Bossku Suamiku

Bossku Suamiku
Episode 15


__ADS_3

Ya sudah tentu panggilan 'isteri' dikenakan keatas si Hawa. Hawa juga terpaku dan dia kelihatan sangat malu lalu berpaling kearah kirinya dengan senyuman tanda malu. Mikail geram dan sakit hati lalu berkata kepada mamanya. 


"Hish mama ni ade ke pulak. Kami belum berkahwin lah. Jangan sesuka hati panggil macam tu. "Dimarahnya pula mamanya walaupun dia mengetahui yang ibunya cuma bergurau sahaja.


Hawa kembali berpaling ke arah mereka setelah malu apabila terkena jenaka oleh Datin Suhaila. Mata hawa sedang ditenung tajam oleh Mikail kerana Hawa lah punca semua ini berlaku.


'Siap kau minah! Aku dapat kau, aku carik-carik kau nanti ' kata kasar yang dikeluarkan keatas Hawa didalam hati. 


'Apesal kau tengok aku hah! Kau tunggu dan lihat je lepas aku dah baik nanti' mata hawa dan juga hatinya sedang kepanasan dek kerana pandangan Mikail yang membuatkan hatinya membakar.


Datin Suhaila berdehem untuk memutuskan renungan antara anaknya dan bakal menantunya. Mikail dan Hawa tersentak lalu berpaling kearah lain.


Kelihatan mereka berdua dengan wajah yang kemerahan sama ada masih marah ataupun sedang malu. 


Lalu disambungnya dekahan Datin Suhaila yang bergelak kerana telatah anaknya dan juga Hawa. 


Setelah penat melayan kerenah mereka lalu Datin Suhaila membuka katanya semula.


"Abang, saya nak cakap dengan abang sedikit boleh? "Datin Suhaila berKata dengan riak wajahnya yang agak serius.


"Ye ade ape. "Dato' kamal pula membalas dengan hairan.


"Saya nak cakap sikit lepas solat zohor. Nanti karang abang datang ke kantin hospital boleh? "Kata Datin Suhaila.


"Ada hal penting ke? "Dato' Kamal pula berseloroh.


"Alah bang. Boleh ye. "Datin Suhaila berkata lagi.


Semua mendengar kata-kata Datin Suhaila dengan penuh peka. Lalu Mikail membuka mulutnya seraya berkata "Ma, Mikail nak ikut? ".


"Kamu tak payah, mama suruh papa kamu je."balas Datin Suhaila.


"Tapi Ma."ujar Mikail dengan nada kecewa.


"Sudah. Kamu duduk sini jage Hawa. Jangan sibuk urusan org tua-tua. Tak baik." Kata Datin Suhaila agak sedikit marah.


"Hmmm..."balas Mikail dengan nada kecewa.


Datin dan Dato' keluar ke surau untuk menunaikan solat zohor.


"Tolong Hawa nanti ambilkan air untuk wuduk lepastu solat berjemaah dengan dia faham " sudah tidak mampu melawan kata-kata mamanya lalu Mikail hanya mampu mengangguk sahaja.3


Datin dan Dato' keluar dari bilik itu selepas memberikan arahan kepada kedua-dua mereka.


"Kau punya pasal lani! "Mikail dengan nada marah berkata kepada Hawa. Hawa hanya tersenyum sahaja. Mikail lagi bertambah marah lepas Hawa hanya tenang begitu sahaja lalu dia berpaling ke arah lain kerana malu setelah melihat senyum ikhlas yang dilemparkan oleh Hawa.

__ADS_1


"Terima kasih, awak "Hawa berkata tenang setelah membuka kata pertamanya dan matanya bergenang.


'Meremang bulu roma aku ni, kau cakap macam tu 'kata hati Mikail berbisik. Lalu Mikail keluar dari bilik itu dan menghempas pintu bilik.


'Ceehhh, aku punya la nak berbaik, boleh pulak kau buat macam ni,tengok kau,aku kikis kikis bibir kau tu,nak je aku pulas bibir kau tu macam tombol' seloroh hati Hawa berkata. Kepala Hawa terasa pening kerana perasaan marahnya yang hanya bermain difikirannya lalu dia melelapkan matanya.


Selepas 20 minit, Mikail kembali ke bilik itu. Dilihatnya Hawa sedang baik sahaja melelapkan mata. 'Sedap aje kau lentok eh, aku penat-penat bawa makanan ngan air ni kau... tidur je kerjanya ' perasaan tidak puas hati Mikail menyelubungi dirinya. 


"HAWA! HAWA! BANGUN LA MINAH! JANGAN TIDUR AJE! " dengan kasar Mikail berkata sambil menolak sedikit kasar bahu Hawa.


Hawa membuka matanya perlahan-lahan dan merenung mata Mikail. Diamatinya dengan rasa sakit hati .


'Orang tengah sakit ni, dia bagi lagi sakit hati, geram pulak aku, rasa nak gigit-gigit je kau Mikail!'hatinya berkata.


"Dah,dah mangkit solat, kang terlepas pulak, lambat karang kau tuduh aku pulak! " kata Mikail memperlahankan sedikit suaranya terhadap Hawa. Menunjukkan yang dia tidaklah sekejam yang disangkakan cuma agak sedikit beremosi dan nakal yang terselindung disebalik wajah 'cool' nya itu.1


"Awak boleh kalih ke belakang tak saya nak buka selendang ni. Yelah, nanti kalau awak tengok, free-free dapat dosa. " kata Hawa agak sedikit kuat.


'Eee geli geleman aku dengar saya-awak kau tu, lepas tu boleh pulak bagi ceramah, ingat aku nak sangat ke tengok rambut kau tu 'kata Mikail didalam hati.


"Akk- au.. aduh sak-sakit "Hawa menahan perit yang dirasainya. Kalau tak sudah pasti dijeritnya. Namun disebabkan Mikail ada disitu, berkuranglah sedikit jeritannya itu, cuma jeritan kecil sahaja. 


Mikail terkejut lantas hendak berpaling ke arah Hawa.Hawa menjerit supaya usah melihatnya yang sudah tidak berlapik dengan selendang.


"JANGAN!AKU OKAY! "Tegah Hawa sekerasnya. "ADUH! DarahhhH!!!"jeritannya semakin kuat yang tidak mampu lagi ditahannya. 


"Kan aku dah cak- aduh " memegang kepalanya yang sakit itu. 


"Kalau kau terus berdegil macam ni, macam mana kau nak sihat cepat, tak pelah,walaupun ini berdosa, aku tetap jugak nak buat, sebab kau akan jadi isteri aku jugak lepas ni, jadi jangan banyak songeh! Ikut je cakap aku! Faham? " pintanya. 


Hawa terkaku disitu selepas diminta oleh Mikail supaya bertenang. Dia tidak menyangka yang Mikail sanggup berkata bahawa Hawa akan diperisterikannya.


"Dah! Okay? "Kata Mikail. 


"Okay. "Kata Hawa lemah. 


Selesai sudah mereka menngambil wudhuk, Mikail sebagai lelaki mengetuai solat yang akan didirikan. "ALLAH hu akbar "takbir baru sahaja dilafazkan oleh Mikail dengan merdunya. 


8


"Abang, dah selesai! "tegur Datin Suhaila.


"Dah selesai la, yang abang keluar tu " sambil bercakap, sambil berjalan menuju ke kantin hospital.


"Jom bang duduk dekat situ "kata Datin Suhaila dan memaut lengan Dato' Kamal Hasan kearah meja yang berdekatan dengan tempat membeli makanan.

__ADS_1


"Awak ni kenapa Ila, naik pelik saya tengok awak "seloroh Dato'Kamal sambil tersenyum.


"Ha, abang ni, macam tu pulak dia. "Balas Datin Suhaila.


"Dah tu.... "meleret percakapan Dato' Kamal.


"Kalau abang tengok kan. Si Mikail tu kan baik sangat dekat Hawa, dia risaukan Hawa, dia bawak Hawa datang hospital, saya rasa diaorang dah berbaik la bang "Datin Suhaila memuji-muji anaknya yang seorang itu.


"Memang la, tengok la anak siapa? "Dato' Kamal sempat lagi bergurau dengan isterinya.


"Abang! Saya tak bergurau la. " Datin Suhaila sedikit memarahi suaminya itu.


"Jadi?"Dato ' Kamal kehairanan. 


"Saya ingat nak kahwinkan diaorang minggu depan la bang! " lancar sahaja permintaan Datin Suhaila.


"Awak ni biar betul, Ila. " Dato' Kamal agak terkejut dengannya.


"Betul la bang... "pinta Datin Suhaila sambil mengiakannya.


"Diaorang boleh terima ka? "Dato' Kamal bertanya pula kepada isterinya.


"Saya tak pasti yang itu bang, tapi saya yakin diaorang sudah okay.." nada suara Datin Suhaila semakin perlahan.


"Baiklah, kejap lagi. Saya akan bagitahu diaorang " Dato' Kamal berkata acuh tak acuh.


"Betul ke ni bang! Jomlah saya tak sabar nak bagitau ni! " Bibir merah Datin Suhaila mengukir senyuman.


"Amiin"sebaik sahaja selesai doa oleh Mikail tanda selesailah solat tersebut. Mikail melipat tikar yang dibawa oleh Datin Suhaila.


"Nah, ambil ni makan! Lepas tu makan ubat! Jangan mengada-ngada tak dak selera. " tegas Mikail. 


'Hish, tau la, aku ni kuat makan, ade kisah kalau aku tak makan, semua tu tunjuk dekat Datin je. Dasar penipu.Tapi.... macam mana aku nak makan nih. Kang gitau dia tak pasal-pasal kena tengking lagi. 'bisik hati Hawa.


"Tapi.... "Hawa lemah bersuara.


"Tapi Apa?? "Ha sudah dikata apa oleh Hawa. Pasti ditengkingnya.


"Macam mana aku nak makan nasi ni... Tangan aku kena cucuk dengan benda alah ni... sakit.. " suara Hawa kelam kerana takut ditengking oleh Mikail si singa itu.


'Hish mengada-ngada, tapi kesian jugak aku tengok dia. '


"Yelah,bagi aku sudu,Cepattt " ditengkingnya lagi sambil senyum nakal.


"Nah! "Aku pula memarahi Mikail.

__ADS_1


'Eh,eh budak kecik ni, kita pulak yang ditengkingnya, aq debik karang! ' Mikail mengomel didalam hati. 


__ADS_2