MR.PILOT,MRS.COPILOT

MR.PILOT,MRS.COPILOT
Bab 14


__ADS_3

Pagi terakhir mereka berada di Langkawi itu


"Abang,Mia lapar lah" adu Damia


"Kemas kemas dulu nanti kita pergi makan ya?" kata Afizul


"Abang bungkuskan je lah,Mia tak larat lah nak jalan" balas Damia


Afizul duduk di sebelah isterinya


"Kenapa ni sayang?" tanya Afizul


"Mia tak larat,kaki sakit sangat" jawab Damia


Afizul pandang kaki Damia yang luka akibat terlanggar terubu karang tempoh hari.Teruk juga rupanya,masa kena hari tu tak adalah seteruk itu


"Ye lah,abang pergi bungkus makanan kejap.Kunci pintunya ya?" pesan Afizul sambil bersiap siap untuk keluar


Sebaik sahaja Afizul keluar


"Dio tubek doh boss(Dia dah keluar boss)" kata seorang lelaki yang memakai coat hitam sambil memerhati Afizul dari jauh


"Ikut plan" arah seorang lagi lelaki sebalik telefon


Damia menyambung semula kerjanya.Tiba tiba mesej masuk ke telefonnya,tanpa membuang masa terus dicapai iphone 12 pro max miliknya itu


...Great to see you,honey~A...


A?Siapa A?Bisik hati kecilnya


Tiba tiba otaknya teringat kenangan dulu.Adakah itu dia?Akim.Bekas kekasih lamanya dulu,mereka berpisah akibat Akim ada masalah mental.Tak,tak mungkin dia.Bentak Hati Damia


Tiba tiba pintu diketuk


Damia terus bergerak ke arah pintu,mujur saja hatinya terdetik untuk melihat terlebih dahulu siapa yang datang.Terus cuak mukanya sebaik melihat siapa yang berada di luar biliknya,dengan cemas dia belari ke arah telefon untuk mengubungi Afizul


"Abang!Tolong Mia!" jeritnya apabila panggilan bersambung


"Hey,kenapa ni sayang?" tanya Afizul


"Ada orang cuba pecah masuk bilik kita,tolong Mia.Mia takut" jawab Damia


"Ya Allah,tunggu abang datang.Sayang jangan keluar!" arah Afizul

__ADS_1


Tiba tiba terdengar pintu dipecahkan seraya bunyi jeritan dari Damia


Tanpa menunggu bungkusan makanan siap,Afizul terus belari pulang ke hotel sekuat tenaga.Namun apakan daya,dia terlambat.Sebaik sahaja dia tiba di bilik mereka,tubuh Damia tergelentok di lantai


"Allah,Mia!" jerit Afizul,dia terus mendapatkan Damia


Isterinya dirogol ke?Nampak seakan akan tidak,pakaian Damia masih elok sahaja.Tapi kenapa dipukul?Apa salah Damia?


"Sayang,bangun sayang" kejut Afizul


Tubuh Damia lebam sana sini,pipi Damia juga pecah darah.Dia tidak kuat melihat keadaan Damia tika itu


"Sayang..." rintih Afizul,percutian yang sepatutnya menjadi memori indah kepada mereka tetapi lain pula yang terjadi


Damia tersedar dari pengsannya,kepalanya terasa pening


"Arhh" rintih Damia sambil memegang kepalanya yang pening


"Sayang?" tanya Afizul yang baru sahaja selesai mandi


"Kita dekat mana?Sekarang pukul berapa?" tanya Damia yang masih bingung


"Kita dekat Langkawi lagi,abang sewa bilik lain" jawab Afizul sambil duduk di sebelah Damia


Damia diam sahaja,menahan segala rasa sakit yang ada pada badannya sekarang


"Kita balik esok sayang,abang dah uruskan semua.Hari ni sayang rehat lah dulu" jawab Afizul sambil mengusap kepala Damia


"Maafkan abang sayang,abang lambat" ucap Afizul


"Mia tak salahkan abang pun" balas Damia sambil tersenyum manis


Luluh hati Afizul apabila melihat kesan lebam pada wajah comel Damia.Kenapa?Kenapa orang itu begitu tegar memukul Damia?Seorang wanita...


"Boleh abang tahu siapa yang pukul sayang?" tanya Afizul


Damia mengeluh perlahan


"Dia bekas kekasih Mia,dia sakit mental" jawab Damia


Afizul mengangguk,patut lah.


"Mungkin dia mash berdendam dengan Mia sebab Mia tinggalkan dia" sambungnya lagi

__ADS_1


"Pihak polis akan cuba cari dia.Semua jalan keluar dah diadakan pemeriksaan ketat oleh pihak polis" kata Afizul


"Bagus lah tu,Mia nak dia dapat balasan atas apa yang dia dah buat.Sakit tahu?" balas Damia


Afizul ketawa,menyesalnya dia kerana meninggalkan Damia berseorangan.Sangat menyesal


Pagi berikutnya,seawal sepuluh pagi mereka sudah berada di jeti menunggu feri


"Sayang nak makan nasi briani dulu tak?Sedap nasi briani uncle tu" tanya Afizul


"Nak!" jawab Damia riang


Mereka bergerak menuju ke restoran nasi briani yang terletak di dalam kawasan jeti itu


Betul kata Afizul,nasinya memang sedap!Kalau ikut hati nak saja Mia tambah lagi sepinggan


Selesai makan,mereka menaiki feri untuk pulang ke tanah besar.Setelah lima jam perjalanan,mereka tiba di pengkarangan rumah Dato Hamid


"Ya Allah,Mia kenapa dengan kamu?" tanya Datin Widad yang tampak risau


Damia senyum


"Tak ada apa lah mummy" jawab Damia


"Mana boleh tak ada apa kalau dah lebam lebam macam ni.Heid,kamu pukul Mia ke?" tanya Datin Widad


Terus bulat mata Afizul memandang mummynya


"Agak agak lah mummy" kata Afizul


"Mia isteri angah,tak akan angah nak pukul dia" sambungnya


"Dah tu kenapa lebam lebam?" tanya Datin Widad


"Dia kena pukul masa dekat Langkawi dalam hotel,masa tu angah keluar pergi beli makanan" jawab Afizul


Datin Widad mengilingkan kepala


"Dah pergi naik rehat" arah Datin Widad


Mereka sama sama naik ke bilik


"Teruk sangat ke lebam dekat muka Mia?" tanya Damia sambil membelek belek mukanya di cermin

__ADS_1


"Tak ada lah sayang,semuanya okey je bagi abang.Tak jejas sikit pun kecomelan sayang" puji Afizul sambil memeluk Damia dari belakang


Damia tersenyum malu.Entah bagaimana lah si Akim boleh jumpanya di Langkawi,penat dia larikan diri...


__ADS_2