni siapa?" tanya Farha
"Saya Damia,kawan Heid" jawab Damia
Farha terkesima.Kawan?Setahunya Afizul tidak suka dipanggil Heid ataupun Heidry dengan kawan
"Saya Farha,kakak Afizul" kata Farha memperkenalkan diri
Damia terangguk seraya tesenyum manis
"Dah lama ke kenal Afizul?" tanya Farha
"Lama tak lama juga kak" jawab Damia
"Dah kenal kenal?" tanya Afizul
Damia mengangguk
Afizul melabuhkan punggung di tepi Damia
Farha hanya memerhati,Damia seakan akan sukakan Afizul.Bisik hati kecilnya
"Patut lah awak suruh saya datang sini ya?" bisik Damia
Afizul hanya tersenyum.Ini sahaja peluang yang dia ada untuk memperkenalkan Damia kepada keluarganya
"Korang ni sepadan betul lah,cocok!" komen Farha
Damia tersimpul malu.Sepadan?Harapnya begitu lah kak!Kata hatinya
"Bila nak kahwin?" tanya Farha selamba
Afizul dan Damia tersentak.Masing masing berpandangan antara satu sama lain
"Belum ada perancangan lagi long" jawab Afizul
Damia di sebelah terkejut dengan jawab Afizul.Sejak bila mereka ni bercinta?Tup tup nak kahwin.Ada rasa terharu di hatinya
"Cepat lah sikit ya?Along nak rasa nasi minyak kau" balas Farha
"Eh!Kau pun belum kahwin" kata Afizul
Fatin hanya bantai gelak kepada Farha
"Along nak kau kahwin dulu baru along" balas Farha,mempertahankan diri
Petang itu mereka kluar jalan jalan di bandar Dubai.Afizul singgah di Burj Khalifa
"Tingginya!" kata Fatin
"Jom pergi sana!" ajak Farha seraya menarik tangan Fatin
Damia dan Afizul hanya memerhati,mereka sudah muak melihat bangunan itu.Mereka duduk di sebuah bangku
"Indah keluarga awak" Damia bersuara tiba tiba
__ADS_1
Afizul mengangguk tanda setuju
"Saya bersyukur sangat kerana Allah kurniakan keluarga yang saya ada sekarang ni" ucap Afizul
"Alhamdulillah" balas Damia
"Tak macam keluarga saya" sambungnya lagi
"Maksud awak?" tanya Afizul
Damia senyum seraya mengelengkan kepala
"Tak ada apa lah" katanya
"Alah!Mana aci.Saya dah buka cerita pasal saya,awak tak ada pun nak cerita pasal awak dekat saya.Saya pun nak jadi pendengar awak yang setia" rajuk Afizul
Damia hanya ketawa.Comel pula Afizul merajuk begitu
"Keluarga saya tak macam orang lain,ayah saya kaki judi.Abang kedua saya gangster.Mujur sajalah ada abang sulung saya yang sentiasa jaga mak saya" luah Damia,kakinya dihayun hayunkan
Afizul hanya mengangguk,dia peka mendengar
"Masa saya sedang belajar,saya hampir kena rogol dengan abang kedua saya dan kawan kawannya" cerita Damia,air matanya mula berguguran
Afizul terkejut mendengar hal itu
"Tapi dia orang tak sempat buat apa apa sebab saya berjaya lari,sejak hal itu saya tak pernah balik rumah lagi.Saya lebih rela menetap dekat dekat asrama" sambungnya
"And now I get the reason why you be Emirates pilot" kata Afizul
Damia sekadar mengangguk
"Saya ambil risiko tinggalkan tanah air sendiri tapi saya tak pernah menyesal bila ambil risiko ni" kata Damia
"Kenapa?" tanya Afizul
"Sebab kalau saya tak ambil risiko ni saya mungkin tak akan jumpa awak" jawab Damia,dia merenung mata Afizul lama.Entah dari mana data keberanian itu
Afizul ketawa kecil
"Kenapa dengan saya?Saya bukan speacial pun" nafi Afizul
"Bagi saya,awak amat speacial Heid" kata Damia
Apa yang kau buat ni Damia?Ini masa yang sesuai ke?Dirinya mula ragu ragu dengan perbuatanya
"Same to me" balas Afizul
Damia terus tersentak,dia tidak sangka itu respons Afizul
"I feel better when with you,I don't know why.That felling came on our first flight" luah Afizul
Damia hanya merenung Afizul,siapa yang confess siapa ni?
"Heid can I tell you something?" tanya Damia
"For sure,why not?" jawab Afizul
"Sa...sa saya" Damia benar benar gugup,dia takut sangat.Lidahnya seakan akan terkunci
"Saya suka awak!" kata Damia dalam satu nafas
Afizul hanya tersenyum,dia tidak merespons
Damia hanya tertunduk.Dia lega dalam debaran,lega kerana semua perasaan yang dipendam telah diluah.Dia tidak kisah jika Afizul menjadi awkard dengan dia selepas ini,janji dia tahu perasaan lelaki itu kepadannya
"Saya pun suka awak Damia" kata Afizul tiba tiba setelah lama mendiamkan diri
Damia pandang Afizul terkejut.What?!Dia tak salah dengar kan?Afizul accept dia?
"Since our first meet,I feel something to you but I don't sure what is that felling" sambung Afizul
Damia terharu,terharu sangat sangat.Kalau boleh dia mahu sambung menangis sekarang juga!
"I'm start confidence with my felling to you is love when we at Korea" kata Afizul
"Awak..." rengek Damia,hatinya sangat berbunga bunga tika ini
"Maafkan saya kalau saya mengambil masa yang lama untuk confess pada awak sehinggakan awak yang confess dulu" ucap Afizul sambil tersengih
"Tak apa,saya faham keadaan awak" balas Damia
"I really didn't expect this momment!" kata Damia,sungguh dia tak sangka momment ini akan tiba
Afizul hanya senyum,sekarang dia dan Damia sudah official.Dia juga harap Damia mampu melumpuhkan ingatannya kepada Naura dan dia juga akan cuba menyayangi Damia,dia harus bahagia.Umurnya bukanlah muda lagi
Damia,gadis yang dia pilih.Puas sudah dia beristikharaj tiap malam untuk mendapatkan petunjuk,yang muncul dalam mimpinya ialah Damia.Hanya Damia,Damia Aleeya.
__ADS_1