MR.PILOT,MRS.COPILOT

MR.PILOT,MRS.COPILOT
Bab 7


__ADS_3

Damia duduk termenung di sebuah bangku yng terletak di dalam airport itu


"Cak!" kata Afizul di hadapan muka Damia


"Eih!Awak ni terkejut saya" marah Damia sambil mengurut dadanya


Afizul ketawa


"Kenapa termenung ni sayang?" tanya Afizul lembut


"Entah lah saya rasa tak sedap hati" jawab Damia


"Kenapa pula?Kita kan nak balik Malaysia ni?" tanya Afizul pelik


"Entah lah awak,saya rasa macam something" jawab Damia


"Dah lah,perasaan awak je tu Mia" pujuk Afizul


"Eh pilot!Korang pun tak masuk lagi?" tegur Farha


Bagai air yang dicincang tak akan putus,Damia dan Afizul sama sama akan menerbangkan pesawat ke Malaysia pada pagi itu.Farha dan Fatin pula menaiki pesawat yang sama dengan mereka


Afizul senyum sahaja


"Awal lagi" kata Afizul sambil tersengih


"Kita orang pun belum buat crew check.Korang yang awal sangat kut" kata Damia pula sambil ketawa halus


"Along ni ha,tak sabar sangat nak balik.Kalau ikut achik memang nak terus stay sini je,hari hari naik kereta mewah siapa tak nak" omel Fatin


"Dah tu balik lah belajar elok elok achik" pesan Afizul


Fatin membuat muka comel lalu mengangkat tanda okey


"Dah lah,kita orang masuk dulu" kata Afizul


"Kau memang nampak smart bila pakai baju ni" puji Farha


Afizul hanya tersenyum bangga


"Itu sudah semestinya along" komen Damia pula


"Mia jaga elok elok tau buaya arab ni?" pesan Farha


"Dah jom Mia,jangan layan sangat along tu" kata Afizul sambil melangkah pergi


"Mia,kali ni biar saya buat ground checklist,awak check system pesawat" arah Afizul


"Alright captain!" kata Damia sambil mengeyit mata


Sebaik sahaja Afizul keluar dari cockpit itu,Damia mengeluh perlahan.Kenapa dengan nalurinya?


Afizul pula memeriksa badan pesawat boeing 737-800 itu.Pesawat itu baru sahaja dibeli oleh perusahan Emirates jadi mungkin tidak akan ada masalah


Setelah semuanya selesai Afizul masuk semula ke dalam cockpit


"Mia?Are you okay?" tanya Afizul


Damia terus tersedar dari lamunannya


"Ha?" tanya Damia


"Awak okey tak ni?Kita dah nak terbang ni" tanya Afizul


"Saya okey,saya dah sedia" jawab Damia


"Dah dah,boarding" arah Afizul


Damia mengangguk tanda faham.Setelah semua prosedur selesai,kini merek telah berada di jalur runway


"Asalamualaikum and good morning everyone,this is your captain speaking.We are takeoff soon,please wear your seatbelt and listen to our crew command.Thanks you and enjoy your flight" Afizul membuat pengumuman kepada seluruh penumpang mereka


Farha dan Fatin tersenyum bangga mendengar itu,ya itu adik beradik mereka.Menjadi pilot di luar negara,hebat bukan?Walaupun sudah merata dunia pilot dari Malaysia ini bekerja dengan syarikat luar negara namun salah seorang itu adalah adik beradik mereka,mana boleh mereka tidak bangga kan?


Dengan lafaz bismillah Afizul menolak pedal kelajuan pesawat dan mereka berjaya mengudara dengan baik


"Awak" panggil Damia tiba tiba

__ADS_1


Afizul pandang ke arah Damia.Pesawat kini sudah ditetapkan dalam mod autopilot


"Tak ada apa lah" kata Damia


"Aik?Macam pelik saja.Kenapa ni?" tanya Afizul


Damia mengilingkan kepala,dia hanya membuang pandangan ke luar jendela pesawat.Cuaca di ruang udara Dubai sangat cerah takala itu


Semakin mereka hampir ke ruang udara Malaysia,langit semakin gelap dan hujan semakin lebar bersertakan petir yang tidak henti henti menyambar.Pemandangan langit yang hitam pekat itu sangat menakutkan untuk pilot baru seperti Damia,dia sudah mula cemas.


Sekilas dia pandang Afizul di tepi,nampak tenang.Dia dah biasa lalui kut?


"Turbulance" kata Afizul sebaik merasakan ada goncangan pada pesawat,terus sahaja jari laju menekan butang untuk mengarahkan crew memaklumkan kepada penumpang untuk memakai tali pinggang keselamatan


Jarak mereka dari lapangan terbang Kuala Lumpur saat itu selama tiga jam penerbangan lagi


"Capt capt,tekanan angin betul betul kuat di luar sana" lapor Damia


"Hubungi atc terdekat,minta naik ketinggian" arah Afizul yang masih tekun mengawal pesawat yang sudah ditukar kepada mod manual kerana mod autopilot tidak di recommend untuk digunakan saat cuaca buruk


Setelah mendapat kebenaran atc mereka naik lebih tinggi berharap cuaca membaik namun


Krak!


Serentak Afizul dan Damia sama sama memandang kaca pesawat yang retak sedikit itu.Mujur sajalah kaca pesawat itu tebal,jadi keretakkan kecil itu tidak akan menganggu tapi dengan syarat mereka harus mengurangkan tekanan pada badan pesawat


"Awak,saya takut" rintih Damia,dia mula menangis


"Mia,fokus Mia jangan takut sayang.Kalau awak takut nyawa tiga ratus satu orang termasuk saya dalam bahaya" pujuk Afizul,bagi pilot baru ketakutan saat berhadapan situasi begini sudah menjadi kebiasaan kerana kurangnya pengalaman


Damia terus sahaja menarik nafas,menenangkan dirinya.Dia pandang ke luar tingkap,gelap gelita sahaja


Mereka bertahan dengan keadaan cermin hadapan yang retak itu untuk sampai ke KLIA.Jarak mereka semakin dekat dan dekat


Tiba tiba,satu dentuman yang kuat dari sebelah kanan sayap pesawat disertakan dengan bunyi jeritan penumpang


"Capt!Engine one on fire!" lapor Damia


Keadaan menjadi semakin tidak terkawal di dalam cockpit itu


"Padam api tu" arah Afizul


Afizul menggunakan seluruh skill yang ada untuk kembalikan kestabilan pesawat


"Along,achik takut.Achik nak jumpa mummy dengan daddy" rintih Fatin sambil memeluk Farha


"Sabar chik,percaya lah dekat angah.Dia akan bawa kita turun dengan selamat" pujuk Farha


Tiba tiba satu lagi panahan petir tepat pada enjin nombor 4 yang berada di sisi kiri pesawat


"Allahuakhbar!" jerit Afizul


"Mia,cuba padam dan hidupkan semula kedua dua enjin kita" arah Afizul


Jarak mereka dari KLIA hanya tinggal 30 minit sahaja lagi namun ketinggian pesawat masih lagi pada 15000 kaki


Afizul yang menyedari hal itu terus sahaja mengarahkan hidung pesawat untuk turun sedikit kebawah.Sedikit demi sedikit agar mereka tidak terjunam seperti sukan acara terjun itu,Kalau itu mendapat mata tapi kalau ini mendapat maut!


"Tak boleh capt,mesin pesawat dah mati total" kata Damia


"You can do it sayang,I trust you" balas Afizul


Damia mengangguk,dia terus sahaja berusaha sebaik mungkin


Krak!


Kaca pesawat itu semakin retak


"Kurangkan tekanan dari luar capt" kata Damia


"Flaps full,spoiler armed,gear down!" arah Afizul


Damia menturuti sahaja,laju tangannya menekan suis suis yang berkaitan


"Annouced passangger we will get a little hard landing" arahnya lagi


Damia mengangguk tanda faham.Sebagai monitoring pilot,inilah tugasnya

__ADS_1


"We need to slow down capt" lapor Damia


Ketinggian pesawat saat ini sudah berada di ketinggian 3500 kaki dan kelajuan pesawat masih atas 220 km/h


Tiba tiba sekali lagi dentuman yang kuat dari enjin nombor 4 apabila Damia cuba menghidupkannya kembali menyebabkan pesawat terus sahaja terpesong 30 darjah ke kanan


"Arh!Aduh!" adu Damia,yang terus sahaja menggenggam kemas lengan kanannya


"Tajamnya.." katanya lagi


"Bertahan Mia,sikit je lagi" pujuk Afizul,kalau boleh sekarang juga dia nak rawat luka Damia itu namun apakan daya,sedikit sahaja dia hilang fokus mungkin mereka akan arwah


"KLIA tower this is Emirates nine nine zero,need a emergency landing on available runway" lapor Afizul


"Emirates nine nine zero you are clear to use runway zero two,what do you need when you landing?" tanya menara kawalan itu


"I need fire team and medic" jawab Afizul sebaik melihat lengan baju milik Damia sudah berubah warna dari putih ke merah


"Bertahan ya sayang?Saya akan bawa kita turun dengan selamat" pujuk Afizul


Damia mengangguk sahaja,mukanya berkerut menahan sakit


Akhirnya pesawat mereka berjaya mendarat dengan selamat di lapangan terbang Kuala Lumpur


"Alhamdulillah" ucap Afizul sebaik pesawat berhenti


Gemuruh bunyi tepukkan dari cabin


"Thanks you captain" sorak mereka semua


"Jom keluar" ajak Afizul


Damia bangun sambil memegang lengannya yang pedih


Buka sahaja pintu cockpit mereka disambut dengan tepukkan gemuruh,seluruh penumpang berterima kasih kepada Afizul.3 jam yang sangat menakutkan dalam hidup semua penumpang Emirates 990 hari itu dan 3 jam yang mungkin tak akan mereka lupakan.


Lengan Damia selesai dirawat


"Macam mana?" tanya Afizul


"Takut lah!Lepas tu dapat sakit lagi haih" jawab Damia


"Sekarang dah nampak kan berbaloi gaji kita tu?" tanya Afizul


Damia mengangguk laju


"Angah!" jerit Fatin


Terus sahaja gadis itu memeluk Afizul


"Terima kasih sebab selamatkan kami" ucap Fatin


"Power lah kau angah!Along bangga dengan kau" puji Farha pula


Afizul ketawa kecil sahaja


"Jom kita balik" ajak Fatin


"Korang balik lah dulu,angah temankan Mia kejap" arah Afizul


Adik dan kakaknya mengangguk dan terus berlalu pergi


"Mia" panggil Afizul


"Ya awak" balas Damia


"Jika mata mu adalah cahaya,Maka hatimu adalah permata,Jika senyummu adalah ibadah,Maka mengenalmu adalah anugerah terindah" ucap Afizul penuh romantik,dia memandang tepat ke arah mata Damia


Damia pula terpana,dia seakan akan berada di awangan.Terasa dia lah wanita yang paling bahagia di muka bumi ini


"Saya bersyukur sebab masih boleh melihat senyuman awak sayang" sambungnya lagi


"Ini semua jasa awak Heid" kata Damia


Afizul senyum manis


"Saya mungkin masih ragu ragu dengan diri sendiri tapi saya tak akan pernah siakan awak Damia Aleeya" kata Afizul

__ADS_1


Damia senyum seraya membuat muka comel


Saya akan buat awak tak boleh lupakan saya Afizul Heidry!Saya sayang awak selamanya!


__ADS_2