
Afizul merebahkan dirinya ke atas katil.Kejadian yang berlaku tadi benar benar mengusik jiwa lelakinya
"You macam mana dengan relationship you?" tanya Afizul
"Nothing serius,everything was great" balas Naura yang masih tekun memandu
"Siapa perempuan yang ada dengan you tadi?" tanya Naura
"Itu copilot I,kenapa you jelouse ke Naura?" tanya Afizul sambil tersengih nakal
"Ouh come on,I'm just asking" jawab Naura
"Are you sure?" tanya Afizul lagi
"I dah ada hati yang perlu dijaga Fiz,Tak ada makna nya I jelouse tentang you dengan perempuan lain" jawab Naura sambil ketawa
Afizul terdiam.Hatinya sakit mendengar perkataan Naura
"Fiz,can I ask you something?" tanya Naura
"Of course" jawab Afizul
"Do you still waiting me?" tanya Naura
Afizul tersenyum sinis
"Yes I am" jawab Afizul
"You tahu kan I tak mungkin balas cinta you?" tanya Naura
Ya I tahu Naura!Kata kata itu dipendam dalam hati,dia lebih rela berdiam diri
Ketukkan pintu menghentikan lamunan Afizul
"Masuk lah,pintu tak kunci" kata Afizul
Seorang wanita masuk ke dalam bilik Afizul
"Wah kau ni angah,baru je balik dah berkurung dalam bilik" kata Farha
"Aku penat sikit lah along" balas Afizul
Farha duduk di sebelah Afiz
"Along dengar kau ada perancangan nak balik bekerja di Malaysia,betul ke?" tanya Farha
Afizul mengangguk tidak yakin
"Tapi along" kata Afizul
"Tapi apa?Kan lagi elok kau duduk Malaysia?Susah susah sampai ke Dubai kenapa?" bertubi tubi soalan yang dilemparkan Farha kepadannya
Afizul mengeluh
"Sampai bila kau nak larikan diri dari kenangan kau di Malaysia?Kenangan yang kau cuba lupakan tu?" tanya Farha
Bukan soal itu along!ini soal Damia.Tiba tiba wajah Damia bergentayangan di matanya,entah kenapa dia mahu mendekati lagi gadis itu...
"Angah ooo angah" tangannya diawan awankan
Afizul pandang ke arah Farha
"Kau kenapa ngah?" tanya Farha,dia masih tak faham kenapa Afizul bersikap sebegini
"Tak ada apa long" jawab Afizul
"Along bukan baru kenal kau semalam,dah dua puluh enam tahun along dengan kau" balas Farha
Afizul mengeluh lagi
"Naura dah bahagia dengan lelaki yang dia pilih dik,kau kena terima tu.Masih banyak lagi wanita yang lebih layak untuk kau pak arab!" seloroh Farha
Bahagia?Bahagia kah Naura bersama pilihannya?
Afizul senyum sinis
"Aku masih tak boleh buat keputusan,aku selesa dengan kehidupan aku sekarang ni along" luah Afizul
Kini giliran Farha pula mengeluh
"Selesa kau cakap ngah?Along tengok sikit pun kau tak selesa" bidas Farha
Afizul diam,dia melemparkan pandangan kosong kepada Farha
"Lagi satu,along ingat senang ke angah nak tukar syarikat macam tu je" kata Afizul
"Along tak tahu pasal tu tapi along harap kau balik Malaysia,Daddy dengan Mummy bukannya muda lagi ngah.Achik pun perlukan kasih sayang seorang abang" pesan Farha
"Kenapa?Kau tak bagi cukup kasih sayang ke dekat Achik?" gurau Afizul
"Kasih sayang seorang akak dengan abang lain lah!Aku tempuk dahi kau dengan kuali nanti baru tahu" marah Farha
Afizul melepaskan gelak,dia rindu amarah Farha kepadannya
"Sayang kau along" ucap Afizul sambil memeluk tengkuk Farha
"Mengada lah angah ni" balas Farha,ditolak tubuh Afizul supaya menjauh
"Sekarang along nak kau pergi ambil Achik balik sekolah" arah Farha
"Tapi mana angah ingat jalan" bantah Afizul
"Zaman serba canggih kapten!Pandai pandai lah kau" kata Farha lalu terus menghilangkan diri ke dalam biliknya
Afizul mengeluh,dicapai kunci kereta mini cooper milik ayahnya
__ADS_1
"Nak ke mana tu?" tanya Datin Widad
"Ambil Achik balik sekolah" jawab Afizul
"Tahu ke jalannya?" tanya Datin Widad
"Tak,tapi Fiz cuba" jawab Afizul sambil tersengih
Tangan Datin Widad disalam
"Fiz pergi dulu ya mummy" kata Afizul
"Hati hati" pesan Datin Widad
Kereta itu dipandu ke menuju ke sekolah adiknya
Setelah mengesahkan dia sedang berada di lokasi yang betul terus sahaja Afiz menyarung kaca mata hitam lalu keluar dari kereta dan bersandar di hadapan kereta sambil melihat lihat telefon
"Weh weh siapa mamat handsome tu?" tanya Iman,rakan karib Fatin
Fatin cuba mencari mamat yang dimaksudkan oleh Iman
"Wah handsome gila doo" puji Iman
Fatin cuba mengecilkan matanya
"Itu abang aku lah!" jerit Fatin riang,terus dia berlari ke arah Afizul
"Angah!" jerit Fatin
Afizul terus mengalihkan pandangannya kepada Fatin yang sedang berlari ke arahnya.Senyuman dilemparkan,kaca mata hitam dibuka untuk menyambut sang adik.Mereka berpelukkan tanpa menghiraukan manusia yang berada di situ
"Bila angah balik?" tanya Fatin
"Baru je tadi,along yang suruh angah ambil achik ni" jawab Afizul
"Weh,lajunya kau" kata Iman yang baru tiba di situ
"Ouh ya,angah ni Iman kawan baik achik.Iman ni plk abang aku,Afizul" kata Fatin memperkenalkan mereka berdua
Iman tidak puas melihat wajah Afizul
"Ni ke abang kau yang kerja pilot tu?" bisik Iman
Fatin mengangguk
"Berapa lama lagi nak suruh angah berpanas dekat sini?" tanya Afizul sambil mengangkat sebelah kening
"Ehh" kata mereka berdua serentak
"Iman biasa selalu balik dengan achik juga,rumah kita tak jauh dengan rumah dia" kata Fatin
Afizul hanya mengangguk
"Macam mana belajar?Okay?" tanya Afizul sekadar membuka topik
"Okay je ngah,achik struggle betul dengan addmath" jawab Fatin
Afizul ketawa mendengar luahan Fatin
"Addmath senang je achik" kata Afizul
"Angah senang lah cakap sebab angah pandai kira kira ni" balas Fatin
"Belajar lah lebih sikit,luangkan masa.Angah pun tak ada lahir terus bijak" pesan Afizul
"Kau orang nak spm kan tahun ni,so tak salah luangkan masa.Tahun ni aja lagi nak sekolah" sambungnya
Kedua gadis itu mengangguk faham
Sebelum pulang,Afizul membawa kedua dua mereka untuk makan terlebih dahulu
"Order lah nak makan apa,angah belanja" kata Afizul
"Saya segan lah" kata Iman
"Tak apa,jangan segan segan" pujuk Afizul sambil tersenyum
Tiba tiba Afizul ditegur satu suara dari belakang
"Eh Mia?Awak buat apa dekat sini?Bukan ke kampung awak dekat Kelantan?" tanya Afizul pelik
Damia yang sedang berdiri di tepinya garu kepala
"Tu lah,tapi bas yang saya nak naik tu cancel tiba tiba" luah Damia
Dia pandang dua gadis yang memakai uniform sekolah duduk di depan Afizul
"Hurm..kenapa tak naik flight je?" tanya Afizul
"Saya nak rasa jalan darat,nanti naik flight lagi" jawab Damia sambil tersenyum
"Adik awak ke?" tanya Damia
"Haah,yang ni adik saya.Yang itu kawan dia" jawab Afizul
"Hye" sapa Fatin mesra sambil bersalam dengan Damia
"So ni adik Afizul?" tanya Damia
Fatin menganggukkan kepala
"Form berapa?" tanya Damia
"SPM tahun ni kak" jawab Fatin
__ADS_1
Iman pula hanya mendiamkan diri,dia lebih selesa menjadi pemerhati.Sebenarnya dia malu dengan Afizul,naluri remajanya sangat tidak mampu dibendung.
"Awak dah makan belum?" tanya Afizul
Damia geleng perlahan
"Duduk lah,kami pun belum order lagi" pelawa Afizul sambil tersenyum manis
"Tapi tak menganggu ke?" tanya Damia
"Tak lah akak!Kita orang lagi suka.Angah pun suka tu" usik Fatin
Terus membulat mata Afizul pandang Fatin
Fatin pula sudah berkekeh ketawa
Damia duduk perlahan lahan di tepi Afizul
"Order je apa apa saya belanja" kata Afizul
"Eh dah dua kali awak belanja saya,tak apa lah biarlah saya pula" balas Damia
"Saya tak berkira dengan awak" kata Afizul sambil tersenyum penuh makna
Namun makna itu masih samar di fikiran Damia.Di manakah gadis yang memeluk tengkuk lelaki ini tempoh hari?Tak akan tidak meluangkan masa bersama?Ye lah,Afizul sudahlah jarang balik.Kalau dia jadi kekasih lelaki ini sudah tentu dia 24 jam berkepit
Selesai makan,Afizul menghantar Iman pulang ke rumahnya terlebih dahulu.Tidak elok membawa anak dara orang lama lama
"Te..terima kasih" ucap Iman gagap
"Sama sama" balas Afizul dia tersenyum kepada Iman
Mereka bergerak menuju ke stesen bas berdeketan.Dalam perjalanan tiba tiba mesej masuk ke telefon Fatin
...*Abang kau hensem siak!Tak boleh tahan lah aku huhuhu~I...
...Kau nak aku adjustkan untuk kau ke?~F...
...Jangan wei!Malu aku,lagipun aku nampak abang kau macam syok dekat akak tu je~I...
...Aku suka kalau kau jadi kakak ipar aku~F...
...Malu aku doh!Time duduk depan dia dekat kedai makan tadi,mata aku nak pandang je dia~I...
...GATAL!~F*...
Telefon dimatikan,dia tesenyum sendiri.Apalah Iman ni,tahu lah abangnya mempunayi rupa seperti pak arab mix rambut korean
Mereka tiba di stesen bas
"Alhamdulillah awak,terima kasih" ucap Damia,kalau tak kerana Afizul mungkin dia tidak dapat pulang ke kampung halaman
"Not big deal" balas Afizul
"Saya minta diri dulu ya?Jumpa awak di airport!" kata Damia
"Alright,see you my copilot" balas Afizul
"Bye captain!Thanks for your help!" ucap Damia lembut lalu dia tersenyum manis
Tubuh Afizul seakan akan terkena renjatan elektrik saat melihat senyuman yang begitu manis terbit di wajah Damia.Matanya mengekori Damia sehingga bas yang dinaiki pergi meinggalkan stesen itu
"Ada orang dah jatuh cinta!" sakat Fatin
"Eh mana ada!" nafi Afizul sambil bergerak masuk ke dalam kereta
Fatin ketawa puas
"Achik nak cakap dekat akak Mia tu supaya cepat cepat ikat angah sebab takut terlepas dekat Iman nanti" kata Fatin
"Kenapa dengan Iman?" tanya Afizul pelik
"Dia crush dekat angah!" jawab Fatin
Afizul ketawa besar
"Tapi Iman tu cantik juga" kata Afizul
"Angah!Gatalnya,tak sangka achik dua dua gatal" balas Fatin
Makin kuat tawa Afizul
"By the way,angah ada something untuk achik" kata Afizul sambil mengambil sesuatu yang dia sorok dari tadi di sebelah seat
"Tadaaa" kata Afizul sambil menghulurkan kota hadiah kepada Fatin
"Wah angah!Apa ni?Boleh achik buka?" tanya Fatin riang
"Buka lah" jawab Afizul
Terus sahaja Fatin membuka bungkusan itu.Dia tersenyum lebar saat melihat isinya
"Mulai sekarang achik dah tak payah pakai spek yang dari kedai tu lagi,hodoh!" seloroh Afizul,dia tahu Fatin rabun dan sebab itu dia menghadiahkan kaca mata fashion yang ada power sama seperti kaca mata yang sedang dipakai oleh Fatin
"Thanks angah!Sayang angah" ucap Fatin sembil memeluk lengan Afizul
"Angah nak achik berfashion sikit,baru laku adik angah" gurau Afizul
"Ouh nak kata achik tak laku lah?" tanya Fatin sambil berpeluk tubuh
Afizul ketawa besar
"Achik ramai peminat okey dekat sekolah!" tegas Fatin
Afizul hanya ketawa sahaja,suka dia melayan kerena adik bongsunya itu.Mungkin betul kata Farha,Fatin masih perlukan kasih sayang seorang abang namun ada sesuatu yang umpama tembok menghalang dia dari pulang menetap di tanah air...dia sendiri tidak pasti,dia sendiri keliru.Sampai bila dia nak terus lari dari memori lalu?Memori akan tetap kekal selama lamanya...
__ADS_1