
Damia sedang mengangkat baju di ampaian rumah Dato Hamid itu
"Sayang" tegur Afizul lalu terus memeluk Damia dari belakang
"Kenapa ni abang?" tanya Damia
"Tak ada apa,benda benda ni dah lama abang teringin nak buat dengan sayang" jawab Afizul nakal
"Ish abang ni gatal!" kata Damia
"Abang gatal pun dengan isteri abang juga kan?" kata Afizul
Damia membiarkan sahaja perangai manja Afizul itu
"Kita start kerja balik bila?" tanya Damia
"Minggu depan kut" jawab Afizul
"Amboi korang ni,public ni" tegur Farha
Afizul terus meleraikan pelukkannya
"Macam ni ya bila dapat isteri yang cantik macam Damia ni ya?" usik Farha lagi
"Along ni,kacau daun betul lah" marah Afizul
"Bukan kacau daun,korang tu bermesra mesra dekat tempat terbuka siapa suruh" balas Farha sambil ketawa
"Malam ni daddy ajak pergi dinner,amacam?Join tak?" tanya Farha
Afizul terus sahaja memandang Damia
Damia mengangguk tanda dia mahu ikut
"Kita orang pergi" jawab Afizul
"Nak pergi dinner family pun tanya bini ke?" perli Farha
"Bukan long,kita orang dah plan nak keluar malam ni.Tapi tak apa lah dah daddy ajak dinner" balas Damia sambil tersengih
"Okay set tau?Tema black white" sempat Farha berpesan sebelum melangkah masuk ke dalam rumah
"Dinner pun ada tema?" tanya Damia
"Itu lah daddy,daddy suka bertema tema ni" jawab Afizul
Mereka sama sama ketawa
Malam itu Afizul dan Damia sedang bersiap di dalam bilik.Afizul mengenakan coat putih,Damia pula mengenakan gaun berwarna putih juga.Matching gituwww...
"You look nices hubby with this colour" puji Damia
"Also you honey,I really like it" balas Afizul sambil merangkul pinggang Damia
Lama mereka saling merenung antara satu sama lain.Tiba tiba
"Angah!Kak ngah!cepat lah,semua dah tungguh dalam kereta" kata Fatin sambil mengetuk pintu bilik mereka
"Ya!" sahut Afizul
"Abang lah ni,kalau ya pun tunggu lah balik nanti" kata Damia sambil menjelirkan lidah
"Amboi" balas Afizul,dia terus sahaja mengejar Damia yang terlebih dahulu lari keluar bilik
__ADS_1
"Lambatnya" bebel Datin Widad
"Biasa lah mummy,orang baru kahwin" bidas Farha
Dato Hamid ketawa
"Itu memang biasa,yang jadi tak biasa anak sulung daddy ni tak kahwin kahwin lagi apa cerita?Umur dah nak dekat tiga puluh" kata Dato Hamid
Damia dan Afizul ketawa mendengar Farha dibidas balik oleh Dato Hamid
Dato Hamid mengundurkan kereta keluar ari pengkarangan rumah lalu dipandu ke sebuah restoran
Setibanya mereka di sana
"Kita cuma enam orang kan?Kenapa ada tujuh?Ke salah meja?" tanya Afizul
"Ada orang minta nak join juga" jawab Datin Widad
Mereka semua mengambil tempat masing masing.Damia duduk di sebelah kanan Afizul dan disebelah kiri Afizul pula kerusi untuk tetamu yang masih tidak kunjung tiba
"Mana orangnya mummy?" tanya Fatin
"Nanti sampai lah tu" jawab Datin Widad
"Sorry I lambat!" kata seseorang tiba tiba
"Tak apa,kita orang pun baru sampai.Duduk lah" pelawa Datin Widad
Naura terus sahaja menarik kerusi di tepi Afizul,sempat dia tersenyum ke arah Afizul
Damia mencebik,dia ni lagi.Kenapa lah seramai ramai manusia di Malaysia ni mesti minah ni yang dijemput mummy?Dijemput?Bukan ke minah ni ke yang beria nak sertai mereka?Memang dasar menyusahkan!
"Tolong ambilkan I ayam tu Heid" pinta Naura
Tengok tu!Dia buat macam Afizul belum kahwin lagi saja.Isteri dia dekat sebelah je ni oii,kan ada juga garfu ni masuk ke dalam perut minah tu.Sabar Damia,sabar...
"Erm Mia tak ada selera lah" jawab Damia,walaupun makanan makanan yang dihadapan mereka ini boleh dikategorikan sebagai makanan yang sedap sedap belaka namun entah mengapa seleranya mati
"Macam mana boleh tak ada selera pula?Tadi kan sayang kata lapar" kata Afizul
"Entah lah" balas Damia
Mereka yang lain sibuk dengan makanan masing masing
"Kenapa Mia?Tak suka ke?Daddy orderkan yang lain" tanya Dato Hamid
"Eh tak lah daddy,Mia suka je tapi tu lah.Tak ada selera pula" jawab Damia
"Mengada nya you ni,orang dah bagi makan sedap pun you tak nak lagi?Tak appriciated langsung" lancar mulut Naura berkata
Damia menjeling tajam.Kalau tak kerana kau aku dah habiskan semua ni!Ronta hati Damia
"Sayang nak abang suapkan?" tanya Afizul
Damia terus memandang Afizul,abang?Kenapa tiba tiba Afizul membahasakan dirinya abang?
Tanpa menunggu jawapannya,tangan Afizul telah pun mengambil makanan lalu disua kepada Damia
Damia mengangakan mulutnya sedikit demi sedikit.Satu suap...ermmm sedapnya!Terus bangkit selera Damia
"Ish!" degus Naura tiba tiba,dia pun mahu disuap oleh Afizul juga!Menyesalhnya dia tolak lelaki sebaik Afizul dulu
"Abang..nak tu" sengaja Damia merengek manja sebaik melihat orang di sebelah sana sudah tidak senang duduk
__ADS_1
Fatin dah Farha masing masing tergelak perlahan dek kerana meihat muka Naura yang merah padam itu,marah mungkin.Pandai juga Damia ni,halus sahaja caranya
Usai makan malam,mereka hendak pulang ke rumah
"Terima kasih tau datin dengan dato sebab sudi terima I sekali" ucap Naura
"Tak ada apa lah" balas Datin Widad
Dato Hamid pula tidak berminat melayan Naura,dia terus sahaja masuk ke dalam kereta
"Caiya lah kak ngah!" puji Fatin
"Merah padam muka minah tu tadi" sambungnya lagi
"Iya?Kak ngah tak sempat tengok muka dia.Takut hilang selera lagi!" balas Damia sambil ketawa
"Halus je cara Mia ya?" kata Farha pula
Mereka masing masing ketawa
Damia terpandang Afizul yang masih sedang bercakap dengan Naura
"Abang!sini lah" panggil Damia
"Sorry I need to go,bye!" kata Afizul lalu terus meninggalkan Naura
"Kenapa sayang?" tanya Afizul
"Rindu" jawab Damia
"Uwekk" kedua adik beradik Afizul membuat ***** hendak muntah
"Pandai ya dia tadi?Bagus!Abang suka Ma buat macam tu tadi" kata Afizul
"Tapi kenapa tiba tiba awak bahasakan diri abang pula?Terkejut juga Mia tadi" tanya Damia
"Entah,dia automatic" jawab Afizul
"Mia suka tak?" tanya Afizul pula
"Boleh je,bukan susah pun panggil abang" jawab Damia
Tiba tiba telefon Afizul berbunyi
"Habibi!" tegur Afizul dulu
"madha?(apa?)" tanya Afizul yang sedikit terkejut
Damia memandang Afizul
"ana fi shahr aleasal fi malizia(saya tengah cuti kahwin di Malaysia)" kata Afizul
"Ya ya,syukron" katanya lagi
Panggilan dimatikan
"Pak arab mana tu?" tanya Datin Widad
"Anak mummy ni lah,fasih betul arabnya" kata Farha
"Dah lima tahun angan dekat sana,tak kan tak nak belajar" balas Afizul
"Kenapa abang?" tanya Damia
__ADS_1
"Tak ada lah,kawan abang tanya mana abang sebab dah lama tak nampak" jawab Afizul
Damia sekadar mengangguk sahaja,cuti mereka masih berbaki seminggu lagi...masih banyak tempat dia mahu mengajak Afizul pergi