
Sedang Hawa menikmati 'lunch' nya....
"Hawa... " suara garau menyapa Hawa dengan lembut. Hawa dengan pantasnya memalingkan muka ke belakang untuk melihat siapakah gerangan yang memanggilnya.
Senyuman penuh keikhlasan dilemparkan sebaik sahaja dia mengecam wajah Merwin.
Senyuman itu dibalas semula kepada Hawa.
"Ouh! Awak rupanya Merwin "
"Boleh saya duduk dekat sini? " Merwin menanyakan kepada Hawa kalau-kalau Hawa sudi mengizinkan.
"Boleh je " Hawa senyum sehingga menampakkan barisan giginya yang putih itu.
"Makan apa? " Merwin ingin tahu apa yang disantap oleh Hawa.
"Pavlova aje! " Hawa membalas dengan rasa puas hati tatkala keenakan pavlova itu memikat hatinya.
"Tak pesan apa-apa ke? " Hawa bertanya pula.
"Kejap lagi... nak duduk dulu " Merwin menyelak helaian buku menu yang tersaji pelbagai menu di dalamnya.
"Yang awak tu... setakat pavlova cukup ke? Taknak pesan yang lain?" Merwin macam tahu-tahu sahaja yang Hawa mahu berkata seperti itu.
"Yela, nak pesan lagi. Ni baru opening je ni. Hihihihi "Hawa tergelak kecil.
"Aik... orang selalunya makan makanan berat lepastu baru dessert! " Merwin berkata sambil dahi berkerut tanda musykil.
"Tula... saya ni lain sikit dari orang lain.... " Hawa menyifatkan dirinya sebagai pelik.
'Macam-macam la P.A aku sorang ni ' Merwin menggeleng-geleng kepalanya sambil tersenyum kelat.
"Waiter... here! " Merwin memanggil pelayan yang dekat dengannya.
"Ye Tuan... ada apa yang boleh saya bantu. Tuan mahu order apa? " kata pelayan tersebut dengan penuh yakin dan lancar sambil senyuman yang tidak lekang dari wajahnya. Manis sungguh.
__ADS_1
"Saya nak pesan Panino dan Panna Cotta... Hawa Awak nak pesan apa? "Merwin bertanya kepada Hawa selepas dia memesan makanan.
Memandangkan mereka berada di salah sebuah restoran itali iaitu Food de Italiana. Dia turut menyelak setiap helaian buku menu tersebut. Terdapat pelbagai menu dan hidangan makanan yang berasal dari Eropah itu.
Selepas memikir apa yang hendak dimakannya. Dia membuka mulut dan memesan Bruschetta sebagai makanan penutup yang sememangnya sajian ringan. Dia sebenarnya kenyang selepas menyantap pavlova tetapi hatinya berkata supaya mengisi lagi. Almaklumlah nafsu makannya susah sedikit nak dijinakkan.
Sesampainya di Lapangan Terbang Antarabangsa San Antonio (SAT),Dato' dan Datin meliarkan mata mereka mencari kelibat adik mereka iaitu Dato' Kalid Hasan.
Mikail melambai dengan tangan kanannya agar mama dan papanya melihat kelibatnya itu. Direnung tajam matanya tepat ke arah ibubapanya .
"Hah bang! Tuh tuh... tu dia Mikail.... anak saya... " Datin Suhaila tidak sedar yang dia sedang menampar perut Dato' sambil matanya meliar melihat kelibat anaknya yang handsome. Almaklumlah Datin ni pendek, kalau tampar tu ikut dekat mana la paras ketinggian dia menamparnya.
"Aduh.... Ila sudah la tu. Tak tengok dekat mana awak 'lepaskan'.Eh... anak awak, anak saya juga... besar sudah macam papanya... hensem pun lebih kurang.... jom jom kita pergi! " Dato' Kamal sudah tersenyum puas lepas mengaduh sakit.
Dato' Kamal memeluk adiknya yang sudah lama tidak berjumpa, Datin Suhaila pula memeluk erat anaknya selepas Mikail menyalaminya. Air mata ibu mana boleh menahan selepas melihat anaknya yang sudah 3 tahun tidak berjumpa! Hanya berkomunikasi melalui aplikasi tetapi tidak bersemuka secara langsung.6
"Jom! " Mikail mengesat air matanya ibunya daripada bercucuran.
"Jom sayang! Mama pun dah penat ni! " Datin Suhaila memaut pinggang anaknya.
"Sudah la.. tadi dalam flight tu apa? Awak tolong angkat beg tu ye.! " Datin memaling sekilas.
"Eh eh.... ingat nak suruh si Mikail tu bawakkan.Tapi hampeh... habis lekat jugak si Mikail tu dengan mama dia! " mendengar permintaan dari papanya, Mikail agak sedikit tersentak. Dia menoleh ke belakang dan terus melepaskan pelukan mamanya yang memaut pinggangnya.(pendek punya pasal Datin ni -author lol )
"Hulorgh.... papa sorry arr... Mama ni... papa perlu lebih sikit warning ! "Katanya sambil menampar dahinya seperti bola yang dijaringkan tidak masuk ke dalam gawang. Jangan terkejut kerana keluarga Dato' dan Datin ni memang sporting habis.
MIKAIL tersenyum lebar melihat papanya yang sedang mendepakan tangannya dengan harapan anaknya itu menyambut pelukannya itu.
"That's my son.Mama... tengok ni " Mikail tergelak kecil melihat ibunya itu.
"Hahaha sudah la kamu semua anak beranak! Dah ponat dah pakcik Lid tengok... " Dato' Kalid hanya tertawa puas.1
"Ha yelah sudah la tu! Malu pulak papa dekat sini... orang tengok " Dato' Kamal baru perasan yang mereka sedang diperhatikan.
Mereka berempat berjalan ke parkir untuk pulang ke rumah.
__ADS_1
"UNIIIIII!"Datin Suhaila berteriak sebaik sahaja melihat birasnya itu.Datin Munirah hanya tersenyum puas.
Pelukan erat diberikan. Datin Munirah hampir sesak nafas. Sudah tentulah dirinduinya kerana sudah beberapa tahun tidak ketemu.
"Masuk..masuk.sila lah masuk... " Datin Munirah menjemput.
Sedang Mikail berjalan ke bonet kereta. Datin Munirah menegahnya.
"Tak payah lagi la Ail... mama ngan papa kau tu bukannya nak tukar baju sekarang pun "
"Hmm...yelah " Mikail menurut.
Mereka semua duduk dengan selesa di atas sofa empuk yang bercorakkan bunga-bungaan ala inggeris gitu.
"Mikail... how's your study? " papanya menepuk bahu anaknya.
"As u can see... two days left, Papa.. " Mikail berdebar.
"Sila ... jemput minum! Mesti penat! " Datin Munirah menjamu mereka air kopi dan biskut yang dibelinya di pasar raya semalam. Halal okay halal!
"Eh... Uncle Kamal! When u're arrive! " Hani menggosok-gosok matanya selepas turun ke bawah. Dia yang baru sahaja bangun daripada tidur itu tersenyum lebar.2
"Haih... Hani dah tengah hari rambang macam ni baru terbeliak biji mata kamu tu! " Datin Suhaila berseloroh.
"Ala Mama.... standard la tu, Hani baru lepas balik ni... mengantuk pun ada tersisa lagi! " percakapannya seperti lagak orang luar.... Almaklumlah duduk dekat sana dah 16 tahun so Melayunya tu dah semakin hilang.
Datin Suhaila agak sedikit tersentak dengan panggilan Mama.
-------------------------
So macam mana?
#support me plis ツ
If love it:
__ADS_1
★Like ★share ★coment