
Pagi-pagi lagi Ching An sudah bangun dan melihat seorang wanita tua sedang mengemas beg pakaiannya yang Ching An dengan sengaja di atas sebuah meja bulat.
"Nona muda Yu sudah bangun??"
Dengan senyuman paling manis wanita itu melontarkan pertanyaan.Ching An memutarkan matanya malas dan meregangkan otot-ototnya agar darah dapat berjalan ke saraf semula.
"Apakah kamu tidak boleh melihat??"
Wanita tua itu kemudiannya menundukkan kepala seperti membuat kesalahan dan meremas tangan-tangannya.
"Hahh..Maaf..Saya tidak sengaja berkata begitu..Mengapa kamu memanggil saya..Nona muda Yu??"
Wanita itu kemudiannya mengangkat kepalanya kembali dan tersenyum kepada Ching An.
"Tidak apa-apa..Saya memanggil anda nona muda Yu kerana ketua sekte mengatakan bahawa anda adalah cucunya di sekte ini.Nama saya Shu Ti Na..Nona muda Yu boleh memanggil saya pelayan Shu..Saya diamanahkan oleh ketua sekte untuk melayan noan muda Yu bermula hari ini.."
__ADS_1
Ching An mengangguk dan dengan malas bangun dari kasur empuk itu.
"Anda hanya perlu memanggil saya nona Yu..Jika anda harus melayani saya ..jadi..bolehkah anda menolong saya mandi??"
Pelayan Shu dengan senang hati menerima permintaan Ching An dan menolong Ching An mandi.
"Kulit nona Yu sangat halus dan lembut..Ini juga kelihatan putih .."
Kata-kata yang keluar dari mulut pelayan Shu ,semuanya berisi kata-kata pujian.Setelah itu,Ching An sudah mandi dan berbau wangi.Pelayan Shu memberikan pakaian yang baharu kepada Ching An dan keluar dari kamar itu kerana Ching An ingin memakai nya sendiri.Pakaiannya berwarna merah jambu di bahagian atas dan berwarna biru gelap di bahagian kain panjang yang berada di bawah.Rambutnya dikeringkan menggunakan elements angin dan Ching An menggunakan pemerah bibir yang tersedia.Dia memerahkan lagi tanda bunga teratai di tengah-tengah keningnya dan meletakkan sedikit pemerah bibir.Ching An tidak menggunakan cadar lagi.Rambutnya dibahagi tiga dan dua sisi bahu diletakkan rambut perangnya.Ching An keluar dan mendapati pelayan Shu menunggunya diluar.
Kata-kata pujian dilontarkan semula daripada mulut pelayan Shu.Manakala Ching An hanya tersenyum padanya.
"Dimana kakek??"
Pelayan Shu kemudiannya membawa Ching An tanpa berkata apa-apa.Kini mereka berada di aula utama dan di sana terdapat ramai orang berkumpul.Ching An kemudiannya yang sedang cemas mengambil topeng daripada cincin ruang.
__ADS_1
"Non...Eh??!!"
Ching An meletakkan jarinya ke mulut bahawa dia tidak mahu pelayan Shu bising.Pelayan Shu mengangguk dan kemudiannya masuk.Pandangan orang ramai tertumpu pada Ching An.Dia mencuba menenangkan diri nya sendiri.Kakeknya yang dicari-cari terlihat duduk dengan berwibawa di sebuah kerusi kebesaran.
"Cucuku..Kemarilah.."
Panggilan kakeknya diturut dan Ching An berjalan kepada kakeknya.
"Kakek.."
Panggil Ching An dengan membungkukkan sedikit badannya.Kakeknya menyuruhnya untuk duduk di sebuah kerusi yang berada di sebelah kanan kakeknya.
"Baiklah..Seperti yang saya katakan tadi..Cucu perempuan saya telah kembali dan saya ingin merayakan ini..Mulai hari ini.Dia adalah nona muda Yu di sekte utama ini!!"
Semua orang hanya bersetuju dan ketika itu mereka mula berbincang-bincang tentang sambutan kepulangan cucu perempuan ketua sekte utama iaitu Li Ching An.Ketika mereka semua sudah selesai dan kembali kerja maaing-masing,Ching An bertanya kepada kakeknya.
__ADS_1
"Kakek..Bukankah margaku Li??Kenapa memanggilku nona muda Yu..Bukan nona muda Li??"