QUEEN EVIL

QUEEN EVIL
QE 29


__ADS_3

Selepas itu,gadis itu diam seketika dan tersenyum kepada Ching An.


"Silakan masuk ,nona.."


Ching An tersenyum padanya dan meraih tangan gadia itu.


"Ching An.Panggil sahaja saya seperti itu."


Kata Ching An sambil tersenyum manis .Itu tidak luput dari pandangan gadis tadi.Walaupun dia memakai cadar,tetap sahaja terlihat akan senyum cantik Ching An.Buktinya,ketika Ching An tersenyum ,matanya tersipit dan lesung pipi kelihatan sedikit di wajah Ching An.


"Ya tuhan..Cantik sekali kamu,Ching An.Panggil aku Ming Yu.Selepas ini barulah kita boleh berkenalan ,masuklah dulu.Ya??"


Ching An mengangguk dan melepaskan pegangan tangannya dan menolak perlahan pintu itu.Ching An menoleh seketika ke arah gadis tadi,iaitu Ming Yu dan kelihatan Ming Yu tersenyum ke arahnya,membungkuk sedikit dan berjalan keluar.


"Huh...Semangat!!"

__ADS_1


Gumam Ching An menyemangatkan dirinya.Kemudian ketika Ching An memasuki ruang bilik itu,hanya sebuah meja belajar yang lumayan besar dan sebuah ruang yang sepertinya kelihatan seperti pentas di dua belah kanan dan kiri bilik itu.


"Siapa kamu??"


Suara berat terkesan tajam menanyakan Ching An.Ching An mencari-cari siapa itu dan melihat ke sekeliling dan terlihat seseorang dengan boleh dikatakan kakek tua dan terlihat janggut sedikit putih panjang di dagunya.Dengan berwibawanya,kakek tua itu meletakkan kedua tangan nya ke belakang badannya.


"Emm..S..saya.."


Ching An berasa gugup kerana ini pertama kalinya melihat kakeknya di depan mata.


"Duduklah dulu.."


"Emm..kakek...Apakah kakek tidak mengenali saya??"


Kakek tua tadi yang sedang sibuk menuang teh di dalam dua cangkir mangkuk kecil memandang Ching An dengan tatapan mata yang sulit dimengerti.

__ADS_1


"Kamu siapa??"


Ching An kembali gugup.Dia takut akan dimaki habis-habisan oleh kakek tua itu jika dia tiba-tiba mengaku bahawa dia adalah cucu perempuannya.Jika memikirkannya semula,sekte utama milik kakeknya ini sangatlah terkenal dan dihormati di benua ini.Dia akan menjadi bahan lelucon antara benua jika seseorang mendengar dia mengaku bahawa dia adalah cucu kepada seorang lelaki tua yang dihormati.


"Em...Saya ingin jujur bahawa saya adalah anak kepada anak perempuan kakek , iaitu Yu Ni Long. Saya ..."


Ching An berhenti berkata-kata selepas kakek tua itu membuat isyarat supaya diam.


"Apakah nama belakang mu ialah Ching An??"


Ching An hanya mengangguk.Seketika kemudian,Ching An tertunduk dan ketika ingin mengangkat kepalanya untuk bercakap,kakeknya memeluknya.


"Maafkan kakek kerana tidak dapat mengenali cucu ku sebentar tadi.."


Perkataaanya dipenuhi dengan nada gemetar dan lirih.Ching An memeluk kakeknya kembali dan air matanya yang sudah terkumpul di mata jatuh akhirnya.

__ADS_1


"Jadi..Mana ayah mu??"


Ching An tersentak dan menceritakan semuanya kepada kakeknya dan akhirnya dia menangis kembali.Kakeknya menenangkannya dan menyuruhnya untuk pergi berehat dahulu di dalam kamar tamu.Sekarang ini Ching An berbaring di atas kasurnya dan memandang langit kamar tamu itu.Dia mengangkat tangannya dan melihat kembali ke arah gelang yang diberikan ayahnya.Akhirnya Ching An tertidur dengan tangisan tidak bersuara nya.


__ADS_2