QUEEN EVIL

QUEEN EVIL
QE 20


__ADS_3

Uncang itu kemudiannya perdana menteri Li mengambil sesuatu di dalamnya.


"An'er..Ambillah ini.Ini kepunyaan nenek moyangmu dahulu.Ini adalah warisan turun-temurun dari keluarga ayah.Kamu ambillah."


Ching An menghentikan aktiviti minum teh nya dan mengambil jed itu daripada ayahnya.Ya,itu adalah sebuah jed hijau yang kelihatan antik.



Kemudiannya Ching An meneliti jed itu dan ternyata jed itu masih kelihatan bersih dan sangat cantik walaupun sudah disimpan buat masa yang lama.Kemudiannya ayahnya Ching An menyambung perkatannya tadi.


"Ini pula kepunyaan ibumu.Ibumu selalu mengenakan ini tak kira di mana pun."

__ADS_1



Ching An mengambil itu juga dan ketika Ching An melihat dua-duanya secara bersamaan ,itu kelihatan sangat bersinar dan sangat cantikChing An tersenyum tanpa sedar.Perdana menteri Li memberi Ching An sebuah uncang untuk meletakkan kedua-dua barang itu ke dalamnya.



Ching An meletakkan kedua-dua barang itu di dalam uncang itu dengan bersamaan lalu Ching An menggantungkan uncang itu ke ikatan pinggangnya.Lalu Ching An menyudahkan minumannya.


Ayahnya tanpa membuang masa memanggil Gu'er dan apabila Gu'er melihat nonanya ,Gu'er terus berlari ke arahnya untuk memeluk dirinya.Setelah mereka berpeluk-pelukan mereka semua berbual rancak seperti sebuah keluarga yang harmonis.Setelah itu Gu'er meminta diri dan kembali ke kediaman pelayannya.Ketika Ching An ingin pergi,ayahnya menariknya dan memeluknya bagaikan tidak mahu melepaskannya.


"An'er....Ingatlah...Walau apapun yang terjadi..Kamu harus sentiasa mengingati ku dan ibu mu..."

__ADS_1


Nada yang digunakan perdana menteri Li dipenuhi dengan kesedihan dan berbunyi lirih.Air matanya tanpa sedar turun dengan laju.Ching An memeluk ayahnya kembali dan berkata.


"Iya ayah....Anak mu ini akan sentiasa mengingati mu dan ibu..An'er sayangggggg kepada ayah ku ini dan juga ibu ku..."


Sebelum pergi ayah Ching An iaitu perdana menteri Li mencium dahinya dan Ching An kembali menyium pipi ayahnya.Ketika Ching An ingin pergi dia melambaikan tangannya.Perdana menteri Li tersenyum dan senyumannya sangat manis dan cerah.Itu membuatkan hati Ching An berasa hangat.Ching An senyum kembali dan senyuman itu senyuman yang sangat manis.Ketika dalam perjalanan ke kediaman penginapan Ching An ,dia lupa untuk menanyakan ayahnya tentang keluarga ibunya.Ketika dia berpatah balik ke kediaman Li ,Ching An mengeluarkan air mata jernih yang dipenuhi kejutan dan kesedihan.


"AYAH!!!!!GU'ER!!!!!"


Ketika Ching An berpatah balik ke kediaman Li,dia melihat kediaman Li dipenuhi api merah yang besar menjilati kediaman Li.Ching An ingin menorobos masuk ketika mengingatkan ayahnya dan Gu'er,pelayan peribadinya tetapi dihalangi oleh Baize dan Yue.


"An'er!!!Jangan pergi!!!Itu adalah api spiritual yang besar!!Kau boleh mati jika kau menorobos masuk sebegitu sahaja!!!"

__ADS_1


Yue menjerit apabila melihat keadaan Ching An yang bagaikan kehilangan akal.Baize dan Yue memegang kedua -dua tangan Ching An.Ching An yang bagaikan orang gila menyebabkan Baize menekan titik ekupuntur dilehernya dan membuatkan Ching An pengsan.Yue membawa masuk Ching An ke dalam cincin ruang manakala Baize mencuba untuk menorobos masuk ke dalam api spiritual yang besar itu untuk mencari ayahnya Ching An dan Gu'er pelayan peribadi Ching An.Baize adalah seekor burung phoenix api legenda.Jadi api spiritual yang besar itu,tiada apa-apa baginya.


__ADS_2