
Selepas memastikan orang itu benar-benar pergi Ching An membuka mata nya dengan perlahan-lahan dan memandangi sekitar.
"Bubuk itu sudah hilang.Jika bubuk itu masih tidak hilang ,sudah lama aku memaki -hamunnya!!!Hummpphhtt!!"
Ching An melihat ke arah tangannya dan melihat segelang tali kecil berada di dalam genggamannya.
Ketika Ching An melihat itu dia menjadi berasa mengesal kembali.Kerana apa?Di mata Ching An ,itu hanya segelang tali kecil yang menyemakkan mata!Dia sudah mempunyai dua buah gelang daripada mendiang ayahnya dan juga mendiang ibunya.Jadi,dia tidak usah memakai gelang-gelang yang menyusahkan lagi.
"Hanya gelang??Jika aku berjumpa orang itu,akan aku menghiris habis-habisan mukanya!!"
Ketika Ching An mengangkat tangan dan berniat untuk membuang gelang tali itu,tiba-tiba tali gelang itu yang terjuntai di bawah itu berjalan melingkari pergelangan tangan Ching An.Sekarang gelang tali melekat sempurna di pergelangan tangan Ching An.
__ADS_1
"Aduh...Kenapa aku tidak boleh membuangnya??!!"
Dia tidak dapat membuang gelang itu dari tangannya.Keluhan nafas kasar kedengaran dari Ching An.Sedangkan Baize dan Yue sudah bangun dan memegang kepala mereka keraan sakit kepala akan bubuk tidur tadi.Ching An menyembunyikan gelang itu di balik lengan baju nya.
"Tiada apa-apa.Ah..Mari kita masuk ke dalam cincin ruang..Aku ingin menukar bajuku..Aku sudah basah-kuyup ini.."
Mereka tanpa membuang masa memasuki cincin ruang.Ching An sudah siap mandi dan memakai pakaian bersih.Pakaian yang dikenakannya berwarna merah jambu bercorak bunga lotus di pinggang rampingnya.Rambut basahnya yang sudah panjang hingga ke bawah punggung di biarkan terurai.Rambut halus yang berada di sebelah kanan dan kiri wajahnya diikat ke belakang.Bibirnya di warnakan sedikit pewarna merah dan corak bunga teratai yang berada di tengah-tengah kening nya diwarnai agar menambahkan pesona kecantikan nya.Mereka semua yang kelelahan tertidur hingga keesokan pagi nya.
"Ergh...Hah..Malas sungguh untuk mandi ..Lebih baik aku mandi air panas ..Aku akan bertanya kepada Biaze dahulu.."
"Baize ...Emmmm..Apakah di sini ada kolam air panas??"
Tanya Ching An kepada Baize yang sedang bersandar di bahu Yue.
__ADS_1
"Eh..An..An'er..Tentu sahaja ada..Hehehe.."
Baize kemudiannya mengucapkan beberapa perkataan yang tidak di mengerti Ching An dan muncullah sebuah lubang portal.
"Masuklah..Jika kau sudah mandi,kau tinggal memanggil namaku sahaja.."
Kata-kata Baize memecahkan lamunan Ching An.Dia memasuki portal itu.
Kolam itu seperti air terjun yang Ching An mandi semalam.Tanpa memikirkan apa-apa ,Ching An menanggalkan ikatan rambutnya dan melepaskan pakaian nya.Disebabkan pakaian yang dipakai nya ialah baju tidur dan mempunyai dua lapis sahaja.Ching An memasukkan kakinya terlebih dahulu ke dalam air.Sejuk dan juga panas.Rasa yang bercampur.Paras kolam air panas itu hanya sehingga ke bahagian dada Ching An.Dia menutup mata nya dan menahan nafasnya lalu menyelam ke dalam air.Ching An muncul di permukaan air kembali dan mengambil nafas kembali.
"Hah...Ini sangat segar..."
__ADS_1
Ching Na berenang-renang di kolam air panas itu dan kembali dengan memanggil nama Baize kemudiannya bersiap-siap memakai pakaian berwarna merah kekuningan.Rambutnya di ambil sedikit demi sedikit diikat menjadi bentuk kecil di atas kepalanya.Bibirnya ditambah pewarna merah.Ching An melukis kembali corak bunga teratai nya agar dapat dilihat.