QUEEN EVIL

QUEEN EVIL
QE 19


__ADS_3

Ching An yang melihat serigala itu kesedihan menjadi hairan lalu menanyakan kepada serigala itu.


"Apakah kau tiada nama??Jika kau masih tiada nama...aku boleh memberikan nama untukmu???"


Serigala itu kemudiannya gembira dan melolong.Kebetulan waktu itu adalah waktu malam.Kekuatannya menjadi kuat akibat Qi yang berkumpul dengan banyak di waktu malam.Kerana itulah orang -orang memanggilnya serigala bulan.Ada juga orang yang memanggilnya serigala bulan malam kerana lebih suka mengumpul Qi di waktu malam.Serigala kemudiannya mengangguk.Ching An hanya menggeleng-gelengkan kepalanya.Dia berfikir seketika untuk nama serigala bulan itu.Ching An kemudiannya tersenyum.


"Jika kau perempuan...namamu akan menjadi Yue dan jika kau sebaliknya....namamu akan menjadi Xin..Bagaimana???"


Cadangan Ching An membuatkan serigala itu mengguk kemudiannya berubah menjadi seorang gadis yang kelihatan muda berpakaian elegan dengan warna biru gelap dan berambut hitam dan matanya berwarna biru terang.Di lehernya pula jelas terlihat tanda bulan sabit yang kecil tetapi sangat jelas.

__ADS_1


"Terima kasih master.Mulai sekarang namaku akan menjadi Yue."


Ching An yang sedang terkejut mengawal kembali eksperasinya.Ching An kelihatannya mengangguk.Tiba-tiba Baize keluar dan bertukar menjadi seorang lelaki tangguh berambut merah muda dan matanya berwarna oren.


"Baize??!!"


Teriakan Ching An hanya dibalas senyuman manis Baize.Yue yang melihat kemunculan Baize yang tiba-tiba sempat terkejut dan kemudian berpaling ke tepi kerana mukanya sedang merona merah.Ching An menyedari itu dan tersenyum jahil.


Baize pula tersipu malu kerana Ching An memujinya tampan tetapi setelah sedar apa yang diucapkan Ching An ,Baize mengalihkan perhatiannya ke arah Yue.Tetapi ketika Baize mengalihkan perhatiannya ke arah Yue,tanpa sedar mata mereka berdua bertembung.Selepas itu mereka berpusing kembali ke arah yang berlawanan.Muka mereka sudah menjadi merah akibat kejadian tadi.Ching An terkekeh perlahan.

__ADS_1


"Oh...Perkenalkan ,ini Baize.Baize...ini Yue.."


Ucapan Ching An menyedarkan mereka dari lamunan kembali.Baize hanya membalasnya dengan deheman manakala Yue mengangguk sambil tersenyum.Ching An kemudiannya menyuruh mereka berdua memasuki cincin ruang tetapi Yue menjelaskan kekuatan rantai bulan itu tadi sebelum memasuki cincin ruang.Setelah Yue menjelaskannya dan Baize dan Yue memasuki cincin ruang.Sekarang Ching An tahu kegunaan rantai bulan itu.Di dalamnya mempunyai kekuatan yang membolehkan Ching An memanggil bantuan daripada serigala-serigala lain seperti serigala matahari dan serigala spirit.Disebabkan serigala matahari dan serigala spirit sudah hampir tiada di antara benua akibat pemburuan,Yue memutuskan untuk mengumpul semua serigala matahari dan spirit yang masih ada di dalam rantai itu.Ching An boleh menggunakan kekuatan daripada rantai itu jika memerlukannya.Sekarang Ching An bertolak pulang untuk menemui ayahnya.Ketika dia sampai di kediaman ayahnya,dia melihat ayahnya sedang meminum teh di gazebo kecil yang berada di halaman rahsia milik ayahnya.Hanya dia dan ayahnya tahu akan keberadaan halaman rahsia itu.


"Ayah!!!"


Ching An memeluk ayahnya dari belakang seperti biasa.Ayahnya hanya tersenyum apabila mendapat pelukan hangat daripada Ching An.


"An'er .....Kau pergi ke mana sahaja??"

__ADS_1


Ching An hanya duduk di hadapan ayahnya dan tersenyum nakal.Ching An menuang teh di dalam cangkir tanpa rasa bersalah.Tiba-tiba ayahnya mengeluarkan sesuatu seperti uncang dan memberikannya kepada Ching An.


__ADS_2