
Damia baru sahaja pulang dari Rusia,badan dihembaskan ke atas sofa
"Allah,letihnya" adu Damia seraya menggeliat,membetulkan semua urat urat yang ada pada badannya
"Amboi cik Damia Aleeya,balik salam pun tak bagi" bebel Afizul yang sudah tercegat di hadapan Damia sambil menangkat kening sebelah
"Eh abang ada dekat rumah ke?" tanya Damia sambil bangun dari tidurnya
Tangan Afizuld dicapai lalu dikucup lembut
"Ada je tengah kemas kemas bilik kita tadi" jawab Afizul
Damia tersengih
"Mia letih lah abang.." rengek Damia manja
Afizul duduk di sebelah Damia,pinggang isterinya di peluk
"Sayang rehat dulu,nanti petangkita keluar jalan jalan tau?" kata Afizul
"Betul ke abang?" tanya Damia
Afizul mengangguk sambil tersenyum
"Mia rehat dekat bilik kita ya?" Damia meminta izin
Afizul mengiyakan.Damia bangkit lalu terus ke atas,badannya benar benar penat.Bertolak dari Rusia tengah malam semalam,pagi ini baru tiba di Dubai
Tiba tiba loceng pintu berbunyi,Afizul terus bergerak ke arah pintu
"Hye Heid!" sapa Naura riang
"Naura?!" terkejut Afizul
"Yeah,it's me Naura" kata Naura
"You buat apa dekat sini?" tanya Afizul,dia tidak senang dengan kehadiran Naura di rumahnya meningat apa yang telah terjadi kepada Damia
"I nak ajak you teman I jalan jalan dekat Dubai ni,I tak ada partner dekat sini and I newbies di sini" jawab Naura
Afizul tersenyum sini
"Airil mana?" tanya Afizul sinis
Mulut Naura terlopong mendengar hal itu
"Heid!Are you serius?" tanya Naura,kecewa dengan sikap Afizul
"What?" naif Afizul
"Don't talk about him again!" marah Naura
"I miss the part where is my problem" kata Afizul
"It's better you go before my lovely wife know you are here" amaran Afizul
"So what?" tanya Naura
"Maybe hanya jasat you yang akan pulang ke tanah air" jawab Afizul penuh makna
__ADS_1
"Heid,jangan bat macam ni dekat I.Bagi I peluang please?" pinta Naura sambil cuba memegang tangan Afizul namun laju saja ditepis Afizul
"Hati I hanya untuk isteri I,kouta dah penuh!" balas Afizul lalu menutup pintu rumah
Berpaling sahaja ke belakang dia dikejutkan dengan Damia yang berdiri di belakangnya
"Ya Allah sayang ni,terkejut abang" kata Afizul
"Dah lama ke dekat situ?" tanya Afizul
"Since you start talking with her" jawab Damia datar
"Great" kata Afizul gembira
Damia memandang Afizul pelik
"Kenapa great?" tanya Damia
"Sekurang kurangnya sayang dah nampak sendiri bahawa abang memang dah tutup hati abang untuk Naura" jawab Afizul
"But she's not" kata Damia
"Percayalah,Naura akan jumpa lelaki lain nanti.Pegang kata kata abang ni" balas Afizul sambil mencuit pipi Damia
"Dah jom,abang temankan sayang dekat atas" pujuk Afizul
Damia mengangguk,walau dengan badan yang penat Damia tetap mengagahkan diri turun ke bawah tadi
Damia dikejutkan dek kerana deringan telefon bimbit milik Afizul,matanya dibuka perlahan.Eh?Afizul pun tidur,tadi kata nak teman.Last last teman tidur sekali
"Abang,telefon abang bunyi tu" kejut Damia
Damia mengambil telefon Afizul,laju dia mengangkat telefon sebaik melihat nama Naura terpampang di skrin telefon
"Heid,sampai hati you tutup pintu macam tu je tadi.You tak sayang I ke?" kata Naura sebaik panggilan bersambung
"Waalaikumusalam" perli Damia
"Ouh you,Heid mana?Kenapa fon dia ada dekat you" tanya Naura
Damia terlongo,macam mana fon ni boleh ada dekat dia?Sah sah kerana dia isteri Afizul!Dah tak betul agaknya minah ni lepas putus tunang
"Saya isteri dia,sepatutnya saya yang tanya awak kenapa call suami saya.Dah tak ada maruah ya?Nak kacau laki orang" sembur Damia tak berlapik
"Amboi!Mulut you...bertudung tapi mulut busuk!" balas Naura
"Ini bukan soal penampilan saya tapi soal cik Naura yang sedang menganggu rumah tangga saya sekarang" kata Damia
"I just nak Heid,I sedar I dah kehilangan dia.Please Damia,kembalikan Heid pada I" rayu Naura
Sekali lagi Damia tak percaya dengan Naura.Apa benda yang sedang bermain di otak gadis itu?
"Harap maaf permintaan anda ditolak,Afizul milik saya.Milik Damia" kata Damia lalu terus memutuskan panggilan
"Hey!Hello?" kata Naura sebaik panggilan terputus
"Kurang ajar minah ni letak macam tu je fon" marah Naura
Petangnya...
__ADS_1
Afizul dan Damia keluar jalan jalan di sebuah mall
"Abang,Mia nak tudung baru boleh?" tanya Damia
"Of course can honey" jawab Afizul sambil mengeyit mata
Damia bersorak riang lalu terus menarik tangan Afizul menuju ke sebuah kedai tudung yang terletakdi mall itu
"Ouh wow,tak sanga boleh jumpa di sini" tegur seseorang sebaik sahaja mereka keluar dari kedai tudung itu
"Jangan ganggu boleh tak?" marah Damia seraya menarik tangan Afizul untuk pergi
"Hey!" panggil Naura,dia terus menarik tangan Damia kuat menyebabkan pegangan tangan Damia dan Afizul terlepas
"Naura!I pun tak pernah berkasar macam tu dekat Damia tahu?" marah Afizul,kedua dua bahu Damia di gosok lembut
Damia pula memegang pegelangan tangannya yang terasa sakit akibat tersentak ketika Naura menarik tangannya tadi
"Itu you,ni I" kata Naura
"Boleh tak kau berhenti ganggu kami?!" suara Damia naik satu oktaf,terus Afizul menenangkan isterinya kerana sedar mereka di tempat awam
Akibat suara Damia yang kuat tadi,ia menarik perhatian dua orang pengawal di mall itu.Pengawal itu mendekati mereka
"Asalamualaikum" sapa pengawal itu
"hal kulu shay' ealaa ma yurami?(semua okay ke?)" tanya pengawal itu
"La!(tidak!)" jujur Damia
Afizul memandang ke arah Damia
"hawalat hadhih almar'at 'iizeaj manziliin(Perempuan ni cuba ganggu rumah tangga saya)" sambung Damia lagi
Dua orang pengawal keselamatan itu terus memandang tajam Naura.Memandangkan undang undang di Dubai ini mengikut syariat Islam,menganggu rumah tangga orang boleh disabitkan kesalahan
"What?" tanya Naura pelik,dia tidak faham apa yang dicakap Damia
"Miss,you need to get out from this mall now" jawab pengawal keselamatan itu
"Why?" tanya Naura pelik
Dia memandang ke arah Damia tajam
"Baik you keluar sebelum you disabitkan kesalahan,kita bukan di Malaysia ni Naura" amaran Afizul
Naura menurut sahaja,sekarang dia faham.Dia di negara Islam,tak bebas seperti Malaysia
Sebaik sahaja Naura dibawa keluar oleh pengawal.Damia menghembus nafas lega
"Mia ingatkan abang nak marah Mia tadi" jujur Damia
"Kenapa pula?' tanya Afizul
"Yelah sebab bagitahu hal sebenar dekat security tu" jawab Damia
Afizul ketawa sahaja
"Benda betul buat apa abang marah" kata Afizul
__ADS_1
Damia tersenyum lega,padan muka Naura.Orang sebegitu layak diajar cara beradab