
Kelopak mata yang sedang tertutup rapat tadi dibuka dengan perlahan-lahan.Mata abu itu dipenuhi dengan kesedihan dan bola matanya bergerak ke sana - sini mencari jika ada seseorang di ruang asing ini.
"An'er...Kau sudah bangun???"
Suara yang cukup dikenali Ching An .Itu adalah Yue.Ching An hanya melirik sekilas dan memegang kepalanya kerana kepalanya tiba-tiba menjadi sakit.Kemudian Ching An mengucapkan kata -kata nya dengan nada yang datar dan itu berjaya membuatkan Yue sedih.
"Seperti yang kau lihat..Aku sudah bangun..Aku dimana???"
Ching An biasanya akan bercakap dengan Yue dan Baize dengan nada riang tetapi berbeza kali ini.Nada suara nya ditekan supaya menjadi nada yang datar.
__ADS_1
"A..An'er..Kau berada di dalam cincin ruang.Aku tidak terlalu tahu akan tempat ini tetapi jika An'er mahu,Yue ini boleh memanggilkan Baize..Tunggu sebentar."
Yue mencuba untuk tidak gagap kerana perubahan yang di buat Ching An tiba-tiba.Tetapi percakapan nya tetap gagap kerana tiba-tiba Yue berasa sedikit takut kepada nya.Baize datang dan duduk di sisi katil Ching An.
"An'er.Kau memerlukan rehat yang lebih.Jangan terlalu marah atau tertekan buat masa ini.Paham???"
Ching An hanya mengangguk kecil.Dia mengurut kepalanya buat seketika.
Pertanyaan Ching An membuatkan Yue dan Baize kembali gelisah.Mereka takut,Ching An akan berasa sedih yang mendalam jika tahu ayahnya dan pelayannya yang sudah dianggap adiknya sendiri sudah mati.
__ADS_1
"An..An'er..Maafkan aku...A..aku tidak dapat menyelamatkan mereka....Hanya ini yang aku dapat buat..."
Perkataan Baize menusuk ke dalam hati Ching An sedalam-dalamnya.Air mata yang sudah lama bergenang di kelopak mata mulai menurun dengan laju .Baize mengeluarkan sebuah bekas air yang berbentuk bulat dan di dalamnya mempunyai debu-debu mayat ayahnya Ching An ,perdana menteri Li dan Di Tou Gu,pelayan peribadi Ching An.Baize mengenal pasti debu mayat mereka berkat dari deria baunya.Bau harum lavender milik Ching An yang selalu melekat kepada perdana menteri Li dan Di Tou Gu.Baize mencampurkan debu-debu mayat mereka berdua bersamaan.Ching An mengambil bekas itu dan menatapnya lama.Baize menarik Yue keluar untuk memberikan Ching An ruang nya tersendiri.Tangisan Ching An kedengaran di seisi ruangan nya itu.Setelah lama menangis ,dia mengelap air matanya yang membasahi pipinya menggunakan jari-jari runcingnya.
"Ayah...Gu'er...Aku sayang kalian...Aku pasti akan mencari siapa yang membakar kediaman Li..Aku bersumpah!!!"
Ching An bersumpah di dalam hatinya dan matanya dipenuhi dengan kebencian dan dendam.Niatnya sekarang ini hanya satu,iaitu mencari siapa orang yang telah berani menghancurkan kediaman Li dan membunuh orang-orang tersayangnya Ching An berdiri dan melihat satu meja rias yang terdapat di satu sudut.Dia hanya duduk di situ dan meletakkan bekas debu mayat ayahnya dan Gu'er.Ching An kemudiannya mengambil uncang yang ayahnya beri sebelum mati.Dia memandang uncang itu lama sebelum meletakkan nya ke atas meja.
"Baize!!!Yue!!!"
__ADS_1
Baize dan Yue kemudiannya muncul di hadapan Ching An.Kedua-duanya memandang Ching An dengan penuh pertanyaan.