QUEEN EVIL

QUEEN EVIL
QE 22


__ADS_3

Ching An tersenyum lembut memandangi muka penuh pertanyaan Baize dan Yue.Baize dan Yue pula senang dapat melihat senyuman lembut pada muka Ching An semula.


"Aku mempunyai tugas untuk kalian berdua.Apakah kalian bersedia??"


Mendengar pertanyaan Ching An ,Baize dan Yue membungkuk dan berkata dengan tenang.


"Kami bersedia menerimanya!!"


Jawapan tegas daripada Baize dan Yue memuaskan hati Ching An dan dia memulai percakapan yang serius.


"Baize.Aku memberikan mu tugas yang pertama iaitu siasat siapa yang terlalu berani membakar kediaman Li dan menyebabkan kematian Gu'er dan ayahku."

__ADS_1


Baize yang menerima arahan membungkuk dan tangannya digenggam di antara satu sama lain lalu Baize mengangguk kecil.


"Yue.Tugas mu pula ialah mencari keluarga ibu ku atau lebih tepat nya mencari keberadaan kakek dan nenek yang merangkap kepada ibu bapa ibu ku.Jika tentang keluarga pihak ayahku sudah lama mati.Jadi kau hanya perlu mencari keberadaan keluarga ibu ku.Paham??"


Penjelasan panjang Ching An menyebabkan Yue memerlukan sedikit masa untuk mencerna nya.Setelah memahami penjelasan dia ,Yue melakukan perkara yang sama yang dilakukan Baize sebentar tadi.Senyuman manis kembali muncul menghiasi muka cantik Ching An.


"Baiklah.Tugas kalian bermula pada hari esok.Aku mempercayai kalian."


Ketiga-tiganya tersenyum kepada masing-masing.Sekarang,tujuan Ching An hanya untuk membalas kematian ayahnya dan Gu'er .Serta Ching An masih ingin kasih sayang keluarga.Akan sangat bagus jika dia mempunyai seorang kakek.Itu akan menggembirakan hatinya.Setelah mereka membincangkan perkara itu,Ching An keluar dari cincin ruang untuk mengemas pakaian-pakaian nya kerana sudah cukup hari baginya di rumah penginapan.Dia hanya memilih untuk memakai pakain lelaki yang berwarna ungu muda campuran lingkaran putih di sekeliling nya.Cadar putih nya tidak pernah dilupakan.Rambutnya pula diikat sepenuhnya tetapi meninggalkan sedikit helaian rambut di tepi pipi halus nya untuk menambahkan kesan yang mempesona.


Pertanyaan yang keluar dari mulut Yue membuatkan Ching An berpikir seketika.

__ADS_1


"Emmm..Terserah..Tetapi jika kita hendak meninggalkan kerajaan ini ,kita harus menemukan keberadaan keluarga ibu ku dahulu.Sekarang..kita hanya perlu bersenang-senang."


Jawapan Ching An mengatakan itu dan akhirnya senyum di balik cadarnya.Baize dan Yue yang mendengar hanya tersenyum sambil menggeleng-gelengkan kepala mereka.Baize dan Yue diarahkan keluar kerana mereka juga bosan hanya terkurung di dalam cincin ruang.Akhirnya mereka berdua berdiri di hadapan sebuah rumah atau lebih sesuai dipanggil istana.Bentuk dan dekorasi-dekorasinya seperti sebuah istana yang mewah.Di atasnya tertulis sebuah perkataan besar berbunyi ( PAVILLIUN EMAS ).Namanya sahaja sudah menggambarkan keadaan paviliun ini.Jika benar-benar dikira ,paviliun ini mempunyai lima tingkat.


"Paviliun apa ini??Yue??Baize??Ada sesiapa tahu??"


Pertanyaan Ching An dijawab dengan gelengan Baize dan Yue .Ching An melepaskan nafas kasar seketika.


"Sudahlah...Lebih baik kita mencari tahu di dalam sahaja."


Yue mengatakan itu dan menarik Baize dan Ching An ke dalam paviliun itu.Sebaik sahaja masuk, mereka bertiga melihat ramai orang berkumpul di semua tempat dan kadang kala berteriak tidak jelas.Yue melihat ke arah satu kumpulan dan memberitahu Ching An.

__ADS_1


"An'er..Melihat dari cara mereka...Rasanya ini paviliun untuk perjudian...."


Bisik Yue kepada Ching An dan Baize setelah melihat sekumpulan orang berjudi dan bertaruh.


__ADS_2