
Hari ini merupakan hari di mana mereka akan bertolak balik ke Dubai.Afizul yang sedang termenung memandang sepi hot cappucino latte di sebuah cafe
"You dah nak balik Dubai ke?Tak boleh minta cuti ke?Minggu depan majlis pertunangan I" tanya Naura
Afizul tersentak,dia memandang Naura yang sedang memandu di sebelahnya ini
"Tunang?" tanya Afizul
"Yes,I dah nak bertunang Heid" jawab Naura
"Please don't call me with that name again!" tiba tiba Afizul menengking Naura
"Woo,calm down.Don't sound me like that.I'm girl okey!" balas Naura.Dia terlupa pula sejak dia menolak cinta Afizul,nama panggilan Heid sudah tidak boleh dipanggil lagi keranan kata Afizul nama panggilan itu hanya orang yang betul betul cintakan dia sahaja boleh memanggilnya
Nafas Afizul turun naik memandang Naura.Ya memang namanya Afizul Heidry tapi dia tidak mengizinkan sesiapa menggunakan panggilan itu,dia seakan akan mampu mengingat kembali kenangan dia dan Naura jika nama itu disebut
"Asalamualaikum" sapaan Damia menghentikan lamunan Afizul
Afizul senyum kepada Damia
"Waalaikumusalam" balas Afizul
Perlahan lahan Damia melabuhkan punggung di kerusi hadapan Afizul
"Awak okay?Saya tengok macam tak sihat je,muka awak pucat" tanya Damia,sebenarnya dia dari tadi memerhatikan Afizul yang sedang termenung sahaja namun dia takut untuk mendekati
"Saya okay,jangan risau" jawab Afizul seraya memerhatikan jam di tangan
"Kalau awak tak okey bagitahu ya?Saya ada panadol,kita nak berjalan jauh nanti ni" pesan Damia
Afizul hanya merenung muka Damia,kenapa gadis ini terlalu baik dengannya?
Damia yang tidak selesa mukanya ditenung sebegitu terus sahaja menundukkan wajahnya
"Kenapa?" tanya Damia,mukanya sudah merah dek kerana malu ditenung Afizul
"Tak...tak ada apa" tergagap Afizul,malu dia apabila menyedari perbuatannya tadi
"Jom,kita dah nak kena buat checkup ni.Lagi sejam kita akan mengudara" ajak Afizul lu terus berdiri
Damia tarik nafas lalu dihembus.Malu!
__ADS_1
Setelah selesai dia melakukan ground check-list,dia kembali ke cockpit
"Pesawat dalam keadaan baik captain" lapor Damia
"Hurm?" tanya Afizul,dia memandang Damia.Walau dengan memakai kaca mata hitam,Damia masih boleh merasa Afizul sedang merenungnya
"Err...sa..ya cakap pemeriksaan selesai" jawab Damia
Kau dah kenapa Mia!Kenapa kau tak boleh kawal perasaan kau kali ni.Marah hati kecil Damia
Setelah selesai melakukan semua prosedur,pesawat mereka selamat berlepas pulang ke Dubai
"Err capt,can I ask you something?" tanya Damia sebaik sahjaa pesawat ditukar ke mod autopilot
"For sure,why not" jawab Afizul
"Siapa perempuan yang datang jemput capt masa dekat lapangan terbang hari tu?" tanya Damia
Afizul hanya diam
Satu saat.
Tiga saat.
Masih sepi
"Sorry kalau pertanyaan saya terlalu privacy" kata Damia,dia kembali menghadap kaca pesawat.Keadaan di luar gelap gelita dek kerana cuaca yang kurang baik namun masih terkawal
"Dia kawan saya" jawab Afizul,masih setia memandang luar pesawat
Damia menganggukkan kepala
"Tapi saya tak pernah anggap dia sebagai kawan" kata Afizul tiba tiba
"Maksud capt?" tanya Damia
"Dulu,dia lah segalanya bagi saya.Saya lah yang sentiasa ada dengan dia waktu dia susah dan senang tapi dia tidak pernah menganggap saya lebih daripada kawan.Dia lebih memilih seorang lelaki yang baru saja dia kenali lebih dari saya" cerita Afizul
Damia hanya mengangguk,dia tidak tahu apa yang patut dia balas
Afizul ketawa kecil
__ADS_1
"Saya minta maaf,saya tak tahu kenapa saya cerita semua ni pada awak" kata Afizul
"Eh tak apa,saya sudi jadi pendengar setia awak" balas Damia
Afizul mengalihkan pandangannya ke arah Damia
"Sejak dia reject saya,saya minta kerja dengan syarikat Emirates sebaik sahaja saya graduated.Saya dah jarang pulang ke Malaysia sejak kejadian tu,Malaysia umpama tempat yang akan memutarkan pita memori saya dengan dia.Saya masih tak kuat hadapi tu" luah Afizul lagi
"Saya tak ada di tempat awak tapi saya faham perasaan sukar untuk melupakan seseorang tu.Bagi saya,awak dah tak perlu larikan diri dari Malaysia lagi.Kadang kadang ada sesuatu perkara yang kita terpaksa hadap walaupun ia menyakitkan sebab itu sudah tertulis untuk kita" balas Damia,dia cuba memahami lelaki yang disebelahnya ini
"Betul kata awak Mia,mungkin saya rasa hidup saya dah cukup teruk tapi ada orang yang lagi teruk dari saya.Saya masih bersyukur kerana ada family yang sentiasa support saya tapi untuk pulang menetap di Malayia saya masih tidak sedia" kata Afizul
Tiba tiba alarm di cockpit berbunyi.Terus sahaja kedua pilot itu memeriksa pesawat
"Perubahan angin yang mendadak capt,pesawat hampir kehilangan daya terbang tapi mujurlah mod auto pilot dapat mengawal" lapor Damia
Afizul mengurut dada,lega dia
Setelah lama terbang di udara akhirnya mereka mendarat di Dubai
"Macam mana?Cemas?" tanya Afizul sambil ketawa
Damia menjeling Afizul
"Mana tak cemas,rasa nak pitam saja tadi" jawab Damia
"Awak kene biasakan dengan keadaan macam tu,ianya bila bila masa sahaja" pesan Afizul
"Jom jalan jalan?" tanya Afizul
Damia mengangkat sebelah kening
"Jalan jalan mana?" tanya Damia
Afizul tersenyum,terus sahaja dia berjalan ke depan supaya Damia mengikutnya dari belakang
Sehari itu mereka sangat bahagia,kebahagian mereka terbawa sehingga ke dalam whatsapp sebaik sahaja masing masing pulang ke rumah
"Arh!" jerit Damia riang,dia menggelepar di atas katil sebaik sahaja mendapat wish good night dari Afizul
Insyaallah satu hari nanti,dia pasti akan meluahkan rasa pada Afizul tapi...dia ada satu masalah besar.Takut!Dia sangat takut dengan kenyataan yang mungkin Afizul akan menolak cintanya.Biar lah dia hanya mencintai dalam diam sahaja,buat masa ini...yups!Buat masa ini
__ADS_1