
"Dah!Dah latu! Makan! " Dato pula mencelah. Mereka bersarapan dengan lahapnya. Tapi tak delah gelojoh sangat.
Sarapan pagi itu amat seronok dengan gelak tawa adik beradik itu.
Selepas Merwin selesai bersarapan ,dia tidak sedar yang dia telah terlewat. Selepas menilik jam emasnya itu,mukanya menunjukkan riaksi terkejut.
Dia terus meneguk air dan mencapai beg bimbitnya dan berlari pantas keluar dari rumah selepas memyalami papa,mama dan juga abangnya.
Dia membuka pinti kereta dan sedang ingin dia masuk ke dalam perut kereta....
"Gerghh... " kepala terhantuk pada pintu kereta. Namun dia tetap bergegas.
Sepanjang perjalanan dia menggelengkan kepalanya. Dia berasa pening, namun dia tetap terus memandu sahaja. Keretanya meluncur laju setelah dia memecut untuk sampai pada tepat waktu.
Sampai juga akhirnya Merwin, dia memparkirkan kereta lalu meatikan enjin.
Dia keluar dengan kadar segera. Membetulkan kotnya dan memperkemaskan tali leher yang senget benget itu.Cermin hitamnya dibuka.
Dia menekan punat lif untuk naik ke atas.Dia masuk ke dalam lif,apabila jarinya hendak menekan punat tutup. Seorang gadis menahan pintu lif dengan tangan, segera jarinya juga menekan kuat punat buka. Ditekannya berkali-kali. Macam nak terputus jarinya menekan.
'Ewin.... aweks cun win...cover!cover! ' Merwin berkata didalam hati kecilnya itu.
'Pahal plak mamat ni usya aku! ' kata gadis yang cantik itu.
"Awak nak kemana? " Merwin mengusap rambutnya ke belakanag.
"Saya nak naik atas! " gadis itu tidak memalingkan mukanya ke arah Merwin.
'Amboi garang! Lagi garang I boleh tunjuk la U!! ' Merwin tersengih-sengih seperti kerang busuk.
"Saya pun... agaknya jodoh ya kita ni! " Merwin sekali lagi berloyar buruk.
"Jangan harap! " pintu lif terbuka dan gadia itu melangkah keluar dari lif.
"Kenapa awak ikut saya! " gadis itu menyedari Merwin membuntutinya.
Gadis itu berhenti betul-betul depan pintu pejabat CEO.
"Awak dah kenapa eh?Selalu ijut perempuan ke? Gatal punya jantan, tak sedar diri!Atau awak nak minta kerja macam saya jugak " Habis jampi serapah dikeluarkan oleh gadis tersebut.
"Cik adik yang manis, Boleh tolong ketepi sikit, saya nak masuk dalam bilik ni! " Merwin melemparkan senyuman yang ikhlas dan berkata selemah lembut yang boleh.
Hawa yang hanya dari tadi melihat bosnya yang pelik itu. Dia tergelak kecil melihat drama di depannya.
Gadis tersebut kebelakang sedikit untuk memberi laluan kepada Merwin untuk masuk ke dalam.
"Dah... jom masuk! " terkaku sebentar, masih terkejut, dia berfikir... adakah Merwin itu sendiri bosnya, atau hanya budak suruhan?!
__ADS_1
Gadis tersebut melangkah perlahan masuk ke dalam bikik itu.
Merwin meletakkan beg bimbitnya di atas meja dan duudk dikerusi yang amat selesa itu.
Gadis tadi hanya memandangnya...
"Duduklah... " sekali lagi Merwin lembut bersuara dan bibirnya tidak lekang tersenyum dan matanya tidak jemu memandang wajah gadis tersebut. Gadis itu duduk didepannya.
"Mari teruskan! Perkenalkan diri awak? " Merwin menemu duganya.
"Saya Ayu Nabiha bt Muhd Zul, berasal dari Selangor, pengalaman bekerja tak ada lagi!" Jelas gadis yang bernama Ayu itu.
"Betul ke awak tak ada pengalaman bekerja? " Merwin musykil. Pasti ada muslihatnya.
"Betul dan saya nak mencari pengalaman. Dan ini yang pertama. " kata Ayu lagi.
"Tapi kenapa awak ni kuat sangat mencuri! " Merwin menuduhnya.
'Mencuri ?Demam ke apa? Last aku mencuri pun time form 1 adelah! Macam mana dia tahu aku ni pernah mencuri? '
"Apa yang saya curi? Tak baik menuduh. Apa buktinya? " Ayu geram.
"Buktinya awak dah curi hati saya." Muka Ayu merah selepas mendengar pengakuan Merwin.12
"Encik.Boleh tak jangan macam ni. Saya datang sini nak cari kerja. Bukan sesekali untuk dipermainkan. Boleh tak encik berdisiplin dalam melakukan tanggungjawab. Macam mana pekerja encik nak ikut cakap encik,kalau encik sendiri suka berfoya-foya! " Ayu lagi bertambah geram.
"Macam mana encik ambil saya bekerja. Sijil saya encik tak semak, sekali dengan resume saya! Agak-agak semua pekerja yang encik ambil ni macam ni juga ka permulaannya? " macam perli pula si Ayu ni.Memang perli pun!
"Tak...memang tak... semua pekerja kami ambik sebiji macam awak! Sungguh berdisiplin dan berkaliber. " Jelas Merwin. Barulah tersenyum puas si Ayu Nabiha ni.
"Betul ke ni? Saya dapat kerja ni! " Ayu tersenyum puas.
"Betul, sekarang jangan cakap saya lagi okay! Bukan sebab saya tak tegas, cuma saya tak biasa nak bertegas tetambah dengan perempuan! " Merwin melemparkan kembali senyuman kepada Ayu.
Ayu pun membalas senyuman dan meminta izin untuk pulang.
"Esok masuk on time ye! " pesan Merwin sebelum Ayu melangkah keluar dari bilik.
"Hawa... masuk! " Merwin memanggil Hawa pula.
"Ye.. En.Merwin! " Hawa akur dan masuk ke dalam pejabat itu.
"Hawa,harini saya benarkan awak balik awal sebab esok awak nak tunang! Rehat dengan secukupnya.Okay? " Merwin mengarahkan Hawa.
"Hmmm.. " hanya itu sahaja yang mampu diucapnya.
Hawa pulang pada pukul 3 petang sebelum waktu tamat kerja iaitu pada pukul 5:30 petang.
__ADS_1
Pada malam itu,di teratak indah milik Dato' Kamal dan Datin Suhaila.
"Assalamualaikum... assalamualaikum! " Hawa mengetuk pintu rumah itu.1
"Waalaikumussalam... " Mikail membuka pintu. Mukanya berkerut ketika melihat wajah Hawa...
'Argh... muka kau lagi.. semak je dunia ni! ' bentak Mikail di dalam Hati.
'Hish... mamat tiga suku ni lagi! Tak senang betul hidup aku ni!' HAWA geram.
"Eh...dah sampai Hawa! Masuk la... kenapa tercegat dekat situ, Ail kenapa tak jemput Hawa masuk! " Dato' Kamal melemparkan senyuman.
"Ye.. Uncle! "
"Ye.. Pa! "
Serentak mereka berkata.
"Heh! Takut Bapak rupenye! Depan bapak kau, boleh la aku bercengkerama, lagi cepat kita kawen, lagi senang kerja aku! Nampaknya kemenangan berpihak kepada aku! Dah tepi aku nak masuk! " Bahu Mikail ditolak oleh Hawa.
'Eee... budak ni! Nak tempah maut minah sekupang ni! Makin kasar ye bahasa kau budak kecik!'
Keesokannya, majlis pertunangan Mikail dan Hawa berlangsung dengan meriahnya. Walaupun ini majlis pertunangan sahaja tetapi meriahnya itu seperti majlis resepsi yang grand-grand.
Sebentuk cincin emas yang bertatahkan berlian itu, ditatapnya si Hawa yang sedang duduk di atas kusyen empuk. Dia membelek-belek cincin itu.
"Kau jangan main cincin tu kang tak pasal-pasal, berlian tu patah, tangan kau yang ganas tu! Jaga sikit! " Mikail datang ke arah Hawa. Pemakaian si Hawa yang cantik itu menarik perhatian Mikail. Eh eh... yeke dia cantik yang menarik perhatian Mikail. Tak!!!! Ade agenda di sebalik batu.
"Kau dah pergi salam orang kat luar sana tu! " hanya Mikail dan Hawa sahaja yang berada di ruang tamu itu.
"Hergh... yelah! Mengacau hidup aku je! " Hawa mendengus.
"Eh... tak baik, pergi cepat! " Mikail menyuruhnya.
MIKAIL menarik shawl yang sedang terlilit dikepalanya itu.5
"Ahh... " jeritan kecil Hawa membuktikan yang rancangan atau agenda jahat Mikail berjaya.
#support me plis ツ
If love this story...plis ⇩
★Vote ★Share ★Coment
#komen anda amat membantu ✔
#cabut dulu
__ADS_1