MR.PILOT,MRS.COPILOT

MR.PILOT,MRS.COPILOT
Bab 13


__ADS_3

Afizul membuka pintu biliknya.Dia tersenyum apabila melihat Damia sedang mengemas pakaian mereka,dengan perlahan dia menghampiri Damia


"Ya Allah abang ni,terkejut Mia tahu?" marah Damia seraya mengurut dadanya


Afizul hanya tergelak sehingga sakit perut


"Dah siap ke?" tanya Afizul


"Sikit je lagi" jawab Damia


"Nak abang tolong tak?" tanya Afizul,suami mithali lah kan


"Tak apa lah,Mia boleh buat sendiri" jawab Damia


Usai mengemas pakaian mereka yang hendak dibawa besok,Damia naik ke atas katil di mana suaminya sedang berbaring


"Abang..." Damia melirikkan suaranya


Afizul terus meletakkan telefonnya di meja lampu sebelah katil mereka


"Esok kita berdua je kan?" tanya Damia


"Habis tu?Sayang nak ajak siapa?Achik?" tanya Afizul hairan


"Mana lah tahu abang nak bawa sahabat sehidup semati abang tu" jawab Damia


Afizul tersenyum nakal


"Ini kan honeymoon kita,kenapa nak bawa dia?" tanya Afizul lagi


"Abang tu kadang kadang bukan boleh kira sangat,abang kan dah kena sampuk angin cinta si Naura tu!" seloroh Damia sambil menjelirkan lidah


Afizul ketawa


"This time,only you and me.Tomorrow are our time" ucap Afizul romantik


Damia menghela nafas lega.Mana kan tak?Sejak mereka berkahwin masih belum ada kesempatan ke mana mana berdua,selalu dua beradik Afizul yang lain itu akan mengikut mereka.Tapi ya lah Damia faham akan hal itu,Afizul ni sejenis manusia yang takut akan memori silam.Mengikut info dari achik,Afizul pulang ke Malaysia kadang kadang hanya dua kali setahun,itu pun time raya


Pagi itu...


Mereka bersarapan satu keluarga


"Resort semua dah book?" tanya Datin Widad


"Dah mummy,Heid dah urus semalam" jawab Afizul


"Best lah kak ngah kali ni,dah tak ada achik si penyibuk ni' kata Fatin dalam nada sedih


Damia ketawa sahaja


"Siapa suruh achik lambat sangat habis sekolah" seloroh Afizul


"Tanya lah mummy,kenapa lambat sangat keluarkan achik" balas Fatin pula,dia tidak mahu kalah


Mereka di situ masing masing ketawa


"Nanti kak ngah bawa achik sekali,kita tinggal angah" kata Damia,dia berbisik pada ayat terakhirnya


Fatin mengeyit mata tanda setuju


"Abang masih boleh dengar tau" bisik Afizul pula tepat di telinga Damia


Riuh sekali lagi dapur Datin Widad pagi itu.Usai sarapan,Afizul dan Damia memasukkan barang ke dalam kereta


"Sekolah tu elok elok" pesan Afizul sebaik mereka tiba di hadapan sekolah Fatin


"Iya achik tahu lerr" balas Fatin


"Kak ngah,cepat cepat bagi Fatin anak saudara tau?Mesti dia comel macam kak ngah" kata Fatin


"Kalau ada rezeki ada lah,yang penting sekarang achik belajar pandai pandai" pesan Damia pula,pipi Fatin dicubit sedikit


Selesai semuanya mereka meneruskan perjalanan ke Kuala Kedah untuk ke Pulau Langkawi


"Feri kita pukul sebelas,kita makan dulu?" tanya Afizul


Damia memandang jam di tangan,mak aii!baru pukul sepuluh.Maknanya ada satu jam lagi,dia sudahlah tidak sabar untuk menjejakkan kaki ke pulau helang itu

__ADS_1


"Abang dah pernah pergi ke?" tanya Damia sebaik mereka duduk di sebuah gerai minuman buah yang terletak tidak jauh dari jeti itu


"Pernah lah juga dua kali" jawab Afizul,sebenarnya dia tidak berapa suka dengan Pulau Langkawi ini kerana di situ lah kali pertama pertemuannya dengan Naura saat dia baru habis sekolah dahulu


"Mia tak pernah datang sini,kalau pulau pulau belah pantai timur tu semua Mia dah pergi.Tu sebab Mia pujuk abang datang sini" Damia mengalihkan topik,dia tidak mahu bertanya lanjut tentang pengalaman suaminya di sana.Pasti bersama Naura,dia dah boleh baca fikiran Afizul


Tepat jam sebelas pagi,mereka menaiki feri untuk ke Pulau Langkawi


"Sayang mabuk laut?" tanya Afizul


Damia mengilingkan kepala


"Mia suka laut" jawab Damia


Afizul tersenyum sahaja,Damia memilih seat yang berhampiran tingkap.Puas mereka bergaduh untuk duduk di tepi tingkap tapi akhirnya Damia yang menang.


Perjalanan dari Kuala Kedah ke Pulau Langkawi memaka masa selama satu jam setengah


"Sayang,sayang bangun tengok tu" kejut Afizul


Damia yang masih mamai melihat ke arah yang ditunjuk oleh Afizul,serta merta matanya segar


"Itu ke tasik dayang bunting abang?" tanya Damia


"Ya sayang,nanti kita pergi ya" jawab Afizul


Damia nampak begitu teruja melihat pemandangan itu.Sebuah pulau yang seakan akan perempuan mengandung sedang berbaring mengelingini tasik itu.Sungguh menakjubkan!


Setibanya di jeti,Afizul menyewa sebuah kereta untuk memudahkan pergerakkan mereka selama berada di pulau itu


"Abang,Mia rasa tak sabar nak pergi dekat situ" kata Damia


Afizul tersenyum.Tangan Damia yang berada di dalam genggamannya dicium


"Kita check in resort dulu lepas tu kita pergi okey?" kata Afizul


Damia mengangguk teruja


Nampaknya rezeki mereka baik pada hari itu,resort yang mereka booking boleh terus check in.Biasanya resort resort di Langkawi ini hanya boleh start check in pada pukul tiga petang


"Berapa life jacket cik?" tanya penjual itu


"Dua sekali dengan snorkle sekali ya?" jawab Afizul


Selesai mendapatkan barang,mereka hanya menunggu giliran untuk menaiki bot


"Abang,selfie!" kata Damia sambil mengangkat fonnya


"Cantik" kata Damia


Afizul memerhati sahaja gelagat Damia.Damia sangat cantik di matanya dikenakan pula dengan tudung yang berlitupi topi yang kebiasaan perempuan pakai ketika di pulau itu


"Sayang,abang rasa sayang patut simpan topi tu" pesan Afizul


"Kenapa pula?" tanya Damia


"Kalau sayang topi tu baik simpan" jawab Afizul


Damia menturuti sahaja,dia menyimpan topi itu ke dalam bag galas yang mereka bawa.Akhirnya mereka boleh menaiki bot setelah menunggu agak lama.Apabila bot bergerak baru lah Damia tahu kenapa Afizul suruh menyimpan topi yang dipakainya tadi,tudungnya pun sudah berapa kali hendak terbuka.Angin terlalu kuat


"Abang..." rengek Damia,dia menyesal sangat kerana memakai shawl.Kalau tahu begini dia pakai tudung sarung biasa sahaja


Afizul memeluk tubuh Damia,Damia yang dari tadi memeluk lengan Afizul mengeratkan lagi pelukkannya.Setelah lama perjalan mereka singgah di sebuah tempat terubu karang yang sangat cantik


"Mia tengok ni sayang" panggil Afizul,mereka masing masing sudah pun berada di dalam air


Damia terus sahaja menyelam untuk melihat apa yang ditunjuk Afizul


"Wah cantiknya" puji Damia sebaik dia mengangkat semula kepala


"Kan?cantik memang cantik tapi hati hati.Jangan sampai terlanggar" pesan Afizul


Damia mengangguk sahaja.Anok jati Klatei ni boh!Demo dok kenal barei,lagak Damia dalam hati


Tiba tiba tanpa sengaja kaki kanannya tersepak sebuah terubu karang yang besar


"Aduh!" jerit Damia,sakitnya bukan kepalang oi!Dia terincut incut di dalam air

__ADS_1


Afizul yang menyedari hal itu terus mendekati Damia


"Kenapa?" tanya Afizul sebaik melihat air yang berada di sekeliling kaki Damia merah


"Terlanggar terubu karang tu,sakit abang" rintih Damia,dia mula menangis


Afizul terus sahaja membawa Damia ke sisir pantai


"Abang,sakit lah.." rintih Damia lagi sebaik Afizul menekan nekan luka itu


"Abang nak tengok besar mana lukanya sayang" pujuk Afizul


Damia menahan sahaja rasa sakit yang dia alami.Lukanya tidak lah besar mana tapi dalam


Afizul mengilingkan kepala


"Lain kali hati hati tau?Dalam sikit lagi berjahit lah kaki sayang" kata Afizul


Damia menarik nafas lega walaupun rasa sakitnya masih terasa tetapi dia bersyukur kerana tidak perlu dijahit.Cukup lah sekali pengalamannya dijahit ketika lengannya luka parah sewaktu kapal terbang mereka mengalami masalah dahulu


"Macam mana?Nak teruskan ke?" tanya Afizul


"Nak!Mia nak sangat pergi tasik dayang bunting tu" jawab Damia,bila lagi nak dapat peluang ini kan?


Afizul tersenyum,degil betul lah isterinya ini


Destinasi mereka yang seterusnya adalah Tasik Dayang Bunting.Damia adalah orang yang paling teruja di situ namun tidak dengan Afizul


"Abang!Cepat" jerit Damia yang sudah lebih dahulu berada di depan


Namun Afizul tidak merespons.Dia hanya termenung


Damia tidak tinggal diam,dia harus menyelamatkan suaminya dari terus tenggelam dalam kenangan silam


"Abang,abang" panggil Damia sambil menggoncangkan tubuh Afizul


Afizul tersentak dan terus tersedar ke dunia nyata


"Abang,lupakan kenangan lama.Tiba masa untuk abang cipta kenangan baru,dengan orang baru" pujuk Damia lalu dia memeluk Afizul


Afizul terus terkesima


Abang cuba Mia,abang cuba.Azam Afizul dalam hati


Malam itu,mereka keluar berjalan jalan disekitar kawasan berdekatan resort mereka


"Abang rasa nak makan ikan bakar lah,amacam?" tanya Afizul


"Mia ikut je,Mia pun lapar ni" jawab Damia


Mereka bergerak ke kedai Ikan bakar yang terdekat


"Cantiknya view" puji Damia,kedai itu betul betul berada di tepi pantai


"Mia" panggil Afizul lembut,tangan Damia diusap lembut


Damia yang dari tadi memandang ke arah laut terus memandang Afizul yang berada di hadapannya


"Tolong abang?" tanya Afizul


"Tolong apa?" tanya Damia pelik


"Tolong abang keluar dari kenangan dulu abang,abang betul betul tak tahu cara nak lupakan kenangan tu sayang" jawab Afizul


Damia memberi senyuman manis


"Abang tak perlu lupakan kenangan tu sebab kenangan itu adalah sebahagian dari hidup kita,abang cuma perlu terus memandang ke hadapan dan jangan pernah toleh ke belakang.Dalam erti kata lain,abang kena terima apa yang dah terjadi.Kenangan akan kekal sebagai memori dan kenangan juga akan terus mencipta memori dalam hidup kita" kata Damia


Afizul terdiam sejenak,menghadam setiap kata kata Damia


"Mia akan terus mencipta kenangan dengan abang selagi abang tak buang Mia dari hidup abang.Mia akan cuba buat abang keluar dari memori silam abang" sambung Damia lagi


"Terima kasih sayang,terima kasih kerana jadi tulang belakang abang" ucap Afizul terharu


"Mia sayangkan abang,sepenuh hati Mia.Mia nak nama abang ada pada nama anak Mia nanti.Mia tak ada orang lain selain abang,Mia hanya ada abang seorang sahaja" kata Damia,kedua dua tangan mereka telah pun bersatu


"Abang pun janji yang abang tak akan terus hidup dalam memori silam abang.Abang pun nak cipta memori baru dengan orang baru.Damia Aleeya,abang sayangkan Mia" balas Afizul

__ADS_1


__ADS_2