MR.PILOT,MRS.COPILOT

MR.PILOT,MRS.COPILOT
Bab 8


__ADS_3

Dia duduk termenung sahaja di luar lapangan terbang KLIA itu.Afizul?Entah ke mana hilang dah lelaki itu,kata mahu ke tandas tapi tu lah!Dah dekat setengah jam dia ditinggalkan disitu terpinga pinga seorang sendiri


Ke mana dia agaknya?Dia tinggalkan aku ke?Hati damia berbisik seraya dia mengeluh perlahan,keadaan di kawasan KLIA itu redup sahaja dek kerana hujan yang turun membasahi bumi


Satu minit.


Dua minit.


Tiga minit.


Bayangan Afizul masih tidak kunjung tiba


"Excuse me pilot,are you okay?" tanya seorang perempuan yang mungkin berasal dari England


Damia angkat muka seraya tersenyum.Boleh pula dia lupa yang dia masih memakai uniform!Memang lah dia jadi perhatian orang orang yang berada di KLIA itu


"I'm fine,thanks" jawab Damia


Gadis England itu senyum lalu terus berlalu pergi apabila seorang yang mungkin teman lelakinya atau suami memanggil dia


Damia membalas lambaian gadis itu.Mesra nya dia,puji Damia


"Mia!Sorry" ucap Afizul


Damia mengangguk sahaja seraya tersenyum namun air mukanya itu nampak sangat dia tengah sedih


"Saya terfikir nak belikkan awak starbucks tadi tapi ramai pula orang,tu yang lama.Saya call awak tak dapat" terang Afizul sambil menghulurkan air caramel hot chocolate kepada Damia


"Terima kasih" balas Damia,Dia menyucuk straw ke dalam bekas air itu dan terus disedut.Arh lega!Tekaknya dari tadi meminta minta air


"Lepas ni awak nak ke mana?" tanya Afizul


Damia menjongket bahu sahaja.Merajuk lah katakan!Ye lah siapa je tak merajuk bila kena tinggal lebih dari setengah jam kan?Eleh kau Damia,paku dulang paku serpih,mengata orang kau yang lebih.Macam lah kau tak pernah sidai Afizul lama lama bila nak keluar dating,sampai Afizul tertidur tahu?Hatinya mengutuk diri sendiri pula


Tapi dia bukan sengaja membiarkan Afizul tunggu lama lama,nak cantik untuk Afizul juga.


"Awak tak balik Kelantan ke?" tanya Afizul


"Dah tak ada sebab saya nak balik ke sana" jawab Damia seraya tersenyum redho


Afizul mengangkat kening sebelah


"Kenapa?" tanya Afizul


"Ibu saya dah tak ada..." sendu Damia,terus dia tunduk menghadap tanah.Air mata membanjiri pipi


"Saya balik hari tu saya hanya sempat melawat kubur dia sahaja,saya tak sempat nak sentuh arwah untuk kali terakhir dan saya tak dapat nak tunaikan hasrat dia untuk ke Makkah.Gaji saya besar pun apa gunanya awak?Kalau saya tak mampu nak balas jasa dia?Dia hanya minta itu sahaja dengan saya tapi saya?" Damia teresak esak menyalahkan diri sendiri


Afizul ikut sendu,mahu sahaja dia memeluk Damia dan membiarkan gadis itu menangis di pangkuan nya tapi dia hanya mampu memandang sepi


"Sayang,jangan salahkan diri awak sendiri.Insyaallah ibu awak bahagia di sana,percayalah saya" pujuk Afizul,dia sudah tidak sanggup melihat air mata Damia terus terusan mengalir


"Ini semua salah saya awak,patutnya saya sampai lebih awal tapi sebab bas saya cancel,saya tak dapat jumpa dia buat kali terakhir" rintih Damia lagi


"Damia,awak tak salah Mia.Awak kena terima qadha dan qadar Allah,Dia lebih sayangkan ibu awak" pujuk Afizul lagi


Afizul terus terusan menenangkan Damia


"Mari saya bawa awak balik rumah mummy dengan daddy" pelawa Afizul


Damia mengiling laju

__ADS_1


"Saya segan awak,saya tak nak menyusahkan family awak" balas Damia


"Family saya bakal jadi family awak juga sayang" usik Afizul,sempat lagi dia mengeyitkan mata kepada Damia


"Ish awak ni!" marah Damia,dia malu!


"Jom grab dah sampai" ajak Afizul,dia menarik lengan baju Damia lembut


Setelah menempuh perjalanan yang agak jauh akhirnya mereka tiba di rumah Dato Hamid


"Asalamualaikum" Afizul memberi salam sebelum masuk ke dalam rumah


"Waalaikumusalam" balas mereka semua


"Akak!" jerit Fatin riang,terus sahaja dia menyambut tangan Damia untuk bersalam


"Mia pun ada?" tanya Farha


Damia sekadar tersenyum


"Daddy,awal balik hari ni?" tanya Afizul sambil bersalam dengan Dato Hamid


"Daddy dah kurangkan waktu daddy dekat office,daddy dah tua angah" jawab Dato Hamid


"Ni siapa?" tanya Datin Widad


Afizul tersenyum sahaja


"Itu Damia mummy" Afizul memperkenalkan Damia


Damia pula terus bersalam dengan Datin Widad


"Orang mana?" tanya Dato Hamid


"Saya orang Kelantan uncle" jawab Damia


"Ouh ingat Afizul bawa balik perempuan arab tadi" gurau Dato Hamid


"Angah tak berkenan dengan perempuan arab daddy,tak kena dekat mata.Perempuan melayu lagi okey bagi angah" kata Afizul


"Jom makan dulu?Penat kami tunggu" ajak Datin Widad


Mereka semua berjalan menuju ke arah meja makan


"Awak saya segan lah" bisik Damia


Afizul hanya tersenyum sahaja sambil mengeyit mata


Eh!Dia kenyit mata pula.Hati kita ni berdebar tahap dangdut dah ni.Kata Damia dalam hati


Sedang enak menjamu selerea


"Daddy,mummy" pamggil Afizul


"Boleh tak Damia tumpang tidur sini?" tanya Afizul


"Boleh sangat!" jawab Fatin beria


"Shh,jangan menyampuk orang tua bercakap" marah Farha


Fatin terus buat ***** muka tidak puas hati

__ADS_1


"Boleh je Fiz,kenapa dia tak balik Kelantan?" tanya Dato Hamid


"Ibu dia dah tak ada" jawab Afizul


"Allahuakhbar,sabar ya Mia?" prihatin Datin Widad


Damia tersenyum lalu mengangguk


"Saya okey je aunty" balas Damia


"Tak payah lah nak beraunty beruncle,panggil daddy dengan mummy je" kata Datin Widad,dia berkenan betul dengan Damia!Dah cup siap siap jadi bakal menantu


"Betul betul,panggil daddy je Mia" sambung Dato Hamid pula


Damia hanya tersenyum malu


Usai makan,Damia dibawa ke bilik oleh Afizul


"Itu bilik awak,kalau awak nak tidur dengan saya pun tak apa" usik Afizul lagi


"Eish gatalnya awak ni!" marah Damia manja


Afizul ketawa sahaja


"Malam ni keluar nak?" tanya Afizul


"Nak pergi mana?" tanya Damia


"Jalan jalan" jawab Afizul


Malam menjelma tiba,tepat pukul 9 malam Afizul dan Damia keluar bersiar siar di ibu kota itu


"Lamanya tak ambil angin naik motor" kata Damia saat turun dari motor


"Kan?Saya pun rindu suasana ni" balas Afizul


Mereka duduk disebuah bangku taman itu,memandang keindahan langit ciptaan tuhan


"Awak" panggil Damia


"Ya sayang" balas Afizul lembut


"Saya tak tahu lah kenapa,saya takut sangat kehilangan awak Heid" luah Damia


"Kenapa cakap macam tu sayang?" tanya Afizul


"Sebab saya dah tak ada orang lain selain awak" jawab Damia


"Insyaallah hanya mati yang akan memisahkan kita Mia" pujuk Afizul


"Janji?" tanya Damia,anak jari ditunjukkan


"Janji" jawab Afizul sambil membuat gaya yang sama


Tiba tiba deringan telefon Afizul menganggu kedamaian mereka


Sebaik melihat nama Naura tertera di skrin,terus Damia pandang Afizul


"Hello?" sapa Afizul


"I need you now Heid!" jerit Naura disebalik telefon

__ADS_1


__ADS_2