Bossku Suamiku

Bossku Suamiku
Episode 17


__ADS_3

"Macam tu lah,biasa-biasakan ya!" Datin dengan perasaan terujanya seperti hendak melompat-lompat hatinya, ditendang-tendang nya 'seat' hadapan iaitu 'seat' Mikail. Yelah, mana nak melompatnya, mereka berada didalam kereta! Jadi, apa yang hendak dilakukan semuanya terbatas. 


"Ma, duduk diam-diam sikit! " Mikail mengeram.


"Mikail!Mikail! Jom pergi makan malam! Mama belanja! " Datin Suhaila bersuara lagi.


"Ma, esok Ail kerja la! "Bentak Mikail!


"Yela, yela! Janji hantar Mama dekat 'Restoran Mak Minah' ye .


Dah lame Mama mengidam nak makan nasi lemak kukus. Kejap Mama telefon Papa suruh Papa berhenti boleh la Mama tumpangkan diaorang. Dah mengidam lama dah ni. " Kata Datin Suhaila.


Tersentak Hawa kerana mendengar perkataan 'mengidam'. Mikail sudah terbiasa kerana mamanya itu semua makanan yang diminta semuanya dia katakan mengidam. Boleh dikatakan semua makanan dia mengidam.


'Mengidam!!! Aih bakal mak mentua aku ni, tak pasal pasal kang nanti ada bapa menakan sama umur dengan anak buah! 


Hish! Aku ni tak kan aku rela nak ber-anak dengan si cengeng nih! Huh harap lah 'muka hawa geram menyatakan perasaan pelik dan marah di dalam hati.


Selepas 5 minit kemudian,sedang sibuk Hawa membuaikan Izz ,dia pun terikut ketiduran sekali. Lena benar si Hawa dengan bakal adik iparnya itu.


"Mikail! Turunkan Mama dekat sini! " Datin Suhaila memperlahankan suara kerana Hawa dan Izz sedang lena. Takut mengganggu agar tidak terjaga.


"Ma, jap! "Mikail menahan lengan mamanya.


"Bawa la Hawa sekali! "Mikail memperlahankan juga suaranya.


"Mikail! Hawa tengah dakap Izz, kang tak pasal-pasal Izz terjaga, nanti dia nak ikut, esok pulak dia nak ke tadika! Siapa nak jaga Izz, Mikail? Mikail cakap esok nak kerja. Siapa lagi kalau bukan Hawa? " Datin Suhaila berpesan kepada Mikail.


Dia tidak dapat menyusun kata-katanya lagi. Mikail hanya mengangguk. 


Sesampainya dirumah serba mewah itu, Mikail memarkirkan kereta dengan elok lalu mematikan enjin. 


Macam mana aku nak kejut nih, kang meradang pulak minah senget nih.Kejutkan Izz dulu lah.


"Izz, izz, sayang bangun... izz " Mikail hanya memandang Hawa waktu mengejutkan Izz dengan nada yang lembut dan sopan.


Tetapi lain yang dikejut, lain yang bangun. Hawa membuka kelopak matanya perlahan-lahan, diamatinya wajah tampan itu,segera wajah yang tenang Mikail itu bertukar menjadi malu. Hawa terkejut dan terbeliak matanya.

__ADS_1


"Ha, Minah! Dah bangun bangu-" ayat Mikail tergantung.


Hawa sudah melekapkan jarinya dibibir agar memperlahankan suara supaya tidak membangunkan Izz. Hawa mengangkat Izz dan keluar dari perut kereta. Hawa sungguh tidak larat mahu menggendong Izz yang sudah berusia 4 tahun itu dengan tubuh Hawa yang kecil itu. Lantas Mikail selepas mengunci kereta, dia mengambil Izz dari dakapan Hawa, muka Hawa rasanya baru lepas menanggung beban.


Lalu berterima kasih kepada Mikail. Mikail memberikan kunci kepada Hawa supaya membuka pintu semasa dia menggendong Izz.


Pintu yang sederhana besar itu dibukanya, lalu memberikan salam setelah menjejaki ke dalam rumah. 


Mikail terus naik ke atas untuk meletakkan Izz di dalam bilik tidurnya. Hawa hanya duduk di atas sofa dan mengeluh kerana akhirnya mereka sampai juga ke rumah itu. Rindu rasanya kerana meninggalkan rumah mewah itu .


Mana taknya,duduk rumah yang dihadiahi , menginap dekat kampung arwah neneknya, lepas itu terlantar pulak dekat hospital. Mikail turun ke bawah selepas selesai mandi Dia terus menuju ke bilik pejabat yang berada di hujung di tingkat bawah. Hawa hanya memandang hairan.


Selepas 20 minit berada didalam bilik pejabat itu, tekak Mikail terasa kering, dia mahu membasahkan tekaknya tetapi kerja yang bertimbun itu menghalang. Dia lantas mencapai telefon pintarnya dan nampaknya sedang menghantar 'text' kepada seseorang dengan senyuman nakal terukir dibibir merahnya itu.


"Didong "telefon yang bernada ringkas itu menular dari telefon Hawa. 


Lalu dibacanya dengan penuh tekun.


"Minah! Datang bilik pejabat kejap! Bawa air kopi dekat aku secawan! " pesanan ringkas tersebut dari Mikail bagi mengenakan Hawa.


"Masuk "arah Mikail.


"Nah! Kopi kau! "Hawa menghalakan secawan kopi kepada Mikail.


Mikail membasahkan lidah dengan secawan kopi. Namun diluahkan dengan sengaja. Mikail menyuruh Hawa membuat kopi itu semula. Alasannya kopi itu terlalu manis sedangkan kopi itu sudah sememangnya macam itu tetapi masih boleh diminum kerana rasanya yang sedap.Bukan tidak sedap tapi sengaja sikap nakalnya itu yang melebih.


Niat Mikail hanyalah untuk mengenakan Hawa. Hawa keluar dan membuat semula kopi itu. Kali ini dia sendiri merasa kopi itu dan menunjukkan yang kopi yang dibuatnya kali ini pasti akan diminum.


Namun kopi dibuat buat kali keduanya begitu juga, Mikail meluahkan kembali. Kali ini alasannya kopi itu terlalu sejuk. Mikail mahukan kopi yang panas. Hawa dengan rasa kecewanya, mengambil cawan tersebut dan kembali ke dapur.


Sungguh kali ini dia membuat dengan penuh berhati-hati, dia merasa kopi itu berkali-kali. Sungguh 'perfect' lah minumannya. Cukup sedap,panas dan terasa kopi. 


Dia masuk kedalam bilik tanpa mengetuk dahulu pintu.


"Woi!Pintu tak reti nak ketuk dulu ke! " Mikail marah kepada Hawa.


"Maaf! " terpampang wajah penat dan lesu hawa tonjolkan kepada Mikail.

__ADS_1


"Tula lain ka...tak pelah cepat bagi aku air tu! " Mikail berasa serba salah .


Hawa duduk ke kerusi atas permintaan Mikail. Mikail menyuruhnya menolong menyiapkan kerja agar cepat sedikit selesai. Sungguhpun Mikail tidak berniat mahu mengerjakan lagi si Hawa. Dia melihat Hawa sudah nyenyak lena berbantalkan kertas kerjanya itu.


'Haih... minah! Comel pulak aku tengok kau tidur! Hish mikail apa kau buat ni!!! Lantakla la dekat dia, hodoh ke, cantik ke, apa kau kisah! Huish bukan main sedap kau landing kepala dekat kertas aq! ' Mikail Bentak didalam hati.


Keesokan paginya... 


Hawa membuka kelopak matanya selepas nyenyak tidur diatas katil yang empuk.


''Eh.. semalam aku dekat pejabat! Macam mana badan aku melayang sendiri masuk bilik ni! " Hawa hairan.


"Ahhh... jangan jangan. " Hawa meneka.


"Ahhhh! " Hawa terjerit-jerit.


"woii minah pekak la telinga aku .....Apa jangan jangan... huish minta simpang la aku gendong gajah macam kau! Kalau abang sado tgok kau pun... mana mahunya! " Mikail sudah mengagak yang Hawa akan memikirkan yang dia digendong oleh Mikail.


"Kau jangan nak merepek eh! Semalam Mama yang papah kau masuk bilik ni! " Mikail jujur.


"Pahal kau ade dekat sini " Hawa menarik selimut yang berada diparas paha ditariknya sehingga ke paras dada tatakala melihat Mikail yang keluar dari bilik air hanya bertuala sahaja. Nasib dia bertudung.


"Eh...ni bilik aku! Suka hati aku la! " Mikail memberi kenyataan. Hawa sedikit cuak.


"Habis semalam kau tidur mana!" Hawa berasa panik.


"Aku tidur dekat bilik Merwin!Jangan risau, aku pun tak hingin la nak tidur sebilik dengan kau! " kata tunang kepada Hawa itu.


"Kau tu nyenyak aje tidur, silap-silap pencuri nak ambil kau pun, kau tidur lagi! " Mikail membebel kepada Hawa.


"Aku letih sangat! " Hawa sedikit muram.


"Tak baik kau cakap pencuri nak ambil aku! Kang menangis tak berlagu kau nanti, aku hilang nanti kau juga yang susah " Hawa semakin perlahan nadanya.


"Ha tahu pun... dah kau bangun, solat dan berambus dari bilik aku!Lepas tu kau nak ******, terguling-guling,nak jatuh katil ke apa ke, lantak kau lah! Bukan urusan aku, jadi kau berambus dari bilik ni! Dah dah pergi! " kejam Mikail menghalau Hawa.


'Harap muka je hensem, tapi perangai!!!! Mengalahkan Syaitonnn! Astaghfirullah! ' Hawa berkata didalam hati. Geram dibuatnya.Dia melangkah keluar dari bilik tersebut sambil menghentakkan kaki.

__ADS_1


__ADS_2