
Ching An yang sedang seronok makan makanan enak di hadapannya tiba-tiba mejanya dihempap orang.
"Heh jalang!!!Kenapa kau mengacauku!!".
Suara berat seorang lelaki kedengaran di telinga Ching An.Ketika Ching An melihat ke arah suara itu rupa-rupanya itu adalah lelaki yang melayani selir Mo semalam.Lelaki itu dapat mencari Ching An kerana dia melihat sosok Ching An sama dengan orang yang menendang pintu kamarnya semalam.Ching An berdiri dan membuka cadarnya .Terlihatlah wajah cantik Ching An yang menggoda pandangan.Disebabkan tempat makan yang dipilih Ching An tempat yang kosong dan sunyi jadi tiada terlalu ramai orang di tempat makan dia sekarang ini kerana kebanyakan orang memilih untuk makan di tingkat yang lebih atas disebabkan pandangan di luar tingkap yang sangat indah.Lelaki itu terpana akan kecantikan Ching An hingga meneteskan air liurnya.
"Hey lelaki tampan ..ingin bermain denganku??"
Ucapan Ching An dengan nada menggoda.Lelaki itu dengan cepat mengangguk.Kemudian Ching An tersenyum puas.Ching An berjalan meninggalkan tempat itu memandangkan makanannya sudah habis.Lelaki itu mengikuti Ching An tanpa disedari kerana terlalu memandang mata indah Ching An.Hingga tanpa disedarinya ,dia sedah mengikuti Ching An hingga ke suatu tempat yang mempunyai sebuah tasik yang luas dan sangat indah.Ching An berjalan ke arah pinggir tasik dengan perlahan agar lelaki itu mengikutinya.Dia menggunakan elements anginnya untuk membawa lelaki itu sementara dirinya menggunakan ilmu peringan tubuh.Ketika lelaki itu mendekatkan wajahnya ke wajah Ching An ,dia menolak tubuh lelaki itu menggunakan elements anginnya hingga lelaki itu jatuh ke dalam tasik yang amat dalam itu.Lalu agar memastikan lelaki itu banar-benar tenggelam,Ching An menggunakan elements airnya untuk menekan lelaki itu hingga ke dasar tasik.Setelah lelaki itu tidak bernyawa dan sudah tenggelam ke dasar tasik ,Ching An beralih ke belakang dan tersenyum puas.Dia memasangkan cadarnya kembali.Seketika Ching An tidak sedar seekor binatang memandangi dia dengan tatapan buas.Ching An duduk di atas batu yang agak besar yang berada berdekatan tasik itu.Ketika itulah binatang tadi muncul di hadapan Ching An .Rupanya -rupanya itu adalah seekor serigala bulan yang dicari-cari orang untuk dibuat haiwan kontrak.
__ADS_1
Ching An yang terkejut sudah siap-siap memasang kuda-kudanya.
"Wahai gadis yang berani..Tenanglah..Aku hanya ingin berbincang denganmu.."
Suara serigala itu sangat garau dengan nada yang tegas.Ching An hanya duduk kembali ke arah batu yang dia duduk sebentar tadi.
Di sekeliling serigala itu kemudian muncul bentuk-bentuk aneh apabila serigala itu menutup mata birunya.Tiba-tiba setelah serigala itu membuka matanya seutas rantai bulan yang mempunyai bulatan kecil dan gambar serigala yang mendongak di dalamnya di tengah bulan itu muncul di leher Ching An.
__ADS_1
Ching An yang merasakan sesuatu yang aneh di lehernya meraba lehernya dan merasakan rantai itu di situ.
"Itu adalah tandanya aku haiwan kontrak mu.Hanya kau yang boleh melihatnya."
Ching An hanya mengangguk kecil dan bertanya kepada serigala itu.
"Apa namamu??"
__ADS_1
Serigala memandang mata abu milik Ching An .Kemudian mata yang dipenuhi kegarangan tadi tiba-tiba bertukar menjadi tatapan kesedihan.