
Yue mengatakan sesuatu dan Ching An hanya mengangguk.
"Nanti sahaja..Buat masa sekarang kita masih mencari keluarga ibu An'er kan??"
Baize mengangguk berserta Ching An.Mereka meneruskan perjalanan mereka sehingga ke sebuah tempat tanpa disedari mereka.
Selepas menyedari mereka berjalan tanpa tujuan mereka baru menyedari di mana mereka sekarang.
__ADS_1
"KYAAA!!!!!"
Yue dan Baize yang terkejut akan jeritan kegembiraan Ching An hanya mampu menutup telinga.Tempat itu dikelilingi cahaya kerana kunang-kunang kecil yang dipanggil light bug iaitu kunang-kunang yang mempunyai cahaya putih.Ching An memasuki ke dalam sungai kecil itu.Disebabkan paras air nya hingga ke paras lutut Ching An,dia berjalan melompat-lompat ke sana -sini.Sambil itu ,dia memainkan air-air itu dengan tangannya .Ching An berpusing menari di dalam air sehingga ikatan rambutnya terlepas dan cadarnya terbang entah ke mana.Kunang-kunang yang tadi turut ikut menari.Ching An dengan menutup matanya dan senyuman nya yang manis .Sedangkan Baize dan Yue terpinga-pinga akan perubahan sikap Ching An beberapa hari ini.Tetapi mereka berdua turut berasa gembira.Sekurang-kurang nya Ching An tidak terlalu sedih akan kematian ayahnya dan Gu'er.
"Baize!!Yue!!Marilah!!!"
Teriakan Ching An kepada Baize dan Yue agar mereka berdua menyertai nya untuk mandi di situ.Baize dan Yue hanya menggeleng kerana mereka hanya ingin berehat sahaja di batuan-batuan besar itu.Mereka berdua kemudiannya tiba-tiba terlelap dengan keadaan nya bersandar akan satu sama lain.Ching An hanya memandangi mereka yang sedang tidur sekilas dan menyambung bermain air.
Gumaman Ching An sambil menutup matanya .Ching An yang tidak menyadari baju nya sudah basah kuyup akibat bermain air di situ.Bentuk tubuhnya yang langsing jelas terlihat.Air kolam membasahi tubuhnya di mana-mana.Ching An kemudiannya menyedari sesuatu.Ching An berpura-pura sakit kepala dan ingin berpura-pura jatuh.
__ADS_1
"Aah...Sa..sakit nya...Ah!!!"
Ketika Ching An ingin jatuh,matanya tidak lupa untuk ditutup.Baize dan Yue yang masih tidur kerana asap kabut mulai menyelimuti tempat itu tidak menyedarkan diri.Sewaktu Ching An ingin jatuh dan kepalanya hampir menyentuh sebuah batu yang besar, tangan kasar seseorang meraih kepala Ching An dan menahannya daripada jatuh ke atas batu besar tetapi tajam itu.Ching An menyipitkkan matanya untuk melihat siapa yang berani menyebarkan bubuk penidur di sekeliling tempat ini.Ching An menahan nafasnya untuk seketika.Apa yang dilihat Ching An adalah wajah seseorang dekat dengannya dan helain rambut putih terjatuh ke atas muka lembut Ching An.
"Rupa-rupanya setelah dilihat lebih dekat...Wajahmu sangat cantik dan lembut.."
Kata orang itu sambil menyingkirkan rambut-rambut putih yang tadinya jatuh ke atas muka Ching An.Jari besarnya yang kasar menyentuh muka Ching An dengan lembut dan meletakkan Ching An ke sisi Baize dan Yue.Orang itu mengambil tangan lembut Ching An dan meletakkan sesuatu di dalamnya.
"Hadiah kecil yang khas dari ku."
__ADS_1
Selepas mengucapkan itu,orang itu terus pergi meninggalkan Ching An ,Baize dan Yue.Tidak lupa untuk menghilangkan bubuk penidur di sekeliling tempat itu.