
Ching An yang mendengar itu menghentikan aktiviti makan nya dan kembali menatap Baize.
"Maksud mu??"
Baize membuat air muka serius dan menyuruh Yue untuk mendengar penjelasan nya sekali.
"Keluarga ibu mu tinggal jauh di benua Dil dan benua Dil ditempati oleh kerajaan Luo.Hanya itu yang aku dapati setelah menyiasatnya."
Ching An memegang dagunya dan mengangguk-ngangguk mendengar penjelasan Baize.
"Jadi...Tunggu apa lagi??Marilah kita ke sana!!"
Mereka menghabiskan makanan mereka dan mula bergerak mengemaskan barang.Setelah itu,mereka melanjutkan perjalanan mereka untuk ke benua Dil .Mereka ingin tiba ke benua Dil dengan cepat.Makanya ,mereka menggunakan kekuatan dalaman Chi mereka dan bergerak menggunakan ilmu peringan tubuh.Mereka sampai ke benua Dil pada petang itu juga.Ketika mereka sampai di sana ,mereka mengeluarkan kuda yang dibelinya Ching An lalu menunggangnya.Yue yang sangat lelah hanya membiarkan Ching An menaiki kuda dengan Baize.Baize membawa kuda itu berjalan-jalan sekitar pasar dengan perlahan-lahan.Ketika Baize melihat seorang gadis muda berjalan ,Baize menghampirinya.
"Maaf nona.Apakah nona tahu dimana letaknya sekte utama??"
__ADS_1
Pertanyaan Baize mengundang rona merah di pipi gadis tadi.
"Ah..Tuan hanya perlu berkuda hingga ke depan itu dan tuan akan melihat sebuah paviliun besar yang menjual hiasan.Selepas itu tuan hanya perlu ke arah kanan dan di depannya sebuah akan ada pavilun berukuran dua buah rumah.Disitu lah terletaknya sekte utama."
Jawapan panjang gadis itu dibalas dengan ucapan terima kasih daripada Baize dan Baize meneruskan untuk ke sekte utama.Ching An yang duduk di belakang Baize melihat ke arah Baize dengan muka penuh pertanyaan.
"Sekte utama merupakan milik keluarga ibu mu."
Ching An menganggukkan kepalanya dan melihat ke sekeliling nya.Dia tersenyum apabila melihat ramai orang yang sedang berjual -beli.Tanpa sedar Ching An dan Baize sudah pun tiba ke sekte utama.
"Sekte utama ini dipanggil sekte cahaya bulan.Sekte ini dipanggil sekte cahaya bulan kerana sekte ini ditubuhkan pada waktu malam diterangi cahaya bulan."
"Kau masuklah dahulu ke dalam cincin ruang.Kau boleh menemani Yue.Aku akan bertanya kepada pelajar-pelajar sekte ini memandangkan masih ada beberapa orang terlihat."
Kata Ching An dan ketika mengucapkan ayat bahawa Baize boleh menemani Yue di dalam cincin ruang,Ching An menaik-turunkan kening hitamnya sebanyak tiga kali.Baize memutarkan bola mata nya malas dan memasuki cincin ruang.Tidak dilupakan kuda tadi juga dimasukkan ke dalam cincin ruang.Ching An menarik nafasnya dalam dan membuka pintu gerbang yang terlihat sangat besar.Ching An melihat ke kiri dan ke kanan lalu melihat dua ke tiga orang sedang menyapu halaman taman menurut Ching An.Dia menghampiri seorang gadis yang memakai pakaian berwarna putih dan ikatan bersorak bulan sabit berwarna biru di pinggangnya.
__ADS_1
"Emm..Minta maaf..Apakah ketua sekte ada??"
Ching An menanya dengan sopan dan gadis tadi melihatnya.
"Ah..Ada..Tetapi anda siapa ya??"
Gadis itu menanya sopan Ching An kembali.Ching An menggaru tengkuknya perlahan dan membohong sedikit.
"Saya adalah pelajar sekte baharu..Ketua sekte sendiri ingin saya memberi kan maklumat peribadi saya kepadanya.."
Gadis itu mengangguk dan melihat Ching An kembali .Pikiran nya mengatakan bahawa Ching An bukanlah orang yang biasa.
"Baiklah..Kalau begitu ,sila ikut saya..Saya akan menunjukkan ruangan ketua sekte.."
Gadis itu dengan sopan membungkuk kan badannya sedikit kepada Ching An dan berjalan diikuti Ching An.Ketika sampai di hadapan sebuah bilik ,mereka berhenti di situ.
__ADS_1
"Minta maaf ,ketua sekte.Seseorang ingin berjumpa denganmu.."
Ucap gadis itu sambil mengetuk pintu kayu bilik itu sebanyak tiga kali.